Followers

Wednesday, April 13, 2011

HUKUM MENJAWAB SALAM DALAM CHATTING

Assalam ...td aku ada singgah blog ADAM.XIS dan baca entry dia nie..
mengenai hukum jawab salam... baca la di bawah nie..


Baru-baru ini Aku ada bertanya soalan Agama berkenaanHukum sebenar Menjawab Salam Ketika Chatting... Soalan ini ditujukan kepada Jabatan Agama Islam Malaysia (JAKIM) melalui portal Kemuskilan Agama : Islam Grid...

Asal-usul soalan ini timbul masa aku dok syok chatting dekat Bloggers Chat Room... ramai chatters datang tiba-tiba mencelah bagi salam masa aku chatting. Aku telah menerima email maklum-balas ini pada  Rabu, April 13, 2011 2:49 PM


Anda menerima email ini kerana anda telah menghantar soalan kepada Sistem Kemusykilan Agama di portal IslamGrid pada 09/04/2011 7:04 PM.

Soalan anda adalah seperti berikut:

35871. Soalan saya cukup ringkas untuk difahami... "Menjawab Salam Melalui Chatting Wajib Dijawab Atau Tidak?" Secara normalnya... salam ialah diucapkan dengan suara... bukan nya ditaip...jadi bagaimanakah hukum menjawab salam melalui teks seperti chatting dan SMS?

Untuk makluman, soalan anda telah dijawab. 

Jawapannya adalah seperti berikut:

Hukum menjawab salam adalah di tuntut bagi setiap orang Islam.Sabda Nabi sebagaimana yang dilaporkan oleh Abu Hurairah ra. bersabda :-

حق المسلم على المسلم خمس : ردّ السلام وعيادة المريض واتباع الجنائز ، وإجابة الداعي وتشميت العاطس

“Ada lima Hak seorang Islam keatas orang Islam yang lain : menjawab salam, menziarahinya semasa sakit, melawat jenazah, menerima jemputannya, dan mendo’akannya apabila dia bersin” [Hadith Riwayat Ahmad 2/540, al-Bukhari #1240, Muslim #2792 dan Abu Daud #5031].

Surat atau risalah adalah pengganti diri didalam berkomunikasi.Nabi, para sahabat dan tabien tidak lupa untuk menulis salam apabila mereka mengutus surat. Umar Ibn al-Khattab ra. mengakhiri suratnya kepada Qadi Syuraih dengan perkataan “wassalamu ‘alaika” [Sunan al-Nasaa'i #5304] dan Umar Abdul Aziz mengakhir suratnya kepada salah seorang pekerjanya dengan cara yang sama [LihatMuwatta' Imam Malik].

Dalam zaman moden ini, SMS atau Sistem Khidmat Mesej Ringkas adalah juga dianggap sebagai “pengganti diri”, maka hukum menyampai dan menjawab salam adalah sama sahaja, Syeikh Saleh al-Munajjid mengatakan bahawa boleh mengguna abbreviation atau singkatan dalam menyampaikan salam. WA.

utk lebih lanjut sila ke blog abg adam.xis 


p/S: hukum menjawab SALAM adalah WAJIB bagi setiap yang mendengar Salam...
dan hukum memberi Salam adalah SUNAT....wallahualam..

2 comments:

pancaliak said...

memberi salam umum kedalam group berbeza memberi salam khusus kpd sesorang tolong beri pencerahan

Unknown said...

apakah dengan perkataan 'salam' dikira sebagai ucapan salam utk menggantikan assalamualaikum?

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...