Followers

Monday, March 21, 2011

PLANET BARU DI ANGKASA??!!

ASSALAMUALAIKUM....

percayakah anda pada planet baru??? aku dngaqlama dh pasal planet baru kat angkasa nie...
dan aku percaya akn kewujudan planet or benda2 lain kat angkasa sebab kat angkasa ada bnyak gas2 dan planet atau batu2 boleh terbentuk sekiranya gas2 nie berkumpul dan membeku...

nk tahu lbih lanjut bca ja di bwah nie...



KETIKA isu kemunculan objek asing atau UFO begitu mencetuskan perasaan teruja dan ingin tahu di kalangan masyarakat, banyak fenomena lain berkaitan angkasa mengalami perkembangan menarik.
Sebenarnya alam semesta tidak ada batasannya. Terdapat banyak objek di angkasa dengan pelbagai bentuk dan pelbagai rupa.
Selain objek semula jadi seperti planet, bintang, bulan, asteroid dan komet, objek buatan manusia seperti satelit, Stesen Angkasa Antarabangsa (ISS) dan prob atau robot kapal angkasa merupakan sebahagian daripadanya.
UFO pula masih mengujakan manusia meskipun tidak ada bukti konkrit mengesahkan kewujudan mereka.
Di sebalik itu semua, pakar astronomi dan astrofizik mempunyai tanggungjawab lain. Antaranya membuat cerapan mengenal objek-objek terbaru berdasarkan isyarat yang diterima.
Pada tahun lepas, sekumpulan pakar astronomi melakar sejarah dalam pemetaan angkasa apabila mereka mengumumkan planet baru.
Apa yang menarik, planet itu mempunyai sifat yang memungkinkan untuk dihuni manusia.
Pencerapan terhadap planet itu dibuat sejak 11 tahun lalu. Tetapi kejayaan dicapai pada penghujung September 2010. Planet tersebut berada di luar daripada sistem suria kita dengan jarak lebih kurang 20.5 tahun cahaya (1.94 x 10 km) dari Bumi.
Penemuan kehadiran planet mengorbit bintang kerdil merah, Gliese 581 itu berada dalam lingkungan buruj Libra.
Selepas penemuan planet yang diberi nama Gliese 581b pada tahun 2005, kumpulan tersebut menemui planet Gliese 581 (c) , (d) ,(e), (f) dan g. Ini merupakan sistem yang mempunyai enam planet.
Pada planet keenam iaitu Gliese 581g didapati mempunyai sifat-sifat yang membolehkan adanya habitat atau dipanggil habitable zone.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...