dah hari ke sebelas kita berpuasa dan aku baru nak update pasal Ramadhan.. harap tak terlambat untuk mengucapkan SELAMAT BERPUASA kepada semua umat Islam di seluruh dunia...
hari ni 31 Julai dengar kata adalah HARI PAHLAWAN bagi penduduk Malaysia, jadi aku teringat ayah aku yang merupakan HERO dalam hidup aku dan family aku... bila awal2 puasa dan berbuka puasa hari tue pada 1 Ramadhan memang terkilan sangat bila hanya 4 orang saja yang duduk dan makan bersama, sorang ada kat Lumut dan yang paling terasa bila ayah aku tiada di sisi kami waktu makan, kami hanya mampu berdiam dan makan dengan tenang, tapi aku tau masing2 rasa sedih terutamanya mak aku la...
sapa yang tak terasakan kalau orang yang selalu ada bersama kita tiba2 tiada dan keadaan dah berubah sikit, rumah jadi sunyi dan tak semeriah dulu waktu adanya arwah ayah aku... serius aku rindu sangat2 kat dia... sekarang baru aku tau bertapa penatnya menjadi seorang ayah macam ayh aku tue... dia seorang ayah yang sanggup berkorban demi keluarga, macam2 dia boleh buat, mmg aku kagum dengan dia... bab masak, elektrikal, paip, tanah tanih, bertukang kayu atau besi, buat decoration, editing gambar, buat perabot guna kayu dan macam2 lagi lah... semua nie ayah aku boleh buat tanpa bantuan orang lain, aku cukup kagum dengan Baba... dan paling2 kagum bila ayah aku sanggup menghantar dan mengambil kami adik bradik dari sekolah atau mana2 saja, semenjak berkahwin dengan mak aku, dia lah yang berkorban hantar kami dan juga mak aku... dia tak bagi mak aku ambil lesen kereta sebab takut jadi apa2 kat mak aku..aku tau dia risau sebab tue tak bagi mak aku ambik lesen even anak2 dia pon dia tak pernah bersuara untuk ambik lesen...
setelah kehilangan ayah aku, baru aku tau bertapa penatnya menjadi ayah aku,.. seriuss, baru aku sedar..dan sekrang nak p mana2 pon dah tersekat sebab semua tak ada lesen..huhu... nasib kak aku boleh bwa motor jugak, bleh la stakat nak keluar beli brang2 dkat kedai berdekatan..huu.....
Memang susah nak cari ayah macam arwah ayah aku...
kadang2 bila aku dok sorang2 kat rumah aku selalu sangat teringat dia dan menangis... macam tak percaya yang baba dah tak ada kat pangkuan kami semua....tapi aku tau tak boleh bersedih dan aku cuba tabahkan diri, kalau p keluar kat pekan Alor Setar kemana saja aku nampak ayah aku..dalam hati dok kata, "kalau baba ada mesti bestkan...." huhuu....
last bergambar waktu bercuti di Lumut,
time nie ba dah demam dan kurus..
my hero and heroin...
ilove both of you...:D
benda yang baba tinggal untuk aku,
camera dan majalah photography..
aku pernah kata kat dia yang aku tringin nak beli majalah photog, tiba2 satu hari tue dia tringat nak beli kat aku majalah tue bila nampak kat kedai mamak..haha...appreciate dan suka time tue...
thanz baba...:))
p/s: aku terharu sebab ayah aku sempat cium kat pipi dengan erat dan lama, aku terpinga pinga time tue, ayah aku ingat aku nak balik dari hospital tapi sebenarnya aku nak kluar skejap, pastu dia kata jangan lah balik...tak sangka tue kali terakhir dia cium aku... :((
AL-FATIHAH
5 comments:
al-fatihah :') jangan sedih yaa dear, lamee anis tak singgah sini.
thanz aniss... sedih bila terkenangkan, nak happy sngat pon x bleh bila tringatkan arwah...>,<
adat laa, lagi pun ayah kot. yang always ada dgn kitee :) be strong okay dear :DD
yup...itu lah... insyaallah strong...:)
memang orang mcm baba sukar dicari ganti kerana sikapnya yang terlalu bertanggungjawab pada kita semua...........insya allah mama yakin Allah akan menempatkan insan yang kita sekeluarga sayang bersama-sama mereka yang beriman........ameen.......
Post a Comment