2011/04/25
NAJIB beramah mesra dengan penulis blog termasuk Dr Mahathir pada Persidangan Penulis Blog Malaysia-ASEAN yang pertama di Kuala Lumpur, semalam.
KUALA LUMPUR: Datuk Seri Najib Razak berkata, kerajaan tidak takut dengan pandangan penulis blog, sebaliknya mahu menjadi rakan blogger kerana pandangan mereka diperlukan, termasuk kritikan membina untuk bersama-sama membentuk masa depan lebih baik untuk negara dan rakyat.
Perdana Menteri juga percaya hubungan antara blogger dan kerajaan akan menjadi jalinan penting atas dasar saling menghormati dengan kedua-dua pihak boleh berbeza pendapat, tetapi jangan sehingga langsung tidak boleh menerima pandangan orang lain.
Assalamulaikum...artikel di atas aku copy dari Beritaharian Online... semalam/kelmarin ada persidagan PM kita bersama para blogger di asia.. aku tertarik bila Datuk Seri Najib Razak kata yang beliau akan menerima kritkan dan pandangan semua penulis blog... harap2 beliau akan terima dengan hati yang terbuka la dan jangan abaikan apa2 yang blogger kata kan... bagi aku setiap penulisan dalam blog nie semuanya ikhlas dari hati sendiri... tapi jangan la pula ada orang yang nak kritik or kutuk dengan perkataan yang kurang sopan... dapat dosa ja.. dan jangan la nak memfitnah atau nak buka aib orang di alam maya ni... semua tue tak da untungnya pon...
satu lagi aku baru tau yang Tun Dr Mahathir telah memberi galakan untuk membina blog dan ramai orang mula tertarik dengan blog selepas beliau memulakan blognya.. dan blogger2 di Malaysia nie adalah antara yang ramai masuk..
~jadi sama2 majukan dunia blogger untuk negara...hhe:)
☆JOM BERSAING DENGAN CARA YANG SIHAT★
No comments:
Post a Comment