aku tak tahu lah sama da ni kisah benar atau pun tidak, tapi aku just nak share kan entry nie supaya bagi pengajaran untuk semua dalam gurauaan di alam maya ni terutama FB atau Twitter...
MOH KITA BACA ARTIKEL BAWAH NIE:
Mungkin pelajar ini cuma ingin bergurau tetapi gurauannya silap besar, gurauan yang tak kena waktunya. Dia tersilap, kerana bukan semua orang di Malaysia yang suka gurauan. Sebahagian polis memang tak reti bahasa joke mungkin kerana mereka sentiasa hidup dalam persekitaran kerja penuh tekanan.
Polis yang tak reti joke ini mentafsirkan gurauan sebagai ugutan. Akibatnya pelajar yang berwajah periang dan joker ini ditangkap polis kerana bergurau dalam Facebooknya mengajak pihak lain meletakkan bom dalam helikopter yang akan dinaiki Datuk Seri Najib ketika lawatannya ke kampus USM minggu depan.
Cepatnya dia ditahan bergantung kepada siapa dia mengugut!! Dia mengugut (baca: bergurau) dengan Datuk Seri Najib, Perdana Menteri Malaysia, itu yang silapnya dia. Ada orang pernah mengugut nak bunuh Menteri Besar Kelantan Datuk Seri Nik Aziz tapi tak kena apa-apa pun, kerana yang diugut cuma seorang Nik Aziz, rakyat Malaysia yang tak penting kepada polis. Begitu juga ada orang pernah mengugut Lim Guan Eng, Ketua Menteri Pulau Pinang, tapi tak kena apa-apa juga, kerana dia cuma seorang rakyat Malaysia bernama Lim Guan Eng.
Nama pelajar yang mengugut Datuk Seri Najib itu ialah J*******. Dia penuntut USM kampus kejuruteraan di Nibong Tebal. Janartana ditahan kira-kira jam 9.30 pagi dan disahkan Ketua Polis Negeri, Datuk Ayub Yaakob akan disiasat di bawah Seksyen 506 Kanun Keseksaan.
Peristiwa itu jadi pengajaran kepada kita supaya kalau nak bergurau, jangan bergurau menggunakan nama Datuk Seri Najib, bahaya!! Kalau nak bergurau gunalah nama orang lain seperti Nik Aziz, Lim Guan Eng, Anwar Ibrahim, Karpal Singh itu tak apa, tapi jangan guna nama Datuk Seri Najib. Ingat itu...awas!!
SUMBER: KLIK SINI
P/S: Kalau nak bergurau ka apa ka ingat dulu... jangan main redah cakap jep... nanti tak pasal2 ja kena.,
kita kena jaga juga hati semua orang sebelum kita berkata kata.... :)
SEKIAN, ASSALAMUALAIKUM
No comments:
Post a Comment