sesungguhnya takdir dan riwayat hidup ayah aku telah sampai, sungguh aku sedih sangat2 bila tengok ayah aku masuk HDW (HIGH DEPENDENCY WARD) dimana ward nie lebih truk lagi dari pesakit yang msuk ke ICU.... sebelum2 nie ayah aku disuspek ada batuk kering seperti mana aku cerita di post2 yang lepas... dan pada hari rabu pagi tue pakar2 doktor semua berkumpul dan kata ayah aku bukan ada batuk kering tapi virus or bakteria di paru-paru...
semalam sebelum kejadian koma:
YA ALLAH semalam sebelum kejadian ayah aku tak sedar diri, iaitu malam rabu... aku tak tidur semalaman dan termenung saja malam tue sampai pukul 1 macam tue... then pada time macam tue ayah aku mula bernafas macam orang penat.. nafas dia pendek dan mmg nampak penat, aku takut sangat2... pada malam tue jugak la dia bersikap pelik dan lagi la aku takut... ayah aku tak boleh tidur dan dia bisik kat aku " Eya, bawa ba ronda ronda.." luluh jantung aku bila dengaq ayat ronda2... aku rsa mcam nak ronda ke Langkawi or mana2 saja jaa.... tetiba ja perasaan tue mai.. aku pon dengan berat hati p bawa ayah aku jalan2 guna wheelchair kat dlm hospital tue.... mmg malam tue ayh aku dah nampak pelik....
then keesokan pagi nya... doktor mai check up dan doktor kata bebas dari batuk kering , aku dan mak pon happy sebab bukan sakit batuk kering..kata doktor ada virus dalam paru2... ingatkan virus biasa2 ja dan boleh dirawat... dalam tgh hari tue ayah aku dipindahkan wad ke wad lain... dan ayah aku tanya, "TV x da ka kat sini??" walaupun dia tak boleh cakapo dah time tue, dia guna bahasa isyarat saja... hanya aku ja boleh paham bahasa isyarat ayah aku..mmg dari dulu ayah aku suka cakap bahasa isyarat dan bahasa pelik2 yang org tak tau..huuu.... then aku gtau kat sini tak ada TV ..muka dia terus berubah macam sedih ja..maybe boring la kot... ptg tue jugak dia boleh kunyah dan telan makanan stelah sebulan tak makan kot... seriusly mak aku happy sebab ayah aku dah berubah dan boleh makan.. before tue dia ajak aku jalan2, dan nie pon mmg perubahan yang aku nampak, pagi tue dia siap exercise sikit kat atas katil sbb aku suruh.. pastu p jalan2 dengan aku, tiba2 dia kata dia penat... dan tak boleh nak nafas sangat... aku terus panggil nurse dan nurse letak oxygen kat hidung ayah aku... hurrmm.... ptg tue ramai sangat kawan2 dia mai melawat, dan semua bawa anggur warna hijau sebab dia kata dia teringin nak makan anggur hijau... dia ada la makan anggur tue sebijik...huurmm....
dalam pukul 6 lebih macam tue dia dah lain macam, duduk tak senang dan sesak nafas... aku p kat sebelah dia pon dia macam tak mau tgk muka aku.. dia melarikan anak mata dia dari tgk muka aku... dan tue lah kali terakhir dia tgk aku dan kali terakhir aku peagang dia sebelum dia koma... ya ALLAH kenapa sekejap sangat ayah aku tak sedarkan diri... malam tue ambulans datang hantar p hospital lain dan masuk HDW... Kat situ mmg 100 percent tak sedar dan 100 percent depends on mesin ja semua.... seriusly...aku tak percaya, aku sedih sangat2.... adik dan kakak aku lagi la tak sempat sembang dgn ayah aku... :((
dua hari dalam HDW, ayah aku meninggal tepat jam 2 pagi setelah hembusan nafasnya ditarik perlahan lahan... alhamdulillah ayah aku pergi dengan tenang dan kami semua berada di tepi dia... aku dah redha dgn pemergiannya... walaupun aku SANGAT3 rindu suara dan telatah dia....
BABA la ayah yang terbaik, HERO kami semuaa..... aku rindu dengan panggilan
EYAA CEPAA... PAPILIIUUU..... ayah aku sorang ja panggil aku "eya cepaa...dan bila dia nak kopi or nak panggil aku suruh urut dia mesti panggil papiliuu...:" entah bahasa apa pon aku tak tau, semuanya dia reka dan aku ja yang memahami maksudnya bila dia cakap macam tue.... :(((
I MISS THAT WORDS and I MISS telatah ba yang kadang2 merapu tiga suku bila aku join sekaki.....
set tv nie pon dah sunyi..kami bukan suka tengok tv pon.. dan sekarang dah rosak..
ada sesiapa tau tak sebab apa TV macam nie skrin dia jadi putih ja semua bila on???
sekarang semuanya dah tak ada, rumah nie sunyi ja... dan TV yang ayah aku beli tetiba ja rosak, dia keluar putih ja skrin tv tue tapi ada dengar bunyi tv cuma x boleh tgk... sedih bila tv kesayangan dia jadi macam tue...pokok2 kat garden pon dah tak ada org sentuh, sbb kami fobia nak keluar buat gardening bila bakteria yang masuk dalam paru2 tue berpunca dari tanah tanih garden.. hurrm...
orkid kesayangan arwah..dia tak sempat nak tgk bunga nie berkembang... |
dulu ba selalu teman ira tgk bintang dan bulan malam2..
pastu siap spent masa tangkap gambar dan take video..
. sekarang ni x da sapa nak teman dah, yang lain tak suka keluar malam2 tgk bintang... :(
I LOVE YOU... MAAFKAN IRA KALAU CAKAP KASAR DAN BUAT SILAP SELAMA NI.. :(
ALLAH LEBIH SAYANGKAN BA... ALHAMDULILLAH SEGALANYA DAH SELESAI..
BILA TENGOK MUKA ARWAH SENYUM AKU RASA SEBAK DAN AKU TAU DIA TAK MAU ANAK2 DIA SEDIH BILA DIA TAK ADA...
AL FATIHAH !!!
2 comments:
al fatihah..
sabaq banyak2 thira.kmi tau thira kuat.jgn sedeh2 na:) Allah lebih sayang kan ayah thira dan Dia buat yg terbaik utk ayah thira dan fmily.
chaiyok2! :)
hai teha... ok insyaallah.. kami smua bleh terima walaupun x caya sbb terlalu cpat dia tinggalkan kami smua..huhu... mmg stiap perbuatan yg buat msti dok nmpak dia ja..dia ttap dlm ingatan..huhu...
Post a Comment