Followers

Saturday, July 30, 2011

★ISLAM☆ PESANAN IMAM SYAFIE~

‎25 pesan iman Syafie
☆Tuntutlah ilmu sebanyak mungkin kerana ia dapat menjaga dan membuat kamu cemerlang di dunia dan akhirat.


☆Perbanyakkan menyebut Allah daripada menyebut makhluk. Perbanyakkan menyebut akhirat daripada menyebut dunia.


☆Pilihlah makanan yang halal kerana ia menjamin kesihatan dan menyebabkan syaitan gerun.


☆Sabar menghadapi musibah adalah sebesar-besar erti sabar di mana sabar itu sendiri memerlukan kesabaran pula. Bala dan musibah menunjukkan adanya perhatian dan kasih sayang Allah. Oleh itu, bersyukurlah kerana syukur yang demikian itu adalah setinggi-tinggi syukur.


☆Apabila salah seorang daripada kaum kerabat ataupun jiran dan saudara kamu sakit, kamu perlu ringankan langkah menziarahinya kerana ia disaksikan oleh malaikat dan dicintai Allah.


☆Marah adalah salah satu antara antara panah-panah syaitan yang mengandungi racun. Oleh itu, hindarilah ia supaya kamu dapat menewaskan syaitan dan bala tenteranya.


☆Kasihanilah anak yatim kerana Rasulullah juga tergolong sebagai anak yatim dan beliau akan bersama dengan orang yang menyayangi dan mengasihi anak-anak yatim di akhirat.


☆Berbuat baiklah dan tunjukkan bakti kepada ibubapa tanpa mengenal letih dan lelah sebagaimana mereka berbuat begitu sepanjang hayat mereka. Ia dapat menambah keberkatan pada umur, menambah rezeki dan keampunan atas dosa-dosa kamu.


☆Banyakkan amal soleh kerana ia adalah pendinding dan perisai orang mukmin dan pelindung daripada serangan Iblis.


☆Taqwa adalah pakaian kebesaran dan hiasan akhlak Muslim sebenar. Ia ibarat pokok zaitun, minyaknya membawa berkat, ia juga memberi kejayaan dan kemenangan.


☆Iman mempunyai bentengnya bagi menghalang segala serangan yang cuba merobohkannya. Bagi menguatkan benteng iman, keimanan perlu dibajai dengan lima perkara yakni yakin, ikhlas, mengerjakan amalan sunat, istiqamah dan berdisiplin dalam mengerjakan ibadah.


☆Ingat dan zikir kepada Allah sebanyak-banyaknya kerana ia mengubati penyakit jasmani dan rohani. Ia mencetuskan ketenangan hidup dan qanaah.


☆Khusyuk secara zahir adalah khusyuknya orang awam, khusyuk secara batin adalah khusyuknya orang pilihan di sisi Allah.


☆Kubur adalah perhentian sementara bagi membolehkan ke satu perhentian lagi yang penuh dengan soal siasat. Oleh itu, siapkanlah jawapan yang adil dan benar menerusi amal yang benar dan taat kepada al-haq yang tidak berbelah bahagi.


☆Kite perlu sentiasa memohon perlindungan daripada Allah, sekurang-kurangnya dengan mengucapkan isti'azah. Kita perlu bersabar sekiranya serangan syaitan datang juga bertalu-talu dengan hebat dan menyedari Allah Taala hendak menguji kesabaran kita, hendak melihat ketulenan jihad kita. ketahuilah perang dengan syaitan itu lebih hebat daripada perang sabil.


☆Sebesar-besar keaiban adalah kamu mengira keburukan orang lain sedangkan keburukan itu terdapat dalam diri kamu sendiri.


☆Hati adalah raja dalam diri. Oleh itu, lurus dan betulkan ia supaya empayar kerajaan dirimu tegak di atas al-haq yang tidak disertai oleh iring-iringan pasukan kebatilan.


☆Ketahuilah, istighfar yang diucapkan dengan betul mampu membuat syaitan lari ketakutan dan menggoncang empayar Iblis di istananya.


☆Ketahuilah sebesar-besar kesenangan di dunia dan akhirat adalah memberi maaf kepada orang lain dan melupakan terus kesalahannya. Allah pasti akan meninggikan darjatnya di sisi manusia.


☆Tafakurlah sebelum tidur bagi menghisab diri atas salah dan silap semasa aktiviti pada siang hari sebagaimana Saidina Umat menghisab dirinya pada setiap hari.


☆Tuntutlah ilmu sebanyak mungkin kerana ia dapat menjagamu dan membuatmu cemerlang di dunia dan akhirat. Ia juga amaln para nabi dan rasul serta orang soleh.


☆Sesiapa mahu meninggalkan dunia dengan selamat, dia perlu mengamalkan perkara berikut iaitu mengurangkan tidur, mengurangkan makan, mengurangkan bercakap dan berpada-pada dengan rezeki yang ada.


☆Kamu seorang manusia yang dijadikan daripada tanah dan kamu juga akan disakiti (dihimpit) dengan tanah.


☆Sesiapa yang menjalin ukhwah dan menghidupkannya, dia memperoleh banyak kebaikan.


☆Allah menjanjikan kepada orang yang beriman, mereka akan ditinggikan darjat dan diberi kemuliaan selagi mereka menunaikan perintah Allah.




★SamaSamalah Kita Mengambil Iktibar Dan Tauladan Dari Pesanan Di Atas☆
~InsyaALLAH~

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...