Followers

Thursday, November 10, 2011

★Kenapa perlu "couple"☆







Saya suka tengok jari runcing awak. Cantik betul. Sampai takut saya nak pegang. Bukan takut patah. Tapi takut nanti jari kita tak boleh tolong antara satu sama lain. Di satu hari yang dahsyat depan yang Maha Esa.

Saya suka tengok rambut awak. Lurus macam teknik rebonding. Sebab tu saya belikan tudung. Bukan sebab jeles orang lain tengok jugak. Tapi takut nanti kena bakar api neraka.

Saya suka tengok body awak. Mantap giler. Sebab tu saya belikan awak jubah dan telekung. Supaya masa awak berjumpa dengan Kekasih awak Yang Utama nanti, awak lagi cantik dan berseri menghadap-Nya. Saya pun tumpang dapat pahala.

Saya risau tengok awak tak tidur, tak makan sebab rindu kat saya. Saya pun macam tu jugak. Awak tanya apa ubatnya? Saya pun bagi awak Al-Quran sebagai penenang jiwa. Semoga lebih cintakan-Nya dari saya.

Saya sedih tengok awak. Selalu pesan macam-macam kat saya. "Makan, minum, drive elok-elok tau. Nanti awak sakit saya susah ati bla bla bla bla". Tapi bila keluar dating sama-sama, terlalu asyik hingga tertinggal Zohor. Awak langsung tak kata apa satu pun. Berdosanya saya.

Kesimpulannya, saya memang sayangkan awak. Nak setia pada awak. Tapi, saya dah tak sanggup nak tanggung dosa kalau kita terus ber'couple'. Saya nak kahwin dengan awak cepat-cepat. Nak hidup bahagia bersama di dunia dan akhirat terutamanya. 


Semoga kita saling mengingati dan menginsafi diri kita. Dosa saya sendiri pun bertimbun. Nak tanggung dosa awak lagi lepas ni. Ya Allah, ampunkanlah dosa kami. Jauhilah kami daripada perkara-perkara mungkar dan keji. Engkau pertemukanlah jodoh kami agar hubungan ini halal dan mendapat keredhaan dari-Mu Ya Allah..





zaman sekarang nak jumpa org yang x pernah "couple" memang sikit... kebanyakan sudah ada pasangan..tapi pandai2 lah kita saling nasihat menasihati sesama kita.. InsyaAllah akan mendapat petunjuk dariNya...
dan ramai pasangan yang kata...kami couple  TAK PEGANG TANGAN,..TAK DATING...
just cakap dalam phone ja...(tue pon dok GAYUT dalam phone lama2) tak pa ka cmtue???

perintah Allah S.W.T. dalam surah Al-Isra' ayat 32 iaitu 
"Dan janganlah kamu menghampiri zina, sesungguhnya zina itu adalah satu perbuatan yang keji dan satu jalan yang jahat (yang membawa kerosakan)."


couple = menghampiri zina
menghampiri zina = haram 
maka, couple = haram (very simple equationsmiley-wink )


tak tahu la nak menilai..pandai2 lah pikir sendiri...
JANGAN MENGHAMPIRI  OK...bukan JANGAN BUAT ZINA..!!

p/s: peringatan untuk aku dan yang lain-lain juga...:D





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...