Followers

Friday, April 29, 2011

☆ALUMNI PLKN 2011★☆

Assalamualaikum, salam sejahtera dan salam satu Malaysia...!!!
sepeti yang dimaklumkan dulu alumni plkn akan diadakan pada 3 Julai 2011 iaitu hari AHAD...
kepada wira dan wirawati PLKN seluruh Malaysia dijemput hadir...hhu...
perhimpunan ini dinamakan Perhimpunan Anak 1Malaysia!!
tengok di bawah ni:




Dimana dan bila ia akan diadakan?
Perhimpunan ini akan diadakan pada tarikh, masa dan tempat seperti berikut:
Tarikh: 3 Julai 2011
Masa: 9:00 pagi – 4:00 petang
Tempat: Stadium Putra Bukit Jalil, Kuala Lumpur
_______________________________________________________________________


Apakah aktiviti yang akan dijalankan di sana?
Pelbagai aktiviti yang menarik akan dijalankan semasa perhimpunan tersebut. Antaranya adalah seperti :
  • Pameran Pendidikan
  • Pameran Kerjaya
  • Peluang Mencuba Flying Fox dan Abseiling
  • Persembahan oleh Pelatih PLKN.

untuk maklumat lanjut sila masuk laman web rasmi PLKN
atau utusan Malaysia


~anda semua nak p ka??? ermm., aku x sure g sama ada nak pergi ka tak.. kalau masuk U nnti mcam mana la nak p...huhu... tapi trigin sangat nak kumpul ramai2... bukan senang nak jumpa semua balik...
tengok aktiviti dia tue...ada flying fox dan abseiling...woo...best2... aku x sempat buat abseiling kat ken ritue.. tapi dianggarkan 15,000 bekas pelatih yang akan hadir... sempat ka nak buat flying fox dengan abseiling??? huhu...  apa2 pon tengok la nanti....
aku pon x sure lagi, nanti comfirm lain la... kepada geng2 PLKN RIMBA TAQWA.., klau nak pegi inform dan roger2 tau...hhe...miss you all!!!




p/s: ada sapa2 tau tak sama ada kita berkumpul di kem dulu or terus pegi di Bukit Jalil??? transport sendiri ka?? hhe...=)




★SATU HASRAT, SATU TEKAD, SATU SEMANGAT☆

Thursday, April 28, 2011

TAHNIAH!!!


Tahniah! Anda telah ditawarkan ke Program Matrikulasi,
Kementerian Pelajaran Malaysia
NamaATHIRA SYAHIRA BINTI ZUHAIREE
No Matrik
Program PengajianPROGRAM SATU TAHUN
KursusM001-SAINS
Nama KolejKOLEJ MATRIKULASI KEDAH-KMK 
Tarikh Mendaftar23 MEI 2011  


salam.... tengah malam semalam/kelmarin aku cuak sangat nak check matrikulasi... aku takut x dapat ja..
mula2 tue aku check yang kwan2 aku punya dlu..hhe...sorry3!!! then dah tengok mreka suma dpat so aku check aku nya... ALHAMDULILLAH  dapat... mood time tue??? aku blurr ja... serius!! aku x happy dan x sedih... impression aku..hmm, ok iera dah dapat... hha... xdak prasaan gila... aku x tau aku dah letak mana perasaan aku nie... pagi2 bangun subuh aku trus bg tau mak aku...dia happy sangat, then aku pon tunjuk la happy ckit..hehe... pastu ayah aku lak, dia kata bagus la dapat matrik... baik p sana... aku??? hmmm...tgk la dlu cmna...(still x da mood yg happy).. hampeh gak aku nie...huh....
aku tgk kawan2 semua happy... what is wrong with me??? adehh... pa2 pon mmg syukur aku dapat...
bkn senang nak dpat setelah berusaha dalam SPM 2 tahun lepas...=)
kabar baiknya, ramai kawan2 aku dapat matrik yang sama dengan aku... most of my school mate...
SUKA3!!!  (bru nak happy) hhehe...
tapi aku nak tunggu IPTA dlu..klaw course yang ditawarkan tue yang aku minat memamg aku x kan lepaskan peluang ke IPTA... apa2 pon tunggu minggu dpan sama ada nak g matrik or Ipta...

p/s: tahniah kepada semua member2 ASTECH, CONVENT dan x lupa gak geng2 PLKN yang mana berjaya ke matrik.... insyaALLAH kita jumpa kat sana nnti ramai2...haha...
BERKAMPUNG KAT MATRIK CHANGLUN!! hhahaha....


★see ya☆

Wednesday, April 27, 2011

★ISLAM☆ Jom Tengok keterangan dari AL QURAN

Kajian seorang cendekiawan Islam daripada Ikhwanul Muslim, Dr Tariq Al-Suwaidan mendapati beberapa keajaiban statistik dalam Al Quran. Secara ringkasnya kajian tersebut menunjukkan:


DUNIA – 115 kali
AKHIRAT – 115 kali


MALAIKAT – 88 kali
SYAITAN – 88 kali


HIDUP – 145 kali
MATI – 145 kali


FAEDAH – 50 kali
KERUGIAN – 50 kali


UMMAH – 50 kali
PENYAMPAI – 50 kali


IBLIS : PENGHULU SYAITAN – 11 kali
MOHON PERLINDUNGAN DARIPADA IBLIS – 11 kali


BALA/MUSIBAH – 75 kali
BERSYUKUR – 75 kali


BERSEDEKAH – 73 kali
BERPUAS HATI – 73 kali


ORANG YANG SESAT – 17 kali
ORANG YANG MENINGGAL DUNIA – 17 kali


MUSLIMIN – 41 kali
JIHAD – 41 kali


EMAS – 8 kali
KEMURAHAN HIDUP – 8 kali


KEAJAIBAN – 60 kali
FITNAH – 60 kali


ZAKAT – 32 kali
BERKAT – 32 kali


MINDA – 49 kali
NUR – 49 kali


LIDAH – 25 kali
SUMPAH – 25 kali


NAFSU – 8 kali
KETAKUTAN – 8 kali


BERCAKAP DI KHALAYAK RAMAI – 18 kali
BERDAKWAH – 18 kali


KESUSAHAN – 114 kali
KESABARAN – 114 kali


MUHAMMAD – 4 kali
SYARIAT – 4 kali


LELAKI – 24 kali
PEREMPUAN – 24 kali


SOLAT (SEMBAHYANG) – 5 kali


BULAN – 12 kali
HARI – 365 kali


LAUTAN – 32 kali
DARATAN – 13 kali


LAUT dan DARAT = 32 + 13 = 45


Justeru itu, peratusan laut = 32/45 x 100 = 71.11111111 peratus
Peratusan daratan = 13/45 x 100 = 28.88888889 peratus
JUMLAH = 100 peratus


Kajian sains oleh manusia telah membuktikan bahawa air meliputi 71.111 peratus daripada bumi dan tanah meliputi 28.889 peratus




~semuanya dah teratur di dalam Al Quran...ALLAHUAKBAR!!






★Sharing IS Caring☆

Tuesday, April 26, 2011

Sakit Kepala lagi~

Salam semua... semalam aku x boleh nak tido pon sampai pkul 3 lebih cmtue baru boleh tido kot..
aduhh...kusut2 kepala nie... aku x tau la aku selalu fikir apa sangat...macam2 da dalam kepala secara tiba2..
x leh nak kawal lak... aku pula x suka nak ambil ubat kecuali terdesak sangat-sangat baru makan ubat..
dah la semalam kawan aku dok ungkit hal lama., err... i dont like laa.. so aku mendiamkan diri ja...
lagi la aku diam diri lagi tue la aku dok pendam dan lagi la sakit kepala...adess... sabar ja la...!!!
g pon ada masalah lain gak yg buat aku sakit kepala nie... tadi search dalam internet, ada 7 punca sakit kepala dan 4 daripadanya ada kat aku...hhu...
tengok je la kat bawah nie... punca2 sakit kepala:





1. Fikiran yang bercelaru atau tak menentu.

2. Duduk bertentangan dengan cahaya terang.

3. Memakai cermin mata yang tak sesuai dari segi "power" sama ada di sebelah mata kanan atau kiri atau kedua-dua belah.

4. Merenung atau melihat sesuatu benda dengan keadaan mata yang kabur atau kelabu.

5. Menghidap migrain, kencing manis, barah dan denggi.

6. Memakai pakaian yang kurang sesuai. Terutamanya yang agak ketat pada bahagian pinggang.

7. Memakai pewangi atau bau-bauan yang berlebihan.



p/s: bila la leh tenang sikit kepala aku nie???!!

Monday, April 25, 2011

★Khusyuk Solat,Jiwa Tenang☆

Dalam al-Quran ada lebih 25 tempat ayat yang merujuk kepada makna perintah mengerjakan atau mendirikan solat manakala perkataan solat itu sendiri lebih 70 kali disebut, menunjukkan betapa pentingnya ibadat berkenaan.


“Kemudian apabila kamu selesai mengerjakan solat, maka hendaklah kamu menyebut dan mengingati Allah semasa kamu berdiri atau duduk, dan semasa kamu berbaring. Kemudian apabila kamu berasa tenteram maka dirikanlah solat. Sesungguhnya solat itu satu ketetapan yang diwajibkan atas orang yang beriman, yang tertentu waktunya.” (An-Nisa’: 103)


Kesedaran umat Islam semakin meningkat kerana boleh dikatakan semua tahu bersolat, sama ada secara berjemaah atau bersendirian.


Tinggal lagi, kadang-kadang solat yang dilakukan tidak khusyuk, malah terlewat waktu dan tertinggal disebabkan alpa dengan urusan masing-masing dan kurang prihatin terhadap tuntutan agama.


Mungkin disebabkan jahil mengenai hikmah dan keistimewaan solat membuatkan sesetengah pihak memandang ringan tuntutan pelaksanaan ibadat itu, kurang tertarik terhadapnya.


Imam Besar Masjid Negara, Datuk Syaikh Ismail Muhammad, berkata solat sangat dituntut dalam Islam, kerana menjadi tiang agama dan ia membezakan di antara Muslim dan kafir.


Malah, ibadat itu amalan pertama disoal di alam kubur dan sekiranya individu itu dapat menjawab dengan baik persoalan solat, dipermudahkan lagi persoalan lain.


Sabda Rasulullah s.a.w. bermaksud: “Amal pertama akan dihisab bagi seseorang hamba di hari akhirat ialah solatnya. Jika solatnya baik, maka baiklah segala amalannya yang lain. Dan jika solatnya rosak, maka binasalah segala amalannya yang lain.” (Thabrani)


Syeikh Ismail menegaskan, banyak keistimewaan mereka yang memelihara solat, umpamanya terasa seperti berada dekat dengan Allah dan disayangi-Nya, malah dipermudahkan segala dihajati walaupun tidak dikabulkan segera.


“Orang yang mengerjakan solat bukan saja diberikan ganjaran baik, malah mendapat keberkatan dalam kehidupan, berasa lapang dan jika ada isteri, tidak memberikan masalah, malah anak-anak berkelakuan baik.


“Tetapi bagi yang tidak solat hati tidak tenteram, diri berasa seperti berhutang, kerana tidak melaksanakan tuntutan Allah,” katanya.


Aspek keberkatan ini sesuai dengan penegasan Allah di dalam surah al-Mukminun, ayat 1-2, bermaksud: “Sesungguhnya berjayalah orang yang beriman. Iaitu mereka yang khusyuk dalam solatnya.”


Katanya, Rasulullah s.a.w apabila ada masalah akan melakukan solat sunat dan ia sangat baik dijadikan contoh bagi umat Islam sebagai amalan penyejuk hati.


Solat sebenarnya ibadat paling agung yang dapat meningkatkan seseorang untuk sentiasa mengingati Allah, sebagaimana dijelaskan dalam surah Thaaha, ayat 14, bermaksud: 
“Sesungguhnya Akulah Allah, tiada Tuhan melainkan Aku, oleh itu sembahlah Aku dan dirikanlah solat untuk mengingati-Ku.”


Ibadat itu juga dapat menghapuskan dosa, sebagaimana difahami dalam satu hadis bermaksud: “Dari Abi Hurairah r.a., sesungguhnya Rasulullah s.a.w bersabda: Solat lima waktu dan solat Jumaat hingga Jumaat berikutnya adalah penebus dosa antara jarak waktu solat-solat itu, selama dijauhinya dosa-dosa besar.” (Riwayat Muslim)


Syaikh Ismail berkata, solat dilakukan dengan khusyuk juga mencegah orang yang melakukannya daripada kemungkaran.


“Bacalah serta ikutlah (wahai Muhammad) akan apa yang diwahyukan kepadamu dari al-Quran dan dirikanlah solat (dengan tekun); sesungguhnya solat itu mencegah dari perbuatan keji dan mungkar; dan sesungguhnya mengingati Allah adalah lebih besar (faedahnya dan kesannya); dan (ingatlah) Allah mengetahui akan apa yang kamu kerjakan.” (Al-Ankabut: 45)


Katanya, untuk mendapatkan solat yang khusyuk seseorang itu perlu mengelak daripada hasutan syaitan dan memberikan tumpuan penuh ketika melaksanakan ibadat berkenaan.


“Memanglah, apabila solat pasti syaitan datang menggoda kita, tetapi kita jangan layan. Sebab itu, antara kebaikan bagi mendatangkan khusyuk ialah kita mengetahui maksud bacaan kita dalam solat,” katanya.


Beliau menjelaskan, sekiranya perkara buruk masih juga berlaku, menunjukkan solat yang dilakukan individu terbabit tidak dapat mendidik dirinya kerana lazimnya mereka mengerjakan solat dengan baik malu melakukan perkara buruk.


“Jika masih berlaku benda buruk yang tidak sepatutnya, individu terbabit kenalah bermuhasabah semula, cuba perbaiki lagi solat, biar ia sebati dengan diri, barulah iman meresap balik dan paling penting kena ada istiqamah,” katanya.


Katanya, solat fardu tidak boleh ditinggalkan, sebaliknya wajib dikerjakan dalam apa keadaan sekalipun, sama ada berdiri dan jika tidak berkuasa dengan cara duduk, berbaring serta isyarat dan hati.


“Mereka yang tidak solat, tetapi masih mempunyai kemewahan, harta berlimpah ruah, malah cakap juga besar itu dipanggil istidraj, iaitu dihulurkan juga rezeki oleh Allah tetapi sampai satu masa jika dikehendaki Allah ditarik rezekinya,” katanya.


Ayat 132, surah Thaaha, bermaksud: “Dan perintahkanlah keluargamu serta umatmu mengerjakan solat dan hendaklah engkau tekun bersabar menunaikannya. Kami tidak meminta rezeki kepadamu, (bahkan) Kamilah yang memberi rezeki kepadamu, dan (ingatlah!) kesudahan yang baik adalah bagi orang-orang yang bertakwa.”

Sumber: Harian Metro


P/S: artikel ini untuk memperingati diri aku dan semua umat Islam supaya tidak lalai dengan dunia...
WALALLAHUALAM




★SOLAT ITU LEBIH BAIK DARIPADA TIDUR☆

★Jom Majukan BloG!!☆


2011/04/25

NAJIB beramah mesra dengan penulis blog termasuk Dr Mahathir pada Persidangan Penulis Blog Malaysia-ASEAN yang pertama di Kuala Lumpur, semalam.


NAJIB beramah mesra dengan penulis blog termasuk Dr Mahathir pada Persidangan Penulis Blog Malaysia-ASEAN yang pertama di Kuala Lumpur, semalam.
Kerajaan mahu penulis blog bantu bentuk masa depan negara: Najib 

KUALA LUMPUR: Datuk Seri Najib Razak berkata, kerajaan tidak takut dengan pandangan penulis blog, sebaliknya mahu menjadi rakan blogger kerana pandangan mereka diperlukan, termasuk kritikan membina untuk bersama-sama membentuk masa depan lebih baik untuk negara dan rakyat.
Perdana Menteri juga percaya hubungan antara blogger dan kerajaan akan menjadi jalinan penting atas dasar saling menghormati dengan kedua-dua pihak boleh berbeza pendapat, tetapi jangan sehingga langsung tidak boleh menerima pandangan orang lain.


Assalamulaikum...artikel di atas aku copy dari Beritaharian Online... semalam/kelmarin ada persidagan PM kita bersama para blogger di asia.. aku tertarik bila  Datuk Seri Najib Razak kata yang beliau akan menerima kritkan dan pandangan semua penulis blog... harap2 beliau akan terima dengan hati yang terbuka la dan jangan abaikan apa2 yang blogger kata kan... bagi aku setiap penulisan dalam blog nie semuanya ikhlas dari hati sendiri... tapi jangan la pula ada orang yang nak kritik or kutuk dengan perkataan yang kurang sopan... dapat dosa ja.. dan jangan la nak memfitnah atau nak buka aib orang di alam maya ni... semua tue tak da untungnya pon...
satu lagi aku baru tau yang Tun Dr Mahathir  telah memberi galakan untuk membina blog dan ramai orang mula tertarik dengan blog selepas beliau memulakan blognya.. dan blogger2 di Malaysia nie adalah antara yang ramai masuk..


~jadi sama2 majukan dunia blogger untuk negara...hhe:)


JOM BERSAING DENGAN CARA YANG SIHAT

LAJU KOTT.....

salam.... hari nie aku sngat2 la truja, gembira, happy semua ada lah...ahahah...
View Image haha.... syok snyum smpai ke tlinga..:P


apa yg aku syok?? nie haa...sronok sngat2 dgn brondband aku nie...
tetiba ja aku nya broadband laju sangat2....
 LAJU BRO......(mcm dlm iklan unifi)


x tau ada tersilap tekan kat mana2 kot yg boleh laju nie...ahakz...
pa2 pon alhamdulillah...:) 




tp malangnya uploder dia plak yang slow...downloader laju sangat2...
xpa la...at least aku boleh download drama korea bnyak2 episode..hehe.... (x abis2 dgn korea)
~k la jom g solat asar luw.. t  nak smbung tgk drama DREAM HIGH...
drama nie best, lawak, dan leh blajar menari sama..ahaha...:P
(recommand to teenage)




★ PeAcE ^____^V ☆

Friday, April 22, 2011

★LAWAK☆ KISAH SEBENAR DISEBALIK TAKBIR....

TAHUKAH ANDA???



1.Tahukah anda apabila 350ml air yang diambil dari sinki dan kemudiannya dituangkan ke dalam cerek yang mengandungi 150ml air suling dan dibiarkan terdedah kepada nyalaan api bersuhu 100 darjah celcius akan menghasilkan satu cecair yang dinamakan air masak.



2. Percayakah anda yang air sirap merupakan salah satu bahan asas dalam p...embinaan sebuah helikopter. Ini kerana kajian telah dibuat, seorang pembina helikopter memerlukan air sirap untuk menghilangkan keletihan semasa membuat helikopter, tanpa air sirap mungkin helikopter tersebut tidak dapat disiapkan.


3. Sebuah kereta yang dipandu selaju 220 km/j tidak akan dapat memotong kereta yang dipandu selaju 40 km/j sekiranya kereta-kereta tersebut dipandu dari arah yang bertentangan


4. Tahukah Anda dalam bahasa Inggeris dan Italy , jurugambar dikenali sebagai paparazi. Perkataan itu dipercayai diambil dari watak paparazzo dalam filem La Dolce Vita yang diterbitkan oleh Federico Fellini pada tahun 1960. Dalam bahasa melayu pula, ayah kepada seorang budak yang bernama Razzi juga boleh


dikenali dengan nama papa Razzi.


5. Tahukah Anda bendera negara Denmark telah dicipta 700 tahun lampau, menjadikan bendera paling lama digunakan di dunia lebih lama daripada penggunaan susu cap bendera.


6. Tahukah Anda magnet ialah sejenis logam yang juga digelar besi berani. Sebagaimana namanya magnet ialah besi yang berani menarik butir-butir besi lain kearahnya. Bagaimanapun orang yang diupah untuk menarik kereta bukanlah magnet.


7. Tahukah Anda cicak memutuskan ekornya apabila diganggu. Apabila cicak menyedari yang dia diekori oleh sesuatu, ia akan memutuskan ekornya supaya benda itu tidak mengekorinya lagi atas alasan tanpa ekor sudah tentu ia tidak akan diekori lagi.


8. Tahukan anda bahawa seorang manusia normal tidak boleh menyentuh telinganya sendiri menggunakan siku.


9. Tahukah Anda burung dapat pulang ke sarangnya walaupun telah keluar kadangkala hingga beribu kilometer daripada sarangnya tanpa sesat atau silap walaupun tanpa bantuan kompas. Ini kerana setiap sarang burung mempunyai alamatnya yang tersendiri sebenarnya.


10.Tahukah Anda bunyi perkataan lempeng dan tempeleng adalah hampir sama walaupun ia berbeza dari segi rupa bentuknya. Tapi, walaubagaimanapun orang yang kena tempeleng masih boleh memakan lempeng apabila dia berasa lapar.


11.Tahukah Anda gunung berapi yang berusia tiga ratus tahun disahkan masih aktif untuk meletup. Tapi mengikut kajian ahli gunung, api elektrik di rumah kita tidak akan aktif jika tidak membayar bilnya selama tiga bulan.


12.Tahukah Anda orang yang tidak pernah kisah langsung tentang wang ringgit, pangkat, kedudukan dan harta dunia ialah Orang Utan.


13.Tahukah Anda ahli sains seluruh dunia bersepakat jika nasi ayam dimakan sewaktu lapar, perut kita akan mengalami satu tindakbalas yang berupa kekenyangan. Nasi ayam juga boleh digunakan sebagai ubat untuk menggembirakan hati kita bila nasi ayam yang dimakan itu dibelanja oleh kawan kita.


14.Dan tahukah anda bahawa hampir kesemua pembaca buletin ini telah mencuba untuk menyentuh telinga menggunakan siku !!


haaa...kantoi la..ada orang yang tgh cuba untuk sentuh telinga guna siku..ahaha...
selamat mencuba...:p


>entry sebelum msuk tido...haha..<


★PEaCe☆

Thursday, April 21, 2011

☆AGAMA☆ HARI JUMAAT


Allah SWT telah menganugerahkan satu hari dalam seminggu untuk kita berkumpul beribadah kepadanya. Di dalamnya mengandungi begitu banyak keistimewaan serta hikmahnya tersendiri berbanding hari-hari lain. Di dalamnya ada waktu yang sangat mustajab untuk berdoa. Di dalamnya disyariatkan solat Jumaat dan di dalamnya juga disyariatkan khutbah Jumaat. Firman Allah SWT di dalam maksudnya:

" Wahai orang-orang yang beriman! Apabila diseru untuk mengerjakan solat Jumaat maka bersegeralah kepada mengingati Allah dan tinggalkan jual-beli. Itu adalah lebih baik bagi kamu jika kamu ketahui." (surah Al-Jumuah ayat: 9)
Solat Jumaat dua rakaat yang difardukan ke atas umat Islam membuktikan hari itu adalah semulia hari yang perlu direbut manfaatnya untuk beroleh ganjaran Allah daripada setiap amal ibadat yang dilaksanakan. Rasulullah SAW bersabda maksudnya:

"Barang siapa pergi ke masjid (untuk solat Jumaat) pada saat yang pertama, maka seakan-akan dia berqurban seekor unta. Dan barang siapa yang pergi ke masjid pada saat kedua, seakan-akan dia berqurban seekor lembu. Dan barang siapa yang pergi ke masjid pada saat ketiga, seakan-akan dia berqurban seekor kambing biri-biri yang bertanduk, dan barang siapa yang pergi ke masjid pada saat keempat, seakan-akan dia berqurban seekor ayam. Dan barang siapa yang pergi ke masjid pada saat kelima, seakan-akan dia berqurban sebiji telur... 
(hadis riwayat Albukhari, Muslim, Ahmad dan Abu Daud)




>Hari Jumaat adalah satu hari untuk umat Islam beribadat..jgn leka dan bnyakkan ibadat dan berdoa INSYAALLAH kita boleh memperoleh sesuatu. 

★KESIHATAN☆ KHASIAT BUAH TOMATO

Siapa suka makan tomato?? hhe.. ada bnayak khasiat pada buah kcil bulat yang comel tue...ahah...
aku pon x tau  sebelum nie...dan memang anti tomato dulu, ahah...x tau la sebab apa x suka dulu... tapi sekarang aku suka sangat tue pon bila ayah aku kata tomato nie baguih leh kurang asid dalam badan, cegah dari kanser dan so on...huhu...
sejak dari tue nampak ja tomato truih makan..ahahah... dulu x suka ngat...apa da...~
Go to fullsize image comel x buah nie?? ahah....

tadi baru tingat kat tomato comel nie...nak tau apa lagi khasiat tomato jom baca di bawah nie...


Mengecilkan liang roma
Campurkan satu sudu jus tomato segar dengan dua hingga empat titik jus limau. Sapukan bahan tersebut menggunakan kapas pada kulit wajah dan urut perlahan-lahan. Biarkan selama 15 minit. Bilas dengan air suam untuk mengecilkan lagi liang roma, selepas itu sapukan pelembap muka.
Merawat jerawat
Hancurkan tomato segar dan sapu rata bahan tersebut pada kulit muka yang berjerawat. Biarkan sejam atau lebih sebelum dibilas dan dikeringkan. Buat setiap hari sehingga jerawat hilang.
Membersihkan kulit muka
Topeng muka menggunakan campuran tomato dan avokado amat sesuai untuk kulit kombinasi (berminyak, biasa dan kering) kerana ia menggabungkan astringen dan antiseptik yang boleh mengurangkan kandungan minyak serta noda hitam pada kulit.
Topeng penyegar muka ini kaya dengan vitamin A, C dan E - kesemuanya penting untuk kulit yang sihat. Untuk membuat topeng muka ini, hancurkan tomato dan avokado dalam mangkuk dan sapukan pada muka, bilas selepas 20 ke 30 minit.
Boleh juga sapukan campurkan jus tomato segar dengan jus timun pada kulit muka untuk mengawal minyak and jerawat.
Menyejukkan kulit yang rosak
Kisar sebiji tomato dan campurkan dua sudu yogurt. Sapu bahan tersebut pada kulit muka dan biarkan selama 20 minit. Bilas dengan air suam.
Gabungan tomato dan yogurt mampu menyejukkan kulit dan mengurangkan kesan kesakitan termasuk akibat selaran matahari dan kerengsaan kulit.
Ini kerana yogurt merangsang protein pada kulit dan menjadikannya lembut manakala tomato menyejuk dan meneutralkan permukaan kulit.

Banyak kan khasiat dia...so yang mana x suka tue suka2 kan la makan ye..trutama prempuan, tgk buah nie bnyak bagus untuk muka anda..hhe...:P
memang sedap dan manis!!!





★amalkan cara hidup sihat☆

★InfO WAJIB BACA☆ KESAN PENGGUNAAN TELEFON BIMBIT

Assalamualaikum semua.... zaman sekarang ni semua barangan elektronik banyak memancarkan radiasi kepada kita semua tanpa kita sedar.. alat teknologi ni spt telefon, komputer, camera digital, televisyen dll.
hari ni aku nak kongsi dengan semua pasal kesan dan bahaynya telefon bimbit zaman sekrang..
sekarang aku rasa mejoriti guna telefon kan, dan budak2 sekolah rendah pon dah mula menggunakan telefon, 
waktu aku kecik2 dulu nak guna telefon pon x tau g...umur 16 baru pegang telefon sendiri..huhu... tapi aku memang jarang sangat guna telefon nie...but im often stay up infront of the computer...huu..~


k2, tanpa buang masa jom baca ramai2...aku copy paste dari PRI-MEDICARE



Telefon bimbit merupakan kemudahan era moden dalam masyarakat kita. Namun begitu, inovasi canggih ini mengancam kesihatan manusia. Kita terdedah kepada pelbagai bentuk sinaran setiap hari.
Daripada gelombang mikro hinggalah sinar X, kita sentiasa dikelilingi gelombang E.M.F (sinaran elektromagnet). Hampir 2 bilion orang di seluruh dunia (26 juta pengguna di Malaysia) menggunakan telefon bimbit. Kebanyakan di antara mereka ialah kanak-kanak. Penggunaan yang berleluasa ini bermaksud pendedahan terhadap sinaran elektromagnet yang belum pernah berlaku dahulu. Anggaran meletakkan pendedahan terhadap sinaran E.M.F adalah 100 kali lebih tinggi daripada beberapa dekad dahulu.

Soalan-soalan Lazim:

  • Apakah itu E.M.R?
    E.M.R merujuk kepada Radio Elektromagnet, sinaran frekuensi berbahaya yang dipancarkan oleh telefon bimbit. Sinaran tidak mengion daripada sumber frekuensi rendah mengion seperti model awal telefon bimbit dipercayai selamat. Pandangan ini telah berubah sejak kuasa telefon bimbit telah dipertingkatkan daripada gelombang paras rendah kepada gelombang mikro paras tinggi.
  • Apakah perbezaan antara Gelombang Radio dan Gelombang Mikro?
    Gelombang radio adalah kuasa penghantaran berparas rendah yang menghantar isyarat dari atau ke telefon anda. Frekuensi tidak mengion ini adalah selamat. Kini, telefon bimbit berkapasiti 900MHZ hingga 2.4GIGs atau lebih tinggi agar anda dapat menerima isyarat yang jelas apabila bergerak dari satu bilik ke bilik lain atau di luar. Namun demikian, telefon anda kini dilengkapi kuasa sinaran gelombang mikro/inframerah.
  • Adakah telefon bimbit membahayakan?
    Beberapa penyelidikan telah menunjukkan sinaran frekuensi radio daripada antena telefon bimbit "menyebabkan kerosakan genetik dalam darah manusia", sementara satu kajian kes lagi mendapati "peningkatan statistik yang signifikan" bagi tumor otak neuro-epitelium di kalangan pengguna telefon bimbit.

    Dalam tahun 2004, satu kajian terhadap 750 orang yang dilaksanakan oleh Karolinska Institute di Sweden mendapati bahawa penggunaan telefon bimbit selama 10 tahun dan ke atas meningkatkan risiko tumor telinga sebanyak 4 kali.
  • Apakah kesan-kesan bahaya daripada penggunaan telefon bimbit yang terlalu kerap?
    Banyak pengguna mengadu bahawa telefon mereka terasa hangat dan mereka mengalami tanda-tanda seperti sakit kepala, kelesuan, kebas dan kehilangan ingatan. Ada telefon bimbit yang lebih menjana haba daripada yang lain. Dalam satu kajian terhadap remaja di bawah  16 tahun, saintis di Eropah melaporkan kehilangan memori jangka pendek (sehingga 50 minit) boleh berlaku selepas menggunakan telefon bimbit.

    Bahaya teknologi wayarles mungkin lebih tragik daripada kesan rumah hijau. Sinaran telefon bimbit boleh mengakibatkan kerosakan genetik. Malah, penggunaan secara sederhana teknologi komunikasi mudah alih ini masih boleh meningkatkan risiko tumor otak secara mendadak.

    Telefon Bimbit 'Merosakkan Sel-sel Darah'

    Sinaran telefon bimbit boleh merosakkan sel-sel darah dengan meningkatkan tekanan sesama mereka, kata para saintis.

    Telefon Bimbit 'Mengubah DNA Manusia'

    Kajian makmal menunjukkan bahawa gelombang radio daripada telefon bimbit boleh mengancam sel-sel badan dan merosakkan DNA.
    (Sumber dari BBC News)


    Telefon Bimbit boleh Mempengaruhi Kualiti Sperma - kata penyelidik

    Jika telefon bimbit disimpan dalam poket dan dibiarkan dalam mod cakap akan merendahkan kualiti sperma, demikian menurut penyelidikan baru daripada Cleveland Clinik.
    (Sumber dari CNN, Dis 2008)


    Kajian: Radiasi dari Telefon Bimbit Merosakkan Daya Ingatan

    Pendedahan terhadap sinaran telefon bimbit memburukkan daya ingatan jangka pendek tikus, menurut kajian baru di Sweden.
    (Sumber dari 'The Total Sweden News in English')


    Barah Otak Dikaitkan Dengan Penggunaan Telefon Bimbit di Kalangan Anak Muda

    Sekumpulan saintis antarabangsa menyeru Kanada dan negara-negara lain untuk menggubal standard keselamatan yang lebih ketat terhadap penggunaan telefon bimbit selepas didapati risiko menghidap tumor malignan otak melonjak lima kali ganda dalam kanak-kanak yang mula menggunakan telefon bimbit sebelum usia 20.
    (Sumber dari 'Canwest News Service | Oleh: Sarah Schmidt - 03/22/09)


    Kesan Radiasi Telefon Bimbit, Tumor Otak dan Kanak-kanak

    Dalam meta-analisis yang diterbitkan dalam isu Mei 2008, Jurnal Antarabangsa Onkologi, penyelidik Sweden menemui perkaitan antara tumor otak dan penggunaan telefon bimbit.
    (Sumber dari Universiti Hospital, Orebo Sweden | Oleh: Lennart Hardell - 11/06/08)

P/S: share2 la sama di fb or laman twiter anda...:)


★Sentiasa BeRinGaT, TeRuTaMaNyA ReMaJA

TENSION!!!

urghh....tension2 aku dengan internet dengan adik dan dengan diri aku nie,...
aku tengah download drama korea semalam/kemarin...mmg 24 jam juga la nak habis kan satu download drama... then semalam aku g stop sendiri ingat an half yang dah download akn auto save dalam document...
pagi tadi buka document cari2 tgk dah xda....arghh...i make a mistake... i should not stop it, kalau matikan broadband trus baru half download tue akan auto save...huuu...:(  
xpa la dah nyesal dah pasal hal tue.... tadi pula aku dah loading some part2 drama tue dalam youtube,
adik aku pula g katop/tutup internet nie....waaa....
malangnya nasib aku rinie.... seharian semalaman aku tunggu nak habiskan satu episode...
aduhhh....mmg kena bersabar ja la skarang....adoii....
pening3!!!

★INFO AGAMA☆ CARA HIDUP RASULLULLAH

salam...tadi singgah blog Prince dan masuk info kesihatan...mcam2 ada dan aku singgah baca pasal nie, CARA HIDUP RASULLULAH dan amalan2 dia...so aku nak kongsikan dengan semua, mungkin ramai yang tahu dan ada juga yang tidak tahu.... sebar2kan lah...:)




Ustaz Abdullah Mahmood mengungkapkan, Rasulullah tak pernah sakit perut sepanjang hayatnya kerana pandai menjaga makanannya sehari-hari. InsyaAllah kalau anda ikut diet Rasulullah ini, Anda takkan menderita sakit perut ataupun keracunan makanan.


>>>Jangan makan SUSU bersama DAGING
>>>Jangan makan DAGING bersama IKAN
>>>Jangan makan IKAN bersama SUSU
>>>Jangan makan AYAM bersama SUSU
>>>Jangan makan IKAN bersama TELUR
>>>Jangan makan IKAN bersama DAUN SALAD
>>>Jangan makan SUSU bersama CUKA
>>>Jangan makan BUAH bersama SUSU (Contoh : KOKTEL)

CARA MAKAN
* Jangan makan buah setelah makan nasi, sebaliknya makanlah buah terlebih dahulu, baru makan nasi.* Tidur 1 jam setelah makan tengah hari.
*Jangan sesekali tinggal makan malam. Barang siapa yg tinggal makan malam dia akan dimakan usia dan kolesterol dalam badan akan berganda. Nampak memang sulit.. tapi, kalau tak percaya? Kesannya tidak dalam jangka pendek?. Kesannya akan nampak bila kita sudah tua nanti.
* Dalam Al-Quran juga melarang kita makan makanan darat bercampur dengan makanan laut. Nabi pernah mencegah kita makan ikan bersama susu. kerana akan cepat mendapat penyakit. Ini terbukti oleh ilmuwan yang menemukan bahawa dalam daging ayam mengandung ion+ sedangkan dalam ikan mengandung ion-, jika dalam makanan kita ayam bercampur dengan ikan maka akan terjadi reaksi biokimia yang akan dapat merosakkan usus kita.

Al-Quran Juga mengajarkan kita menjaga kesihatan spt membuat amalan antara lain:

1. Mandi Pagi sebelum subuh, sekurang kurangnya sejam sebelum matahari terbit. Air sejuk yang meresap ke dalam badan dapat mengurangi penimbunan lemak. Kita boleh saksikan orang yang mandi pagi kebanyakan tidak gemuk.

2. Rasulullah mengamalkan minum segelas air sejuk (bukan air dalam peti sejuk/ais) setiap pagi. Mujarabnya InsyaAllah jauh dari penyakit (susah mendapat sakit).

3. Waktu sembahyang subuh disunatkan kita bertafakur (iaitu sujud sekurang kurangnya seminit setelah membaca doa). Kita akan terhindar dari sakit kepala atau migrain. Ini terbukti oleh para ilmuwan yang membuat kajian kenapa dalam sehari perlu kita sujud. Ahli-ahli sains telah menemui beberapa milimeter ruang udara dalam saluran darah di kepala yg tidak dipenuhi darah. Dengan bersujud maka darah akan mengalir ke ruang tersebut.

4. Nabi juga mengajar kita makan dengan tangan dan bila habis hendaklah menjilat jari.Begitu juga ahli saintis telah menemukan bahawa enzim banyak terkandung di celah jari-jari, iaitu 10 kali ganda terdapat dalam air liur. (enzim sejenis alat percerna makanan).

Sabda nabi : "Ilmu itu milik Allah, barang siapa menyebarkan ilmu demi kebaikan insyaAllah, Allah akan menggandakan 10 kali kepadanya"



P/S: mengikut sunah Rasullullah adalah sebaik baik umat... tak boleh buat semua pon buat sikit pon jadi la...

★SeNyUm JugA MeMBeRi KiTa SiHaT dan TEnaNg☆

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...