Followers

Monday, September 10, 2012

New Life in Johor

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua warga Malaysia....

debu debu debuu laptop aku nie, dah seminggu tak buka laptop dan memang bersawang la laman sesawang STARLIGHT nie...haha.... takut bersin dan selsema pulak nanti..... ^_^

sekarang aku dah SAH menjadi warga universiti TUN HUSSEIN ONN (UTHM) dekat Batu Pahat Johor.... tau dak UNI nie??? kalau tak tau better p google dulu.... ramai yang still tak kenal nama universiti nie.... yang dok femes UTM saja... tapi aku tak brapa nak pandai tue yang tak dapat UTM... Dapat UTHM pon jadi laa... huhuk...

guna gambar ja lah nak cerita perjalanan ke Johor.... letih baq ang dok dalam keta..huhh...sabor je la..=,="


dalam perjalanan...

prepare borang2 nak daftar..

gambar blurr... =,=" aku dgn mak aku..hhuu

time orientasi  MINGGU HALUAN SISWA...:D



SUNSET BLAKANG MASJID...:D



dewan yang sangat lawa dengan lampu wrna wrni...:D

berebut nak balik kolej..haha..

so far so good la kat UTHM nie... kena dapat terima laa walau dimana anda berada...nie lah takdir aku dan telah ditetapkan untuk berada di UTHM ini...
aku officially budak Universiti ambik jurusan Sarjana Muda Kejuruteraan Mekanikal dengan kepujian... :D



p/s: aku akan belajar dengan elok dan dapat keputusan yang cemerlang di sini..insyaallah, i want to make my PARENTS PROUD of me... INSYAALLAH...

Wednesday, August 29, 2012

Story raya dan universiti..

Assalamualaikum semua... dah berkurun lama aku tak update blog disini...banyak story nak dikongsikan tapi masa tak mengizinkan.. kali nie aku curi masa untuk update blog nie...

macam aku kata banyak cerita nak kongsikan tapi x tau nak start dari mana... aku teringin nak cerita pasal raya aku tahun nie, tapi raya dah lepas lama dah kan, macam OLD STORY la pulak, but it still fresh in my mind...
kalau aku kata aku tak ingat arwah ayah aku memeang bohong sangat la kan... segala yg aku buat selalu aku akan ingat pesan dia, telatah dia, dan macam2 mengenai ayah aku... sungguh sedih sangat hati nie.. kalau dok sorang2 mula la nak bergenang air mata.. rasa macam baba ada lagi bersama dengan family nie., kadang2 aku happy gelak ketawa semua tapi dalam hati nie still tak happy, semua tue hanya fake sbb nak cover hati yang sedih nie...

Raya tahun nie mmg disambut dengan sederhana, memang terasa la kehilangan bila pagi raya bangun2 tak semacam dulu, rumah akan bising dengan persiapan raya, malam raya baba akan WAJIB masak rendang,beli lemang ketupat dan pasang lampu lip lap... nie bila aku buka lampu lip lap yang tahun lepas punya aku terkenangkan ayah aku, dia cukup seronok bab pasang lampu dan bila lampu menyala sebab aku dan adik aku turut seronok dan enjoy, kali nie bila buka lampu tue ja aku teringat telatah dan gelagat ayah aku...hmm...macam2 lagi laa... yang paling sebak bila pagi tue kami bersiap pakai baju raya dengan keadaan tenang dan sayu jaa, lepas tue pergi ke kubur ayah aku.. :( uwaaa, seriusly aku sukar nak percaya ayah aku dah tak ada, ayah aku dah ke alam lain... sebak gilaa kat kubur, aku tahan ja air mata nie tapi tewas jugak dan keluar jga air mata nie... aku still nampak muka dia seolah olah dia bercakap dengan aku lagi..dan ayh aku suka sangat buat tangan TAKMAU..dan aku nampak mcm dia buat kat aku supaya jangan bersedih...hurmm... :`(

last raya tahun 2011 bergambar satu family.. 
my loving family..:))

minggu depan pulak aku akan ke universiti jauh di Johor..lagi la sebak nak tinggalkan mak dan adik aku saja...jauh dari family..memang aku anak manja, sbb aku risaukan mak dan family aku...
selalu nak p mana2 pon sure p satu family, selalu ayah aku akan hantar p mana2 pon...nie nak p U nanti ayah aku dah x bleh hantar, ingat lgi kata2 dia.." kak ira apply kat johor ka?? xpa la nanti kita boleh la jalan2 kat sana pulak, x pernah p sana lagi..." tapi tak sempat baba nak hantar aku...:(
still ingat pesanan baba bila ba hantar aku kat matrik... "ira nie belajar elok2, jangan kalut2 time nak jawab exam, ingat tarik nafas dan hembus sambil pejamkan mata bg rilexx dlu then bru jawb exam, ba tau ira boleh aihh dan jaga diri elok2..." still ingat kata2 ba, dan aku manage buat yang terbaik utk parents aku... kali nie pon buat degree aku akan buat yang terbaik utk kedua ibu bapa ku.. keputusan result memang utk parents aku...aku harap aku akan kuat kat sana...hopefully..

sekian, doakan aku supaya berjaya dengan cemerlang di U nanti..INSYAALLAH.. :))

Wednesday, August 8, 2012

☆Jom tgk Meteor Shower ☆

Assalamualaikum....
spe pernah tgk meteor shower?? alaa, yang slalu kita tgk dalam tv kalau ada meteor orag buat wish tue....hehe.... kali nie pada tahun 2012 nie akan kelihatan meteor shower(juraian meteor) di langit pada tengah2 malam, sepanjang malam nie ada tapi the BESTT boleh nampak ialah pada malam 12-13 Ogos nie... 
JOM RAMAI2 TENGOK METEOR PERSEIDS....:D

gambar hiasan sahaja....:)

insyaAllah kalau bernasib baik kita akan nampak, perkara nie mmg RARE dan jarang nak dapat tengok, jangan lepaskan peluang anda....:D dia hanya akan kelihatan dalam BEBERAPA SAAT saja..

btw, kepada orang Islam jangan buat wish pula ye... berdoa dan bersyukur kepada ALLAH SWT...:))

nak tahu lebih lanjut sila masuk web ini >>FALAKONLINE (JURAAIN METEOR PERSEIDS)


Tuesday, July 31, 2012

Perkara Yang Membatalkan SOLAT

Dah lama tak post pasal bab2 agama...nak mengaktifkan balik blog nie..hehe...

kita selalu solatkan dan kadang2 kita tak tahu sama ada kita buat tu betul ke tak dan ALLAH terima ke tak, tadi ada terbaca artikel mengenai perkara yang membatalkan solat, jadi aku nak kongsikan kepada semua agar kita tak lalai dan ambik mudah dengan solat kita.


  1. Tidak berdiri lurus. Berdiri lurus bagi yang berkemampuan merupakan salah satu rukun solat. Apa yang diperhatikan, seseorang yang sakit tidak berdiri lurus semasa solat. Mereka terus duduk, tanpa berdiri lurus. Sewajibnya, mereka berdiri lurus dahulu, kemudian, barulah mereka boleh duduk. Ini adalah kerana mereka masih boleh berdiri dan berjalan! Macam mana mereka ke masjid sekiranya mereka tidak boleh berjalan? Perkara ini terkecuali sekerinya seseorang itu memang betul-betul tidak mampu untuk berdiri
  2. Takbiratul Ihram dilafazkan dengan salah. Contohnya, bertakbir dengan lafaz ﭐﷲ di mulut, dan ﺃﻛﺒﺮ di dalam hati. Walhal, lafaz takbiratul ihram adalah RUKUN QAULI, maka, ia WAJIB dilafazkan 100% di mulut tanpa meninggalkan satu hurufpun dalam kalimah ﭐﷲ ﺃﻛﺒﺮ . Selain itu, sekiranya makhraj lafaz takbiratul ihram ini salah, maka ia boleh juga membatalkan solat. Contohnya, melafazkan takbiratul ihram dengan suara angin (seperti suara orang berbisik).
  3. Terdapat kesalahan dalam al-Fatihah. Al-Fatihah merupakan RUKUN QAULI yang wajib dilafazkan 100% oleh mulut dengan makhraj dan tajwid yang betul. Sekiranya membaca al-Fatihah dalam hati atau menggunakan suara angin, maka, ia boleh membatalkan solat.
  4. Tidak thomakninah (berhenti seketika) dalam rukuk dan sujud. Kadar minimum untuk rukuk dan sujud adalah dengan kadar lafaz “subhanallah”. Maksud hadis:
“Seburuk-buruk pencuri adalah orang yang mencuri dalam solatnya.” Sahabat bertanya, “Bagaimana caranya mencuri solat itu wahai Rasulullah?”
“Yaitu, yang tidak menyempurnakan rukuk, sujud dan bacaan di dalam solatnya” (HR Ahmad)
  1. Sujud yang tidak sempurna, anggota sujud tidak dikenakan ke atas lantai. Tujuh anggota sujud tersebut adalah: muka (termasuk dahi dan hidung); kedua tapak tangan; kedua lutut dan penghujung 2 tapak kaki (ibu jari), sebagaimana sabdanya yang bermaksud:
“Aku telah memerintahkan agar sujud keatas tujuh tulang: keatas dahi, dan beliau mengisyaratkan ke hidungnya, 2 tangan, 2 lutut dan pada penghujung 2 tapak kaki (ibu jari).” (Muttafaqun ‘Alaih)
  1. Lafaz tahiyyaat akhir yang salah. Perkara ini merupakan antara kesalahan yang amat biasa dilakukan tetapi ramai yang tidak menyedarinya. Lafaz tahiyyaat wajib disebut dengan makhraj yang betul kerana ia adalah rukun qauli. Sekiranya lafaz tahiyyat itu dilafazkan dengan suara angin juga, ia akan membatalkan solat. Namun begitu, amat sukar untuk diterangkan berkaitan lafaz tahiyyat akhir yang betul di dalam ruang yang terbatas ini. Sebaik-baiknya, rujuklah guru agama yang hak.
  2. Lafaz salam dibaca dalam hati, dilafaz dengan suara angin, atau melafazkan salam dengan makhraj dan huruf yang salah juga boleh membatalkan solat. Lafaz yang tepat adalah ﭐﻟﺴﻼﻢﻋﻠﻴﻜﻢﻭﺭﺣﻤﺔﭐﷲ (assalaamu’alaikum warahmatullaah). Sekiranya menyebut “asalaamu’alaikum”, “salaamu’alaikum”, menukar huruf ﻉ kepada ﺃ, huruf ﺡ kepada ﻫ, atau apa sahaja sebutan yang selain daripada ﭐﻟﺴﻼﻢﻋﻠﻴﻜﻢﻭﺭﺣﻤﺔﭐﷲ , ia akan membatalkan solat. Menyebut salam dalam hati juga boleh membatalkan solat, kerana lafaz salam pertama adalah rukun qauli, ia WAJIB dilafazkan 100% oleh mulut dengan makhraj dan tajwid yang betul.
  3. Tangan berayun-ayun semasa i’tidal. Pergerakan anggota besar 3 kali berturut-turut boleh membatalkan solat. Tak tahulah kenapa orang suka sangat ayun tangan semasa i’tidal, yang macam buayan tu.
  4. Tidak berhenti seketika, yakni i’tidal selepas rukuk.
  5.  Dada berpaling dari kiblat

“Amal seorang hamba yang pertama kali dihisab kelak ialah solat, jika solatnya rosak, maka amal lainnya pun akan rosak.” (HR Thobrani)

sumber diambil dari fb..=,="

Ramadhan:☆Aku rindu hero aku..☆

Assalamualaikum dan salam Ramadhan,

 dah hari ke sebelas kita berpuasa dan aku baru nak update pasal Ramadhan.. harap tak terlambat untuk mengucapkan SELAMAT BERPUASA kepada semua umat Islam di seluruh dunia...


hari ni 31 Julai dengar kata adalah HARI PAHLAWAN bagi penduduk Malaysia, jadi aku teringat ayah aku yang merupakan HERO dalam hidup aku dan family aku... bila awal2 puasa dan berbuka puasa hari tue pada 1 Ramadhan memang terkilan sangat bila hanya 4 orang saja yang duduk dan makan bersama, sorang ada kat Lumut dan yang paling terasa bila ayah aku tiada di sisi kami waktu makan, kami hanya mampu berdiam dan makan dengan tenang, tapi aku tau masing2 rasa sedih terutamanya mak aku la...
sapa yang tak terasakan kalau orang yang selalu ada bersama kita tiba2 tiada dan keadaan dah berubah sikit, rumah jadi sunyi dan tak semeriah dulu waktu adanya arwah ayah aku... serius aku rindu sangat2 kat dia... sekarang baru aku tau bertapa penatnya menjadi seorang ayah macam ayh aku tue... dia seorang ayah yang sanggup berkorban demi keluarga, macam2 dia boleh buat, mmg aku kagum dengan dia... bab masak, elektrikal, paip, tanah tanih, bertukang kayu atau besi, buat decoration, editing gambar, buat perabot guna kayu dan macam2 lagi lah... semua nie ayah aku boleh buat tanpa bantuan orang lain, aku cukup kagum dengan Baba... dan paling2 kagum bila ayah aku sanggup menghantar dan mengambil kami adik bradik dari sekolah atau mana2 saja, semenjak berkahwin dengan mak aku, dia lah yang berkorban hantar kami dan juga mak aku... dia tak bagi mak aku ambil lesen kereta sebab takut jadi apa2 kat mak aku..aku tau dia risau sebab tue tak bagi mak aku ambik lesen even anak2 dia pon dia tak pernah bersuara untuk ambik lesen...
setelah kehilangan ayah aku, baru aku tau bertapa penatnya menjadi ayah aku,.. seriuss, baru aku sedar..dan sekrang nak p mana2 pon dah tersekat sebab semua tak ada lesen..huhu... nasib kak aku boleh bwa motor jugak, bleh la stakat nak keluar beli brang2 dkat kedai berdekatan..huu.....
Memang susah nak cari ayah macam arwah ayah aku...

kadang2 bila aku dok sorang2 kat rumah aku selalu sangat teringat dia dan menangis... macam tak percaya yang baba dah tak ada kat pangkuan kami semua....tapi aku tau tak boleh bersedih dan aku cuba tabahkan diri, kalau p keluar kat pekan Alor Setar kemana saja aku nampak ayah aku..dalam hati dok kata, "kalau baba ada mesti bestkan...." huhuu....

last bergambar waktu bercuti di Lumut, 
time nie ba dah demam dan kurus..

my hero and heroin...
ilove both of you...:D

benda yang baba tinggal untuk aku, 
camera dan majalah photography..
aku pernah kata kat dia yang aku tringin nak beli majalah photog, tiba2 satu hari tue dia tringat nak beli kat aku majalah tue bila nampak kat kedai mamak..haha...appreciate dan suka time tue... 
thanz baba...:))


p/s: aku terharu sebab ayah aku sempat cium kat pipi dengan erat dan lama, aku terpinga pinga time tue, ayah aku ingat aku nak balik dari hospital tapi sebenarnya aku nak kluar skejap, pastu dia kata jangan lah balik...tak sangka tue kali terakhir dia cium aku... :((


AL-FATIHAH

Thursday, July 19, 2012

Photo: Ohh Pokok...

Assalammulaikum,

great to post some entry today and i like to tell a story behind the trees... haha...

selalu tangkap gambar bunga-bunga saja kan... kalai ni aku suka tangkap gambar pokok pula, kalau bunga mesti mood gembira, excited dan teruja.. kalau pokok mood sedih, lonely, dan kadang2 bersemangat bila keseorangan...huhu... gambar pokok2 nie ada banyak cerita dan kisah aku disebalik gambar2 nie..dan mostly cerita sedih lah.... >,<










“Nobody likes being alone that much.

 I don't go out of my 

way to make friends, that's all.

It just leads to 

disappointment. ” 

Tuesday, July 17, 2012

☆AL FATIHAH buat ayah aku..☆

asslamulaikum...

aku nak bgtau yang ayah aku telah meninggal dunia pada Khamis hari tue pada jam 2 pagi.... :(


sesungguhnya takdir dan riwayat hidup ayah aku telah sampai, sungguh aku sedih sangat2 bila tengok ayah aku masuk HDW (HIGH DEPENDENCY WARD)  dimana ward nie lebih truk lagi dari pesakit yang msuk ke ICU.... sebelum2 nie ayah aku disuspek ada batuk kering seperti mana aku cerita di post2 yang lepas... dan pada hari rabu pagi tue pakar2 doktor semua berkumpul dan kata ayah aku bukan ada batuk kering tapi virus or bakteria di paru-paru...

semalam sebelum kejadian koma:
YA ALLAH semalam sebelum kejadian ayah aku tak sedar diri, iaitu malam rabu... aku tak tidur semalaman dan termenung saja malam tue sampai pukul 1 macam tue... then pada time macam tue ayah aku mula bernafas macam orang penat.. nafas dia pendek dan mmg nampak penat, aku takut sangat2... pada malam tue jugak la dia bersikap pelik dan lagi la aku takut... ayah aku tak boleh tidur dan dia bisik kat aku " Eya, bawa ba ronda ronda.." luluh jantung aku bila dengaq ayat ronda2... aku rsa mcam nak ronda ke Langkawi or mana2 saja jaa.... tetiba ja perasaan tue mai.. aku pon dengan berat hati p bawa ayah aku jalan2 guna wheelchair kat dlm hospital tue.... mmg malam tue ayh aku dah nampak pelik....

then keesokan pagi nya... doktor mai check up dan doktor kata bebas dari batuk kering , aku dan mak pon happy sebab bukan sakit batuk kering..kata doktor ada virus dalam paru2... ingatkan virus biasa2 ja dan boleh dirawat... dalam tgh hari tue ayah aku dipindahkan wad ke wad lain... dan ayah aku tanya, "TV x da ka kat sini??" walaupun dia  tak boleh cakapo dah time tue, dia guna bahasa isyarat saja... hanya aku ja boleh paham bahasa isyarat ayah aku..mmg dari dulu ayah aku suka cakap bahasa isyarat dan bahasa pelik2 yang org tak tau..huuu.... then aku gtau kat sini tak ada TV ..muka dia terus berubah macam sedih ja..maybe boring la kot... ptg tue jugak dia boleh kunyah dan telan makanan stelah sebulan tak makan kot... seriusly mak aku happy sebab ayah aku dah berubah dan boleh makan.. before tue dia ajak aku jalan2, dan nie pon mmg perubahan yang aku nampak, pagi tue dia siap exercise sikit kat atas katil sbb aku suruh.. pastu p jalan2 dengan aku, tiba2 dia kata dia penat... dan tak boleh nak nafas sangat... aku terus panggil nurse dan nurse letak oxygen kat hidung ayah aku... hurrmm.... ptg tue ramai sangat kawan2 dia mai melawat, dan semua bawa anggur warna hijau sebab dia kata dia teringin nak makan anggur hijau... dia ada la makan anggur tue sebijik...huurmm....
dalam pukul 6 lebih macam tue dia dah lain macam, duduk tak senang dan sesak nafas... aku p kat sebelah dia pon dia macam tak mau tgk muka aku.. dia melarikan anak mata dia dari tgk muka aku... dan tue lah kali terakhir dia tgk aku dan kali terakhir aku peagang dia sebelum dia koma... ya ALLAH kenapa sekejap sangat ayah aku tak sedarkan diri... malam tue ambulans datang hantar p hospital lain dan masuk HDW... Kat situ mmg 100 percent tak sedar dan 100 percent depends on mesin ja semua.... seriusly...aku tak percaya, aku sedih sangat2.... adik dan kakak aku lagi la tak sempat sembang dgn ayah aku... :((

dua hari dalam HDW, ayah aku meninggal tepat jam 2 pagi setelah hembusan nafasnya ditarik perlahan lahan... alhamdulillah ayah aku pergi dengan tenang dan kami semua berada di tepi dia... aku dah redha dgn pemergiannya... walaupun aku SANGAT3 rindu suara dan telatah dia....

BABA la ayah yang terbaik, HERO kami semuaa..... aku rindu dengan panggilan
EYAA CEPAA... PAPILIIUUU.....  ayah aku sorang ja panggil aku "eya cepaa...dan bila dia nak kopi or nak panggil aku suruh urut dia mesti panggil papiliuu...:" entah bahasa apa pon aku tak tau, semuanya dia reka dan aku ja yang memahami maksudnya bila dia cakap macam tue.... :(((
I MISS THAT WORDS and I MISS telatah ba yang kadang2 merapu tiga suku bila aku join sekaki.....

set tv nie pon dah sunyi..kami bukan suka tengok tv pon.. dan sekarang dah rosak..
ada sesiapa tau tak sebab apa TV macam nie skrin dia jadi putih ja semua bila on???

sekarang semuanya dah tak ada, rumah nie sunyi ja... dan TV yang ayah aku beli tetiba ja rosak, dia keluar putih ja skrin tv tue tapi ada dengar bunyi tv cuma x boleh tgk... sedih bila tv kesayangan dia jadi macam tue...pokok2 kat garden pon dah tak ada org sentuh, sbb kami fobia nak keluar buat gardening bila bakteria yang masuk dalam paru2 tue berpunca dari tanah tanih garden.. hurrm...


   
orkid kesayangan arwah..dia tak sempat nak tgk bunga nie berkembang...
 
dulu ba selalu teman ira tgk bintang dan bulan malam2..
pastu siap spent masa tangkap gambar dan take video..
. sekarang ni x da sapa nak teman dah, yang lain tak suka keluar malam2 tgk bintang... :( 

I LOVE YOU... MAAFKAN IRA KALAU CAKAP KASAR DAN BUAT SILAP SELAMA NI.. :(

ALLAH LEBIH SAYANGKAN BA... ALHAMDULILLAH SEGALANYA DAH SELESAI..
BILA TENGOK MUKA ARWAH SENYUM AKU RASA SEBAK DAN AKU TAU DIA TAK MAU ANAK2 DIA SEDIH BILA DIA TAK ADA...

AL FATIHAH !!!


Sunday, July 8, 2012

Tension: ☆Bila jalan tak ada hala tujuan☆

Assalamualaikum semua.... dah 2 3 hari aku tak updatekan, dan sekrang memang aku sangat2 tertekan dan aku tak tau nak cari siapa lagi.... blog nie salah satu tempat nak luahkan perasaan yang terbeku nie...huhuu....
firstly, aku selama seminggu nie berada di hospital saja... balik rumah pon kejap tgk keadaan jugak... tue pon rumah makcik aku... sesungguhnya aku rindu sangat rumah aku.. serius.. rindu gelak ketawa kat rumah dengan semua ahli family... dan memag semua yang terjadi ada hikmahnya...
aku dah lama aku tak menangis.. dan kenapa hari nie aku kuat sangat menangis...macam2 yang bermain difikiran aku yang membuatkan aku sedih... dan paling2 sedih bila mak aku dah tahan dan dia pon mengeluarkan air mata jugak...lepas pada tue aku lagi sedih,. dengan ayah aku terlantar di hospital dah seminggu ,sampai sekarang tak tau sakit apa,.. jenis penyakit apa... serius ka tak...berapa lama lagi nak stay hospital nie???? aku dah tak sanggup tgk ayah aku lembik dan kurus cengkung... :\
dia seorang yang suka merapu tambah2 dengan aku... dan bila dia sakit mmg sunyi la....:(

aku lagi tension bila guard tak bagi aku masuk dalam bilik wad nie.... aku dah duduk sini dari pagi sampai malam... kalau aku tak boleh masuk aku nak p mana??? melewaq/merempat merata tempat kaa???? aku dah tak sboleh tengok ramai orang sangat, cepat migrain atau pening kepala, so nak masuk bilik ayah aku dirawat pon tak boleh sebab mak aku dah ada kat dalam... hurm... bilik nie bukan main besar kot, takkan sorang ja boleh jaga.... aku nak masuk jugak sbb mak aku pon tak berapa stabil dan mmg slalu sakit2 jugak...  tak kan nak biarkan macam tue ja... tolong laa... aku pon tak teringin sangat nak mai hospital nie, dah terdesak tue yang mai...kalau boleh aku nak sangat dok kat rumah seminggu dah tak tido kat rumah... :( 

kawan2 semua suruh aku bersabar ja... yaa..mmg aku tgh bersabar pon...aku cuma geram sbb kenapa tak boleh masuk sekali??? dia siap perli2 lagi, aku dah besar dah laa bukan nak buat bising apa pon, lagi pon bilik nie ayah aku sorang jaa....

satu lagi, depa semua buat endah tak endah ja kat ayah aku... kesian aku tgk..ayah aku batuk punya la truk, sampai tak boleh nak cakap sbb sakit sangat kerongkong tue... dia bnyak guna isyarat ja.hanya paracetamol ja yang dok telan, makan dah 3 minggu tak makan...huhhu....takot sakit lain pulak.. 

SEGALANYA ADA HIKMAH... DAN SETIAP KESAKITAN ADALAH PENGHAPUS DOSA YANG LAMPAU...

ya Allah bagi ba cepat sembuh dan keluar dari hospital nie...

Tuesday, July 3, 2012

☆Aku di hospital☆

assalamualaikum dan selamat pagi warga hospital sultanah bahiyah...huhu...

pagi nie aku bangun di hospital dan semesti malam pon tidoq kat hospital... dah dua malam aku di sini... tidoq mmg x berapa nak lena sangat, sakit badan wok,.. dok atas kerusi saja..huuu.... nie ada kesempatan masa aku update sat blog...

btw, bukan aku yang sakit.. aku just temankan ayah aku... ayah aku kena tahan dekat wad nie., nie hari kedua.... sakit apa pon aku tak pasti sangat, sebab doktor pon pening dan tak tau nak habaq sakit apa...huhu.... dah 3 minggu demam... mai hospital check2 dan kena tahan... di suspect ada TB(tuberculosis) atau pon batuk kering.... =,=' ... tak sure lagi laa... tp mmg kerap kali batuk berpanjangan...huhuuu....

aku risau kalau berjangkit.... :(  so kena la pakai mask muka nie.. ada tanjak jadi doktor dak??? hihi...:P
  nie first time aku tidoq kat hospital... serius aku paling2 tak suka hospital sbb bau ubat dan mcam2 lagi..huhu... ni dah kes kecemasan nak buat cmna kena korbankan masa dok hospital lah...huhu... nak suruh mak aku tidoq sini pon rasa kesian.. dah la tidoq atas kerusi yg keras dan sejuk... sat g tak pasal mak aku naik darah tinggi lak,.. better aku stay dan aku mmg jarang tidoq malam...boleh la nak berjaga malam2 sampai pkul 3 camtue...layan korea kat sini lak..hahaha....:P


ya ALLAH jauhkan lah aku dari penyakit bahaya dan lindungilah aku dan keluargaku. ya ALLAH... AMIIN...

p/s: ba semoga cepat sembuh dan jom balik rumah.... rindu katil kat rumah aihh...huhu.... ^_^



Wednesday, June 27, 2012

☆PHOTO: Jalan2 di Lumut☆

nie hari sebelum bertolak... buat syok sat dengan adik aku...haha

bila dah sampai perak... urghh, semua merungut mana la Lumut nie, x sampai2 lagi...
dekat 100km dah tak sampai2 lagi... aku dah tak larat tengok pokok kelapa dan hutan..!!


sampai perlabuhan Pangkor kot... langsung tak teruja sebab cuaca panas dan jerebu...
panas teruk..Alor Setar sejuk lagi... sabar je laa...huhu...

tau dak pokok hantu??? yang aku bulat tue la pokok hantu...
adik aku panggil  pokok hantu sebab malam2 bila tengok macam hantu terbang..ahah

 
KLIK READ MORE..untuk tengok lagi.. ^_^

Saturday, June 23, 2012

☆Esok nak pergi bercuti...:P

Assalamualaikum dan selamat pagi cinta... hahaha....
mengarut ja tetiba cinta2 nie...x da dalam kamus hidup la pulak, hehe.... ada pun tapi kamus tue dah koyak rabak into a pieces.... huhuhu... babai cinta,...

hahaha... apa aku merapu meraban tah, bila jari menaip mmg habis segala isi dalam otak nie nak keluar...memandangkan ini blog public better jangan keluar isi semua sangat, kena sekat2 jugak... haha...:P
sebenarnya aku tak ada point nak update entry hari nie, haha.... haa, btw, esok aku dan famili nak bertolak ke negeri Perak... kan tahun nie tahun melawat Perak sebab tue nak p sana..hahaha....
ermm., jangan mimpi aku dgn famili nak p bercuti melainkan ada function dan hal2 tertentu saja.. dan hal tertentu untuk kami nak pegi sana sebab adik aku laki sorang nie dapat sambung mengaji kat sana... IKM LUMUT PERAK nama diberi....haha.. LUMUT tau kan kat mana??? tau kan sekitar Lumut ada eko pelancongan yang fames... iaitu dekat dengan Pulau Pangkor...hehe... actually aku baru tau saja bila di google map kan... haha... teruk aku..huhu... dan ramai orang kata Pulau nie best, aku tak tau la lagi macam mana keadaan dia, tengok kat tv ja macam best... nak tau best sbb apa?? sbb nya dia pulau dan dikelilingi oleh air biru laut yang tenang... dan best partnya boleh snorkling... waaa, aku teringin sesangat nak snorkling dan scuba diving... mmg dari kecik aku suka bab2 swimming air nie, setakat diving dalam kolam renang ja boleh la tapi nampak jubin2 tile2 kolam tue ja la kan..haha.. kalau kat laut siap dengan ikan, coral, segala fauna2 yang ada.... cantik beb, LIKE3...
btw, aku tak sure lagi yang kami akan singgah ke pulau pangkor ka tak nanti..haha... berangan ja lebih....huahuaa..... kalau tak boleh esok lusa nie, maybe bulan2 lain boleh kot... nama pon adik belajar sana,... mesti selalu singgah sana punya...haha...
errm.... point yang aku nak sampaikan pon aku tak tau sangat nie... nak habaq kata nak p bercuti la kot esok.... 3 hari 2 malam saja... haha... maklumla dah lama aku tak p bercuti dengan famili... excited sat.. harap2 best la kan...huhu... aku dengan adik aku  yang sorang lgi pulak pack baju terlebih, yang nak p belajar sana tue boleh relax ja lagi.... tadi aku dengar dia keluar bilik dan tak tido lagi, katanya tak boleh tidoq... hahaha.... tue mesti resah gelisah sebab nak beljar jauh dari rumah.. sebelum nie dia x pernah duduk asrama or belajar jauh... aku nie yang nampak manja pon, masuk gak asrama sekolah, p jugak plkn, masuk matrik pula kan... haha... relax saja, tidoq lena srupa tue...haha...
lani aku pulak yang tak tidoq.... bukan apa, ayah aku kata nak bertolak lepas subuh, so aku yang selalu tidoq lewat nie mmg plan untuk tak mau tidoq malam nie... tadi ada lena sat sejam macam tue... huhu... nie dah rasa mengantuk balik, plan tak mau tidoq tue macam nak KIV ja dulu...hahaha...

~tak boleh belah tajuk entry aku... aku baru create tajuk lepas tulis panjang2 nie... mmg selalu aku suka tulis dulu then baru pkior nak letak tajuk apa...hahaha... macam aku nak makan nasi, aku letak kuah2 berbagai kuah aku letak sampai lencun nasi tue and at last baru decide nak makan lauk apa...ahahha....

k la adios, entry nie aku taip dan lagu BILA CINTA ost Lagenda Budak Setan dimainkan dalam enset aku...huhu...
nak tau kenapa lagu nie sila lihat entry nie>>BILA CINTA...haha....


☆Bila Cinta....☆

Assalamualaikum dan selamat pagi cinta,

haa... entry pon tajuk BILA CINTA... bunyi macam persoalan bila cinta?? tapi entry kali nie BILA CINTA merujuk kepada lagu ost Lagenda Budak Setan tajuk lagu Bila Cinta...huhuhu....
macam mana aku boleh dengar dan end up nak buat post pasal lagu tentu ada sebabkan... sebabnya aku mimpi, dalam mimpi tue aku asyik nyanyi lagu nie saja, dan tiba2 ada sorang laki tue... aku tak sure sangat sapa dalam mimpi tue dia menyanyi balik lagu nie.dan macam tujukan untuk aku saja.... wuaaa, bila baca balek lirik tue macam .... teettt.... tak tau nak kata apa sebab aku pon baru nak belek lirik tue sampai habis...hahaha... lagu nie agak lapok dah, 2 3 tahun lepas rasanya lagu nie, entah la sebab aku tak tengok cerita Lagenda Budak Setan tue sbb buzy nak study, dok kata nak tengok tp tak tertengok pon sampai la sekarang... lagu nie pon aku tak pernah suka dan jarang sama sekali nak dengar... tak tau macam mana dalam mimpi tue aku boleh dok pkiaq dan menyanyi lagu tue... dan lagu tue asyik berkumandang dalam telinga aku...hahaha...

jom tengok sat lirik dia, aku pon tak tengok habis g...haha...

Bila cinta kini
Tak lagi bermakna
Yang ku rasa kini
Hanyalah nestapa
Ditinggalkan cinta masa lalu

Dulu kau tawarkan
Manisnya janjimu
Yang ku sambut itu
Dengan segenap hatiku
Hingga engkau pergi
Tinggalkanku
Chorus
Hilangnya cintamu
Menusuk hatiku
Hingga ku memilih
Cinta yang fana

Perginya dirimu
Merobek jantungku
Hingga ku terjatuh
Dalam harapan

Ku sebut namamu
Di setiap doaku
Bangkitkan setia
Kenangan tentangmu
Yang ku dapat
Hanyalah bayangmu
Ulang Chorus 2x

  
perghh... gelak sat bila baca lirik nie..hahaha.... kenapa kenapa lagu niee??? 
huhu... serius hampeh.... yang part nie macam diboldkan dalam mimpi aku...

Perginya dirimu
Merobek jantungku
Hingga ku terjatuh
Dalam harapan

nie kes tidoq tak cukup tido, matahari dah nmpak baru nak tidoq..huhu...~Babai Cinta..nak tidur...hahaha..


 

Wednesday, June 20, 2012

☆Photo: Koleksi Bunga☆

Assalamualaikum...
kali nie aku nak post pasal bunga bunga dekat Malaysia nie... basicly dekat rumah aku saja..hehe...
rumah aku ada beberapa jenis bunga, yang paling aku suka bunga orkid yang ayah aku tanam sendiri...:D

 ANTARANYA:

Bunga Orkid




nie akar2 dia yang menjalar di sekeliling tiang rumah, setiap tiang ada bunga orkid...^_^

Bunga Raya

kitar hidup bunga raya...:)



 Bunga Tahi Ayam
 
walaupun nama dia tak sedap tapi bunga dia cantik dan warna warni...
kenapa la orang letak nama bunga tahi ayam eh?? 0,o 

Bunga Ros

bunga ros my favourite... syok tengok bunga nie..hehe..bunga ros ada pelbagai warna..
teruja gila tengok...semua cantik...:D
tapi kat rumah aku tak ada la, nie gambar aku ambil kat cameron...^_^


p/s: semua gambar diambil dan diedit oleh saya sendiri,...Sekian Terima Kasih kerana mengunjung....:D


Friday, June 15, 2012

Wanita Wajib Baca☆13 Perkara yang perlu dijaga☆



1. Bulu keningMenurut Bukhari, Rasullulah melaknat perempuan yang mencukur atau menipiskan bulu kening atau meminta supaya dicukurkan bulu kening.
(Petikan dari Hadis Riwayat Abu Daud Fi Fathil Bari.)


2. Kaki dan semacam hantu locengDan janganlah mereka (perempuan) membentakkan kaki (atau mengangkatnya) agar diketahui perhiasan yang mereka sembunyikan – (Petikan dari Surah An-Nur Ayat 31.) Keterangan : Menampakkan kaki dan menghayunkan/ melenggokkan badan mengikut hentakan kaki terutamanya pada mereka yang mengikatnya dengan loceng…sama juga seperti pelacur dizaman jahiliyah ….

3. Wangian Siapa sahaja wanita yang memakai wangi-wangian kemudian melewati suatu kaum supaya mereka itu mencium baunya, maka wanita itu telah dianggap melakukan zina dan tiap-tiap mata ada zinanya terutamanya hidung yang berserombong.
(Petikan dari Hadis Riwayat Nasaii, Ibn Khuzaimah dan Hibban.)

4. DadaHendaklah mereka (perempuan) melabuhkan kain tudung hingga menutupi bahagian hadapan dada-dada mereka.
(Petikan dari Surah An-Nur Ayat 31.)

5. Gigi Rasullulah melaknat perempuan yang mengikir gigi atau meminta supaya dikikirkan giginya – (Petikan dari Hadis Riwayat At-Thabrani) Dilaknat perempuan yang menjarangkan giginya supaya menjadi cantik, yang merubah ciptaan Allah.
(Petikan dari Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim.)

6. Muka dan leher Dan tinggallah kamu (perempuan) di rumah kamu dan janganlah kamu menampakkan perhiasan mu seperti orang jahilliah yang dahulu. Keterangan : Bersolek (make-up) dan menurut Maqatil sengaja membiarkan ikatan tudung yang menampakkan leher seperti orang Jahilliyah.

7. Pakaian yang nipis (jarang)Asma Binte Abu Bakar telah menemui Rasullulah dengan memakai pakaian yang tipis. Sabda Rasullulah: Wahai Asma! Sesungguhnya seorang gadis yang telah berhaid tidak boleh baginya menzahirkan anggota badan kecuali pergelangan tangan dan wajah saja (Petikan dari Hadis Riwayat Muslim dan Bukhari.)

8. TanganSesungguhnya kepala yang ditusuk dengan besi itu lebih baik daripada menyentuh kaum yang bukan sejenis yang tidak halal baginya.
(Petikan dari Hadis Riwayat At Tabrani dan Baihaqi.)

9. Mata Dan katakanlah kepada perempuan mukmin hendaklah mereka menundukkan sebahagian dari pemandangannya. (Petikan dari Surah An Nur Ayat 31)
Sabda Nabi Muhamad SAW, Jangan sampai pandangan yang satu mengikuti pandangan lainnya. Kamu hanya boleh pandangan yang pertama sahaja manakala pandangan seterusnya tidak dibenarkan hukumnya haram.
(Petikan dari Hadis Riwayat Ahmad, Abu Daud dan Tirmidzi.)

10. Mulut (suara)Janganlah perempuan-perempuan itu terlalu lunak dalam berbicara sehingga berkeinginan orang yang ada perasaan serong dalam hatinya, tetapi ucapkanlah perkataan-perkataan yang baik (Petikan dari Surah Al Ahzab Ayat 32.)
Sabda SAW, Sesungguhnya akan ada umat ku yang minum arak yang mereka namakan dengan yang lain, iaitu kepala mereka dilalaikan oleh bunyi-bunyian (muzik) dan penyanyi perempuan, maka Allah akan tenggelamkan mereka itu dalam bumi.
(Petikan dari Hadis Riwayat Ibn Majah.)

11. KemaluanDan katakanlah kepada perempuan-perempuan mukmin, hendaklah mereka menundukkan pandangan mereka dan menjaga kehormatan mereka.
(Petikan dari Surah An Nur Ayat 31.)
Apabila seorang perempuan itu solat lima waktu, puasa di bulan Ramadan, menjaga kehormatannya dan mentaati suaminya, maka masuklah ia ke dalam Syurga daripada pintu-pintu yang ia kehendakinya. (Hadis Riwayat Riwayat Al Bazzar.)
Tiada seorang perempuanpun yang membuka pakaiannya bukan di rumah suaminya, melainkan dia telah membinasakan tabir antaranya dengan Allah.
(Petikan dari Hadis Riwayat Tirmidzi, Abu Daud dan Ibn Majah.)

12. PakaianBarangsiapa memakai pakaian yang berlebih-lebihan terutama yang menjolok mata , maka Allah akan memberikan pakaian kehinaan di hari akhirat nanti.
(Petikan dari Hadis Riwayat Ahmad, Abu D , An Nasaii dan Ibn Majah.)
Petikan dari Surah Al Ahzab Ayat 59. Bermaksud : Hai nabi-nabi katakanlah kepada isteri-isterimu, anak perempuanmu dan isteri-isteri orang mukmin, hendaklah mereka memakai baju jilbab (baju labuh dan longgar) yang demikian itu supaya mereka mudah diken ali . Lantaran itu mereka tidak diganggu. Allah maha pengampun lagi maha penyayang.
Sesungguhnya sebilangan ahli Neraka ialah perempuan-perempuan yang berpakaian tetapi telanjang yang condong pada maksiat dan menarik orang lain untuk melakukan maksiat. Mereka tidak akan masuk Syurga dan tidak akan mencium baunya. (Petikan dari Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim) Keterangan : Wanita yang berpakaian tipis/jarang, ketat/ membentuk dan berbelah/membuka bahagian-bahagian tertentu.

13. Rambut Wahai anakku Fatimah! Adapun perempuan-perempuan yang akan digantung rambutnya hingga mendidih otaknya dalam Neraka adalah mereka itu di dunia tidak mahu menutup rambutnya daripada dilihat oleh lelaki yang bukan mahramnya.
(Petikan dari Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim.)

Riwayat Imran bin Hushain ra.:
Bahwa Rasulullah saw. bersabda: Sesungguhnya penghuni syurga yang paling sedikit adalah kaum wanita. (Shahih Muslim No.4921)

 
 
 


 
p/s: sumber diambil dari FB... sila share ya kepada mulsimin di luar sana...:D

Thursday, June 14, 2012

☆Bintang yang tenang☆

ASSALAMUALAIKUM...

klik pada gambar untuk pembesaran kalau nak baca apa yang tulis dekat gambar..^_^....
(btw, gambar tak lawa pon...)

  
this is what we call STARS glow in the dark...:D 

just to add...:D ada binatang apa tak tau terbang atas camera aku 
jadi kesan putih kat atas tue...^^



bila tension ja aku tgk langit.... tadi buka fb tiba2 jadi hangat dan sakit hati semacam(Ada la sebabnya)... urghh, terus aku lari keluar tgk langit, luckily dan alhamdulillah ada bintang.... dah lama aku tak tgk bintang sebab musim hujan dan awan tebal....:(
tadi dapat juga aku tengok, mood dari marah dan sakit hati terus tukar jadi happy bila tgk keindahan ciptaan ALLAH pada waktu malam nie..keluar juga air mata aku...huhu... lepas tue p keluar sorang2 tangkap gambar langit... tak kisah lah gelap ka x, malam jumaat ka x, janji aku dapat tengok dan happy....

 ~tengah ada problem niee... aku perlukan kawan ... :(

layan lagu LOVE RAIN ~ 

Because it is you :::



☆pe[A]ce[S]tar[Z]☆
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...