Followers

Labels Post!!

Showing posts with label IBADAH. Show all posts
Showing posts with label IBADAH. Show all posts

Friday, December 2, 2011

☆Kelebihan Solat mengikut Saintifik☆

Solat yang diwajibkan kepada semua umat Islam mempunyai banyak kebaikan dan kelebihannya. Dalam setiap solat terdapat 13 RUKUN SOLAT dan setiapnya ada kelebihannya sendiri. Solat dikatakan sebagai senaman ringan yang boleh meregangkan otot-otot badan serta boleh memberi perjalanan darah yang stabil. Dalam setiap solat terdapat tiga aktiviti yang akan dilakukan oleh umat Islam ialah berdiri, rukuk dan sujud. Aktiviti ini akan dilakukan setiap kali bagi satu rakaat dan keadaan ini menyamai dengan senaman ringan yang selalu kita lakukan. 


Antara Kelebihan lain ialah.:
1) aktiviti solat yang wajib dilakukan boleh menguatkan sistem otot dan tubuh badan.
2) Rukuk boleh mengurangkan seseorang dari sakit pinggang...rukuk 90 darjah
3)Sujud - dengan bersujud seseorang boleh melegakan sistem pernafasan, membaiki kedudukan buah pinggang, menyihatkan paru2, memudahkan tidur serta boleh mengelakkan pendarahan otak dan menenangkan fikiran.




untuk membaca hasil kajian seorang doktor mengenai solat sila KLIK READ MORE :

Wednesday, November 9, 2011

★TAUBAT☆ Istighfar atau meminta ampun


MAKSUDNYA :
Aku minta ampun daripada Allah yang tidak ada Tuhan yang berhak disembah selain daripadaNya, yang hidup dan yang menguruskan makhlukNya dan aku bertaubat kepadaNya.



Sabda Nabi s.a.w. yang bermaksud:


Waktu yang paling hampir antara Tuhan dengan hambanya ialah pada akhir malam. Kalau kamu mampu untuk berzikir kepada Allah pada waktu itu hendaklah kamu lakukan.


Sabdanya yang bermaksud:

Keadaan yang paling hampir antara seorang hamba dengan Tuhannya ialah sewaktu dia sujud. Maka perbanyakkan doa pada waktu itu.


Sabdanya yang bermaksud:

Sesungguhnya hatiku lupa (tidak ingat kepada Allah) dan sesungguhnya aku meminta ampun daripada Allah setiap hari 100 kali.



WAKTU2 MUSTAJAB UNTUK BERDOA :

1) Ketika hujan 
2) Antara azan dan Iqamah
3) ketika memulakan solat dan setelah selesai solat
4) Ketika sujud dalam solat..(setiap sujud boleh berdoa)
5) Sepanjang malam
6) Tangah2 malam iaitu spertiga malam awal atau akhir malam (waktu subuh)
7)  Malam Lailatul Qadar
8) Sepanjang hari Jumaat 
9) Antara Zohor dengan Asar




sumber: SINI dan DOA HARIAN


>> kalau duduk saja2 tue boleh la kita beristighfar banyak2 dengan merendah diri atau TAWADUK kepada Allah SWT.. ada cara dan tertib untuk meminta ampun, yang penting hati kena ikhlas dengan niat kepada ALLAH SWT.. 
apa2 pun setelah berdoa kita kena tawakal dan berserah kepada ALLAH..mudah mudahan setiap doa yang diminta akan termakbul...amin...



Sunday, October 16, 2011

★SUBUH☆BerDOSA Jika tak kejutkan orang lain!!



Subuh ialah permulaan setiap hari. Hari-hari yang dilalui pasti mendapat keberkatan andai ia bermula dengan solat Subuh. Masalah mahu bangun bukan masalah yang tiada penyelesaian.


Ramai sahaja yang mampu gagah membuka mata, melangkah kaki mengambil wudhuk' dan mengerjakan solat Subuh, dalam waktunya. Namun dosa lain pula yang menjadi habuan. Kawan di katil sebelah masih berdengkur, sedikit pun tidak dia kejutkan. Kawan di bilik atas masih dibuai mimpi, sedikit pun tidak dia hiraukan.



Friday, August 5, 2011

★ 10 Cara menghadapi malas beribadat ☆



1- Membaca, merenung dan memikirkan kandungan al-Quran.
Firman Allah bermaksud: “Dan Kami turunkan al-Quran sesuatu yang menjadi penawar dan rahmat kepada orang yang beriman.” (Surah al-Isra, ayat 82)
Ada dua perkara yang dianjurkan Ulama’ bagi mengatasi kemalasan daripada kekerasan hati.
Pertama, bertafakur dan alihkan hatimu dari dunia untuk beberapa waktu, lalu ditempatkan di akhirat.
Kedua, hadapkan seluruh hatimu pada pengertian al-Quran, memikirkan dan memahami apa yang dimaksudkan serta mengapa ia diturunkan. Hayati semua ayatnya. Jika suatu ayat diturunkan untuk mengubat hati, maka dengan izin Allah hati itu pun akan sembuh.


2-Merasakan keagungan Allah.
Antara ungkapan indah Ulama’ ketika menyifatkan keagungan Allah Yang Maha Tinggi: “Dia yang mengatur urusan semua hamba, memerintah, melarang, mencipta, melimpahkan rezeki, mematikan, menghidupkan, memuliakan dan menghinakan manusia. Begitu juga menjadikan malam dan siang, menggantikan hari demi hari antara manusia, membalikkan kekuasaan dan menggantikannya dengan kekuasaan yang lain serta urusan dan kekuasaan-Nya berlaku di bumi dan antara kedua-duanya, di lautan dan daratan. Ilmu-Nya meliputi segala sesuatu dan mampu menghitung segala sesuatu.
“Pendengaran-Nya mencakupi pelbagai suara dan tidak ada yang menyerupai-Nya. Bahkan, Dia dapat mendengar suara hiruk-pikuk yang saling bertindih dengan pelbagai perbezaan bahasa. Pendengaran-Nya tidak akan diganggu oleh pendengaran yang lain, tidak menjadi kacau-bilau kerana banyak masalah. Tidak pernah jemu meskipun terus menerus diajukan secara bertubi-tubi dengan permintaan orang yang mempunyai keperluan.
“Penglihatan-Nya meliputi segala sesuatu yang nampak, sehingga Dia mampu melihat langkah kaki semut hitam di tengah-tengah padang pasir yang luas terbentang pada tengah malam gelap-gelita. Yang ghaib dapat disaksikan dan yang tersembunyi nampak jelas bagi-Nya.”
Firman Allah bermaksud: “Semua yang ada di langit dan di bumi selalu meminta kepada-Nya. Setiap waktu Dia dalam kesibukan.” (Surah ar-Rahman, ayat 29).


3- Mendalami ilmu syariat.
Maksudnya adalah ilmu yang mampu menimbulkan rasa takut kepada Allah dan menambah beratnya timbangan iman. Dengan mengetahui ilmu itu, seseorang akan mengetahui apa yang terjadi sesudah mati, kehidupan di alam kubur, ketakutan dahsyat di padang Mahsyar, nikmat yang dikecapi di syurga dan azab pedih di neraka. Begitu juga nikmah syariat, masalah halal dan haram serta perjalanan hidup nabi dan pelbagai perkara yang tidak terhitung manfaatnya.
Allah berfirman bermaksud: “Katakanlah, adakah sama orang yang mengetahui dengan orang yang tidak mengetahui?” (Surah az-Zumar, ayat 9).


4-Mencari persekitaran dan sahabat soleh.
Keadaan seseorang banyak ditentukan persekitarannya. Lingkungan baik akan meningkatkan keimanan. Di sanalah seseorang mendapat teguran dan bimbingan ketika melakukan kesalahan.
Di sana pula dirasakan suasana berlumba dalam melakukan ketaatan, zikrullah, turunnya rahmat dan datangnya ketenteraman hati.


5-Memperbanyakkan kerja amal.
Kerja amal mampu memberikan pengaruh ketara terhadap hati dan jiwa manusia. Apabila kita melakukan kerja kebaikan dan apa saja amal soleh, jiwa pasti puas dan penuh kedamaiannya.


6-Tumbuhkan rasa takut su’ul khatimah (kesudahan yang buruk)
Takut kepada kematian dalam dosa atau sesat akan mendorong seorang Muslim untuk taat dan memperbaharui iman.


7-Banyak mengingati mati.
Mengingati mati juga akan membenteng seseorang daripada derhaka kepada Allah. Hati keras berubah menjadi lembut. Tidaklah seseorang itu mengingati mati ketika dilanda kehidupan yang sempit melainkan akan membuatnya menjadi lapang.
Antara cara mengingatkan mati adalah dengan sering menziarahi kubur. Rasulullah bersabda: “Dulu aku melarangmu menziarahi kubur, ketahuilah, sekarang ziarahilah kubur kerana itu boleh melunakkan hati, membuat mata menangis, mengingatkan hari akhirat dan janganlah kamu mengucapkan kata-kata yang kotor.” (Hadis riwayat Hakim)


8-Kepatuhan dan berlepas diri
Saling tolong-menolong dan patuh terhadap sesama mukmin serta berlepas diri daripada orang kafir. Hati yang bergantung dan terpaut pada musuh Allah, akan menjadi lemah. Keimanannya akan menurun dan mencair. Sebaliknya, apabila kepatuhan dimurnikan dan hanya kepada Allah, maka ia akan menghidupkan keimanan dan semangat dalam hati.


9-Muhasabah jiwa ketika datang kelemahan
Hati memiliki dua sikap iaitu menerima dan menolak. Manfaatkan dua keadaan itu, sama ada ketika cenderung menerima dan menolak. Ketika hati cenderung menerima, perbanyakkan amal soleh dan ibadah sunnah. Laksanakanlah ibadah sebanyak mungkin pada waktu siang dan malam.
Pada waktu hati sedang menolak (futur), ikatnya dengan melakukan amal wajib saja Rasulullah ditanya seorang sahabat : “Wahai Rasulullah, apa pendapat anda apabila aku merasakan lemah dalam melakukan suatu amal?” Baginda menjawab: “Peliharalah keburukanmu daripada manusia kerana itu adalah sedekah bagi dirimu.” Maksudnya jangan menunjukkan keburukan kita di depan manusia lain.


10-Menelaah kisah teladan salafussoleh.
Sikap dan teladan salafussoleh, termasuk ulama dan mujahidin hingga zaman kini akan menumbuhkan rasa hina dalam diri hingga menyuntikkan semangat baru dalam jiwa seseorang untuk menjadikan mereka sebagai contoh.


p/s: ambil dari FB...:) hope kita semua boleh jauhkan perasaan malas dalam diri ...:)






★ StArliGHt☆

Saturday, July 30, 2011

★ISLAM☆ PESANAN IMAM SYAFIE~

‎25 pesan iman Syafie
☆Tuntutlah ilmu sebanyak mungkin kerana ia dapat menjaga dan membuat kamu cemerlang di dunia dan akhirat.


☆Perbanyakkan menyebut Allah daripada menyebut makhluk. Perbanyakkan menyebut akhirat daripada menyebut dunia.


☆Pilihlah makanan yang halal kerana ia menjamin kesihatan dan menyebabkan syaitan gerun.


☆Sabar menghadapi musibah adalah sebesar-besar erti sabar di mana sabar itu sendiri memerlukan kesabaran pula. Bala dan musibah menunjukkan adanya perhatian dan kasih sayang Allah. Oleh itu, bersyukurlah kerana syukur yang demikian itu adalah setinggi-tinggi syukur.


☆Apabila salah seorang daripada kaum kerabat ataupun jiran dan saudara kamu sakit, kamu perlu ringankan langkah menziarahinya kerana ia disaksikan oleh malaikat dan dicintai Allah.


☆Marah adalah salah satu antara antara panah-panah syaitan yang mengandungi racun. Oleh itu, hindarilah ia supaya kamu dapat menewaskan syaitan dan bala tenteranya.


☆Kasihanilah anak yatim kerana Rasulullah juga tergolong sebagai anak yatim dan beliau akan bersama dengan orang yang menyayangi dan mengasihi anak-anak yatim di akhirat.


☆Berbuat baiklah dan tunjukkan bakti kepada ibubapa tanpa mengenal letih dan lelah sebagaimana mereka berbuat begitu sepanjang hayat mereka. Ia dapat menambah keberkatan pada umur, menambah rezeki dan keampunan atas dosa-dosa kamu.


☆Banyakkan amal soleh kerana ia adalah pendinding dan perisai orang mukmin dan pelindung daripada serangan Iblis.


☆Taqwa adalah pakaian kebesaran dan hiasan akhlak Muslim sebenar. Ia ibarat pokok zaitun, minyaknya membawa berkat, ia juga memberi kejayaan dan kemenangan.


☆Iman mempunyai bentengnya bagi menghalang segala serangan yang cuba merobohkannya. Bagi menguatkan benteng iman, keimanan perlu dibajai dengan lima perkara yakni yakin, ikhlas, mengerjakan amalan sunat, istiqamah dan berdisiplin dalam mengerjakan ibadah.


☆Ingat dan zikir kepada Allah sebanyak-banyaknya kerana ia mengubati penyakit jasmani dan rohani. Ia mencetuskan ketenangan hidup dan qanaah.


☆Khusyuk secara zahir adalah khusyuknya orang awam, khusyuk secara batin adalah khusyuknya orang pilihan di sisi Allah.


☆Kubur adalah perhentian sementara bagi membolehkan ke satu perhentian lagi yang penuh dengan soal siasat. Oleh itu, siapkanlah jawapan yang adil dan benar menerusi amal yang benar dan taat kepada al-haq yang tidak berbelah bahagi.


☆Kite perlu sentiasa memohon perlindungan daripada Allah, sekurang-kurangnya dengan mengucapkan isti'azah. Kita perlu bersabar sekiranya serangan syaitan datang juga bertalu-talu dengan hebat dan menyedari Allah Taala hendak menguji kesabaran kita, hendak melihat ketulenan jihad kita. ketahuilah perang dengan syaitan itu lebih hebat daripada perang sabil.


☆Sebesar-besar keaiban adalah kamu mengira keburukan orang lain sedangkan keburukan itu terdapat dalam diri kamu sendiri.


☆Hati adalah raja dalam diri. Oleh itu, lurus dan betulkan ia supaya empayar kerajaan dirimu tegak di atas al-haq yang tidak disertai oleh iring-iringan pasukan kebatilan.


☆Ketahuilah, istighfar yang diucapkan dengan betul mampu membuat syaitan lari ketakutan dan menggoncang empayar Iblis di istananya.


☆Ketahuilah sebesar-besar kesenangan di dunia dan akhirat adalah memberi maaf kepada orang lain dan melupakan terus kesalahannya. Allah pasti akan meninggikan darjatnya di sisi manusia.


☆Tafakurlah sebelum tidur bagi menghisab diri atas salah dan silap semasa aktiviti pada siang hari sebagaimana Saidina Umat menghisab dirinya pada setiap hari.


☆Tuntutlah ilmu sebanyak mungkin kerana ia dapat menjagamu dan membuatmu cemerlang di dunia dan akhirat. Ia juga amaln para nabi dan rasul serta orang soleh.


☆Sesiapa mahu meninggalkan dunia dengan selamat, dia perlu mengamalkan perkara berikut iaitu mengurangkan tidur, mengurangkan makan, mengurangkan bercakap dan berpada-pada dengan rezeki yang ada.


☆Kamu seorang manusia yang dijadikan daripada tanah dan kamu juga akan disakiti (dihimpit) dengan tanah.


☆Sesiapa yang menjalin ukhwah dan menghidupkannya, dia memperoleh banyak kebaikan.


☆Allah menjanjikan kepada orang yang beriman, mereka akan ditinggikan darjat dan diberi kemuliaan selagi mereka menunaikan perintah Allah.




★SamaSamalah Kita Mengambil Iktibar Dan Tauladan Dari Pesanan Di Atas☆
~InsyaALLAH~

Thursday, March 31, 2011

HUKUM DAN AKIBAT TINGGAL SOLAT FARDHU

"KENAPA X MAHU SEMBAHYANG HAH???"


assalamualaikum, semperna hari Jumaat nie ramai kaum adam akan ke masjid utk menunaikan solat Jumaat, tp nie aku tgk ada juga yg x ke masjid ada yg merayau2 di pasaraya dan ada buat endah x endah ja dengan solat Jumaat sedangkan ianya WAJIB!!!


ok, nie kisah pasal solat Jumaat, tp bagaimana pula Solat2 lima waktu yg WAJIB tue??!! nama pon WAJIB tp kenapa ada juga orang yg x melaksanakannya??
hurm..
aku rasa SEMUA UMAT ISLAM pon taw tentang hukum dan akibat klau tinggal solat an?? tp napa la ada yg x solat...napa pandang ringan dgn soal nie??
ok, aku x kata yg aku nie baik sgt, aku nie alim sgt..X..aku kadang2 ada juga terlupa dan lalai.. tp sebagai umat Islam aku nk sgt kita semua melakukan amal kebaikan dan tinggalkan keburukan...


bawah nie ada diceritakan soal hukum dan akibat tinggal sembahyang:


GOLONGAN PENINGGAL SEMBAHYANG.

Keadaan manusia dalam perkara meninggalkan sembahyang ini terbahagi kepada beberapa golongan iaitu:

1-Golongan Yang Menolak Kefardhuannya:

>>Iaitu suatu golongan yang tidak menerima konsep kefardhuan sembahyang maka tempat kembali mereka adalah Neraka Saqar, di mana Allah S.W.T telah berfirman:

"Apakah yang menyebabkan kamu memasuki Neraka Saqar?"Mereka menjawab:"Dahulu(semasa di dunia) kami termasuk orang-orang yang tidak bersembahyang. 
[Al-Muddaththir Ayat 42-43].



2-Golongan Yang Menerima Tapi Tidak Melaksanakannya:

>>Iaitu satu golongan di mana mereka menerimanya (tidak menentang perintah sembahyang) tetapi mereka tidaklah melaksanakannya. Maka balasannya ialah al-ghayy.


Dalam surah Maryam Ayat 59 Allah Taala telah berfirman bermaksud:
"Maka datanglah sesudah mereka pengganti (generasi) yang menyia-nyia (mengabai)kan sembahyang dan mengikutkan segala keinginan maka mereka kelak akan menemui keburukan (atau memasuki sebuah lembah di Neraka).
Al-Ghayy dalam Ayat suci ini, antara lain merupakan suatu lembah di neraka Jahannam atau sebuah telaga di Neraka. Di samping itu ade berpendapat Al-Ghayy itu ialah keburukan/kejahatan dan ada pula berkata kerugian.



3-Golongan Acuh tak Acuh(Bersahaja).

>>Iaitu satu golongan yang tidak memandang berat dan tidak pula mempedulikan sembahyang. Mereka (terkadang) melaksanakannya dalam waktunya atau melewatkannya,(berkeadaan) seperti orang yang bertungkus lumus dalam dunia (keduniaan menyebabkan mereka tidak bersembahyang sehingga) telah terkeluar waktu sembahyang sedang mereka tidak sedar.
Keadaan demikian berlaku secara berulang-ulang kepada mereka maka mereka bersembahyang sesudah keluar waktu tanpa mempedulikan (batas waktu) dan mereka tidaklah menyesal, seperti perangai orang berjaga malam di mana pada biasanya mereka tidak bersembahyang Subuh melainkan sesudah terbit matahari.
Maka mereka ini dan orang sepertinya tidaklah mengutamakan perintah sembahyang dan mereka tidaklah mempedulikannya maka untuk mereka adalah Wail, di mana Wail itu merupakan satu seksaan yang pedih.






~marilah kita sama2 berubah ke arah yg lebih baik dan istiqamah dlm melakukan amal ibadat....Insyallah!!
Renung-renungkan lah!!

Friday, December 31, 2010

Tanda-tanda Hari Kiamat

Bersyukurlah hari ini kita ditakdirkan lebih kaya dari semalam. Amin…Amin…Amin

Antara TANDA2 KIAMAT KECIL berdasarkan hadis sahih:

1. Penaklukan Baitulmuqaddis. Dari Auf b. Malik r.a. katanya,
Rasulullah s.a.w telah bersabda: "Aku menghitung enam perkara menjelang hari kiamat. "Baginda menyebutkan salah satu di antaranya, iaitu penaklukan Baitulmuqaddis." - Sahih Bukhari

2. Zina bermaharajalela."Dan tinggallah manusia2 yang buruk, yang seenaknya melakukan persetubuhan seperti himar (keldai). Maka pada zaman mereka inilah kiamat akan datang." - Sahih Muslim

3. Bermaharajalela alat muzik. "Pada akhir zaman akan terjadi tanah runtuh, rusuhan dan perubahan muka. "Ada yang bertanya kepada Rasulullah; "Wahai Rasulullah bila hal ini terjadi?" Baginda menjawab; "Apabila telah bermaharajalela bunyian (muzik) dan penyanyi2 wanita" - Ibnu Majah

4. Menghias masjid dan membanggakannya. "Di antara tanda2 telah dekatnya kiamat ialah manusia bermegahan dalam mendirikan masjid" - Riwayat Nasai.

5. Munculnya kekejian, memutuskan kerabat dan hubungan dengan tetangga tidak baik.
"Tidak akan datang kiamat sehingga banyak perbuatan dan perkataan keji, memutuskan hubungan silaturahim dan sikap yang buruk dalam tetangga." - Riwayat Ahmad dan Hakim.

6. Ramai orang soleh meninggal dunia. "Tidak akan datang hari kiamat sehingga Allah mengambil orang2 yang baik dan ahli agama di muka bumi, maka tiada yang tinggal padanya kecuali orang2 yang hina dan buruk yang tidak mengetahui yang makruf dan tidak mengingkari kemungkaran" - Riwayat Ahmad

7. Orang yang hina mendapat kedudukan terhormat. "Di antara tanda semakin dekatnya kiamat ialah dunia akan dikuasai oleh Luka' bin Luka' (orang yang bodoh dan hina). Maka orang yang paling baik ketika itu ialah orang yang beriman yang diapit oleh dua orang mulia" - Riwayat Thabrani

8. Mengucapkan salam kepada orang yang dikenalnya sahaja."Sesungguhnya diantara tanda2 telah dekatnya hari kiamat ialah manusia tidak mahu mengucapkan salam kepada orang lain kecuali yang dikenalnya saja." - Riwayat Ahmad

9. Banyak wanita yang berpakaian tetapi hakikatnya telanjang. Diriwayatkan dari Abu Hurairah r.a. "Di antara tanda2 telah dekatnya hari kiamat ialah akan muncul pakaian2 wanita dan apabila mereka memakainya keadaannya seperti telanjang".

10. Bulan sabit kelihatan besar. "Di antara tanda2 telah dekatnya hari kiamat ialah menggelembung (membesarnya) bulan sabit." - Riwayat Thabrani

11. Banyak dusta dan tidak tepat dalam menyampaikan berita. "Pada akhir zaman akan muncul pembohong2 besar yang datang kepadamu dengan membawa berita2 yang belum pernah kamu dengar dan belum pernah didengar oleh bapa2 kamu sebelumnya, kerana itu jauhkanlah dirimu dari mereka agar mereka tidak menyesatkanmu dan memfitnahmu" - Sahih Muslim

12. Banyak saksi palsu dan menyimpan kesaksian yang benar."Sesungguhnya sebelum datang nya hari kiamat akan banyak kesaksian palsu dan disembunyikan kesaksian yang benar." - Riwayat Ahmad

13. Negara Arab menjadi padang rumput dan sungai. "Tidak akan datang hari kiamat sehingga negeri Arab kembali menjadi padang rumput dan sungai2" - Sahih Muslim

Sudahkah anda menunaikan SOLAT ?
Dari Abdullah bin 'Amr r.a., Rasulullah s.a.w. bersabda, "Sampaikanlah pesanku biarpun satu ayat..."


p/s: semua tanda-tanda diatas sudah kita nampak pada zaman sekarang nie...so, sebagai umat Islam kita perlu melakukan berubahan dalam diri kita walaupun sedikit., ya, aku pon bkn la baek sngt, tp kita sebagai org islam kna saling memperingat antara satu sama lain...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...