Followers

Sunday, July 31, 2011

★SEGMEN☆ RAMADHAN #1 : SAHUR DI KALA BUDAK

ASSALAMUALAIKUM, dan SALAM RAMADHAN AL MUBARAK...:)

pagi2 lagi buka blog tengok segmen abg Ben, 
macam menarik je kan... so apa lagi  JOM3 JoIn...

TEKAN BANNER BAWAH NIE:

Santai Bersama BEN ASHAARI


PENGALAMAN KALI PERTAMA PUASA???!!
ok ..aku ingat lagi...aku start puasa pada umur 5 tahun.... 
percaya x?? biar betul aku puasa time tue?? haha... 
tapi seingat aku la aku mula belajar puasa pada 5 tahun..
sebab aku dah mula masuk tadika, 
pastu time puasa kena gak la puasa kan..(padahal tadika cina)
tapi ehem3...paham2 ja kan kalau budak2 hingusan puasa ... 
sure la puasa setengah hari ja... ahaha..
sampai pukul 1 mcam tue mula la bising lapar la apa lah... 
lepas tue buka peti sejuk dan makan..hehe..
tapi ada gak aku puasa penuh, dalam 4 hari macam tue ja kot...
tah la x ingat... lama dah...hehek...
dan tue la pengalaman pertama aku pada bulan Ramadhan..:)


nie pula makanan yang aku selalu makan dan favourite aku ..
kuew teow goreng dan char kuew teow...
dulu sikit2... nak2 kuew teow...
sampai family aku kata aku "hantu kuew teow" dah..ahaha..
.... MEMANG SEDAP....

★Kawal nafsu lapar di bulan Ramdhan☆
^__^

★ISLAM☆ Kelebihan Bulan Puasa

(⁀‵⁀) ✫ ✫ ✫.
`⋎´✫¸.•°*”˜˜”*°•
..✫¸.•°*”˜˜”*°•.✫


Sabda Nabi (s.a.w) : Diberi kepada umatku lima perkara yang belum pernah diberi kepada umat-umat dahulu sebelumnya :
a) Bau mulut orang berpuasa lebih harum daripada kasturi di sisi Allah
b) Segala perbelanjaan dan derita lapar selama puasanya adalah syurga balasannya.
c) Diampunkan dosa-dosa mereka pada malam Lailatul Qadar.
d) Amalan yang dilakukan pada bulan Ramadan digandakan kepada 10 hingga 700 kali ganda, melainkan puasa maka ianya bagiKu, Aku balas kepadanya yang berkuasa menahan syahwatnya, makan minumnnya kerana Aku.
e) Dan mereka dikurniakan nikmat kepada mereka keseronokkan ketika berbuka dan ketika menemui tuhan di akhirat.(Al-Hadith)


Sabda Nabi (s.a.w) : Menunaikan yang sunat diberi balasan pahala fardhu, dan amal fardhu diberi balasan 70 kali ganda. Bulan puasa adalah bulan sabar (sabar dalam berbuat taat kepadaNya.), dan sabar itu adalah syurga balasannya bulan ini dilebihkan rezeki kepada hambanya orang mukmin, diampunkan baginya dosa-dosa. Barang siapa memberi makan kepada orang berpuasa pahalanya seperti memerdekakan hamba dan diampunkan dosanya, berkata sahabat : Bagaimana kami tak sanggup memberi makan orang yang berpuasa (berbuka puasa) ya Rasullullah - Allah memberi pahala ini kepada orang yang memberi seteguk susu atau sebiji kurma atau segelas air, barang siapa kenyangkan orang berpuasa diampunkan Tuhan dosanya, diminumkan Tuhan dari kolam Hudh sejenis minuman yang tiada dahaga lagi kemudiannya hingga masuk ia ke syurga dan pahalanya seperti pahala orang berpuasa. (Al-Hadith)


Puasa menurut segala yang disuruh dan menjauh segala pantang larangannya, diampunkan dosanya, dan bertasbih, bertahlil dibinakan rumah indah dalam syurga.
Barang siapa hadir ke dalam majlis zikir pada bulan Ramadan, ditulis tiap langkahnya ibadat setahun, dan pada hari Qiamat bersamaku di bawah Arasy. Siapa tetap berjemaah dalam bulan puasa didirikan kota bercahaya indah, cemerlangnya , dan yang berbakti kepada ibubapanya Allah memandang rahmat kepadanya, dan isteri yang berbuat sesuatu mencari keredaan suaminya, maka pahala yang besar Allah kurniakan kepadanya , seperti Siti Maryam dan siapa yang menyampaikan hajat orang mukmin, Allah menunaikan seribu hajatnya, dan siapa bersedekah kepada fakir miskin (yang ada anak isteri) tiap langkah dikurniakan kepadanya seribu kebajikan, dihapuskan seribu kejahatan dan diangkatkan seribu darjat baginya. (Al-Hadith).


Orang yang sembahyang bulan Ramadan tiap sekali sujud, dikurniakan kepadanya 1700 kebajikan, dan dibinakan rumah didalam syurga daripada permata bagi orang yang berpuasa dan beribadat, 75000 malaikat meminta ampun baginya dari pagi hingga tenggelam matahari, dan dibina sebuah mahligai baginya . (Al-Hadith)


Pada hari Qiamat, Allah memerintah Malek Ridwan supaya dikeluarkan orang-orang berpuasa daripada kuburnya dengan keadaan lapar dan dahaga, lalu disuruh Malek Ridwan berikan segala keinginan mereka dari segala macam makanan dan minuman syurga. Maka Malek Ridwan memerintah kepada anak-anak membawa talam-talam makanan , minuman dan buah-buahan. Sebagai balasan berlapar di bulan Ramadan. (A-Hadith)


Orang mukmin yang tidur dalam bulan puasa kerana puasa Ramadan, dia membalikkan badannya sambil meyebut Allah! maka kata malaikat kepadanya : Rahimakallah (Allah Mencucuri Rahmat kepada kamu.)
- Apabila dia berdiri maka berdoalah hamparannya : (Wahai Tuhanku, kurniakanlah kepadanya hamparan permaidani tebal kepadanya di dalam syurga)
- Apabila memakai pakaian , berdoalah pakaian (Wahai Tuhanku, kurniakan kepadanya pakaian syurga)
- Apabila memakai kasut, berdoalah kasut (Wahai Tuhanku, tetapkanlah atas titian Siratul Mustaqim!)
- Apabila memegang timba berdoalah pula timba : (Wahai Tuhanku kurniakan kepadanya gelas syurga!)
- Apabila mengambil air sembahyang , berdoalah air itu : (Wahai Tuhanku sucikannya daripada segala dosa dan kesalahan!)
- Apabila berdiri sembahyang , berdoalah rumahnya: ( Wahai Tuhanku cahayakanlah kuburnya dan luaskanlah , lapangkanlah kuburnya!)
Serta menilik Allah kepadanya , maksudnya : HambaKu berdoa dan Aku menerima! (Al-Hadith)


untuk lebih lanjut: KELEBIHAN BULAN RAMADHAN


Sabda Rasulullah SAW: " Permulaan Ramadhan itu adalah rahmat. pertengahan Ramadhan adalah keampunan dan penghujung Ramadhan adalah kebebasan daripada api neraka"




★SELAMAT BERPUASA BAGI SELURUH UMAT ISLAM DI MUKA BUMI INI☆

Saturday, July 30, 2011

★Pantun Ikut loghat Negeri2☆

Pantun Ikut Slang Negeri-Negeri Di Malaysia

Kelantan...
Make ikke cicoh budu
Jange lupo tamboh satar
Kelik rayo taksir laju
Nanti rayo dale sepita

Terengganu...
Makang ubi jamang jepong
Makang kepok cicah cuke
Bulang pose mung bengong
Bulang raye mung gile

Pahang...
Sepadan Pahang ada kasino
Nasi dagang ikan patin
Jange mu masam muko
Raya makan rendang sadin

Johor...
Cegitu cegini awak suke
Awak suke kite tak suke
Esok luse hari raye
Sama-sama bersuke rie

Melaka...
Hawau kau berak merate
Kaki bengkak ulau patok
Kalu balik naik kerete
Jangan pandu kalau ngantok

N. Sembilan...
Masak lomak cili api
Campo dongan! daun turi
Hari rayo kolumpo sopi
Tinggal penyamun dongan pencuri

(org kolumpo jgn kocik ati!!)
Selangor/K.Lumpur...
Wa cakap lu wa tak tau
Tapi wa tipu sama lu
Raya jangan buat tak tau
Angpau ada bagi gua dulu

Perak...
Gulai tempoyak ikan mayong
Deroyan busok tebok tupai
Pandu hemat ingat kampong
Asal teman selamat sampai

Kedah...
Aloq Staq terketaq-ketaq
Lapaq perut makan pau
Macam mana tak ketaq
Kena paksa bagi angpau

Penang...
Nasi kandaq kedai mamak
Anak mami juai pesemboq
Lepas raya usah dok triak
Kalu ceti mai ikut dapoq

Perlis...
Padang besaq kecik aja
Tempat siam lalu lalang
Hari raya kita berbelanja
Jangan sampai menambah utang

Sarawak..
Sungey sarawak sungeynya sempit,
Sayang kamek sik pandey berenang,
Mun kitak sik moq knak sumpit,
Berik ku duit raya mun aq datang...

copypaste dri FB jep...^^)

p/s: sama la kita blajo guna loghat negeri2 lain sama..hhe..:)
tp negeri Sabah bah engak ada bah... sori bah...^__^)

★Sronok gak Study group☆

assalam...  aku baru pas habis study...:)
buat study group dengan roomates... 
dan aku yg ajak supaya study ramai2 kat bawah...
dan hasilnya memang menjadi...hehe...



bukan senang nak hanging dengan roomate aku semua sekali....
dan td dah cover semua chapter utk exam nanti...
tapi baru buat satu set latihan ja...ahaha...
satu set latihan pon kami buat dekat 3 jam...
dari kul 9 smapai 12... aaha...
kami keja gelak ja ....and that will make me happy...
and guess...im the one who make them to laugh....hehe....

ok aku ingat lagi ckgu BI kta kat aku,.. 
" Athira you nie memang lawak la... macam pelawak "
and then ada org kata aku "maharanilawak" adess...hampeh laa...
aku memang suka bagi orang gelak walaupun sometimes apa yg aku buat memalukan diri aku.... ^^)
but then bila tgk smua orang dengan aku happy i will be happy...
kadang2 aku tgk balik diri aku pon aku rasa lawak.... serius... 
Athira you memang pelekz....:P


"I WANT TO MAKE YOU HAPPY BECAUSE YOUR SMILING MAKES ME HAPPY"

★RAMADHAN QUOTE☆


       so, this Ramadan, facebook will trade for Faithbook (Quran),

where we CONNECT to Allah,
TAG our hearts,
LIKE doing good deeds,
ADD doa and prayers,
SHARE wealth through charity,
POKE conscience,
UNTAG sins and
CONFIRM our love to Allah and His Prophet s.a.w.InsyaAllah~
HAPPY FASTING DAY! :)




(⁀‵⁀) ✫ ✫ ✫.
`⋎´✫¸.•°*”˜˜”*°•✫
..✫¸.•°*”˜˜”*°•.✫
☻/ღ˚ •。* ˚ ˚✰˚ ˛★* 。 ღ˛° 。* °♥ ˚ • ★ *˚ .ღ 。
/▌*˛˚ღ •˚ SELAMAT MENYAMBUT BULAN RAMADHAN 
AL-MUBARAK ˚ ✰* ★
/ \ ˚. ★ ˛ ˚ ✰。˚ ˚ღ。* ˛˚ 。✰˚* ˚ ★ღ ˚ 。✰ •* ˚♥♥


✰          áƒ¦ ˚ ★                          
    ღ                        ✰                   
     áƒ¦           ✰            
     áƒ¦                         ♥            ☻          
ღ                     ♥                  


FROM:)

~I E R A~                               

★Lagi2 Tension xda bnda lain ka??!!☆

~tension tension tension...~
selalu kot dengar perkataan nie....
dan perkataan nie la selalu jugak kluar dari mulut aku...haha...
aku selalu jerit   arghhh....tension....++ meluaatt++ x sukaaa nyaa....
hmm.... kenapa kenapa kenapa??? jadi macam niee....


macam2 dugaan dan cabaran mental dan fizikal aku terima kat matrikulasi niee....
dah 3 bulan dan nak masuk 4 bulan dah aku berada kat matrik nie... tapi hati aku still entah ke mana...
aku selalu menangis...opss... terkantoi sudaa...
ermm, tapi itu lah realiti nyaa.... aku anak manja???!! ohh...noo...
aku seorang kakak dan ada 2 org adik... x mungkin sangat aku anak manja....
manja sikit2 tue biasa lah kan... alaa, manja dengan family ja pon.. bukannya dengan "ORaNg LaIn".....
tapi itu lah hakikatnya... aku selalu sedih... (ok ayat pasrah)
bukan nak kata x da kawan... ada kawan..semuanya baik2 but yet  i feel alone.... 
selalu tringat kawan aku sorang nie.... yg bernama Farhanah@Farah@Puding.... hehe...

(gambaq lama time form 5)
reaallly2 miss you my friend.... but dunno if you miss me or not...:(
apa2 saja aku wat mesti aku ingat ang Farah.... dulu kami selalu buat kerja sama2... 
~study sama2, gelak sama2,jalan sama2, Kalut sama2...
dan macam2 lah yg SAMA2...haha....dah macam kembar pon ada gak....~ 
ok selain dari Farah, aku ingat sama Najla, Wany, Danial si kalut dan rakan2 kelas 5KA1...
danial?? kawan laki yang aku baik sampai sekarang... walaupon kami selalu gaduh tapi still contact each other....(kawan ja nah, dia dah ada GF ok) ahah...

ok.... tapi kenapa aku selalu rasa "keseorangan" ahh??? ugh...
aku pon x tau kenapa....
rasa macam terkurung jaa... patut la dulu budak2 asrama kata "asrama tue macam penjara"
dan sekarang nie aku dah rasa macam mana "penjara" yang diorang cakapkan tue.... yeaahh...
really thumbs up lah for the penjara.....

★ISLAM☆ PESANAN IMAM SYAFIE~

‎25 pesan iman Syafie
☆Tuntutlah ilmu sebanyak mungkin kerana ia dapat menjaga dan membuat kamu cemerlang di dunia dan akhirat.


☆Perbanyakkan menyebut Allah daripada menyebut makhluk. Perbanyakkan menyebut akhirat daripada menyebut dunia.


☆Pilihlah makanan yang halal kerana ia menjamin kesihatan dan menyebabkan syaitan gerun.


☆Sabar menghadapi musibah adalah sebesar-besar erti sabar di mana sabar itu sendiri memerlukan kesabaran pula. Bala dan musibah menunjukkan adanya perhatian dan kasih sayang Allah. Oleh itu, bersyukurlah kerana syukur yang demikian itu adalah setinggi-tinggi syukur.


☆Apabila salah seorang daripada kaum kerabat ataupun jiran dan saudara kamu sakit, kamu perlu ringankan langkah menziarahinya kerana ia disaksikan oleh malaikat dan dicintai Allah.


☆Marah adalah salah satu antara antara panah-panah syaitan yang mengandungi racun. Oleh itu, hindarilah ia supaya kamu dapat menewaskan syaitan dan bala tenteranya.


☆Kasihanilah anak yatim kerana Rasulullah juga tergolong sebagai anak yatim dan beliau akan bersama dengan orang yang menyayangi dan mengasihi anak-anak yatim di akhirat.


☆Berbuat baiklah dan tunjukkan bakti kepada ibubapa tanpa mengenal letih dan lelah sebagaimana mereka berbuat begitu sepanjang hayat mereka. Ia dapat menambah keberkatan pada umur, menambah rezeki dan keampunan atas dosa-dosa kamu.


☆Banyakkan amal soleh kerana ia adalah pendinding dan perisai orang mukmin dan pelindung daripada serangan Iblis.


☆Taqwa adalah pakaian kebesaran dan hiasan akhlak Muslim sebenar. Ia ibarat pokok zaitun, minyaknya membawa berkat, ia juga memberi kejayaan dan kemenangan.


☆Iman mempunyai bentengnya bagi menghalang segala serangan yang cuba merobohkannya. Bagi menguatkan benteng iman, keimanan perlu dibajai dengan lima perkara yakni yakin, ikhlas, mengerjakan amalan sunat, istiqamah dan berdisiplin dalam mengerjakan ibadah.


☆Ingat dan zikir kepada Allah sebanyak-banyaknya kerana ia mengubati penyakit jasmani dan rohani. Ia mencetuskan ketenangan hidup dan qanaah.


☆Khusyuk secara zahir adalah khusyuknya orang awam, khusyuk secara batin adalah khusyuknya orang pilihan di sisi Allah.


☆Kubur adalah perhentian sementara bagi membolehkan ke satu perhentian lagi yang penuh dengan soal siasat. Oleh itu, siapkanlah jawapan yang adil dan benar menerusi amal yang benar dan taat kepada al-haq yang tidak berbelah bahagi.


☆Kite perlu sentiasa memohon perlindungan daripada Allah, sekurang-kurangnya dengan mengucapkan isti'azah. Kita perlu bersabar sekiranya serangan syaitan datang juga bertalu-talu dengan hebat dan menyedari Allah Taala hendak menguji kesabaran kita, hendak melihat ketulenan jihad kita. ketahuilah perang dengan syaitan itu lebih hebat daripada perang sabil.


☆Sebesar-besar keaiban adalah kamu mengira keburukan orang lain sedangkan keburukan itu terdapat dalam diri kamu sendiri.


☆Hati adalah raja dalam diri. Oleh itu, lurus dan betulkan ia supaya empayar kerajaan dirimu tegak di atas al-haq yang tidak disertai oleh iring-iringan pasukan kebatilan.


☆Ketahuilah, istighfar yang diucapkan dengan betul mampu membuat syaitan lari ketakutan dan menggoncang empayar Iblis di istananya.


☆Ketahuilah sebesar-besar kesenangan di dunia dan akhirat adalah memberi maaf kepada orang lain dan melupakan terus kesalahannya. Allah pasti akan meninggikan darjatnya di sisi manusia.


☆Tafakurlah sebelum tidur bagi menghisab diri atas salah dan silap semasa aktiviti pada siang hari sebagaimana Saidina Umat menghisab dirinya pada setiap hari.


☆Tuntutlah ilmu sebanyak mungkin kerana ia dapat menjagamu dan membuatmu cemerlang di dunia dan akhirat. Ia juga amaln para nabi dan rasul serta orang soleh.


☆Sesiapa mahu meninggalkan dunia dengan selamat, dia perlu mengamalkan perkara berikut iaitu mengurangkan tidur, mengurangkan makan, mengurangkan bercakap dan berpada-pada dengan rezeki yang ada.


☆Kamu seorang manusia yang dijadikan daripada tanah dan kamu juga akan disakiti (dihimpit) dengan tanah.


☆Sesiapa yang menjalin ukhwah dan menghidupkannya, dia memperoleh banyak kebaikan.


☆Allah menjanjikan kepada orang yang beriman, mereka akan ditinggikan darjat dan diberi kemuliaan selagi mereka menunaikan perintah Allah.




★SamaSamalah Kita Mengambil Iktibar Dan Tauladan Dari Pesanan Di Atas☆
~InsyaALLAH~

Wednesday, July 27, 2011

★Hari Menyedihkan☆

hmm...assalamualaikum...
hari nie memang aku sdih2 sangat dan maluw....
nak taw napa?? aku terlewat masuk kelas tadi.... aduh2....
serius maluw tahap..xtau nak sorok muka nie kat ne... huhuk....
dah la lewat g kelas Sir Dhana lak tue...( kelas Bi)
 dia dah la  muka garang...tapi x da la strict sangat...
dah aku mai lewat 15 minit mula la dia nak marah dan naik angin....
uwaa... aku ketaq kot bila masuk kelas....
masuk2 lak smua yang lain tgh tunggu aku cos ada kuiz reading time tue...haha
memang aku merosakkan keadaan laa....:\
then dapat kertas aku x nampak apa tulisan yang ditulis..ahah...
otak aku ligat dok pk apa xtaw (Pening kepala)...
dan memang aku ketaq sungguh2 
sampai xtau nak jawab apa untuk reading tadi...
(tue dapat teruk markah :(   )

pastu aku lewat lak masuk kelas fizik...
nasib  kelas tue x wajib... (aku da hal dan sbb tue yg msuk lambat ..hhu...)
balik bilik aku cerita kat roomate aku...release la ckit sedih nie...
btw, depa yg lain pon ada msalah dgn lecturer...ahaha..
memang semua roomate termasuk aku sedih hari nie... hha...lwak tul..:P


p/s: aku masuk lambat kelas pon bersebab...sebab pertama aku skit kepala dan tertido...
yg kedua hanya Allah saja yang tahu...hhuhuk... tapi sekarang dah happy, 
xmau pk perkara yang lepas..hehe..


sooo Sorry ya sir dan kawan2...^^)

Tuesday, July 26, 2011

★Ujian dah dekat~GOODLUCK☆

errmmm...dah lama x tulis kat blog nie... x tahu nak tulis apa dah...
skrang nie kami bebudak matrik tgh sibuk " study" konon la kan "sibuk study"
haha... cos mnggu depan ada test UPS....
semua orang tnya..apa tue UPS niee"??

ok UPS stands for UJIAN PERTENGAHAN SEM...
ujian nie dikira markah untuk final nanti...so agak penting laa..
tapi ujian nie cuma ambil 10% ja markah untuk ke final...huhuk...
banyak ka sikit?? hmm, terpulang laa...
each marks is counted rite... 
if got 1% also suda menyumbang ke arah A or Buntuk final nnti...
betul x??

apa2 pon goodluck to all my friend especially kelas S2K3T5(a)...

 picture di edit oleh Keroro~

nie la classmate aku.. all the best semua....:)


p/s: walaupun UPS minggu depan tapi satu hari nie aku x pegang buku dan baca...
huh... jadi malas la nak baca...ishh3... apa nak jadi gan aku nie??!!! 


★ S T A R l i g h T i N t e d☆

Friday, July 22, 2011

★LAGU SPONGEBOB SQUAREPANTS!! VERSI KELATE NGN KEDAH☆


LAGU SPONGEBOB SQUAREPANTS!! 

VERSI KELANTAN gan KEDAH


jom release tension dgn nyanyi????♥
lagu spongebob.....versi kel n kdh....♥
enjoy it...

Ready dok budok-budok?
Ho laa, kepten!
Gapo dio? HO LAA, KEPTEN!
ooo,
Podio dok dale buoh lanah bowoh laut?
Spongebob Sluar kotok!
Sene meresap bewarno kuning.
Spongebob Sluar kotok!
Kalu demo suko bendo laut hok ngarut.
Spongebob Sluar kotok!
Pah mari la pakat nopat supo ike.
Spongebob Sluar Kotok! Ready?
Sponge............bob Sluar Kkotok,(3x)
Spongebobbb Sluar kotok

dah abeh try bahasa kelantan?sekarang kita try bahasa Kedah pulak.ahaha

Hampa redi dah ka weii??
Haa kapten,
Apadia?Tak dengaq nie!!
Haaa la kapten..
Ohhhh...
Sapa hat dok dalam nanaih wah laut?
"Spanbob Seluaq Petak"
Belubang,meghesap paihtu wana kunin
"Spanbob Seluaq Petak"
Kalau hampa suka benda laut hat ngarut
"Spanbob seluaq Petak"
Mai la sini teghejun cam ikan temenung
"Spanbob seluaq Petak"
REDi?
Spanbob seluaq Petak
Spanbob seluaq Petak
Spanbob seluaq Petak
Spanbob seluaq Petak!


p/s: nie utk nak release tension dgn bergelak ketawa sambil guna loghat Kedah dan Kelantan...:)
xda niat nak perli or nak kata kat sapa2 pon naa...:)

copy from fb...


★SPONGEBOB SQUAREPANTS!! ☆

Wednesday, July 20, 2011

★Wanita dan Akhir mata☆

wanita seringkali mengalirkan air mata
tentang hal yg menyentuh jiwa
wanita lebih kerap mengeluarkn air mata berbnding lelaki barbadan sasa
itulah keunikan wanita
dan itu jugalah kelemahan wanita
disebalik lembut bicara semanis kata
tersirat sejuta rahsia
tawa dan tangisnya
yang tidak mungkin
dapat diungkap bersama
mengalirkn air mata
bukan hobi mereka
sebaliknya menyatakn rasa hati mereka
keluh kesah
betapa diri mereka
hampa kecewa
betapa jiwa mereka
meronta derita
betapa hati mereka
terhiris,terguris pedih
betapa jntung mrk
berdenyut kencng tatkala gembira
bersulam bahagia
wanita mengalirkn air mata
bukan kerna mereka lemah
bukan kerana impian hidup
sudah tidak lg bermakna
bukan kerna ditingglkan kekasih lama
ttp bagi menahan seluruh bebanan dunia dan isinya
dan kerna mrk adalah wanita
tuhan mncpta mrk
mnjadi sngt utama
terlalu istimewa
dan teramat luar biasa
buat mrk yg bergelar WANITA..

Wednesday, July 13, 2011

★Sepetang di KMK☆

ASSALAMUALAIKUM...
hari nie x padan dengan demam aku keja lari merata ja...ahah...
tadi petang lak aku p naik basikal ronda2...huhuk...
actually aku nak p scan kad matrik punya malas nak jalan p kat gate aku pon naik la basikal...
brapa lama dah aku x naik basikal...agak2 10 tahun gak aku x naik basikal...ahaha...
dulu time kecik2 ada la basikal, besaq2 nie x da basikal, kira x kayuh la...
tadi naik sebek la aku boleh lagi kayuh...ahaha..



aku edit gambaq nie guna PS tapi bila save jadi document PS...
geram gila...penat edit ja..nie aku gna live editing ja la..ahah


p/s: aku jadi video editor tapi keja dok edit gambaq ja... hha,
      malaih nak edit video..


★iera_tinted_syahiera_athira☆

Tuesday, July 12, 2011

★First Time Kena Cucuk ambik darah☆

ermm...hari nie dah masuk hari ke3 demam...kelmarin aku g klinik nak ambik ubat... panas aku naik 38.9'C..
xda la naik mendadak sngat...pastu dr. suh gak ambik darah...erghh...
aku dengaq ambik darah tue macam nak pengsan gak...this is my first time tangan aku akan dicucuk dengan jarum panjang...wuuuu....
aku tanya dr bnyak kali..
"nak kena ambik darah sekarang ka??"  "sakit dak "
pastu bila masuk bilik yang kena ambik darah,
 aku dok tampar2 tangan bagi nampak urat...ahahaha...
(aku tgk gmbaq korea depa wat mcm tue) 
then dr. mai... dia wat kluar jarum yang panjang tue...waaaa....
i was like to call my mummy.... then2.. he(dr.) said dont look and look on the other side...
ok...aku mnurut printah..ahah.... (Actually aku x takot sangat, cuma seriau cos org kata ambik darah sakit)
tetiba aku rasa jarum tue masuk dalam tngan dan bleh rasa dr. tue tarik syringe tue...ada nurse sorang g suh aku relaxkan tngan..
aku pon wat2 x rasa apa la... time masuk jarum tue nak kata sakit dak la sangat, rasa macam semut merah gigit...=p
pastu aku p tengok jarum yang still melekat dalam tngan aku... aku rsa sronok bila dpt tengok...ahahha...
bukan senang nak tgk keadaan aku yang macam tue...
(tgk aku x takot pon, aku lbih suka tgk jarum)
keh3...
tapi
Alhamdulillah hari nie hari ke3 dah surut sikit panasnya...
dan aku MC, X p klas hari nie...
hope esok dah lega sepnuhnya...


p/s: kawan2 doakan aku spaya cpt sembuh, UPS dah dekat...:\




★Iera Syahiera_alone_in_room☆

Monday, July 11, 2011

★ KONVENSYEN ASTRONOMI BERAKHIR SUDA☆

Assalamualaikum.... aku x sempat nak update pasal Konvensyen Astronomi di Penang yang dah berakhir pada hari sabtu 9 Julai hari tue...
memang best la konvensyen nie.... kami dok sana selama 4 hari 3 malam kot...
muka2  budak KMK ja yang ada..ahaha...
tapi pameran dia x bnyak dan x da souvenir apa2 pon...aku x leh nak beli apa2 bawa balik..huu....
aktiviti yang best kat sana time explore ASTRONOMI...
memang penat kot...
kena lari sekitar USM tue...bayangkan USM tue dah la besar... 
aku sampai semput....tapi akhirnya group aku dapat no 1 gak....

 group aku...tapi  da yang tersesat kat ctue gak..err....geram tol..

 pastu2 acara paling best bila aku dapat tengok 
bintang, matahari, bulan dan PLANET ZUHAL...
caya dak??? tolong ar caya..ahaha...
serius aku dapat tengok semua tue.... best sangat3....
 memang IMPIAN aku nak tengok semua nie...
ALHAMDULILLAH akhirnya aku dpat tengok ciptaan Ilahi yang cantik nie...
 abag Ferdaus tgh adjust teleskop
aku time tengok Planet Zuhal(jupiter)
comey kot...nampak ring planet tue skali...LIKE3...

 Abi looking for the MOON
 Muhsien tengok bulan.. akeef direct buat muka terkejut..aha..:P 
nie time tengok matahari...nampak sunspot..

acara kemuncak bila DATUK DR SYEIKH MUZAFFAR datang di konvensyen tue...
pergh....first time tgk dia... aku syok la jugak dapat jumpa dengan angkasawan pertama Malaysia...
bukan senang nak jumpa...memang idola aku dalam bidang astronomi nie...
semua pakat "histeria" bila dia mai...ahahaa...
tapi3.... semua kata dia hensem dan smart...bagi aku besa jaa...
ahaha...(xda prasaan) aku minat bkn sebab hensem ka apa tapi sebab dia astronaut negara ja...
hehe...

aku di belakang Dr...ahah... menyelit ja..:P


dan ada macam2 aktiviti lagi lah...masuk dalam astrolab memang best...dapat tengok dgn dekat angkasa lepas..
rasa mcam mimpi jaa.... ahaha....

semua nie memang first time dalam sejarah aku.... aku x leh lupakan lah...dan satu g aku dah boleh baca kedudukan bintang,
( tapi dengan bntuan star chart la)
ahaha... best laa...:)

thanz kpd ckgu Hafizah dan Ckgu Farhana cos bawa kami ke konvensyen nie...
x lupa gak pada geng2 laki yang dok kata kat aku, panggil aku "com...."
huh....macam2 la ampa... aku dah ada bnyak gelaran dah kot..
x larat dengaq..p mana saja mcam2 org gelar aku...(fames gak)
tapi x pa la..aku x marah sangat, ikut suka ja..
kalau aku marah ampa yg dosa, baik aku senyum ja an??!!
huhu....

 k la...sekian saja untuk hari nie...=p


★ LOVE ASTRONOMY☆
STARLIGHT

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...