Followers

Saturday, December 24, 2011

☆Pedang Zaman Nabi dan sahabat di KMK☆

Pernah tengok tak lagi koleksi pedang orang Islam zaman Nabi SAW dan para sahabat.. dikatakan semua pedang2 ni telah di replikakan., gambar-gambar di bawah ni aku ambil di Kolej Matrikulasi Kedah, pada Malam Kita Berhibur yang dianjurkan oleh MTD(majlis tindakan dakwah) KMK..

pengarah KMK(kiri)  bersama encik yang membawa pedang2 ni..=)

nie macam biji2 tasbih

tongkat panjang dia lebih kurang 2 meter kalau x silap aku lah..:)

seni khat...:)



NAK TENGOK LAGI?? KLIK READ MORE:::







sorry lah gambar yang aku snap tak banyak dan x berapa jelas, pedang tue memang besar dan panjang..ada banyak juga, lebih kurang 50 unit macam tue, dan ada pelbagai bentuk yang menarik, dan setiap bentuk ada cara tersendiri untuk memegangnya, memang hebat lah..!!!

bawah nie aku nak kongsikan artikel mengenai pedang zaman nabi dan sahabat..:::

SEBILAH pedang bermata dua dengan hujungnya runcing manakala pemegangnya daripada emas antara pedang dimiliki Nabi Muhammad SAW sejak muda iaitu sebelum baginda menerima wahyu pertama di Makkah.
Dinamakan al-Ma’tsur, pedang peninggalan bapa baginda, Abdullah Abdul Mutalib itu sentiasa berada di tangan Rasulullah sama ada di Makkah mahupun ketika berhijrah ke Madinah. 
Ia pertama kali diperkenalkan kepada baginda pada usia 15 tahun ketika mengikut bapa saudaranya berperang pada zaman Jahiliah, peperangan Fijar.

Pedang berukuran 99 sentimeter (cm) manakala panjang sarungnya 85 cm itu sering digunakan Nabi dalam peperangan sehingga akhirnya diberikan bersama peralatan perang lain kepada Saidina Ali Abi Thalib selepas kewafatan baginda.
Hulunya diperbuat daripada emas dengan bentuk ular dan dihias indah bertatahkan delima dan firus (batu permata berwarna kebiruan) berbentuk bunga.



Pedang bermata dua dengan hujungnya runcing dan tajam, manakala sisi mata pedang daripada perak itu tidak pernah digunakan baginda ketika di medan perang. 



Digelar ‘Pedang Para Nabi’, al-Battar antara pedang yang sangat tua dalam sejarah digunakan untuk menegakkan risalah Allah di bumi. 

Berukuran 101 cm panjang manakala pemegangnya daripada kulit, ia juga antara pedang Rasulullah hasil rampasan daripada Bani Qainuqa ketika baginda mengusir mereka akibat pengkhianatan yang dilakukan terhadap perjanjian bersama Rasulullah di Madinah. 

Pada mulanya pedang ini dimiliki Nabi Daud AS dan kemudian dimiliki Rasulullah bersama perisainya. 

Wujud ukiran tulisan Arab pada pedang berkenaan berbunyi Nabi Daud, Nabi Sulaiman, 

Nabi Musa, Nabi Harun, Nabi Yusuf, Nabi Zakaria, Nabi Yahya, Nabi Isa dan Nabi Muhammad SAW. 

Pedang Ja’far ath-Thayyar pula digunakan untuk membunuh. Pedang sepanjang 140 cm dan berat 2,854 gram yang pernah digunakan Saidina Ali itu boleh membuatkan tubuh orang yang ditikam rebah serta-merta. 

Al-Qal’i antara pedang terindah bentuknya di kawasan Arab dan kemudian menjadi satu daripada pedang yang sering digunakan Sultan Uthmaniah secara turun-temurun sebagai simbol pelaksanaan hukum pada zaman pemerintahan mereka. 

SUMBER: METRO <-----nak baca lebih lanjut sila klik disebelah :) 

bawah nie pula ialah gambar2 lain bagi pedang milik Rasululluh ::

GAMBAR PEDANG MILIK NABI MUHAMMAD S.A.W

GAMBAR PEDANG MILIK NABI MUHAMMAD S.A.W

(klik pada gambar untuk lihat lain2 gambar di blog ZONBEBAS)

harap semua dapat mengenali pedang2 milik nabi kita, dan alhamdulillah aku berkesempatan untuk tengok sendiri di depan mata aku...:D

p/s: Islam memberi kita untuk berhibur tapi ada batasnya dan mengikut cara Islam, setiap apa yang kita lakukan mestilah ingat pada ALLAH dan letakkan niat yang betul, INSYAALLAH..

"hiburan itu adalah satu IBADAH"

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...