Followers

Monday, January 30, 2012

☆Exam Week☆

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua...

seperti yg ada pada tajuk entry, yaaa...minggu nie minggu exam UPS(Ujian Pertengahan Semester) dimana semua pelajar matrikulasi di seluruh Malaysia akan ambil ujian nie...
mula hari ni sampai khamis ni,...
 tadi aku ada paper BI dan Fizik baru ja habis tadi...

Alhamdulillah semua  boleh jawab..

BI kami tak pernah belajar apa2 pon...so aku hanya tanya guru2 yang tak bertauliah ja... aku tak tau apa yang aku karang tadi..haha...(dah x pernah blajar satu apa pon) huu.....
Fizik- tadi ada juga tersasul formula... silap jugak formula yang aku buat.. aihh.... tak pa lah hope satu tue ja yang silap formula... hahak...
kalau silap banyak habis la aku...=="

INSYAALLAH aku target 4 FLAT....

tapi UPS nie just carry 10% to final... dunno la banyak ka tak... yang sem lepas tak effect sangat pon...
huhu.... apa2 pon final is more important and 4 FLAT please be with me this time...
I`M BEGGING.....^___^

Saturday, January 28, 2012

☆BERITA: Bayi Dilahirkan Tanpa Darah☆

MAIDSTONE –Bagaikan satu keajaiban, seorang bayi yang mengejutkan dunia sains perubatan kerana dilahirkan tanpa darah dalam tubuh badannya, didapati sihat seperti bayi normal yang lain. Oliver Morgan ketika dilahirkan, doktor tidak dapat mencari denyutan nadi dan jantungnya selama hampir 25 minit apabila tubuh badannya berada dalam keadaan pucat serta tidak bernyawa. Bagaimanapun Oliver dapat diselamatkan dari sebarang ancaman apabila doktor memberikan oksigen tambahan serta memasukkan darah ke dalam tubuhnya. Setelah puas berusaha, akhirnya nadi dan degupan jantung Oliver dapat didengar sekali gus memberikan perasaan lega kepada para doktor yang menyambut kelahirannya. Katy, 36, ibu kepada Oliver menyifatkan kejadian itu merupakan perkara yang paling tragis berlaku dalam hidupnya hinggakan dia tidap dapat memberitahu cerita sebenar kepada anaknya itu hingga kini. “Melahirkan Oliver adalah saat yang paling tragis dan membuatkan saya trauma untuk memberitahu hal yang sebenar kepada Oliver. “Dia lahir tapi ‘mati’, tetapi sekarang dia mampu duduk dan tersenyum kepada saya. “Para doktor telah berusaha mengembalikan kehidupan Oliver dan pastinya sukar untuk saya mengucapkan terima kasih kepada mereka,” kata Katy. Oliver kini berusia 15 bulan hidup bahagia dan kesihatannya berada dalam keadaan baik. Dia hampir mati akibat kehilangan darah yang banyak di mana penyakit itu di panggil ‘ Vasa Previa’ yang membentuk satu urat tambahan di dalam rahim ibunya. Sewaktu mengandungkan Oliver, Katy telah mengalami tumpah darah pada minggu ke 37 kehamilannya dan dia terus dikejarkan ke Hospital Besar Maidstone. Akibat dari komplikasi itu, doktor terpaksa melakukan pembedahan bagi mengeluarkan Oliver. Bagaimanapun, para doktor terkejut apabila mendapati Oliver tidak bernyawa dan terpaksa dibawa ke unit penjagaan khas bayi di mana doktor memutuskan untuk menurunkan suhu badannya bagi mengelakkan otaknya rosak. Oliver telah diletakkan di dalam ‘inkubator’ kecil yang bersuhu rendah supaya aliran darahnya dari dalam badan ke otak kembali normal. Dalam masa yang sama, susu ibu terus disalurkan ke perut Oliver sebagai makanan sewaktu proses tersebut. Setelah 11 hari bertarung nyawa, Oliver akhirnya dibenarkan oleh doktor untuk pulang ke rumah setelah doktor mengesahkan tahap kesihatannya berada dalam keadaan stabil.


 ~Mynewshub.my~


KUASA ALLAH SWT
SUBHANNALLAH

Friday, January 27, 2012

☆Photo Editing☆

fading style

blue fading

colour enhance


all right reserved by: Athira Syahira

which style do you like??? :D

Wednesday, January 25, 2012

★Berita,Gambar dan Video RIBUT GEOMAGNET

WASHINGTON, Amerika Syarikat (AS) – Beberapa pegawai cuaca angkasa lepas menyatakan ribut solar paling kuat dalam tempoh lebih enam tahun akan mengenai Bumi dengan pancaran radiasi akan berlaku.Sebelum ini, radiasi ribut solar cuma mengganggu satelit dan mendatangkan masalah kepada angkasawan di angkasa lepas.Namun, ia juga boleh menyebabkan gangguan komunikasi pada pesawat yang berada di udara.


Gambar Dan Video Ribut Magnet Januari 2012 - Letupan Solar



Gambar yang dirakamkan Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Lepas Kebangsaan pada 22 Januari lalu menunjukkan nyalaan solar di Hemisfera Utara di matahari.

Ribut geomagnet paling kuat dalam enam tahun dijangka akan melanda bumi pada bila-bila masa.Ia berikutan lentingan jisim korona mendadak dari atmosfera matahari yang menghala ke bumi dikesan sejak 2 hari lalu.
Menurut Pusat Kaji Cuaca angkasa lepas Amerika Syarikat, situasi itu menyebabkan zarah suria bergerak 2 ribu kilometer per-saat, 5 kali ganda berbanding gerakan normal.
Fenomena ini juga menyebabkan perubahan medan megnet bumi secara mendadak.
Jika berlaku, frekuensi tinggi yang dihasilkan mampu mengganggu pancaran radio yang digunakan dalam sistem komunikasi kapal terbang, berhampiran Kutub Utara dan sekitar Amerika Utara, Eropah serta Asia.
Selanjutnya di: SINI
GAMBAR DAN VIDEO RIBUT MAGNET:
Gambar Dan Video Ribut Magnet Januari 2012 - Letupan Solar
Gambar Dan Video Ribut Magnet (Letupan Solar) Januari 2012
GAMBAR DARI GOOGLE:)



p/s: kuasa ALLAH sungguh hebat dan semuanya atas kehendaknya..kita perlulah beringat dan setiap kejadian ada hikmahnya. Renung-renungkan...

MASYAALLAH

★BERITA: Jantung Terjatuh★


MEXICO CITY: Jantung yang terjatuh di atas lantai ketika dipindahkan ke hospital selamat dipindahkan kepada seorang jurugaya rambut berusia 28 tahun di Mexico.
Dr Jaime Saldivar berkata, Erika Hernandez belum mengetahui bahawa jantung barunya menjadi berita utama apabila seorang kakitangan hospital terjatuh dan plastik berisi jantung itu terkeluar daripada kotak pendingin di atas jalan dua minggu lalu.


SELANJUTNYA di BERITA HARIAN

Saturday, January 21, 2012

☆Video Editing☆

assalamualaikum,  aku trigin nak kongsikan video klip dan gambar2 aku yang aku buat time pergi ke Cameron Highlands hari tu... jom jenguk entry aku yang dulu..>>KLIK SINI

ada 6 orang ahli kumpulan kami...semuanya perempuan dan kami satu2 group GIRLS...:D
aku ditugaskan sebagai video editing, dan juga photographer,..

nie video yang aku telah hasilkan... just a simple video tapi nak siapkan memang susah...
nampak mudah tapi hakikatnya..hanya orang yang pernah terlibat ja tau bertapa seksanya hidup aku...
ahahha... tak de la seksa sangat, but it takes a lot of time to finish this one video..:D

ENJOY iT...:D




tq kepada yang telah menolong aku...:)

☆Starlight

☆Belanja dengan Baucer 1M☆

BOUCER SATU MALAYSIA>>>
alhamdulillah aku dah selesai berbelanja baucer tue....
barang2 yang aku beli kebanyakan benda2 kecil2 ja... buku matrik beli 2 ja... hehek... yg lain dah beli sebelum dapat baucer lagi...^^)
semalam keluar aku beli buku koleksi CINTA dalam ISLAM...

antara buku yang aku beli...:

klik pada gambar untuk tengok sinopsis yang terdapat dalam buku tue...
ada banyak buku yang dicompilekan menjadi satu naskah...:D

buku nie menarik dan best... isi cerita mengenai remaja dan cinta seorang remaja...
cara2 nak menangani cinta dan macam2 lagi... sesuai lah untuk semua REMAJA ISLAM di luar sana,..:)

klik pada gambar tersebut k...

buku ni keluaran PTS.. banyak cerita pasal cinta rumah tangga...
sesuai lah untuk bakal2 pengantin yang nak berumah tangga...
or untuk family.untuk ibu bapa dalam mendidik anak2...
yang ni mak aku yang ambil.. bukan aku..aku tak layak nak baca bab2 nak berumah tangga ni...:P
tapi kalau kita nak tahu pon boleh ja kan baca...sesuai untuk semua...huhuk..

haa...yang ni semua orang patut beli.. macam-macam diceritakan mengenai kiamat,
dari mula sampai berlakunya kiamat, dan banyak yang aku rasa kita tak mengetahui lagi..
dan cara hidup manusia di akhir zaman, kalau nak tahu lebih baik beli ni..
macam biasa, nak tau tajuk2 dalam buku dan sinopsis dia sila klik gambar di atas...:)

buku lain yang aku beli...

Over the Moon by Jean Ure
just click on this picture to go to the official website of Jean Ure :)
ant there is many of collection by Jean Ure... all look nice and interesting to read..

Buku ni macam best jep... aku rasa buku ni untuk budak2 sekolah or remaja...
entah la, tapi nampak macam best... tu aku ambil... lama dah x baca novel bi..

Bila Cinta - Tiada Stok


>>>novel2 dan buku di atas ni semua akan aku baca lepas final exam matrik... aku malas nak mula baca lagi... nanti buku matrik aku letak tepi lak..hahah....
(Actually aku x minat membaca novel2 sangat..hhe...)'

>>>ohh yaa... tak lupa gak alat2 tulis untuk pelajaran aku beli jugak.. borong untuk final sem... nama pon baucer untuk belajar., so aku tak sia2 kan untuk beli novel ja..hehe... nie sampingan ja...:P

TERIMA KASIH kepada kerajaan sebab telah memberi baucer RM 200.... kami rakyat Malaysia memang bertuah dan beruntung....:P 

☆STaRLiGHt☆

Thursday, January 19, 2012

☆nasibku yang malang..:(

entry ringkas saja... sebab current kat rumah tak da dari pukul 9 malam tadi...
dan sekarang tengah bergelap jaa... dengan nyamuk yang banyak, hbis merah tangan2...

dan satu lagi.... HANDSET AKU HILANG...!!! uwaaa... this is the first time in my life where my precious  thing is missing.. so saaddd... and really3 sad..:( my only handphone that i bough by using.my money.. although it is cheap but it really good to me for 2 years and half... i really want it back...
and worried is someone took my memory card inside it.... wuaa.... hope there is nothing happen...
Ya Allah bagi la aku jumpa balik handphone aku tue....:\... kalau ada orang jumpa kat lab fizik KMK tue sila pulangkan kepada aku k... kalau lah anda baik hati...

tinggal lagi beberapa minit ja lg aku boleh on9... bateri dah tak banyak... nasib la aada BB , leh gak aku on9...huuu....

p/s: kepada kawan2 aku jangan coll or msg aku lagi on this week... i think i dont want to use an enset for a while...but if tak da enset pon susah jugak kan, nak contact dengan kawan2...hurm...

Monday, January 16, 2012

☆Bahagia... :P ☆

BAHAGIAAA HARI NIEE,......:D

sebab kenapa aku bahagia adalah dirahsiakan.... hanya Allah ja yang taw perasaan aku mcam mana..hahha....
teeettt...nie bukan bahagia pasal dengn boyfie ...:P

jom menyanyi lagu nie.... KIMIA MELDA AHMAD..:::
(lama x dngar dan layan lagu nie, 2 tahun x dngar so kali nie aku btul2 happy)


Aku mula jatuh hati kepadamu
Setelah kau kata cinta padaku
Masing-masing dulu punya pasangan
Akhirnya kita bersama
Pertama kali kita bersua bertentang mata
Terasa ada kimia di antara kita
Chorus
Kau kucup pipiku
Kau bisikkan cintamu
Kau kata baby I love you
Kau cairkan hatiku
Bahagia
Ku rasa disaat kita berdua bersama
Memandang bulan terang
Menyaksi bintang-bintang
Kau seru akulah pelangi cintamu
Ulang Chorus
Bahagia
Ku rasa disaat kita berdua bersama
Memandang bulan terang
Menyaksi bintang-bintang
Kau seru akulah pelangi cintamu
Kau seru akulah pelangi cintamu

tengok memalui Youtube----->>http://www.youtube.com/watch?v=vdFNcpxe3oU

Sunday, January 15, 2012

☆Pengajaran Untuk pengguna FB☆


aku tak tahu lah sama da ni kisah benar atau pun tidak, tapi aku just nak share kan entry nie supaya bagi pengajaran untuk semua dalam gurauaan di alam maya ni terutama FB atau Twitter...  

MOH KITA BACA ARTIKEL BAWAH NIE:

Mungkin pelajar ini cuma ingin bergurau tetapi gurauannya silap besar, gurauan yang tak kena waktunya. Dia tersilap, kerana bukan semua orang di Malaysia yang suka gurauan. Sebahagian polis memang tak reti bahasa joke  mungkin kerana mereka sentiasa hidup dalam persekitaran kerja penuh tekanan. 

Polis yang tak reti joke ini mentafsirkan gurauan sebagai ugutan.  Akibatnya pelajar yang berwajah periang dan joker ini ditangkap polis kerana bergurau dalam Facebooknya mengajak pihak lain meletakkan bom dalam helikopter yang akan dinaiki Datuk Seri Najib ketika lawatannya ke kampus USM  minggu depan. 

Cepatnya dia ditahan bergantung kepada siapa dia mengugut!! Dia mengugut (baca: bergurau) dengan Datuk Seri Najib, Perdana Menteri Malaysia, itu yang silapnya dia. Ada orang pernah mengugut nak bunuh Menteri Besar Kelantan Datuk Seri Nik Aziz tapi tak kena apa-apa pun, kerana yang diugut cuma seorang Nik Aziz, rakyat Malaysia  yang tak penting kepada polis. Begitu juga ada orang pernah mengugut Lim Guan Eng, Ketua Menteri Pulau  Pinang, tapi tak kena apa-apa juga, kerana dia cuma seorang rakyat Malaysia bernama Lim Guan Eng.


Nama pelajar yang mengugut Datuk Seri Najib itu ialah J*******. Dia penuntut USM kampus kejuruteraan di Nibong Tebal. Janartana  ditahan kira-kira jam 9.30 pagi dan disahkan Ketua Polis Negeri, Datuk Ayub Yaakob akan disiasat di bawah Seksyen 506 Kanun Keseksaan.

Peristiwa itu jadi pengajaran kepada kita supaya kalau nak bergurau, jangan bergurau menggunakan nama  Datuk Seri Najib, bahaya!! Kalau nak bergurau gunalah nama orang lain seperti Nik Aziz, Lim Guan Eng, Anwar Ibrahim, Karpal Singh itu tak apa, tapi jangan guna nama Datuk Seri Najib. Ingat itu...awas!!

SUMBER: KLIK SINI


P/S: Kalau nak bergurau ka apa ka ingat dulu... jangan main redah cakap jep... nanti tak pasal2 ja kena.,
kita kena jaga juga hati semua orang sebelum kita berkata kata.... :)

SEKIAN, ASSALAMUALAIKUM

Saturday, January 14, 2012

☆Keadaan SolAt Subuh di INDIA☆

Assalamualaikum dan selamat pagi semua... maasuk2 FB tengok ramai yang post mengenai tajuk Keaddan Solat SUbuh di India... dan aku agak kagum dan bangga dengan rakyat Islam di sana yang memenuhi ruang masjid di salah sebuah masjid di India... memang ramai dan terdapat juga mereka yang solat di luar masjid....


masjid Akbar New Delhi,India.

kalau kat Malaysia ni nak jumpa orang yang ramai macam ni memang susahkan..
hmm...harap jadi pengajaran kepada kita semua untuk memenuhi dan berjemaah di rumah Allah...


SUMBER: WOOTMEDIA

Thursday, January 12, 2012

☆Boleh tak nak BERCINTA??☆

Bila masuk tahun baru ni, sure usia kita semua dah meningkat setahun, yang mana bila dah meningkat remaja pasti kita semua akan terjebak dengan CINTA kan..  kalau dah meningkat usia dan still tak da pasangan tu, mesti diri ni rasa sunyi or bosan dan macam2 lagi lah... lepas tu mula la nak bergiat dalam couple2 ni... hahaha... tapi satu ja, dalam Islam memang melarang umatnya untuk couple... tapi persoalan budak2 sekarang " kalau tak couple macam mana nak kahwin nanti?? kalau tak couple macam mana kita nak kenal hati budi dia kan?? " errm... nie persoalan yang aku rasa selalu bermain di fikiran remaja (aku tak lagi) hehe... tapi yang aku hairannya... budak2 remaja yang masih bersekolah couple memang comfirm2 nak kahwin dengan dia kaa??? selalu ja dengar orang couple cakap " LOVE U TILL THE END " "LOVE FOREVER" and BLABLABLAAA.... tup tup tak sampai berapa bulan dah CLASH... dAn BREAK... ranap semua angan2, lepas tue mula la keluar kata2 maki makian satu sama lain...ish3... nie la budak2 zaman sekarang kan bila BERCINTA.... 


ok, tue kes budak sekolah, kalau mereka yang umur mencecah 20 an, memang la boleh nak pikir pasal kahwin2 ni... kalau ada niat nak kahwin baru la boleh cari pasangan., tapi dalAm Islam pun kalau nak kahwin terus cepat2 nikah dan jangan couple2 sampai bertahun tahun... sebab haram kalau berkawan macam tu, kes tak ada ikatan yang sah lagi... 

>> apa yang aku merepek melalut semua ni sebab aku ada baca satu artikel mengenai CINTA DALAM ISLAM... bawah ni aku ada ambil sikit petikan2 yang aku rasa kita patut highlight dan tahu...


Islam memandang cinta dalam 3 perspektif.
1) Menyintainya kerana ALLAH swt…(cinta sepasang suami isteri, bernikah untuk mengelakkan maksiat,
mengikuti sunah nabi)
2) Cinta yang mendatangkan murka ALLAH swt (cinta nafsu berahi)
3) Cinta yang mubah (cinta tidak sengaja, cinta pandang pertama, merahsiakan dan menahan diri)

Jadi bagaimana nak mengurus perasaan cinta yang menghampiri kita?mana mampu kita hendak menolak cinta yang datangnya tanpa diundang. Memang perasaan cinta tidak boleh ditahan dan dibendung Cuma kita hendaklah berlaku jujur dan menyalurkannya mengikut kehendak syariat. Persaan “cinta suci remaja” memang biasa diucapkan..Cuma syaitan memainkan peranan dalam menggelincirkan kita kepada kemungkaran dan larangan ALLAH. Tanpa kita sedari kita telah melanggar larangan ALLAH kerana memang adat bercinta mereka mendakwa bahawa cinta mereka tulus dan suci….
Ingatlah bahawa yang haram itu tetap haram walau apa keadaan sekalipun Cuma kita yang kadang2 cuba menghalalkannyadengan membuat pelbagai alasan, itu dan ini. Di sisi ALLAH ia adalah satu dosa dan setiap dosa layaknya adalah neraka.

Dalam hadis nabi riwayat ibnu majah:
“Tidak ada yang lebih patut bagi 2 orang yang saling mencintai kecuali nikah”
Apa nikah? Tidak mungkin! Sekolah pun tak habis..bagaimana nak bernikah?
Dalam surah Al-Isra:ayat 32
“Janganlah kalian mendekati zina”
Ah! takkanlah bercinta pun dianggapi mendekati zina? Bingung juga.


Sabda nabi,
“Janganlah engkau bersendirian dengan seorang wanita..tidaklah bersendirian kecuali ketiganya adalah syaitan”


 Rasulullah bersabda:

“Tdak sempurna iman seseorang hamba sehingga ia lebih mencintai ALLAH daripada mencintai anaknya, orang tuanya dan semua manusia”

Lakukanlah perkara ini agar dirimu tidak rawan:
1) tundukkanlah pandanganmu dari perkara2 yang oleh menaikkan nafsu
2) hindari dari berdua2an dan ikhtilat
3) hindari dari menonton filem atau drama atau cerita cinta yang mengasyikkan
4) hindari bacaan novel yang menghanyutkan hati kita lantas tergoda dengan perangkap cinta palsu
5) hindari lagu2 cinta
6) fahami maksud ’teman akrab’ berlainan jantina
7) sibukkan dengan mengaji dan berzikir
8 ) berpuasalah untuk memendam perasaan nafsu dan rindu
9) bernikah sajalah jika sudah benar2 mampu dari segi fizikal, kewangan, emosi dan intelekmu…….


haa.... sebab tu kalau jalan sebelah geng2 yang alim ni mereka akan tunduk ja muka, yang kita p tengok dia pulak..haha... :P
tapi jangan ingat semua yang baik(alim) tak couple, dan jangan ingat semua orang biasa2 ni jahat (couple),. walaupun orang tu tudung labuh or jaga pemakaiannya, dia tetap tak lari dari bercinta, betul dak???  semua manusia sama ja yang membezakan kita ialah IMAN di dada dan hubungan kita dengan Allah.

bohong sangat lah kan kalau kita semua ni tak da perasaan nak bercinta or nak ada pasangan, comfirm2 semua nak ada pasangan hidup masing2, tapi yang membezakan kita ialah cara kita mengendalikan hidup dengan pasangan tu....:D


Tahanlah dirimu dari hal-hal yang dilarang agama seperti mengelamun, berangan-angan membayangkan wajahnya yang tampan dan menggoda. Bersabarlah menghadapi ujian cinta ini. Jagalah batas pergaulan dan peliharalah kehormatan diri. Jangan biarkan cinta yang mubah ini menjadi cinta yang salah. Berdoalah kepada ALLAH agar dipertemukan kamu jika dia paling sesuai untukmu, agamamu dan keluargamu..apabila tiba masanya nanti, apabila jodohmu ada insyaALLAH kamu akan ditemukan dalam hubungan yang diredhai oleh ALLAH swt.






Semua ni aku ambil dari MYIBRAH>>http://myibrah.com/salahkah-aku-mencintai-dia


p/s: peringatan untuk aku juga sebagai seorang remaja  serta semua kawan-kawan di luar sana... pilih lah yang terbaik untuk diri kita, keluarga dan agama, apa2 pon ingat ALLAH SWT....:D

INFO ☆Kehebatan Air Zamzam☆


Assalamualaikum semua... kali ni aku nak kongsikan satu artikela mengenai AIR..
sebagai orang Islam kita digalakan menyebut kalimah2 Allah sebelum minum,.
dan ini semua ada tarikan dengan molekul2 air yang akan bertindak selepas dengar kata2 yang suci seperti bacaan ayat al Quran.,.. 
Jom tengok ja artikel di bawah nie.. selamat membaca...:)



Di antara petikan ceramah oleh Ustaz Abdullah Mahmud ;

Air merupakan salah satu rahmat Allah kepada manusia, Manusia tidak boleh hidup tanpa air, dan manusia tidak boleh hidup tanpa rahmat dari Allah.
Ustaz kemudian bercerita bahawa dia telah berkesempatan menghadiri satu seminar mengenai AIR yang berlangsung di Hotel Istana baru-baru ini yang mana kebanyakan hadirin yang hadir terdiri daripada orang bukan Islam kecuali 2 orang (Ustaz Abdullah dan seorang Pensyarah dari UM).

Penceramahnya seorang Profesor yg pakar tentang air dari Jepun. Beliau menunjukkan hasil kajiannya mengenai air, beberapa slide ditunjukkan dan dipancarkan dilayar putih kepada hadirin sekelian. Sampel-sampel air yang diambil dari berbagai sumber air (sungai, laut, perigi dan bermacam lagi).

Maka terpancarlah berbagai-bagai rupa bentuk susunan molekul-molekul air tersebut. Ada yang berupa seolah-olah seperti jin tetapi samar-samar, tidak begitu jelas (dengan telinga yang besar, bertanduk dan sebagainya)rupa yang menggerunkan dan menakutkan. Lalu Profesor itu berkata “banyak lagi sampel-sampel air yang lain tetapi rupa molekul-molekulnya hampir sama, sekarang saya nak tunjukkan sampel air yang berlainan dari sampel-sampel air yang saya tunjukkan tadi”
Profesor itu pun tunjukkan, maka terpancarkan satu rupa bentuk molekul air yang tersusun cantik berupa seolah-olah seperti berlian (bersegi-segi),bersinar-sinar dan sinarannya mengeluarkan warna-warna yang menarik melebihi 12 warna. MasyaAllah, cantik. Lalu profesor bertanya “Siapakah di antara kamu semua yang tahu sampel air apakah ini”. Hadirin semua senyap, dan kemudian, Pensyarah dari UM mengangkat tangan dan menjawab “saya rasa itu adalah sampel air zam-zam”.

Profesor berkenaan memanggil Pensyarah tersebut naik ke atas dan bertanya “Berikan saya sebab kenapa awak berkata air itu adalah air zam-zam. “Kerana air zam-zam adalah air yang termulia didunia ini” Jawab Pensyarah. Profesor berkata “Saya tak tahu samada betul atau tidak air zam-zam itu mulia tetapi memang betul ini adalah sampel air zam-zam.”

Kemudian Professor mengatakan bahawa, kata-kata juga dapat mempengaruhi rupa bentuk molekul-molekul air. Lalu didalam dewan itu mereka membuat experiment bagaimanakah yang dikatakan kata-kata dapat menpengaruhi rupa bentuk molikul-molikul air. Semua hadirin dikehendaki membaca sesuatu kepada air mineral masing-masing. Lalu seorang volunteer bangun untuk menguji bagaimana rupa air yang telah dibaca. Bila ditunjukkan diskrin, nampak molikul air membentuk seolah-olah seperti tokong cina (dengan janggut yg panjang dan perut yg buncit).

Bila tiba giliran Ustaz, air yang dibaca dengan Al-Fatihah, Selawat dan Ayat Kursi maka nampaklah rupa molikul air seperti berlian dan berkilau-kilau…. Subhanallah. Lalu Ustaz disuruh oleh Profesor membaca sebarang ayat/kata-kata yang tidak baik…maka nampaklah diskrin molikul air berupa seperti sel-sel barah.

Subhanallah….. daripada ceramah yang Ustaz sampaikan ini marilah kita sama-sama mengambil iktibar daripadanya. Ini adalah kata-kata dari Ustaz Abdullah : “Jika hendak air itu merasa manis maka masukkanlah gula, jika hendak air itu berwarna maka masukkanlah pewarna dan jika hendak air itu mulia maka masukkanlah ayat-ayat yang mulia kepadanya”.



P/S: Jadi sebelum nak minum tu, beringat ingat lah kita untuk membaca Bismillah dan doa, InsyaAllah...

☆StarKiGhT☆

Wednesday, January 11, 2012

☆Konklusinya☆

Assalamualaikum... lama aku tak merepek merapu sambil makan kerepek dan menaip untuk buat entry kan... dah 2 mnggu rasanya aku tak update pasal  entry aku sendiri (Kisah Iera)...
hari nie aku nak buat konklusi untuk semua yang berlaku pada minggu nie....

start ahad, ada majlis persaraan Tuan Pengarah KMK... wuuu,... agak sedih bila dapat taw dia dah bersara.... tengok still steady ja, tapi umur membuatkan dia kena bersara... dan  pada hari persaraan beliau memang gempak la... pelajar2 KMK buat konsert tuuu....
aku agak tergezuutt dan terkasima tengok konsert2 yang ada...sebab sebelum nie aku x pernah tengok dan jarang la kan Kolej nak buat semua benda yang tak berfaedah nie.... k2, pengarah bersara naik kreta kuda kott.... waaa..., romantiknyee....

>photo by JOeHanis<

memang penat nak kejar kuda nie... kami marathon lari nak dapatkan shot macam nie...
sampai2 tue penat semua... hahaha....
memang terbaik la kan...>,<

hari2 lain aku dibusykan dengan buat video trip p cameron hari tue...
huuhhh.... ntah apa2 aku buat... aku taw x lawa pon, sebab kerja last minit dan xdak idea...
main insert2 ja... lantak la kan.... x maw pikiaq.!!!

pastu assignment kerja tutor ntah ke mana ja aku lempaq...
aku jarang study minggu nie...
woiitt.... UPS 2 minggu lagik..tolak CUTI SEMINGGU....nak sambut RAYA CINA gakk.... nak enjoy2 sat...tapi lepas cuti memang exam FIZIK MENANTI....
errkkk...FIZIK KOTT!!! aku lemah bab nak hapal formula...
semua lebih kurang sama ja... pening aku...
YA ALLAH BAGI LA AKU INGAT FORMULA2 FIZIK... jangan la bagi aku CREATE formula sendiri... tak sanggup aku... exam lepas aku create formula sendiri...ZzzZzZ~~~

hari Khamis result MUET keluar... semua orang tak sabar nak check...especially mak aku...
dia orang paling tak sabar nak taw... siap hapal aku punya IC lagik...
pastu apa lagi,... check la muet aku kat telepon....
nasib dapat result OK jugak laa... klau teruk MENANGIS AKU tak berlagu...:D


HOBI AKU TIME FREE...: edit gambar2 potrait, binatang, pokok2...more to nature life.. 

nie antara gambar yang aku edit...::::: TADAAA....::::

CELISIA : D

CIK BUM :D

COMEL TAKK??!!! 
Maap x brapa lawa sangat aku edit..just simple editing...hhehe...

jam dah pukul 2 pagi...jom tido... 

pss.... aku rasa jadi  SINGLE lebih elok, sebab  x payah kita nak pk pasal prasaan orang lain, dan x yah nak ambik tau pasal orang yg kita minat tue... 
konklusinya.:: org yg aku minat semua dah berpunya...=,=",
xpa, jodoh aku bukan kat sini kot...hihi... tapi kat mana?? 0.o

Jodoh ditentukan oleh Allah sewaktu kita berumur 4 bulan di dalam kandungan ibu..
(Malaikat akan tulis nama kita, rezeki, kerja, kahwin dengan siapa, cerai atau tidak, anak berapa dan semuanya tentang diri)


k,nite,salam,TQ

Fatwa: Jangan Guna Perkataan ni!!


ASSALAMUALAIKUM....  tadi on FB aku nampak satu post nie...
berkenaan pengharaman menggunakan perkataan MOSQUE, MACCA, MOHD, dan buat ring tone AYAT QURAN.... tengok jep gambar bawah nie yang aku copy dari FB, dan baca penerangan dia mengenai pengharaman penggunaan kata2 kat atas yang aku kata tadi.....

 


>>> Semoga kita sebagai umat Islam sedia maklum mengenai semua ini...  Insyaallah.....

>>>StARliGhT....<<< 

Saturday, January 7, 2012

☆Feel Uneasy☆

suddenly today i felt uneasy.. and my mind is thinking about something... i also dunno what is it...
and im just finish eat Kuew Teow.. just eat a little only... hmm...

>>im afraid that something bad might happen, or hope for something good...

KOLEJ MATRIKULASI KEDAH::::
 baru sampai tadi pukul 7 macam tu... memang rasa berat ja nak masuk bilik matrik nie..huhu... macam biasa lah kan... esok ada pesaraan pengarah KMK, dan esok CUTI... nie part paling BEST!!! minggu depan nak balik lagi..hehe... 2 MINGGU LAGI NAK EXAM!!

GAMBAR AND VIDEO:::
gambar2 yang pergi Cmeron pon aku still tak edit lagi.. malas nak edit, dan xda idea nak edit...
video apa tah lagi... video banyak tapi xtaw nak arrange macam mana... 

AND LAST MY LOVELY CAMERA....
goodbye CANON... i left you from now on at home, and i purposely dont want to bring you back to matrik cos i wish i want to concentrate on my study...(kononnyaa laaa)
haha... tak pa, nanti kita akan ketemu lagi di rumah, and aku still tak habis lagi belajar cara2 nak take a picture dengan elok... banyak lagi yang kurang dan banyak lagi yang tak tau... aku bukan nak give up tapi aku nak focus study dulu for sem nie.. lagi pon CANON aku tue kena hantar g hospital sebab dah tak cukup sifat dia...hehek... 

psst2... ritue ayah aku cakap, nanti baba beli camera baru yang canon nie kakak ambik..ahhahal...
sampai hati, aku ingatkan ayah aku nak bagi camera baru tue kat aku..huu.... angan2 ja la kot tue...><


k, i want to continue do my work.... adios...assalamualaikum

Wednesday, January 4, 2012

☆TIPS:untuk Bibir kering dan merekah☆



Untuk mengatasi masalah bibir kering dan pecah-pecah, kita perlu mengetahui apa penyebab bibir kering dan pecah-pecah. Penyebabnya adalah seperti berikut:

-Pencemaran udara dan debu
-Perubahan suhu yang dapat membuat bibir tidak dapat menyesuaikan diri sehingga menyebabkan bibir pecah
-Makanan yang terlalu masam atau masin
-Merokok,selalu minum kopi atau minuman alkohol
-Kurang makan buah atau sayuran
-Kurang minum air
-Menggunakan kosmetik yang bahan kimianya terlalu keras atau karena alergik terhadap kosmetik tertentu
-Ubat gigi yang mengandung banyak detergen
-Sering menjilat bibir dengan air liur



Ini adalah petua tradisional tips jaga bibir agar bibir anda kelihatan berseri dan kemerah merahan. Terdapat 4 petua jaga bibir di sini pilihlah mana yang sesuai bagi anda untuk mengamalkan tips jaga bibir anda sendiri.
  • Sapukan dua titik madu lebah asli pada bibir setiap malam sebelum tidur dan lakukan setiap hari.
  • Sapukan getah pokok sena yang bewarna merah ke tempat yang pecah dalam masa dua hari luka pasti sembuh.
  • Sapukan pati susu pada bibir setiap hari insyallah bibir akan kelihatan lembut dan kemerah-merahan. 
  • Bersihkan sepotong halia segar, kupas kulitnya kemudian tumbuk hingga lumat dan perah airnya. Gosokkan hampas halia terseebut pada bibir untuk menghasilkan bibir lebih menawan dan kemerah-merahan.
sumber: SINI
SETERUSNYA: TEKAN READ MORE BUTTON

Langkah untuk mencegah kerekahan bibir:

Tuesday, January 3, 2012

☆ JOM MENANGIS☆

Assalamualaikum... hari nie hari paling banyak aku mengeluarkan air mata...
entah kenapa ....hoho/... ada la sebabnya, tapi entah kenapa aku menangis... hmm...
mungkin aku cepat terasa dan sensitif sangat kot...alang2 lama dah tak menangis, so apa lagi...
sekali dah menusuk kalbu... jom kita menangis puas puasnya.... huuu....:((
lepas menangis tue memang rasa puas sangat... TERIMA KASIH LA kepada sesiapa yang telah bagi aku terasa hati sampai teruk macam tue... aku just terasa dan malu dengan diri aku nie, sebab telah dimalukan oleh anda .... dan maruah aku pon ada jugak.... hmm....:\

tadi aku search mengenai kelebihan menangis... ada banyak rupanya... hoho...


1. Membantu penglihatan
Air mata ternyata membantu penglihatan seseorang, jadi bukan hanya mata itu sendiri. Cecair yang keluar dari mata dapat mencegah dehidrasi pada membran mata yang boleh membuat penglihatan menjadi kabur.



2. Membunuh bakteria
Tak perlu ubat titis mata, cukup air mata yang berfungsi sebagai antibakteria semulajadi. Di dalam air mata terkandung cecair yang disebut dengan lisozom yang dapat membunuh sekitar 90-95 peratus bakteria-bakteria yang tertinggal dari keyboard komputer, pegangan tangga, bersin dan tempat-tempat yang mengandungi bakteria, hanya dalam 5 minit.



3. Meningkatkan mood
Seseorang yang menangis boleh menurunkan level depresi dan mengembalikan mood yang lebih baik.



4. Mengeluarkan racun
Seorang ahli biokimia, William Frey telah melakukan beberapa kajian tentang air mata dan mendapati bahawa air mata yang keluar dari hasil menangis kerana emosional ternyata mengandung racun.Tapi jangan salah faham, keluarnya air mata yang beracun itu menandakan bahawa ia membawa racun dari dalam tubuh dan mengeluarkan melalui mata.



5. Mengurangkan stres
Bagaimana menangis boleh mengurangkan stres? Air mata ternyata juga mengeluarkan hormon stres yang terdapat dalam tubuh iaitu endorphin leucine-enkaphalin dan prolactin.Selain menurunkan level stress, air mata juga membantu melawan penyakit-penyakit yang disebabkan oleh stress seperti tekanan darah tinggi.



6. Mengeratkan hubungan silaturahim
Selain baik untuk kesihatan fizikal, menangis juga boleh membantu mengeratkan hubungan Silaturahimi. Biasanya seseorang menangis setelah menceritakan masalahnya di depan teman-temannya atau seseorang yang boleh memberikan sokongan, dan hal ini boleh meningkatkan kemampuan berkomunikasi dan juga bersosial.



7. Melegakan perasaan
Semua orang rasanya merasa demikian. Walaupun anda didera pelbagai macam masalah dan cubaan, namun setelah menangis biasanya akan muncul perasaan lega



P/S: sooo jangan la malu kalau menangis... dan jangan la tak mau menangis...kadang2 bila kita ada masalah dan x boleh nak luahkan kat sesiapa... MENANGIS LAH!! dan itu salah satu cara utk melegakan perasaan kita... kalau tak lagi tension dan benggang kan..huhu...
apaa2 pon berdoa dan meminta ampun pada ILAHI....


SEKIAN,GOODNITE,ASSALAMUALAIKUM!!

Sunday, January 1, 2012

Slideshow Photography

December 13, 2011 Slideshow Slideshow: TripAdvisor™ TripWow ★ December 13, 2011 Slideshow Slideshow ★ to Alor Setar. Stunning free travel slideshows on TripAdvisor

tolog view jap.... mmg tak elok pon, tapi tolong jap..aku leh download video nie kalau orang view ramai.. huhu
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...