Followers

Friday, March 18, 2011

Malaysia bebas kesan radiasi!!

DENGKIL - Kerajaan memberi jaminan Malaysia bebas daripada kesan pelepasan radioaktif ekoran loji kuasa nuklear Fukushima Daiichi yang terjejas di Jepun.
Jaminan itu disuarakan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Datuk Seri Dr. Maximus Ongkili sebagai menjawab segala kebimbangan rakyat di negara ini.
"Orang ramai tidak perlu bimbang dan jangan mempercayai khabar angin atau SMS yang disebarkan mengenai perkara ini," katanya semasa melawat Pusat Bertindak Kecemasan Radiologi Kebangsaan di sini semalam.
Beliau berkata, berdasarkan model-model trajektori yang dihasilkan melalui mekanisme tindak balas kecemasan persekitaran yang diaktifkan oleh Pertubuhan Meteorologi Sedunia menunjukkan trajektori bahan cemar itu bergerak ke arah timur negara Jepun iaitu menghala ke Lautan Pasifik.
"Oleh kerana pelepasan radioaktif adalah rendah, tidak mungkin ia akan sampai ke negara kita," tegasnya.
Ikuti berita selanjutnya di Kosmo! hari ini.

p/s: aku harap semua org jgn takut pasal kes nuklear uh...
dan aku doakan penduduk negara Jepun akn terselamat kelak!!

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...