ASSALAMUALAIKUM ... hari nie aku nak kongsi mengenai kehidupan kita sebagai makhluk atau hamba ALLAH selepas kematian(kiamat) dan setelah dibangunkan semula di Padang Mahsyar. aku rasa mungkin ramai yang tidak tahi lagi, dan aku pun ada yang baru tahu setelah baca... SO BAIK BACA DULU, WALAUPUN PANJANG, sudi2 kan lah baca dan beringat pada kehidupan KITA YANG KEKAL ABADI DI SANA....
✐ Selepas Malaikat Israfil meniup sangkakala (bentuknya seperti tanduk besar) yang memekakkan telinga, seluruh makhluk mati kecuali Izrail & beberapa malaikat yang lain. Selepas itu, Izrail pun mencabut nyawa malaikat yang tinggal dan akhirnya nyawanya sendiri.
✐ Selepas semua makhluk mati, Tuhan pun berfirman mafhumnya "Kepunyaan siapakah kerajaan hari ini?" Tiada siapa yang menjawab. Lalu Dia sendiri menjawab dengan keagunganNya "Kepunyaan Allah Yang Maha Esa lagi Maha Perkasa." Ini menunjukkan kebesaran & keagunganNya sebagai Tuhan yg Maha Kuasa lagi Maha Kekal Hidup, tidak mati.
✐ Selepas 40 tahun, Malaikat Israfil a.s. dihidupkan, seterusnya meniup sangkakala untuk kali ke-2, lantas seluruh makhluk hidup semula di atas bumi putih, berupa padang Mahsyar (umpama padang Arafah) yang rata tidak berbukit atau bulat seperti bumi.
✐ Sekelian manusia hidup melalui benih anak Adam yg disebut "Ajbuz Zanbi" yang berada di hujung tulang belakang mereka. Hiduplah manusia umpama anak pokok yang kembang membesar dari biji benih.
✐ Semua manusia dan jin dibangkitkan dalam keadaan telanjang dan hina. Mereka tidak rasa malu kerana pada ketika itu hati mereka sangat takut dan bimbang tentang nasib & masa depan yang akan mereka hadapi kelak.
✐ Lalu datanglah api yang berterbangan dengan bunyi seperti guruh yang menghalau manusia, jin dan binatang ke tempat perhimpunan besar. Bergeraklah mereka menggunakan tunggangan (bagi yang banyak amal), berjalan kaki (bagi yang kurang amalan) dan berjalan dengan muka (bagi yang banyak dosa). Ketika itu, ibu akan lupakan anak, suami akan lupakan isteri, setiap manusia sibuk memikirkan nasib mereka.
✐ Setelah semua makhluk dikumpulkan, matahari dan bulan dihapuskan cahayanya, lalu mereka tinggal dalam kegelapan tanpa cahaya. Berlakulah huru-hara yang amat dahsyat.
✐ Tiba-tiba langit yang tebal pecah dengan bunyi yang dahsyat, lalu turunlah malaikat sambil bertasbih kepada Allah SWT. Seluruh makhluk terkejut melihat saiz malaikat yang besar dan suaranya yang menakutkan.
✐ Kemudian matahari muncul semula dengan kepanasan yang berganda. Hingga dirasakan seakan-akan matahari berada sejengkal dari atas kepala mereka. Ulama berkata jika matahari naik di bumi seperti keadaannya naik dihari Kiamat nescaya seluruh bumi terbakar, bukit-bukau hancur dan sungai menjadi kering. Lalu mereka rasai kepanasan dan bermandikan peluh sehingga peluh mereka menjadi lautan. Timbul atau tenggelam mereka bergantung pada amalan masing-masing. Keadaan mereka berlanjutan sehingga 1000 tahun.
✐ Terdapat satu telaga kepunyaan Nabi Muhammad SAW bernama Al-Kausar yang mengandungi air yang hanya dapat diminum oleh orang mukmin sahaja. Orang bukan mukmin akan dihalau oleh malaikat yang menjaganya. Jika diminum airnya tidak akan haus selama-lamanya. Kolam ini berbentuk segi empat tepat sebesar satu bulan perjalanan. Bau air kolam ini lebih harum dari kasturi, warnanya lebih putih dari susu dan rasanya lebih sejuk dari embun. Ia mempunyai saluran yang mengalir dari syurga.
✐ Semua makhluk berada bawah cahaya matahari yang terik kecuali 7 golongan yang mendapat teduhan dari Arasy. Mereka ialah:
ⅰ- Pemimpin yang adil.
ⅱ- Orang muda yang taat kepada perintah Allah.
ⅲ- Lelaki yang terikat hatinya dengan masjid.
ⅳ- Dua orang yang bertemu kerana Allah dan berpisah kerana Allah.
ⅴ- Lelaki yang diajak oleh wanita berzina, tetapi dia menolak dengan berkata "Aku takut pada Allah".
ⅵ- Lelaki yg bersedekah dengan bersembunyi (tidak diketahui orang ramai).
ⅶ- Lelaki yang suka bersendirian mengingati Allah lalu mengalir air matanya kerana takutkan Allah.
Followers
Labels Post!!
1 Malaysia
(1)
ASTRONOMI
(6)
Bowling
(2)
CINTA
(3)
DOA HARIAN
(2)
Gambar Kucing
(3)
Gambar bunga
(2)
Hukum2
(5)
IBADAH
(7)
INFO
(12)
ISRAK MIKRAJ
(1)
KEISLAMAN
(27)
Kedah
(2)
Maulidur Rasul
(2)
Merdeka
(1)
Quote Islam
(5)
RAMADHAN
(5)
bintang bintang
(2)
birthday
(1)
bola
(1)
demam
(1)
drama
(3)
eye info
(5)
gambar2 menarik
(2)
kisah plkn
(6)
lelaki
(1)
matric life
(27)
novel
(2)
photography
(18)
tanda kiamat
(3)
wanita
(10)
Showing posts with label tanda kiamat. Show all posts
Showing posts with label tanda kiamat. Show all posts
Monday, February 20, 2012
Monday, November 28, 2011
★Tanda Kemunculan Dajjal Dan kiamat★
assalamualaikum para bloggers sekalian...kali ni aku nak kongsikan cerita mengenai hari kiamat dan kedatangan Dajjal... ok sebelum ni aku ada dengar banyak dah dari para ustazah dan kawan2 tentang tanda-tanda kemunculan Dajjal iaitu bila surutnya air sungai, bila buah kurma tidak berbuah dan pada masa itu lah Dajjal akan keluar dan cuba menyesatkan kita semua UMAT ISLAM dalam masa 40 hari.. dan keaadaan dia pon kita dah boleh kenal pasti dan tahu, tapi nie semua melalui penceritaan oleh ustazah2 aku... satu lagi , kita jangan la selalu menyeru nama si Dajjal dalam percakapan kita, bila ramai yang menyeru atau menyebut, ini adalah salah satu tanda kemunculannya nanti...
tadi aku ada masuk blog MACJAY.NET yang terkenal dengan pembongkaran mengenai isu2 ISLAMIAH.. bila baca dalam blog dia baru aku tau dengan lebih lanjut cerita kedatangan Dajjal...wallahulam...
JOM KLIK ---> SINI untuk membaca kisah dengan lebih lanjut dan harap dapat menyebarkan kepada semua umat Islam supaya tidak leka dengan DUNIA SEMATA-MATA!!
dalam pembacaan aku tadi, aku agak takut kerana kita semua nie ialah manusia yang hidup pada AKHIR ZAMAN...aku rasa semua orang tau kan mengenai nie,.. semua tanda kiamat kecil sudah kita nampak sendirikan.. antaranya ialah:
tadi aku ada masuk blog MACJAY.NET yang terkenal dengan pembongkaran mengenai isu2 ISLAMIAH.. bila baca dalam blog dia baru aku tau dengan lebih lanjut cerita kedatangan Dajjal...wallahulam...
JOM KLIK ---> SINI untuk membaca kisah dengan lebih lanjut dan harap dapat menyebarkan kepada semua umat Islam supaya tidak leka dengan DUNIA SEMATA-MATA!!
dalam pembacaan aku tadi, aku agak takut kerana kita semua nie ialah manusia yang hidup pada AKHIR ZAMAN...aku rasa semua orang tau kan mengenai nie,.. semua tanda kiamat kecil sudah kita nampak sendirikan.. antaranya ialah:
Labels:
KEISLAMAN,
tanda kiamat
Friday, September 23, 2011
★Tanda Kiamat ikut Turutan☆
Kemunculan Imam Mahdi - Kemunculan Dajjal - Keturunan Hazrat Isa (AS) - Kemunculan Yajooj dan Majooj - Terbitnya matahari dari Barat ke Timur ... - Pintu pengampunan akan ditutup - Dab'bat al-Ard akan keluar dari tanah dan akan menandai muslim yang sebenar-benarnya - Kabut selama 40 Hari akan mematikan semua orang beriman sejati sebab mereka tidak perlu mengalami tanda kiamat lainnya - Sebuah kebakaran besar akan menyebabkan kerosakan - Pemusnahan Kaabah - Tulisan dalam Al-Quran akan lenyap - Sangkakala akan ditiup pertama kalinya. Binatang dan orang kafir yang tersisa akan mati. Semua gunung dan bangunan akan runtuh - Tiupan sangkakala yang kedua kalinya akan membangkitkan semua ciptaan Allah dan bertemu di dataran Arafah menuju saat penghakiman mereka dan matahari akan mendekatkan dirinya ke bumi Nabi Muhammad S.A.W. telah bersabda :
"Barang siapa yang mengingatkan ini kepada orang lain, akan Ku buatkan tempat di syurga baginya pada hari penghakiman kelak".
p/s: dipetik dari fb..
10 TANDA2 KIAMAT:
Daripada Huzaifah bin Asid Al-Ghifari ra. berkata:
“Datang kepada kami Rasulullah saw. dan kami pada waktu itu sedang berbincang-bincang. Lalu beliau bersabda: “Apa yang kamu perbincangkan?”. Kami menjawab: “Kami sedang berbincang tentang hari qiamat“. Lalu Nabi saw. bersabda: “Tidak akan terjadi hari qiamat sehingga kamu melihat sebelumnya sepuluh macam tanda-tandanya“. Kemudian beliau menyebutkannya:
- Asap,
- Dajjal,
- Binatang,
- terbit matahari dari tempat tenggelamnya,
- turunnya Isa bin Maryam alaihissalam,
- Yakjuj dan Makjuj,
- tiga kali gempa bumi, sekali di timur,
- sekali di barat dan
- yang ketiga di Semenanjung Arab
- yang akhir sekali adalah api yang keluar dari arah negeri Yaman yang akan menghalau manusia kepada Padang Mahsyar mereka”.
petikan dari: nasbunnuraini.wordpress.com
p/s: bertaubat lah sebelum terlambat....InsyaAllah...:)
Labels:
tanda kiamat
Subscribe to:
Posts (Atom)