Followers

Thursday, April 7, 2011

TIPS JAGA MATA DARI SKRIN!!


Apabila menonton televisyen


* jarakkan sekurang-kurangnya empat atau lima meter daripada skrin - lebih dekat kepada skrin, mata akan lebih penat.


* Jangan menonton dalam gelap - pastikan televisyen bukan sumber cahaya utama. Elakkan silau pada masa yang sama.


* Berehat sebentar - bergerak dan alihkan penglihatan ke arah lain


Punca cahaya biru dan tekanan mata


* Skrin komputer juga memancarkan cahaya biru yang boleh mengganggu penglihatan dan memberi tekanan pada mata.


* Mata yang terdedah terlalu lama kepada sinar UV dan cahaya biru yang berbahaya, di samping peningkatan usia, boleh mengalami kerosakan berlebihan akibat radikal bebas. Ini menyumbang kepada katarak dan kemerosotan fungsi makula (Age-related macular degeneration - AMD).


(dipetik dari sini)


~kalau dah lama sangat tengok skrin TV atau komputer, kita boleh rehatkan mata dengan tengok tempat2 hijau seperti pokok-pokok ataupun tengok warna2 hijau...


~kita boleh basuh mata apabila ambil wuduk, biarkan air wuduk tue masuk ke dalam mata...sedikit sebanyak boleh menyegarkan mata..


HIJAU ialah warna penyejuk mata..:)




p/s: tips nie utk aku jgak dan para blogger yang lain..haha..

1 comment:

Amy said...

thanz share neyh...amy kena jaga mata baik2...tkut kena pakai spek...=)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...