Followers

Monday, November 28, 2011

★Tanda Kemunculan Dajjal Dan kiamat★

assalamualaikum para bloggers sekalian...kali ni aku nak kongsikan cerita mengenai hari kiamat dan kedatangan Dajjal... ok sebelum ni aku ada dengar banyak dah dari para ustazah dan kawan2 tentang tanda-tanda kemunculan Dajjal  iaitu bila surutnya air sungai, bila buah kurma tidak berbuah dan pada masa itu lah Dajjal akan keluar dan cuba menyesatkan kita semua UMAT ISLAM dalam masa 40 hari.. dan keaadaan dia pon kita dah boleh kenal pasti dan tahu, tapi nie semua melalui penceritaan oleh ustazah2 aku... satu lagi , kita jangan la selalu menyeru nama si Dajjal dalam percakapan kita, bila ramai yang menyeru atau menyebut, ini adalah salah satu tanda kemunculannya nanti...
tadi aku ada masuk blog MACJAY.NET  yang terkenal dengan pembongkaran mengenai isu2 ISLAMIAH..  bila baca dalam blog dia baru aku tau dengan lebih lanjut cerita kedatangan Dajjal...wallahulam...

JOM KLIK  ---> SINI untuk membaca kisah dengan lebih lanjut dan harap dapat menyebarkan kepada semua umat Islam supaya tidak leka dengan DUNIA SEMATA-MATA!!


dalam pembacaan aku tadi, aku agak takut  kerana kita semua nie ialah manusia yang hidup pada AKHIR ZAMAN...aku rasa semua orang tau kan mengenai nie,.. semua tanda kiamat kecil sudah kita nampak sendirikan.. antaranya ialah:


Monday, November 21, 2011

MALAYSIA HEBAT!!!

yesss3..... TAHNIAH TAHNIAH TAHNIAH kepada pemain MALAYSIA yang telah bersusah payah lawan untuk menang.... cayalahhh......... kapten Malaysia memang coool habis...:)
tak tahan yang pemain Indon dok jampi dekat jaring gol...adehh....>,<
yang paling geram dengan pengadil laa.... TAK ADIL LANGSUNG!!! yang pemain undon siap tolak pemain Malaysia depa tak kata apa pon... siap bagi lepas jaa... bila Malaysia buat salah sikit padahal nampak sangat tak da kena apa pon , pengadil buh kad kuning trus...huh??!!!! macam apa lagi....
apa2 pon semuanya telah berpihak kepada MALAYSIA.....YEAHHH...!!!! penalti yang mendebarkan..:)

~ kafe B penuh dengan prempuan tadi....semua menyokong...kepada yang tak menyokong tue aku xtaw la ampa minat apa... tolong la sokong MALAYSIA... aku pon tak minat bola, tapi dah MALAYSIA lawan comfirm2 aku akan sokong jugak...:) , roomate aku semua tak minat dan tak sokong tadi...aku sorang la yang menjerit dalam bilik nie..ahahhaha.... lawak tul...last2 kena turun tengok kat kafe jugak..penuh geng penyokong....yeahh.... memang best ahh bila dah masuk goll... JERIT TAK INGAT DUNIA...!!!
HAHAH....

JOM TENGOK..!!!
video penalti MALAYSIA VS INDONESIA...!!!

Sunday, November 20, 2011

★Permulaan Hidup Baru☆

ASSALAMUALAIKUM...hari nie bermula lah SEM 2 bagi sesi 2011/2012...
permulaan yang agak MEMBORINGKAN....teetttt....... agak la kan, sehari sebelum kelas orang semangat kemas beg ( mcm budak skolah nak msuk tahun baru) pastu bangun awal pagi ( err, awal la sangat kan..haha) mandi pagi2 siap2 dengan bersemangatnya nak pergi kelas...then masuk kelas, tungu punya la tunggu cikgu x masuk lagi....zzZZZzz... 3 masa yang bersamaan 3 jam yang dibuang macam tue ja...
kalau balik bilik TIDO lagi bagus...HAHAHA... -,-

dah tue sepatutnya kelas habis pukul 3, tup tup kena beli buku tutor,kuliah dan sebagainya di Cubic..alaa, cubic tue tempat lecturer mcam bilik guru..haha.... ya AMPUN, ramai benorr nya orang dalam tue... dari ke pintu diorang bratur semata mata nak beli buku FIZIK.... pergh...SESAK SESAK...
pening kepala aku,... syukur la aku g lepak kat salah satu meja lecturer dan akhirnya dapat juga membeli buku semua tue.... dalam kesesakan aku meredah lautan orang yang mcam2 bau dah rsanya..ahaha...
eh,...bila nak dapat duit RM 200 tuee??? aku dah habis sehari nie dengan RM50.... ERR.....
dah la dalam bank xda duit dah... kebulur aku pasnie.....>,<,
"MAMA KAK NAK DUIT LEH DAK..??? hehe."

Wednesday, November 16, 2011

PENAT !!!

assalamualaikum... dan selamat tgh hari...
dah tgh hari dah pon... aku bru leh relax stelah bekerja tadi...kerja ikat riben untuk barang perkahwinan...
alaa yang bila orang mai rumah time kenduri pastu dapat paper bag or bunga telur tue... buka2 paper bag ada bekas2 yang dalamnya terisi denga "gula-gula"..haa...yang tue la yang aku dengan cousin2 lain tengah hiaskan...
perghh...ada beratus ratus kot... memang silau dan binau bijik mata nie ...haha... peninga gak kepala bila tengok benda2 tue tersusun punya la banyak pastu kami2 yang muda2 kena buat riben...pergh.. tak leh gambarkan...  (gambar xda lagi buat masa sekarang, akan di update kemudian)

errm... padahal aku baru buat berapa tah...x kira tapi ada sampai seratus rasanya..tue pon dah pening..hehe... mak aku pon pening. pastu dia kata..Macam mana la kalau anak aku nak kawen nanti...??!! hahaha...mau pening dia... xpaa mama, kak nak kawen lambat lagi nuh..time tue semua orang mai makan ja xyah nak bg2 bunga telur or wutever smua tue...HAHAH...:P



-------->>> JOM KENA SAMBUNG BUAT KERJA BALIK...errm, esok kena balik KOLEJ DAH....
wuaaa.... ANDWAAEEEE.....~~~~

Tuesday, November 15, 2011

2011 Leonid meteor shower - Astronomy Magazine

JOM baca info mengenai meteor yang akan nampak pada bulan NOVEMBER...tekan bawah nie ya....:D

>>> Get ready for the 2011 Leonid meteor shower - Astronomy Magazine

dijangka pada 18 Nov, sebelum Subuh...kan syok kalau dapat tengok sendiri dengan mata kita nie meteor shower...
tapi kat Malaysia nie x tahu la kita dapat tengok ke tak...

tapi kepada orang islam jangan la pulak bila nampak nak buat WISH2 apa kebenda semua tue.... syirik dan dosa ja semua tue...
kita hanya minta doa pada ALLAH ja... melainkan kita bersyukur dan memuji kebesaranNYA bila dapat tengok segala kejadian ciptaanNYA...


★lepak di alam maya☆

CUTI CUTI CUTI.... sepanjang cuti nie syok ja free dari buku2, kertas2 A4, buku tutor dan lecturer...
serius otak FREE gilaa.... dan kosong ja... jangan di tanya soalan soalan chapter2 sem 1...
memang punah dan musnah dah dari otak nie...ahaha...(apa la!! org study untuk masa depan) tapi aku study untuk EXAM ja.... huh.... tue la orang kata, x guna ambik exam nie sangat... pulun2 study sebab nak dapat result elok ja...tapi bila dapat result hampeh ja...uwaaa.....(harap2 result aku OK dan ckup2 makan) huu....:P  maw teriak kot KALAU result TERUKKK.... PENAT AKU BELAJAQ SIANG MALAM KOT!!! hahaha....


ZZzzzzz


IKLAN WAKTU ORANG SEDAP2 TULIS ENTRY....
adik aku ajak main card "OLD MAID" pulak... bila x maw main dia kata la Kak Ira esok lusa nie xda kat rumah pulak...nak kena balik KOLEJ dah.... ERRGHH....PERHATIAN KEPADA PELAJAR MATRIKULASI, JUMAAT NI ANDA DIKEHENDAKI BALIK SEMULA KE KOLEJ MASING2 KEYH.!!
X sukanyaa...(honestly ada gak la semangat nak balik kolej) bukan apa... lama2 sangat cuti jadi BORING..
pakat xtaw nak buat apa... kalau p Holiday x pa la jugak kan...nie terperap dalam rumah jaa.... sapa yang x boring hah??? bila chat dengan kawan2 ja semua pakat kata .."BORING LA WEHH" aku jawab..." TUE LA  TAW XPA..." hahhaha... ayat yang selalu aku dengar dan selalu aku jawab bila orang kata macam tue... tapi bila dok kat rumah ja sampai aku lupa yang hari nie hari apa... tadi tengok calender enset "TUESDAY" huhh....SELASA dah??!! then tinggai brapa hari ja lagi untuk menghabiskan masa di rumah... hmm, takut la nak masuk sem 2 nie...tapi x sabar la nak jumpa kengkawan di kelas baru nanti..walaupun hati tetap nak2 dengan kawan2 kelas lama... kelas yang paling bising, sporting dan .....apa hah,...tah la, xtaw nak gambarkan dengan keadaan kelas aku dulu.... yaa, GONNA MISS YOU ALL!!
ermm...macam mana la dengan budak2 kelas aku yang baru nie eh...?? akan tetapi aku nak berubah,. x maw bagi orang kacau aku,...hahaha.... tapi kalau aku tak buat gila sure kelas x bising sangat kan... haha...ada2 ja ang athira oii....  dari dulu aku suka buat merapu, tapi dalam kelas aku senyap ja...ada masa2 tertentu aku mai penyakit mood merapu, haha... hanya org yg slalu dgn aku ja yg taw...hmm, ok , tetiba tringat zaman skolah time dok study group petang2 bersama sama dengan DEPA.... geng paling bising kat Sudut Ilmu...ok, ira x lupa setiap detik kita bersama...ceewaah....DAH3...TUTUP KISAH LAMA....tengok masa depan yang akan menjelang lagi 3 hari...



sebelum masuk sem 2 ada MUET la pulakk...adess...kan syok kalau da habis dengan speaking hari tue...err...nie dengan READING, LISTENING AND WRITING la pulak.... malasnya aku....
serius x study apa...perluka study kawan2??? hahaha.... bkn nak kata aku dah pandai or terer BI, tp aku xtaw apa yang perlu kita study for MUET, and aku pon xda bku rujukan dia...haha... --->>kata x wajib beli tue yang x beli kann...haha....




p/s: kepada kawan aku Miza.... aku harap ang leh ada untuk sem depan dan kita boleh blajaq sama2 lagi... hope semua progress kat hospital berjalan lancar dan SEMOGA CEPAT SEMBUH!!! sunyi la kalau ang xdaa, x leh nak kongsi cerita dengan ang..hurm....:( 

Sunday, November 13, 2011

★Peringatan☆ Untuk Pengguna FB!!

"Seorang WANITA/LELAKI yg berani meletakkan IN A RELATIONSHIP WITH kekasih bukan mahramnya itu...ia sedikit sebanyak telah hilang sifat malu dan segan dalam dirinya sebagai seorang MUSLIMAH/WANITA...kerana ia seolah-olah seperti memberitahu kepada umum bahawa dia sekarang sedang bergelumang, bergomol dan bercouple dgn kekasihnya...seperti istiharkan KEMAKSIATAN...tahukah KITA bahawa meletakkan IN A RELATIONSHIP .........WITH kekasih bkn mahram boleh menimbulkan FITNAH??? dan apabila timbulnya fitnah boleh mendatangkan DOSA??? akhir zaman ini ramai manusia yang berbangga dgn maksiat yang dilakukan oleh diri mereka sendiri... Tahukah kita bahawa,sedangkan dalam pertunangan Nabi SAW sendiri ada mengingatkan kepada kita supaya sebaik-baiknya merahsiakan pertunangan...inikan pula perhubungan COUPLE YANG JELAS HARAM...tetapi nak tunjuk juga kepada umum yang diri itu sudah BERSTATUS COUPLE!!!...kalau status pertunangan tak mengapa la juga, tetapi itu pun Nabi s.a.w menyuruh sebaik-baiknya merahsiakan pertunangan sebagaimana

Sabda Nabi s.a.w: Rahsiakan pertunangan dan iklankan (maklumkan) tentang perkahwinan. (Hadith riwayat Ahmad dari Abdullah bin Zubair r.a, dan disahihkan oleh al-Albani di dalam Irwa’ al-Ghalil)  

oleh itu JANGANLAH BERBANGGA dgn STATUS IN A RELATIONSHIP WITH kekasih bukan mahram kita itu kerana yang kita akan dapat adalah DOSA DAN SIA-SIA SAHAJA...nak selamat dan elak diri difitnah...halalkan segera perhubungan kita itu supaya tidak berlaku lagi fitnah, dosa dan .."


p/s: petikan dari FB..sumber asal x diketahui...sekian, 
★☆renung-renungkan ★☆

Thursday, November 10, 2011

★Kenapa perlu "couple"☆







Saya suka tengok jari runcing awak. Cantik betul. Sampai takut saya nak pegang. Bukan takut patah. Tapi takut nanti jari kita tak boleh tolong antara satu sama lain. Di satu hari yang dahsyat depan yang Maha Esa.

Saya suka tengok rambut awak. Lurus macam teknik rebonding. Sebab tu saya belikan tudung. Bukan sebab jeles orang lain tengok jugak. Tapi takut nanti kena bakar api neraka.

Saya suka tengok body awak. Mantap giler. Sebab tu saya belikan awak jubah dan telekung. Supaya masa awak berjumpa dengan Kekasih awak Yang Utama nanti, awak lagi cantik dan berseri menghadap-Nya. Saya pun tumpang dapat pahala.

Saya risau tengok awak tak tidur, tak makan sebab rindu kat saya. Saya pun macam tu jugak. Awak tanya apa ubatnya? Saya pun bagi awak Al-Quran sebagai penenang jiwa. Semoga lebih cintakan-Nya dari saya.

Saya sedih tengok awak. Selalu pesan macam-macam kat saya. "Makan, minum, drive elok-elok tau. Nanti awak sakit saya susah ati bla bla bla bla". Tapi bila keluar dating sama-sama, terlalu asyik hingga tertinggal Zohor. Awak langsung tak kata apa satu pun. Berdosanya saya.

Kesimpulannya, saya memang sayangkan awak. Nak setia pada awak. Tapi, saya dah tak sanggup nak tanggung dosa kalau kita terus ber'couple'. Saya nak kahwin dengan awak cepat-cepat. Nak hidup bahagia bersama di dunia dan akhirat terutamanya. 


Semoga kita saling mengingati dan menginsafi diri kita. Dosa saya sendiri pun bertimbun. Nak tanggung dosa awak lagi lepas ni. Ya Allah, ampunkanlah dosa kami. Jauhilah kami daripada perkara-perkara mungkar dan keji. Engkau pertemukanlah jodoh kami agar hubungan ini halal dan mendapat keredhaan dari-Mu Ya Allah..





zaman sekarang nak jumpa org yang x pernah "couple" memang sikit... kebanyakan sudah ada pasangan..tapi pandai2 lah kita saling nasihat menasihati sesama kita.. InsyaAllah akan mendapat petunjuk dariNya...
dan ramai pasangan yang kata...kami couple  TAK PEGANG TANGAN,..TAK DATING...
just cakap dalam phone ja...(tue pon dok GAYUT dalam phone lama2) tak pa ka cmtue???

perintah Allah S.W.T. dalam surah Al-Isra' ayat 32 iaitu 
"Dan janganlah kamu menghampiri zina, sesungguhnya zina itu adalah satu perbuatan yang keji dan satu jalan yang jahat (yang membawa kerosakan)."


couple = menghampiri zina
menghampiri zina = haram 
maka, couple = haram (very simple equationsmiley-wink )


tak tahu la nak menilai..pandai2 lah pikir sendiri...
JANGAN MENGHAMPIRI  OK...bukan JANGAN BUAT ZINA..!!

p/s: peringatan untuk aku dan yang lain-lain juga...:D





Wednesday, November 9, 2011

★TAUBAT☆ Istighfar atau meminta ampun


MAKSUDNYA :
Aku minta ampun daripada Allah yang tidak ada Tuhan yang berhak disembah selain daripadaNya, yang hidup dan yang menguruskan makhlukNya dan aku bertaubat kepadaNya.



Sabda Nabi s.a.w. yang bermaksud:


Waktu yang paling hampir antara Tuhan dengan hambanya ialah pada akhir malam. Kalau kamu mampu untuk berzikir kepada Allah pada waktu itu hendaklah kamu lakukan.


Sabdanya yang bermaksud:

Keadaan yang paling hampir antara seorang hamba dengan Tuhannya ialah sewaktu dia sujud. Maka perbanyakkan doa pada waktu itu.


Sabdanya yang bermaksud:

Sesungguhnya hatiku lupa (tidak ingat kepada Allah) dan sesungguhnya aku meminta ampun daripada Allah setiap hari 100 kali.



WAKTU2 MUSTAJAB UNTUK BERDOA :

1) Ketika hujan 
2) Antara azan dan Iqamah
3) ketika memulakan solat dan setelah selesai solat
4) Ketika sujud dalam solat..(setiap sujud boleh berdoa)
5) Sepanjang malam
6) Tangah2 malam iaitu spertiga malam awal atau akhir malam (waktu subuh)
7)  Malam Lailatul Qadar
8) Sepanjang hari Jumaat 
9) Antara Zohor dengan Asar




sumber: SINI dan DOA HARIAN


>> kalau duduk saja2 tue boleh la kita beristighfar banyak2 dengan merendah diri atau TAWADUK kepada Allah SWT.. ada cara dan tertib untuk meminta ampun, yang penting hati kena ikhlas dengan niat kepada ALLAH SWT.. 
apa2 pun setelah berdoa kita kena tawakal dan berserah kepada ALLAH..mudah mudahan setiap doa yang diminta akan termakbul...amin...



Tuesday, November 8, 2011

★Lukisan☆ Menarik dan real

assalam... boring2 x tahu nak buat apa ka??
jom tengok lukisan lukisan yang memang nampak real sngat2...
salute la aku kepada Artist2 yang melukis gambar2 nie...
nie antara gambar yang aku minat...
NAK TENGOK???

sila tekan read more...:D

★Plan aktiviti Cuti Sem☆

assalamualaikum.... berapa hari dah aku tak on9 kes malas nak ambik beruk bANd dan cucuk kat USB port..ahahah...

PEMALAS KAU ATHIRA...!!! (mcam ayat si Jerin ja yg slalu kta kat aku..HAHA..)



eh, tujuan nak tulis entry kali nie  pasal lain...plan2 time cuti..:
# nak buat header blog baru (dok nak buat tapi xda idea nak design apa..huh)
# nak belajar edit guna PHOTOSHOP CS5..(hahaha, bajet la aku wat x bleh2 g)
# nak belajar bahasa Korea...(ngeh3... )
# nak baca 2 3 novel
# perabih tengok drama Korea..:P
# tangkap gambaq nature (awan, pkok, permandangan..nak buat koleksi)

Thursday, November 3, 2011

★TAMAT SUDA SEMESTER PERTAMA ★

TAMAT SUDA SEMESTER PERTAMA TAHUN 2011..

nak highligh besaq  yang niee...... SEKARANG IM AT HOME....

yeeszzzzaaa...happy gila bila dok rumah... bila balik rumah...
of coz semua budak matrik aakan rasa kegembiraan yang aku rasa sekarang nie...
terkata bila dapat keluar dari gate Matrikulasi Kedah tue kan...

malas nak sembang banyak... apa pon aku akan rindu saat2 semasa di sem satu...
aku rasa sem satu telah mengajar aku macam2...
JANGAN STUDY LAST MINUTE..
JANGAN TIDO DALAM KULIAH
JANGAN STUDY JA SIANG MALAM TAPI TAK FAHAM APA PON...

HAHAHA....nie la perkara yang aku sedar dan INSAF SAT sekarang niee...

HOPE SEM 2 nanti aku akan lebih semangat untuk study...:D
nak pulun betul2 sebab exam PSPM 1 aku buat teruk sangat2....:(

 >>Tak lupa gak kat semua budak2(aku,pikah,hadzrin,ali,acap) kakak2(k.wa,k.mira,k.syu,) abang2(PG,Kero,Amir) kelas di sem 1...K2S2T5A

Tuesday, November 1, 2011

DSLR★Photo capture by...☆

time boring kat rumah mesti aku pegang camera dan siar2 kat sekeliling rumah...haha... dan hasilnya ada di bawah nie... saja TESTING guna DSLR...teringin nak belajar.. nie aku main2 snap je...hehe...:)

bunga pe tah nie??
bunga jejarum kot...haha..^^)

nie aku x sure dan x tau bunga apa...haha..

★REDHA☆

Asaalamualaikum.... 
hari nie baru aku free untuk membuka laptop dan on9 setelah 3 hari x on..
maklum la esok aku TAK da exam...HIHIHI.....
bestttt nyaaa..... tapi Khamis still ada exam KIMIA and LAST PAPERRR.....
YESS.... then i wanna go HOME....:)


hari nie hari paling3 SEDIH AKU.... kes aku x reti nak jawab soalan Fizik tadi....
uwaaa..... serius menyesal dan sedih sangat3...hanya ALLAH ja yang tahu...
aku jadi blank dan terlupa banyak formula untuk fizik tadi.... wuaaa.....sabaq jaa...


 REHDA dan TAWAKAL jaa.!!!!

X MAW PKIAQ DAH.... LETS GONE BE BY GONE!!!

CHEMISTRY PLEASE BE NICE TO ME... I WANT TO TREAT YOU NICELY...HEHE...★☆
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...