entry dari: Fakhurudin Rosli
"Barangsiapa meniup simpul, maka sungguh ia telah menyihir, dan barangsiapa menyihir maka sungguh dia telah berbuat syirik." (Riwayat Thabarani dengan dua sanad; salah satu rawi-rawinya adalah thiqah)
Susuk ini ada persamaannya dengan peniup simpul ini, iaitu dijampi susuk itu dan kemudiannya di masukkan ke dalam tubuh.
Sudah terang lagi bersuluh bahawa banyak sudah dalil- dalil yang ada untuk menyatakan bahawa susuk ni haram.. tapi kenapa salah satu akhbar yang dimiliki oleh kerajaan mengeluarkan artikel yang seolah- oleh menceritakan kebaikan susuk.. adakah penulis itu terlalu tinggi agama nya sehingga boleh mengubah dalil- dalil yang ada ?? apakah yang sedang difikirkan oleh penulis tersebut ??
Tadi memang aku ada terbaca artikel tentang susuk yang telah diceritakan dengan berkobar- kobar dalam akhbar tersebut.. artikel tersebut ada menceritakan tentnag pantang larang susuk, cara memakai susuk dan susuk yang sesuai untuk dipakai.. sewaktu membaca artikel tersebut.. aku seolah- olah menjadi bingung.. adakah perkara yang diajar oleh ustaz aku sewaktu aku masih menuntut di alam persekolahan dulu adalah salah ?? adakah susuk itu tidak haram ??
Setahu aku la kan.. ustaz aku beria- ia memberitahu kepada semua pelajar nya dulu bahawa hukum pemakaian susuk ni adalah haram.. korang tahu kenapa susuk tu haram ?? susuk tu sebenarnya mempunyai unsur sihir dan sihir itu boleh membawa kepada unsur syirik yang sangat- sangat dimurkai oleh Allah S.W.T..
Jadi kenapa akhbar itu menceritakan kebaikan susuk ??
Dah la kat dalam artikel tu siap letak gambar lagi cara- cara pemakaian susuk.. seolah- olah si penulis ni sedang menarik minat orang ramai yang naif tentang hal ni bahawa susuk ni boleh dipakai tanpa sebarang rasa ragu- ragu dan was- was.. ada jugak gambar tukang pakai susuk ni.. seolah- olah boleh bangga bila melakukan perkara sebegitu.. dia siap cakap lagi ada susuk yang halal dan haram untuk dipakai.. mungkin sebab aku ni tak belajar ilmu agama tinggi- tinggi.. jadi aku hanya tahu yang susuk itu haram je.. mungkin dia ada jumpa yang pakai susuk ni halal kot dalam Al- Quran..
KENYATAANNYA SUSUK MEMANG HARAM!!!
p/s: aku mbil dari blog orang...bkn aku yg tulis nie... aku cuma nak berkongsi dengan orang lain di luar sana..
ambil dari sini...
1 comment:
rasanya amy pun belum pernah dgr lagi yang susuk ney halal...
Post a Comment