ASSALAMUALAIKUM dAn SALAM ISRAK MIKRAJ...
sbagaimana kita tahu, hari nie ialah hari peristiwa israk mikraj iaitu pada 27 Rejab dan kita umat Islam semua maklum dengan peristiwa di mana Nabi Muhammad SAW telah naik menghadap ALLAH swt...dan pelbagai peristiwa yang berlaku sebelum baginda bertemu ALLAH SWT...
jom2 luangkan masa baca peristiwa2 yang berlaku sebelum, semasa, dan selepas israk mikraj:
Semasa Israk ( Perjalanan dari Masjidil-Haram ke Masjidil-Aqsa ):
Sepanjang perjalanan (israk) itu Rasulullah S.A.W. diiringi (ditemani) oleh malaikat Jibrail dan Israfil. Tiba di tempat-tempat tertentu (tempat-tempat yang mulia dan bersejarah), Rasulullah telah diarah oleh Jibrail supaya berhenti dan bersembahyang sebanyak dua rakaat. Antara tempat-tempat berkenaan ialah:
i. Negeri Thaibah (Madinah), tempat di mana Rasulullah akan melakukan hijrah.
ii. Bukit Tursina, iaitu tempat Nabi Musa A.S. menerima wahyu daripada Allah;
iii. Baitul-Laham (tempat Nabi 'Isa A.S. dilahirkan);