Followers

Thursday, January 12, 2012

☆Boleh tak nak BERCINTA??☆

Bila masuk tahun baru ni, sure usia kita semua dah meningkat setahun, yang mana bila dah meningkat remaja pasti kita semua akan terjebak dengan CINTA kan..  kalau dah meningkat usia dan still tak da pasangan tu, mesti diri ni rasa sunyi or bosan dan macam2 lagi lah... lepas tu mula la nak bergiat dalam couple2 ni... hahaha... tapi satu ja, dalam Islam memang melarang umatnya untuk couple... tapi persoalan budak2 sekarang " kalau tak couple macam mana nak kahwin nanti?? kalau tak couple macam mana kita nak kenal hati budi dia kan?? " errm... nie persoalan yang aku rasa selalu bermain di fikiran remaja (aku tak lagi) hehe... tapi yang aku hairannya... budak2 remaja yang masih bersekolah couple memang comfirm2 nak kahwin dengan dia kaa??? selalu ja dengar orang couple cakap " LOVE U TILL THE END " "LOVE FOREVER" and BLABLABLAAA.... tup tup tak sampai berapa bulan dah CLASH... dAn BREAK... ranap semua angan2, lepas tue mula la keluar kata2 maki makian satu sama lain...ish3... nie la budak2 zaman sekarang kan bila BERCINTA.... 


ok, tue kes budak sekolah, kalau mereka yang umur mencecah 20 an, memang la boleh nak pikir pasal kahwin2 ni... kalau ada niat nak kahwin baru la boleh cari pasangan., tapi dalAm Islam pun kalau nak kahwin terus cepat2 nikah dan jangan couple2 sampai bertahun tahun... sebab haram kalau berkawan macam tu, kes tak ada ikatan yang sah lagi... 

>> apa yang aku merepek melalut semua ni sebab aku ada baca satu artikel mengenai CINTA DALAM ISLAM... bawah ni aku ada ambil sikit petikan2 yang aku rasa kita patut highlight dan tahu...


Islam memandang cinta dalam 3 perspektif.
1) Menyintainya kerana ALLAH swt…(cinta sepasang suami isteri, bernikah untuk mengelakkan maksiat,
mengikuti sunah nabi)
2) Cinta yang mendatangkan murka ALLAH swt (cinta nafsu berahi)
3) Cinta yang mubah (cinta tidak sengaja, cinta pandang pertama, merahsiakan dan menahan diri)

Jadi bagaimana nak mengurus perasaan cinta yang menghampiri kita?mana mampu kita hendak menolak cinta yang datangnya tanpa diundang. Memang perasaan cinta tidak boleh ditahan dan dibendung Cuma kita hendaklah berlaku jujur dan menyalurkannya mengikut kehendak syariat. Persaan “cinta suci remaja” memang biasa diucapkan..Cuma syaitan memainkan peranan dalam menggelincirkan kita kepada kemungkaran dan larangan ALLAH. Tanpa kita sedari kita telah melanggar larangan ALLAH kerana memang adat bercinta mereka mendakwa bahawa cinta mereka tulus dan suci….
Ingatlah bahawa yang haram itu tetap haram walau apa keadaan sekalipun Cuma kita yang kadang2 cuba menghalalkannyadengan membuat pelbagai alasan, itu dan ini. Di sisi ALLAH ia adalah satu dosa dan setiap dosa layaknya adalah neraka.

Dalam hadis nabi riwayat ibnu majah:
“Tidak ada yang lebih patut bagi 2 orang yang saling mencintai kecuali nikah”
Apa nikah? Tidak mungkin! Sekolah pun tak habis..bagaimana nak bernikah?
Dalam surah Al-Isra:ayat 32
“Janganlah kalian mendekati zina”
Ah! takkanlah bercinta pun dianggapi mendekati zina? Bingung juga.


Sabda nabi,
“Janganlah engkau bersendirian dengan seorang wanita..tidaklah bersendirian kecuali ketiganya adalah syaitan”


 Rasulullah bersabda:

“Tdak sempurna iman seseorang hamba sehingga ia lebih mencintai ALLAH daripada mencintai anaknya, orang tuanya dan semua manusia”

Lakukanlah perkara ini agar dirimu tidak rawan:
1) tundukkanlah pandanganmu dari perkara2 yang oleh menaikkan nafsu
2) hindari dari berdua2an dan ikhtilat
3) hindari dari menonton filem atau drama atau cerita cinta yang mengasyikkan
4) hindari bacaan novel yang menghanyutkan hati kita lantas tergoda dengan perangkap cinta palsu
5) hindari lagu2 cinta
6) fahami maksud ’teman akrab’ berlainan jantina
7) sibukkan dengan mengaji dan berzikir
8 ) berpuasalah untuk memendam perasaan nafsu dan rindu
9) bernikah sajalah jika sudah benar2 mampu dari segi fizikal, kewangan, emosi dan intelekmu…….


haa.... sebab tu kalau jalan sebelah geng2 yang alim ni mereka akan tunduk ja muka, yang kita p tengok dia pulak..haha... :P
tapi jangan ingat semua yang baik(alim) tak couple, dan jangan ingat semua orang biasa2 ni jahat (couple),. walaupun orang tu tudung labuh or jaga pemakaiannya, dia tetap tak lari dari bercinta, betul dak???  semua manusia sama ja yang membezakan kita ialah IMAN di dada dan hubungan kita dengan Allah.

bohong sangat lah kan kalau kita semua ni tak da perasaan nak bercinta or nak ada pasangan, comfirm2 semua nak ada pasangan hidup masing2, tapi yang membezakan kita ialah cara kita mengendalikan hidup dengan pasangan tu....:D


Tahanlah dirimu dari hal-hal yang dilarang agama seperti mengelamun, berangan-angan membayangkan wajahnya yang tampan dan menggoda. Bersabarlah menghadapi ujian cinta ini. Jagalah batas pergaulan dan peliharalah kehormatan diri. Jangan biarkan cinta yang mubah ini menjadi cinta yang salah. Berdoalah kepada ALLAH agar dipertemukan kamu jika dia paling sesuai untukmu, agamamu dan keluargamu..apabila tiba masanya nanti, apabila jodohmu ada insyaALLAH kamu akan ditemukan dalam hubungan yang diredhai oleh ALLAH swt.






Semua ni aku ambil dari MYIBRAH>>http://myibrah.com/salahkah-aku-mencintai-dia


p/s: peringatan untuk aku juga sebagai seorang remaja  serta semua kawan-kawan di luar sana... pilih lah yang terbaik untuk diri kita, keluarga dan agama, apa2 pon ingat ALLAH SWT....:D

1 comment:

BanjaRboyZ93 said...

Baguslah.....jangan terjebak dengan cinta dunia...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...