Followers

Saturday, December 31, 2011

☆im back from overseas☆

salam...aku baru balik dari overseas... sejuk sangat3 rupanya bila kita brada di tempat yg tinggi...
aku pergi demgan satu bas yang penuh dgn manusia2 resident media Matrikulasi Kedah...
kami bercuti sambil ada tugasan masing2... macam biasa lah kan..ahli kelab fotografi so kena la tangkap2 gambar dengan menggunakan teknik2 asas yang telah kami belajar dulu... klik sebelah ni utk tengok teknik2 asas fotografi yang aku buat entry dulu... >> SINI

jomtengok foto yang aku dah ambik...
 jap sebelum tue...aku di sana jadi videografi, fotografi dan juga berlakon...hhaha...berlakon tue yg tak boleh blah... tah apa2 yang kami semua buat... memang bes lah... k jom tengok gambar k..






lebah2...  memang mencabar la nak snap gambar nie, 
takot kena sengat...tapi alhamdulillah dak pon...:D

ladang teh BOH


apartment perginapan kami


hehe....:P

ladang teh Boh

Nak Tengok Lagi?? SILA TEKAN READ MORE BUTTON :::

Monday, December 26, 2011

☆Serba tak Kena☆

Assalamualaikum dan hahaii....
aku nampak macam happy tapi rinie semua serba tak kena ja dengan aku...
mula pada pagi tadi.. kelas start pukul 9, so apa lagi...pas solat subuh tidur la dulu..
sebelum nak tdur dok terpikir pasal kisah3 lama apa tak taw... kisah zaman yang sudah berkubur...
serabut otak ja bila aku teringatkan kembali... aissh... ayat aku nie macam orang putus cinta ja..hahak...
takda la sampai macam tue sekali, tapi lebih dan banyak kurang macam tue lah...hanya aku ja yang taw...(pabila jumpa dia, dan tengok tempat2 yang selalu dok p dulu mula la otak ligat nak teringat) adess...

pastu masuk kelas  buat KUIZ SCOMP,.... fuuh,,, nasib aku baca semalam dan pagi tadi sikit, boleh la jugak jawab.... dan paling tak boleh belah ada orang dok menyelak nota dari awal sampai habis soklan kuiz....
SIAPA ITUUEE??? hahaha... PASTI BUKAN AKU!!! (aku ada gak TERtanya satu dua soklan,) keh3...
ALHAMDULILLAH aku boleh jawab.... tapi xtaw betul ka dak...aku main bubuh apa yang aku baca sebelum tue..hehe....:D
dan3... aku tak berapa nak segeng la dengan budak kelas aku...ntah la kenapa.... serius aku RINDUW3 gila2 dengan budak tutor yang lama, yang HINGAQ2, yang SPORTING2 semua... yang SEMUA BoLEH KAMCING, "ONE FOR ALL, AND ALL FOR ONE!!!" p mana semua sekali satu kelas...huhuu..  itu aku nampak masa aku di sem 1... tapi sekarang kat sem 2 nie semua macam buat kerja masing2 ja... errm,..maybe BARU lagi kot, dan tak kenal lagi??!!
TAPI DAH SEBULAN KITA BERSAMA!! huhuhu....entah la...or maybe perangai aku yang tak boleh diterima oleh orang lain....eh kawan2...aku minta maaf kalau perangai aku nie yang suka merapu nie buat hampa tak suka aku...huhuk...^__^ ....dan ada la sorang mamat nie muka koyak tempek, sebijik macam kawan aku di sekolah dulu...yaa, kawan lama aku dulu... dulu kalau jumpa dia aku macam nak gaduh ja dengan dia...ahahha.... xtaw kenapa, sebab dua2 orang mulut suka mengata kat orang kot...hihi...
pastu dalam kelas aku sekarang nie ada pulak orang muka macam dia... dan aku tak pernah cakap dengan dia..sebab aku takut...takut kalau aku marah dia or aku terkasar bahasa dengan dia...ahha...aku bukan boleh kira sangat, cakap ikut suka ja...(k orang Kedah cakap kasaq ) huhu....

dan paling kemuncak pada hari nie bila aku TERTINGGAL makanan yang aku beli kat kafe...wuu....
aku punya la kempunan / teringin benor den nak makan kuih tue.... sodap kot...tapi apakan daya, aku p tinggal dan sekarang aku ikat perut lah...kah3... padahal dah makan ptg tadi, but yet still lapar...:\
dan sekarang, ehh, tak beberapa minit lepas aku buat tutor math, pastu nampak blog tercinta nie... TERUS2 nak update...
haa....tak lupa, tadi mama kata mama dengan other my sibling pergi main BOWLING>>> WUTT???
aku punya la teringin nak main bowling, last2 depa g main tanpa aku...huuhh....SEDIH TAW DAK??

>nie last aku main bowling.. xda la terer sngat main, lama tak main,
memang tangan tak reti nak lock suda...nak aim tak lepas..^__^

"BILA BOLEH PEGANG BOLA BASH AKU LAGIK???"

p/s: matrik tak mau buat tournament bowling ka??? aku nak masuk, ada pon pertandingan bola jaring, hoki, tenis, squash saja...aku mana reti main game tue semua...huh, camna la aku nak kutip markah koko... -,-

Saturday, December 24, 2011

☆Pedang Zaman Nabi dan sahabat di KMK☆

Pernah tengok tak lagi koleksi pedang orang Islam zaman Nabi SAW dan para sahabat.. dikatakan semua pedang2 ni telah di replikakan., gambar-gambar di bawah ni aku ambil di Kolej Matrikulasi Kedah, pada Malam Kita Berhibur yang dianjurkan oleh MTD(majlis tindakan dakwah) KMK..

pengarah KMK(kiri)  bersama encik yang membawa pedang2 ni..=)

nie macam biji2 tasbih

tongkat panjang dia lebih kurang 2 meter kalau x silap aku lah..:)

seni khat...:)



NAK TENGOK LAGI?? KLIK READ MORE:::

Friday, December 23, 2011

★Belajar Asas Fotografi★KMK

beberapa hari lepas ahli kelab penyiaran di KMK mengadakan kursus fotografi..dan semua photographer2 turun untuk belajar teknik2 nak ambil gambar dengan betul..macam2 teknik yang aku belajar...:) memang syok... 2 hari kami semua penat menghabiskan masa dengan camera ja.. tapi hasilnya memang bebaloi..!!! tak sia2 la...aku dari x taw apa2, dan lani dah taw la judak 1% tentang cara penggunaan camera dan cara nak menangkap gambar dengan elok..

Antara teknik effect fotografi ialah:
1) rule of third
2)balancing elements
3)depth
4)cropping
5)synmetry and pattern
6)viewpoint
nak tau apa maksud semua di atas...sila klik web ini >> 10 Top Photography Composition Rules

lowlight shooting...:)

crew2 arkib kmk...ada 20 org lbih sbenarnya..

sunrise with sun flare ..:D

apa pendapat anda tentang gambar nie??
jadi tak balancing elements? huhu...>,<

>DEPTH<
"angry bird" sdng tunggu masa nak dilepaskan..haha

life image..:)

KLIK READ MORE untuk seterusnya...:)

Thursday, December 22, 2011

Keputusan PMR

asSalamualaikum semalam 22 Disember telah keluar result PMR kan.... soo amacam result adik2 semua...?? OK TAKK?? suree ok kan... ALHAMDULILLAH, apa2 pon yang dapat kita kena bersyukur taw...rezeki masing2... result PMR aku pong biasa2 ja... xdak straight A pon...kecundang satu subjek di tgh jalan...ahhaha...

apa2 pon yang kita dapat jangan sedih...rezeki masing2.. yang kita dapat tue mungkin usaha kita takat tue ja..tue yang dapat sikit... kalau lebih lagi usaha sure dpat banyak... apa2 pon jangan berhenti berdoa..
yang dapat banyak tue...8A tuh... TAHNIAH akak(cewahh..tua la pulak aku) ucapkan...
hope yang 8A tue boleh kekalkan sampai ke SPM dan bagi dapat 10A lak...INSYAALLAH BOLEH!!

~aku yang dapat 8A pon boleh hidup g...dan bila masauk matrik semuanya tak ambil kira dah result kita dulu... semua belajar lain... kalau teruk kat sekolah tak bermakna kat universiti nanti teruk jugak...

apa2 pon TAHNIAH yee....tahun depan JANGAN NAK HONEYMOON SANGAT!! study3....:)


Saturday, December 17, 2011

☆HUKUM : Jangan bagi orang terasa hati☆

ASSALAMUALAIKUM....

KEPADA SEMUA HAMBA ALLAH DI LUAR SANA....
JANGAN LA NAK MENGATA, MENGHINA, MELAWAK KASAR DENGAN ORANG SAMPAI ORANG LAIN TERASA HATI DENGAN ANDA....
Rasulullah SAW bersabda yang mafhumnya: “Dari Abi Hurairah, Rasulullah SAW bersabda: Janganlah kamu banyak ketawa kerana sesungguhnya banyak ketawa itu mematikan hati.” (Hadis riwayat Al-Imam At-Tirmidzi)


sudah2 la dengan mengata kat orang... pastu gelak2 kat orang, dan janganlah mengata sesuatu yang boleh MENIMBULKAN FITNAH ... dan jangan MEMPERBODOHKAN orang lain dihadapan kawan2 atau dihadapan semua orang... BILA SESEORANG TU DAH TERASA HATI, MEMANG SUSAH !!
kita ingat bukan semua yang boleh kita melawak, bukan semua yang memahami maksud kita., setiap orang ada pemikiran dan perspektif yang berbeza, kalau tersilap taksir dan fikir yang lain, ia boleh memalukan orang lain jugak dan secara tak langsung boleh mendatangkan fitnah.



Jangan berlebihan dalam bergurau senda sehingga menyebabkan ada orang terasa dirinya diaibkan atau dijadikan misalan sehingga memalukan dirinya. Sebaliknya, gurau senda dijadikan salah satu cara menghiburkan hati yang lara atau menyenangkan orang berduka.
Tetapi perlu diingat, gurau senda itu mestilah berkenaan perkara yang benar. Gurauan boleh menyebabkan seseorang mendapat pahala atau dosa.
Contohnya, jika gurauan boleh menyenangkan hati, mengeratkan silaturahim dan perpaduan serta kasih sayang, maka gurauan itu menjadi perbuatan baik yang diganjarkan dengan pahala dari Allah SWT.
Sebaliknya jika gurauan menjadi alasan untuk menyakitkan hati seseorang, ia sudah tentu menjadi perbuatan yang dikutuk Allah SWT. Jangan pula tabiat bergurau senda untuk menyakitkan hati orang lain menjadi kebiasaan menyebabkan seseorang itu tiada rasa bersalah mengutuk atau menghina.

aku takut kalau terjadinya fitnah diantara kita semua,.. SUBHANAALLAH, 
~TOLONG HORMAT ORANG LAIN, KALAU KITA NAK ORANG LAIN HORMAT KITA!!

P/S: untuk peringatan kepada semua dan aku juga..."setiap manusia tak akan lari dari melakukan kesilapan, meminta maaf dan bertaubat lah sebelum terlambat"

Tuesday, December 13, 2011

☆Warga KMK di Istana Anak Bukit☆

"ALOR SETAR – Rakyat Kedah amat bangga dan teruja dengan pelantikan Sultan Kedah Tuanku Abdul Halim Mu’adzam Shah sebagai Yang di-Pertuan Agong buat kali kedua, setelah menamatkan pemerintahannya sebagai Yang di-Pertuan Agong kelima pada 1975." 

BERITA SEPENUHNYA KLIK SINI

hari ni pada 13 DISEMBER Sultan Kedah telah dilantik menjadi Yang Di Pertuan  Agong kali kedua., semua rakyat negeri Kedah tadi turut memeriahkan keberangkatan Sultan,..
kami dari warga KMK turut turun sekali ke Istana Anak Bukit... sebenarnya tak sampai istana sangat, kami berdiri di Anak Bukit ja..hihi... memang ramai orang yang datang..tak kira tua dan muda..semua sanggup datang untuk melihat Sultan Kedah yang bakal menjadi Agong negara... senja2 pagi kami semua kena berkumpul di Anak Bukit..





NAK TENGOK GAMBAR LAGI..
KLIK READ MORE

☆Berita: Rakyat Kedah Bangga dengan Sultan Kedah☆


ALOR SETAR – Rakyat Kedah amat bangga dan teruja dengan pelantikan Sultan Kedah Tuanku Abdul Halim Mu’adzam Shah sebagai Yang di-Pertuan Agong buat kali kedua, setelah menamatkan pemerintahannya sebagai Yang di-Pertuan Agong kelima pada 1975.
Mereka menyifatkan pelantikan Sultan Abdul Halim, 84, sebagai Yang di-Pertuan Agong untuk kali kedua adalah satu sejarah yang sukar dicapai memandangkan ia perlu mengikut giliran dan masa yang panjang.
Sultan Abdul Halim buat pertama kali dilantik sebagai Yang di-Pertuan Agong pada 23 Julai 1970, dan ditabalkan pada 20 Feb 1971 untuk tempoh lima tahun yang berakhir pada 20 Sept 1975.
Bagi Wan Nasri Wan Abdul Rahman, 59, yang berkhidmat sebagai Orang Balai Besar di pejabat baginda berkata: “Sebagai rakyat Kedah dan bekerja di pejabat Tuanku sejak 1977, saya memang sangat bangga dan sukacita.
“Tidak dapat digambarkan dengan kata-kata perasaan ini dan saya yakin seluruh rakyat Kedah turut merasai perasaan yang sama. Sudah banyak acara yang dibuat untuk meraikan pelantikan Sultan Kedah sebagai Yang di-Pertuan Agong. Ini jelas menunjukkan kegembiraan rakyat terhadap pelantikan baginda,” katanya kepada Bernama.
Bagi Marzuki Md Isa, 59, bekas jurugambar akhbar rasmi kerajaan negeri, Warta Darulaman, Sultan Abdul Halim merupakan seorang pemerintah yang cukup berdedikasi serta tegas dalam melaksanakan tanggungjawab sepanjang memerintah negeri ini.
“Baginda seorang Sultan yang lemah lembut, namun tegas dalam memastikan tugas seharian baginda dilaksanakan dengan baik,” katanya kepada Bernama.
Beliau yang bersara pada tahun lepas, sebelum ini sering ditugaskan menghadiri majlis-majlis yang dihadiri baginda untuk mengambil gambar berkata baginda adalah juga seorang pemerintah yang sangat prihatin.
Kakitangan kerajaan negeri Jamaliah Harun, 43, berkata apabila Sultan Abdul Halim dilantik sebagai Timbalan Yang di-Pertuan Agong pada Disember 2006, beliau memang menyimpan harapan semoga baginda dapat menerajui pemerintahan negara sebagai Yang di-Pertuan Agong.
“Masa tu saya betul-betul berharap agar baginda Sultan dapat menerajui semula negara buat kali kedua dan harapan saya kini tercapai,” katanya dan menambah, tidak ada apa yang paling diharapkan selain mendoakan supaya baginda kekal sihat dan dapat mentadbir negara dengan baik.
Ahmad Tarmizi Ibrahim, 35, yang bekerja sendiri pula menganggap pelantikan Sultan Kedah sebagai Yang di-Pertuan Agong merupakan memori terindah buat seluruh rakyat negeri ini.
“Baginda merupakan Sultan yang berjiwa rakyat. Baginda sering berjumpa dengan rakyat terutamanya bila berlaku musibah kepada rakyat.
“Masih segar dalam ingatan semasa saya menjadi mangsa banjir besar pada November tahun lepas. Baginda tidak kekok untuk turun berjumpa rakyat yang tinggal bersesak di pusat pemindahan bagi melihat sendiri kesusahan rakyat yang ditimpa musibah,” katanya. – BERNAMA


p/s: aku sebagai rakyat Kedah turut gembira dan bangga dengan Sultan Kedah yang masih kuat untuk memerintah negara....


DAULAT TUANKU, DAULAT TUANKU, DAULAT TUANKU!!!

Monday, December 12, 2011

☆MAKSUD DI SEBALIK TAHI LALAT ☆



1. Tahi Lalat di kepala 
Banyak fakir, bijak/kreatif dalam berfikir juga banyak pula berangan. Jauh perjalanannya (jasmani dan kerohaniannya). Banyak pula dugaan dan ujian yang diterimanya dalam mencapai sesuatu maksud dan cita-citanya. 

2. Tahi lalat di ubun kepala 
Kurang bersikap jujur dalam sesuatu perkara yang melibatkan emosi. 

3. Tahi lalat di dahi 
Ada halangan dalam siratulrahim. Orang (teman / saudara terdekat) yang melihatnya menyimpan rasa cemburu, irihati, tersembunyi rasa kebencian terhadapnya disebabkan dia ada kelebihan yang tersembunyi disebalik tahi lalatnya itu. 

4. Tahi lalat di bulu kening kiri 
Menjadikan dirinya ‘berseri’ dan menjadi daya tarikan mata pasangannya namun terselit keperitan di mana sering pula ia menemui kesusahan. 

5. Tahi lalat di bulu kening kanan 
Terkabul cita-cita dan maksudnya, cerdas dan cekap. 

6. Tahi lalat di bawah mata 
Seorang yang amat sensitif dan mudah tersentuh hati. Mudah menangis, baik budi, disayangi. 

7. Tahi lalat di hidung 
Mendatangkan penyakit resdung yang boleh menyebabkan selsema berpanjangan, sakit kepala, nafas berbau. Disukai ramai. Murah rezeki. 

8. Tahi lalat di pipi kiri / kanan 
Sekiranya membesar, ditakuti mendapat penyakit yang boleh memudaratkan tubuh. “Panas” dalam hubungan, dalam pergaulan. Dia sentiasa ingin ‘menang’ dalam percakapannya sekalipun pendapatnya salah. Mempunyai ego yang tinggi. Jadi daya tarikan tetapi ‘tegang’. 

9. Tahi lalat di alur senyuman (smiling line) 
Pemanis, daya tarikan menawan hati pasangannya. Rezekinya dipermudah dalam banyak perkara dia dapat apa yang dia hajati. 

10. Tahi lalat di alur dagu 
Perjalanan jasmani dan rohaninya sering terganggu, banyak halangan dalam mencapai hal-hal yang dihajatinya. 

11. Tahi lalat di telinga 
Seorang yang keras hati dan degil, tidak mahu dengar kata pendapat dan nasihat orang lain. Suka mendengar dan meminta nasihat tetapi sukar menerima. 

12. Tahi lalat di tengkuk 
Mudah mendapat gangguan ‘angin-jahat’, banyak halangan dalam hidup seperti masalah kesihatan, pergaulan dan kasih sayang. Fikiran sering kusut dan tidak tenteram, sukar tidor nyenyak. Mudah stress. 

13. Tahi lalat di leher 
Mudah mendapat jangkitan penyakit terutama kembong perut dan masalah lendir, kahak. 

14. Tahi lalat di bahu kiri 
Halangan rezeki, terhalang disebabkan sesuatu hal sedangkan peluang memperolehinya banyak. Tidak disukai ramai, dimusuhi ramai. Mudah didatangi angin-jahat. Mudah stress. 

15. Tahi lalat di bahu kanan 
Banyak tanggungan. Ada halangan dalam hubungan siratulrahim, kasih sayang dan pergaulan jadi terbatas. Di musuhi dan dicemburui hidupnya. Mendatangkan angin-jahat. 

16. Tahi lalat di dada 
Dia mudah mempercayai orang sedangkan pergaulannya, perniagaannya, kasih sayangnya mudah dia mendapat tipu daya dari orang-orang yang dikenalinya. Mereka sering mengambil kesempatan ke atas dirinya di atas kepentingan sendiri.
Mereka yang ada tahi lalat di dada ramai kawan. 

17. Tahi lalat di belakang badan 
Kesihatannya terganggu terutama urat saraf, sakit di belikat, pinggang, pinggul, mudah dihinggapi angin-jahat. Banyak halangan hidup, fikiran sering kusut dan tidak tenteram. Mudah mendapat stress (tekanan). 

18. Tahi lalat di bawah payudara 
Hidupnya penasaraan, sering menjadi perhatian ramai. 

19. Tahi lalat di atas pusat 
Tidak membawa apa-apa maksud tertentu. 

20. Tahi lalat di bawah perut 
Sering mendapat masalah kesihatan, kembong, masalah usus, buasir, boleh mendatangkan lemah nafsu syahwat, kurang air mani, mudah mendapat gangguan angin-jahat. Mudah mendapat stress (tekanan). 

21. Tahi lalat di peha kiri atau kanan
Ada halangan dan sekatan dalam kasih sayang, jodoh, halangan rezeki. 

22. Tahi lalat di Kemaluan 

Tahi lalat di kemaluan Wanita : 

Jika jenisnya tahi lalat ‘jantan’ terletak dikemaluan wanita menjadikan sex wanita itu tidak bernafsu walaupun ada keinginan dan kemahuan . Isteri sukar mencapai kepuasan (klimaks) dalam hubungan kelamin. 
Antara masalah lain wanita yang mempunyai tahi lalat di kemaluan juga mudah mengalami masalah keputihan dan mudah dihinggapi penyakit radang kemaluan. 

Sekiranya jenis tahi lalat ‘betina’ berada dikemaluan wanita, menjadikan wanita itu seorang yang suka dan kuat berjimak tetapi sukar dan lambat mencapai tahap kepuasan (orgasma). Dalam hubungan ini sering menimbulkan rasa ketidakpuasan dalam hati si isteri dan memberontak dalam diam, adakala boleh mengundang pergaduhan suami-isteri. Bagi menanganinya suami harus memberikan khidmat dan layanan yang kerap sehingga isteri benar-benar mencapai kepuasan maksimum, memahami kehendak isteri. Sekiranya suami kurang bertenaga untuk memberi layanan harian kepada isteri, jalan keluar adalah mencari penawar untuk isteri agar selera nafsunya berkurangan. Dengan cara ini kedua pasangan mendapat keseimbangan dan kesepakatan diranjang dan bahagia melayari bahtera cinta. 

Tahi lalat di kemaluan Lelaki 
Jika jenisnya tahi lalat ‘betina’ yang menduduki di zakar lelaki, maka ia menjadikan sex lelaki itu tidak bernafsu terhadap wanita serta lemah syahwatnya dan sukar mencapai kepuasan dalam hubungan kelamin suami-isteri. Ditakuti lelaki lebih tertarik pada kaum sejenisnya, kemahuan dan tenaga syahwatnya lebih terdorong kepada kaum sejenisnya. Ditakuti juga boleh mendatangkan kemandulan atau kurang air mani nya. 

Sekiranya jenis tahi lalat ‘jantan’ menduduki dikemaluan lelaki, menjadikan lelaki itu seorang yang kuat berjimak dan sentiasa ingin mencari kepuasan bersenggama. Adakah isteri mampu menuruti kehendak suami setiap masa dan keadaan? Sekiranya isteri gagal memenuhi kehendak suami, dan sekiranya suami hilang kesabaran dan kurang pula ketakwaannya terhadap Ilahi, kurang didikan agama dan akhlak ini boleh mendorong suami melampiaskan nafsunya di luar batas agama, mengundang dosa dan kemungkinan mendapat penyakit kelamin. 

23. Tahi lalat di betis 
Maksudnya adalah baik.
Perjalanannya jauh, lagi jauh ia merantau lagi dipermudah urusannya. 

24. Tahi lalat di kaki 
Suka berjalan, suka bergaul dan berkawan.
Sering resah tiap kali berada dirumah. Akan mencari pelbagai cara dan alasan untuk mencari hiburan mahupun peluang perniagaan diluar. 

25. Tahi lalat di tangan kiri 
Murah rezeki. 

26. Tahi lalat di tangan kanan 
Seorang yang pemurah (tidak kedekut) juga boros dalam berbelanja. 

27. Tahi lalat di pinggang 
Mudah mendapat sakit urat, sakit pinggang dan kembong perut. 

28. Tahi lalat di alur garisan tengah tubuh 
Musibah, mudah mendapat kemalangan

29. Tahi lalat atas bibir, di bibir 
Banyak cakap. Haruslah berhati-hati bila berkata-kata, ditakuti perkataan yang keluar ‘kasar’ hingga boleh mendatangkan kesedihan orang yang mendengar.

Tahi lalat di bibir, atas bibir baik bagi mereka yang pekerjaannya seperti peguam, pakar motivasi, guru.


SUMBER: SINI

Sunday, December 11, 2011

★Amalan2 yang boleh merosakkan OTAK..★


1. Tidak mengambil sarapan pagi
Apabila seseorang tidak mengambil sarapan pagi, paras gula dalam darah akan menjadi rendah. Ini akan mengakibatkan kekurangan bekalan nutrisi pada otak dan menjadikannya kurang aktif.

2. Terlebih makan
Ia akan membebankan pembuluh darah otak dan mengurangkan kuasa mental otak.

3. Perokok
Asap rokok akan mengakibatkan sel-sel otak terjejas atau terbakar dan boleh mengakibatkan penyakit ‘Alzheimer’.

4. Penggunaan gula yang berlebihan
Pengambilan gula secara berlebihan akan mengganggu penyerapan protein dan nutrisi. Selain daripada itu, ia akan mengganggu perkembangan otak yang sihat.

5. Pencemaran udara
Otak adalah pengguna oksigen terbesar dalam badan manusia. Pencemaran udara boleh menyebabkan pengurangan bekalan oksigen ke otak dan keaktifan otak.

6. Terlebih tidur
Tidur adalah bagus untuk merehatkan otak tetapi masa tidur yang panjang boleh mengakibatkan sel-sel otak kita mati.

7. Menutup muka ketika tidur
Tidur sambil menutup muka akan mengakibatkan otak menerima lebih banyak karbon dioksida berbanding oksigen dan ini akan membawa kerosakan kepada otak.

8. Membiarkan otak bekerja semasa kita berada di dalam keadaan kurang sihat
Bekerja semasa anda kurang sihat boleh mengurangkan keberkesanan otak dan juga membawa kerosakan kepada sel-sel otak.

9. Kurang berimiginasi
Berfikir adalah satu cara terbaik untuk melatih otak kita. Kurangnya berimiginasi boleh menyebabkan tahap kecerdasan/keaktifan otak menurun.

10. Jarang berfikir
Jarang berfikir akan menyebabkan otak kita kurang aktif. Oleh itu, perbincangan yang membina boleh menambah keberkesanan kecerdasan otak kita.

sumber dari: SINI

P/S: sharing some info to all...
Share on Facebook

Friday, December 9, 2011

☆Cering main Bowling☆

minggu nie aku balik rumah jugak, walaupun dapat ada kat rumah 2 hari... kes nak makan coklak ja, tue yang aku balik..ahahha.... lagi pun mama dengan adik aku siruh balik, depa rindu aku la tue....huhuk...
yaa, miss you guys to.,.. tadi p main bowling dengan famili aku... lama tak main dengan famili, main dengan adik kecik aku lak... dia hebat dah sekarang nie, x padan dengan kecik., baru darjah 4 dah boleh score 100 lebih main bowling tadi....yang pasti dia potong aku untuk first game..hahaha...malu sat...
tak sangka dia leh main elok, dulu kecik2 nak pegang bola x mau, malu semua ada, bila dah terer tiap2 hari ajak orang main, dah aku balik, aku pujuk ayah aku suruh bawa main...hehek...

adila syakhira, baru darjah 4,...hehek...:P

dan tadi aku main dengan bola first aku, plastic first ball aku... lama tak main dengan bola tue... jadi kekok pulak..hahah... bola second ada kat matrik, bola BASH, bola kesayangan aku tue... aku bawa mai matrik, kalau nak outing main bowling leh la nanti...hehe... nak main guna bola kat tempat bowling tue memang besaq gila lubang dia...jari aku dah la kecik halus mulus ja...hahahah... tadi time main elok2, lepas throw bowling aku nampak segerombolan lelaki mai kat lane sebelah, tengok2 budak2 matrik gak.... erghh.... KENAPA MEREKA ADA??? budak2 kuliah pulak tue...haha...memang cering aku tadi, dah la p main pakai baju matrik..hahaha...sah2 orang cam aku budak matrik, pastu p kedai lain pon ada sorang nie teguq aku kes aku pakai baju matrik... hahaha... tak sangka budak2 matrik dok kat changlun nie pon terkenal gak noh, mungkin sbab  dngan baju dia... mungkin baju2 budak matrik ala2 muslimah kot... labuh gelebeh semacam ja.orang pakat kenai...hahaha...

☆Please give me SEMANGAT☆


salam, bila lama x buka blog dan bila buka blog mula la budak2 matrik dok update pasal diorang nya result....erkk... aku??? kalau result OK  comfirm2 jugak aku update blog aku...memandangkan result K.O so aku malas nak on9 dan update entry pasal...."RESULT" ...HUUU....:| senang crita, kalau hampa pandai time SPM pon x bermakna time kat UNI dan kat mana2 ja boleh bawa result SPM tue..maksud aku, kalau SPM dpat result A+ semua, x smestinya nanti hampa akn dapat result elok jugak kann..... BETUL DAK??? sapa stuju, SILA LIKE....HAHA.... DANNN..... sapa yang dapat result TERUK TIME SPM, x semestinya hampa akan dapat TERUK gak time exam2 lain.... TAK SEMESTINYA....SEGALANYA MUNGKIN TERJADI dan TAKDIR yang akan menentukan kalau kita semua BERUSAHA!!! yeaahh...BERUSAHA!!!  kalau dapat result teruk?? adakah dia tak berusaha??? hmmm.... tue x tau laa...mungkin takdir kita x ada time tue dan mungkin ada hikmah disebaliknya kot.... SO JANGAN KECEWA dan MENYESAL....(ayat utk aku juga)... dan sebagai contoh yang terbaek la kan... kawan aku sorang nie... actually dua orang yang aku kagum, tapi aku cita pasal sorang jela, cos situasi mreka dua nie sama ja.... k, kawan aku yang sorang nie, time SPM dpat result tak la excellent macam orang lain... orang lain dapat A+,A or B.... tapi kawan aku nie dapat C or D macam tue la dalam subjek sains dia.... tak sure mana satu...dia memang sorang yang rajin study time sekolah dulu, dan dia selalu merendah diri.. tapi mungkin time SPM tue bukan nasib dia lagi untuk dapat keputusan yang cemerlang., tapi dia tak putus asa... dia sambung study di matrik, dan yang mengejutkan aku bila result final dia PSPM 1 dia boleh dapat 3.5 keatas... yeahh.... memang HEBAT GILA2.... subjek sains dia dapat A ... cuma slack satu subjek ja, tue pon jatuh jadi B... waaa.... aku memang respect ang la... seriusly aku agak jeles kat ang, dan aku menjadikan ang contoh bagi aku untuk berjaya pada sem 2 nie....huhuk... selain dari dia, ada jugak budak2 lain yang berjaya dan melonjak hebat result depa masa kat matrik dan U... aku nie ja result jatuh.... JATUH KA??? aku rasa result aku maintain dari sekolah menengah sampai sekarang, x da perubahan.... adoooii.... "bila ang nak sedaq Ira oii??"  orang lain dah leh buktikan yang depa boleh, tapi aku still remain the same... bila nak accelerates pon x taw la... tak kena ada EXTERNAL  FORCE baru ang nak membangun kot???" hmm...  sapa2, tolong la sedarkan aku dan tolong la bagi aku semangat untuk belajar balik... dan Adderly serta ex kawan di teknik hampa semua dah bagi aku semangat untuk aku bangun balik.,(Selain dari parents aku), bila taw  result ampa semua terbaek., aku nak2 jugak macam ampa.... >,<

Adderly Suhaimi, kawan baik dalam kelas, kalau ada masalah aku cita kat ang kan,
x pun ang mai crita kat aku...pastu gelak2 kalau blajaq sebab ang suka ngata kat orang..
hahaha... rinduw time dlam kelas dulu, tringat lak zaman sekolah,..sob3...:\
BANGGA DENGAN  ANG, kekalkan pencapaian terbaek weh...:D

nie depa2 nie semua dekan2...tolak aku sorang ja dak...
 baik dengan smua nie tapi mulut sorang2 suka kata kat orang...hahah...
termasuklah aku, tue lani mulut aku lancar ja kata kat orang, belajaq dari depa2 nie lah...
kah3....:P  bila nak jumpa hampa lagi ah??? 

bila teringat hampa, aku teringat result aku, dan aku akan berusaha kali nie utk sem 2...
doa2 la kat aku bagi dapat result elok nah... 
satt.... entry kat atas tadi aku kata x maw cita pasal result....tetiba melalut jugak aku cita,...adoii...
MORAL OF THE STORY, SPM TAK MENJAMIN apa2 KAT U OR MATRIK NANTI,
SPM just tiket utk hampa masuk U ja nanti, pastu lepas masuk U semua tue x dak makna lagi..
semua orang KOSONG JA.... dan kena study semula lain untuk dapat result yang elok nanti...
PERCAYA LAH....dan aku agak menyesal...huhuk... apa2 pon redha ja, mungkin ada hikmah di sebaliknya.... 
dan pada yang dpat semua  A or result gempak2, hampa jangan la BANGGA, tolong kekalkan result anda tue di SEM 2 OKEY...!!!

Sunday, December 4, 2011

☆Astronomi Outreach di KMK

Semalam tamatlah ASTRONOMI OUTREACH yg berlangsung di KMK(Kolej Matrikulasi Kedah). Aktiviti nie dianjurkan oleh kelab astronomi USM dan kerjasama dengan kelab Astronomi KMK..ASTRONOMI OUTREACH akan dijalankan pada semua matrikulasi di Malaysia, dan KMK ialah matrik yg first USM datang...yeahh...!!! ALHAMDULILLAH semuanya selesai semalam, tapi yang paling sedih ialah aku dengan geng2 lain tak boleh tengok matahari dan bintang...:\ time nak tengok matahari, awan dah lindubg matahari so x leh la nak tengok sunspot... kata  kakak2 and abg2 fasilitator matahari tahun nie dan tahun depan 2012 adalah sangat aktif dan akan menghasilkan banyak tompok2 sunspot.
erm...macam2 la aktiviti yang dilakukan dan memang happening dan best especially main water rocket la... haha...memang best time nak launch roket tue...:) , x leh belah gambar yang dicapture oleh kak Tini(USM) ada gambaq aku tengah launch roket...memang semangat aku launch...hehehe....

jom tengok gambar, malas nak cerita lagi...haha...:P

Friday, December 2, 2011

☆Kelebihan Solat mengikut Saintifik☆

Solat yang diwajibkan kepada semua umat Islam mempunyai banyak kebaikan dan kelebihannya. Dalam setiap solat terdapat 13 RUKUN SOLAT dan setiapnya ada kelebihannya sendiri. Solat dikatakan sebagai senaman ringan yang boleh meregangkan otot-otot badan serta boleh memberi perjalanan darah yang stabil. Dalam setiap solat terdapat tiga aktiviti yang akan dilakukan oleh umat Islam ialah berdiri, rukuk dan sujud. Aktiviti ini akan dilakukan setiap kali bagi satu rakaat dan keadaan ini menyamai dengan senaman ringan yang selalu kita lakukan. 


Antara Kelebihan lain ialah.:
1) aktiviti solat yang wajib dilakukan boleh menguatkan sistem otot dan tubuh badan.
2) Rukuk boleh mengurangkan seseorang dari sakit pinggang...rukuk 90 darjah
3)Sujud - dengan bersujud seseorang boleh melegakan sistem pernafasan, membaiki kedudukan buah pinggang, menyihatkan paru2, memudahkan tidur serta boleh mengelakkan pendarahan otak dan menenangkan fikiran.




untuk membaca hasil kajian seorang doktor mengenai solat sila KLIK READ MORE :

Monday, November 28, 2011

★Tanda Kemunculan Dajjal Dan kiamat★

assalamualaikum para bloggers sekalian...kali ni aku nak kongsikan cerita mengenai hari kiamat dan kedatangan Dajjal... ok sebelum ni aku ada dengar banyak dah dari para ustazah dan kawan2 tentang tanda-tanda kemunculan Dajjal  iaitu bila surutnya air sungai, bila buah kurma tidak berbuah dan pada masa itu lah Dajjal akan keluar dan cuba menyesatkan kita semua UMAT ISLAM dalam masa 40 hari.. dan keaadaan dia pon kita dah boleh kenal pasti dan tahu, tapi nie semua melalui penceritaan oleh ustazah2 aku... satu lagi , kita jangan la selalu menyeru nama si Dajjal dalam percakapan kita, bila ramai yang menyeru atau menyebut, ini adalah salah satu tanda kemunculannya nanti...
tadi aku ada masuk blog MACJAY.NET  yang terkenal dengan pembongkaran mengenai isu2 ISLAMIAH..  bila baca dalam blog dia baru aku tau dengan lebih lanjut cerita kedatangan Dajjal...wallahulam...

JOM KLIK  ---> SINI untuk membaca kisah dengan lebih lanjut dan harap dapat menyebarkan kepada semua umat Islam supaya tidak leka dengan DUNIA SEMATA-MATA!!


dalam pembacaan aku tadi, aku agak takut  kerana kita semua nie ialah manusia yang hidup pada AKHIR ZAMAN...aku rasa semua orang tau kan mengenai nie,.. semua tanda kiamat kecil sudah kita nampak sendirikan.. antaranya ialah:


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...