Followers

Wednesday, January 25, 2012

★Berita,Gambar dan Video RIBUT GEOMAGNET

WASHINGTON, Amerika Syarikat (AS) – Beberapa pegawai cuaca angkasa lepas menyatakan ribut solar paling kuat dalam tempoh lebih enam tahun akan mengenai Bumi dengan pancaran radiasi akan berlaku.Sebelum ini, radiasi ribut solar cuma mengganggu satelit dan mendatangkan masalah kepada angkasawan di angkasa lepas.Namun, ia juga boleh menyebabkan gangguan komunikasi pada pesawat yang berada di udara.


Gambar Dan Video Ribut Magnet Januari 2012 - Letupan Solar



Gambar yang dirakamkan Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Lepas Kebangsaan pada 22 Januari lalu menunjukkan nyalaan solar di Hemisfera Utara di matahari.

Ribut geomagnet paling kuat dalam enam tahun dijangka akan melanda bumi pada bila-bila masa.Ia berikutan lentingan jisim korona mendadak dari atmosfera matahari yang menghala ke bumi dikesan sejak 2 hari lalu.
Menurut Pusat Kaji Cuaca angkasa lepas Amerika Syarikat, situasi itu menyebabkan zarah suria bergerak 2 ribu kilometer per-saat, 5 kali ganda berbanding gerakan normal.
Fenomena ini juga menyebabkan perubahan medan megnet bumi secara mendadak.
Jika berlaku, frekuensi tinggi yang dihasilkan mampu mengganggu pancaran radio yang digunakan dalam sistem komunikasi kapal terbang, berhampiran Kutub Utara dan sekitar Amerika Utara, Eropah serta Asia.
Selanjutnya di: SINI
GAMBAR DAN VIDEO RIBUT MAGNET:
Gambar Dan Video Ribut Magnet Januari 2012 - Letupan Solar
Gambar Dan Video Ribut Magnet (Letupan Solar) Januari 2012
GAMBAR DARI GOOGLE:)



p/s: kuasa ALLAH sungguh hebat dan semuanya atas kehendaknya..kita perlulah beringat dan setiap kejadian ada hikmahnya. Renung-renungkan...

MASYAALLAH

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...