Followers

Sunday, October 16, 2011

★SUBUH☆BerDOSA Jika tak kejutkan orang lain!!



Subuh ialah permulaan setiap hari. Hari-hari yang dilalui pasti mendapat keberkatan andai ia bermula dengan solat Subuh. Masalah mahu bangun bukan masalah yang tiada penyelesaian.


Ramai sahaja yang mampu gagah membuka mata, melangkah kaki mengambil wudhuk' dan mengerjakan solat Subuh, dalam waktunya. Namun dosa lain pula yang menjadi habuan. Kawan di katil sebelah masih berdengkur, sedikit pun tidak dia kejutkan. Kawan di bilik atas masih dibuai mimpi, sedikit pun tidak dia hiraukan.






Dosa masing-masing, fikirnya. Cukup dua rakaat Subuh dikerjakan berserta doa, dia lega kerana tuntutan di awal pagi telah ditunaikan. Bukan senang mahu bangun Subuh dan dia antara yang berjaya melawan godaan syaitan untuk terus nyenyak. Apa jadi dengan kawan-kawannya yang lain.


Bukankah tanggungjawab dia yang sedang berjaga untuk mengejutkan yang masih terlena. Jika kawan-kawannya memang tidak sengaja tidak bangun, dan dia pula sengaja tidak kejutkan, dosa itu akan tetap menjadi milik yang berjaya solat Subuh.


Bagi yang tidak solat kerana tidak sengaja untuk tidak bangun dari tidur akan terlepas dari dosa. Selepas berjaya menguatkan diri untuk bangun solat Subuh, perlulah kuatkan juga diri untuk mengejutkan mereka yang masih dibuai mimpi. Mereka juga tanggungjawab kita.




-Artikel dari iluvislam.com

2 comments:

Anonymous said...

Impossible la kalau ada intention nak solat subuh tapi tiap tiap hari tidur sampai pukul 10. Dia cuma tak nak solat. Dia ada ke suruh kita kejutkan subuh, tak adakan? See. Di situ dh boleh nampak dah sis. Jangan salahkan org tak kejut subuh klau tiap tiap hari kejut tak bangun bangun. Buat buat tak dengar lagi menyampah. Jenis tak suka manusia suka cakap roommate aku tak kejut subuh, padahal kau sendiri tak ikhtiar nk bangun awal. Kalau ada kelas pagi boleh pulak bangun. ��

liyana razali said...

Takpe sis...walau apa pon niat dia...kejutkan kanlah dia untuk bangun subuh..atleast 2 kali...lepas dah dosa kita... Nanti allah tanya ,, kita dah selesaikan tanggungjawab kita untuk berdakwah

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...