Followers

Saturday, October 29, 2011

★Hukum 'Botox' dan Susuk, ★

assalamualaikum,....
persoalan hari nie... adakah orang berminat untuk memakai susuk atau sebaliknya???

aku agak musykil lagi kehairanan lah...
kenapa entry bab "susuk" kat blog aku (SINI) nie selalu orang view ja...
kebanyakan dari negara tenggara Asia nie....

bawah nie aku nak kongsikan lagi satu artikel mengenai "SUSUK" dan "BOTOX"
harap boleh membantu anda semua terutama para Muslim.

Wednesday, October 26, 2011

★Nak exam perut meragam☆

Assalamualaikum....
esok bermula lah exam final bagi semua budak matrik.. 
dan hari nie aku tetiba sakit dan kurang sihat badan nie..
dah 2 bulan aku jadi macam nie... hmm...
aku kerap muntah2... makan banyak terlebih load, aku muntah,
x makan seharian pon muntah... dan tido terlalu lewat malam..(nie sebab angin malam yang sejuk)


memang x larat nak muntah dah..PENAT KOT...:(
SABARR JAA...


sekarang nie ALHAMDULILLAH aku dah ok,.. tapi x berani nak makan apa2 lagi..takut keluar balik ja..:|




Ya ALLAH bagi la esok aku sihat dan boleh menjawab exam dengan mudah. AMIN...

Monday, October 24, 2011

★Rahsia Wanita Mengikut Mata☆


1)Saiz mata kecil
Peramah, banyak cakap, kurang pertimbangan. Lelaki boleh jadi kelam kabut akibat mulutnya. Bersikap periang tapi bila marah lambat sejuknya. Bila bercinta suka tukar pasangan kerana hatinya tidak pernah puas. Boleh bahagia dengannya jika dapat penuhi kehendak duniawinya dan melayan syahwatnya dengan baik.


2)Saiz mata sedang 
Sederhana, tidak banyak berahsia, ada pertimbangan, bertanggungjawab serta perlukan belaian mesra suami.


3)Saiz mata lebar 
Cukup kuat berahsia, otak kurang cergas, pemarah,bertindak tanpa fikir panjang, kurang teratur, tiada arah tujuan dan putus asa. Tapi boleh setia. Nafsu syahwat tinggi.


4)Mata selalu berkedip 
Pemaaf, senang dibawa berbincang, memahami dan sabar. Wanita ini baik


5)Mata jarang berkedip 
Wanita ini istimewa, bijaksana, baik pekerti, setia, adil,bertanggungjawab,tidak cerewet, membantu dan membahagiakan.


6)Mata cengkung 
Kurang memuaskan, materialistik, hidup dengannya boleh sengsara, kata manis tapi bohong, mahu senang, mudah curang, bila anda susah dia tidak peduli.


7)Mata redup 
Wanita ini mudah dipermainkan, tidak dapat kawal emosi, hati tidak tetap, banyak kenalan kurang sahabat, mengumpat, irihati, kejam, kasar,mencemuh, pemarah.


8)Matanya seolah tersembul keluar 
Sifatnya baik, rela, tabah, menyenangkan, ikut kata. Tapi mungkin tidak tepati janji, pendendam, tamak dan marah bila tidak puas nafsu syahwatnya.


sumber SINI

P/S: Anda yang mana satu?? aku no * dan ****....HAHAHA...:P



★Aku ada Syndrom??!

aku suffer CROCODILE TEARS SYNDROME!!!
nak taw syndrom apa, klik bawah nie...

CROCODILE TEARS SYNDROME
BELL`S PALSY

SIMPLE DEFINITON:
(As a result, a person suffering from Crocodile Tears Syndrome may begin to cry while eating.)(The crocodile tears syndrome occurs most often following facial paralysis when nerve fibers destined for a salivary gland are damaged and by mistake regrow into a tear gland)


OK.... sejak aku kecil lagi aku dah suffer penyakit pa tah nie...
setiap kali aku makan apa2 pon air mata aku akan mengalir keluar...
BUKAN SEBAB PEDAS DAN X DA KENA MENGENA DENGAN PEDAS!!! 
kalau orang tak tau dia kata aku menangis dan terharu la and bla bla blaa....
dan ada orang suka ejek2 aku..mungkin ramai yang x tau...:|

orang selalu kata aku x tahan makan pedas...tapi x pon...aku boleh ja makan pedas, ..:P
SEBAB TUE KADANG2 AKU MAKAN SLOW2...nak cover dari air mata keluar mencurahi pipi...: P


tapi ALHAMDULILLAH...sekarang nie x truk sangat dah.... air mata keluar TAK BANYAK PON...
just sikit2 ja...or sometimes dia bergenang kat mata...huhu...


satu lagi aku tak boleh tengok cahaya, x kisah la punca cahaya dari mana, aku mmg x leh tgk...
dan aiq mata akan keluar gak....  nie sebab aku ada ASTIGMATISM yang SANGAT3 TINGGI...
ASTIGMATISM nama lain dia ialah SILAU...
orang lain bila checking mata ada silau x sampai 1.00 kan.... AKU??? Aku ada silau dekat 3.00 untuk both eyes.. ermm, camna la nak kurangkan ae??? :(
>>ingat lagi dlu time tadika ada konsert, aku penari dok depan,
then ada spotlight semua cukup...
pastu tiba2 air mata aku keluar...ahahah... mama suruh cikgu off spotlight sebab aku x tahan...hehe..
lawak laa... konsert tue dari gempak sampai jadi besa ja time ada aku menari... :P


p/s: kalau ada kawan2 yang macam aku, janganla kata or ejek2 dia.... kalau orang yang cepat sensitif memang payah...nasib aku sporting....:P




★SEBAB MUSABAB: AKU SUKA MENGADAP SKRIN PC KOT☆
^___^

reference sources:

Friday, October 21, 2011

★Kartun☆ TELETUBIES

ASSALAMUALAIKUM....
Ingat dak cita katun time dlu2.... TELETUBIES???

INGAT DAK INGAT DAK???

JOM TENGOK GAMBAQ DIA...:p

ada empat beradik...sorang mak dia kot...
hat warna ungu tue..tengok dia bimbit beg tangan..mak depa la kot...^__^

 best kan cita tue....comey la katun2 dia..... aku ingat g time aku tengook katun nie waktu umoq 6 tahun sampai darjah brapa xtaw...
lani katun TELETUBIES  nie dah xda dah kot kat TV....

aku suka time depa main2 kat padang pastu ada boat mai, pastu ada bola lompat2...
pastu ada matahari senyum....keluar la sorang2 ahli teletubies nie..ahahah..
INGAT DAK??? HEHEH....
time depa makan Custard pastu bancuh2 letak dalam mesin dia jadi roti custard....
NAMPAK SEDAP...!!!

Jom tengok gambaq2 lain.. leh tringat balik kenangan time dulu2...
dok lompat2 tengok cita nie....HAHAHA....




p/s: muka kawan aku macam teletubies tue la aku tringat katun nie...ahahha...:P

★CoMeLLLL☆


Thursday, October 20, 2011

★4 FLAT please be with us..:) ☆

Tomorrow start the FINAL exam which is PSPM ...
first paper is BI..*__*

wISH all KMK STUDENTs the BEST...
and also my friend at all MATRICULATION COLLEGE OUT THERE...

GOODLUCK GUYS....!!!

4 FLAT please be with us..:)

~INSYAALLAH~


★Permandangan Cantik Di CHINA☆



Wilayah Autonomi Uygur Xinjiang merupakan wilayah peringkat provinsi yang paling luas di China. Xinjiang juga kawasan penternakan utama di negara ini. Luasnya padang rumput di wilayah itu kira-kira 58 juta hektar. Akhir-akhir ini, sumber asli ini semakin dipulihara ekoran dasar kerajaan untuk melindungi sumber padang rumput.

SELANJUTNYA KLIK SINI

lawakan?? first time aku tgk padang rumput seperti di atas tue...waaa...mmg terbaek la...
kalau la aku boleh g kat sana...menikmati permandangan kat sana.. pergh...NICEE....:D

jom tengok gambar lain permandangan TERINDAH DI CHINA:

NAMTSO LAKE

HEAVENLY LAKE

~KLIK PADA GAMBAR UTK BACA INFO MENGENAI TEMPAT TERSEBUT~


p/s: kan sronok kalau Malaysia pon ada tempat2 macam nie... mmg x lepas peluang untuk melawat....

★ HOPE ONE DAY I WILL BE THERE...^__^ 

Monday, October 17, 2011

★BERITA☆ Menara Jam MAKKAH hasil Anak Malaysia

MENARA Abraj Al-Bait mercu tanda utama kota Makkah. Gambar kecil, Wan Nazri Wan Aria.


MAKKAH: Rakyat Malaysia boleh berbangga melihat struktur menara jam yang tersergam indah menghadap Masjidil Haram di sini, Menara Hotel Jam Diraja Makkah atau dikenali sebagai Abraj Al-Bait, kerana ia sebenarnya mempunyai 'sentuhan anak Malaysia'.


Wan Nazri Wan Aria, 31, adalah jurutera syarikat dari Jerman, SL Rasch, yang bertanggungjawab menampilkan reka bentuk dan pembinaan menara jam gergasi itu.
Katanya, menara itu memerlukan 'struktur keluli tidak berat' untuk menyokong jam gergasi itu, dan kejituan teknologi Jerman dengan kerjasama tenaga pakar Syarikat Premier Composite Technology dari Dubai, diperlukan untuk menyempurnakan tanggungjawab berkenaan.
Uniknya, 14 tenaga pakar Premier Composite Technology itu juga adalah daripada kumpulan anak muda Malaysia yang diberi tanggungjawab untuk memasang jam gergasi yang memukau perhatian jutaan jemaah dari serata dunia mengerjakan haji dan umrah.


Dengan ketinggian 601 meter, ia adalah menara jam tertinggi dan terbesar dunia, mengalahkan struktur menara jam lain yang terkenal di seluruh dunia seperti Menara jam Palace of Culture and Science di Warsaw Poland, Menara jam The Big Ben di London, dan Menara jam Ann-Bradley di Milwaukee Amerika Syarikat.


“Ia tiga kali lebih besar daripada Menara Big Ben di London,” kata pemuda kelahiran Melaka, yang menamatkan pengajian dalam bidang kejuruteraan awam di Universiti Teknologi Mara pada 2002 sebelum melanjutkan pelajaran ke Universiti Stuttgart, Jerman.


Nazri bersama beberapa jurutera Premier Composite Technology ditemui kumpulan media Tabung Haji yang menikmati teh tarik di Restoran Felda D'saji di Safwa Tower berhampiran Masjidil Haram di sini.
Katanya, beliau amat berbangga dapat menjadi sebahagian tenaga pakar yang melakar sejarah di Makkah, apabila dibabitkan dalam kerja membina mercu tanda terbaru yang dapat membantu jemaah mengenal pasti kedudukan Masjidil Haram dari jauh lagi, di tengah kota di Tanah Suci itu.

BERITA PENUH DI BERITA HARIANONLINE

Gambar lain :

Image Detail

cantik sungguh hasil seni bina dia...
kagum aku...:D

Sunday, October 16, 2011

★WANITA☆ Berharganya Seorang Wanita

Salam tadi buka Fb ada org post mengenai artikel nie... agak panjang tapi x rugi kalau membacanya... betapa istimewaannya seorang wanita yang ALLAH cipta... JOM LUANGkan MASA BACA!!!


Betapa Berharganya Seorang Wanita


Ketika Tuhan menciptakan wanita, malaikat datang dan bertanya,"Mengapa begitu lama engkau menciptakan wanita, Tuhan???"


Tuhan menjawab,"Sudahkah engkau melihat setiap detail yang telah aku ciptakan untuk wanita?" Lihatlah dua tangannya mampu menjaga banyak anak pada saat bersamaan, punya pelukan yang dapat menyembuhkan sakit hati dan kerisauan, dan semua itu hanya dengan dua tangan".


Malaikat menjawab dan takjub,"Hanya dengan dua tangan? tidak mungkin!


Tuhan menjawab,"Tidakkah kau tahu, dia juga mampu menyembuhkan dirinya sendiri dan boleh bekerja 18 jam sehari".


Malaikat mendekati dan mengamati wanita tersebut dan bertanya,"Tuhan, kenapa wanita terlihat begitu lelah dan rapuh seolah-olah terlalu banyak beban baginya?"


Tuhan menjawab,"Itu tidak seperti apa yang kau bayangkan, itu adalah air mata."


"Untuk apa???", tanya malaikat.

★SUBUH☆BerDOSA Jika tak kejutkan orang lain!!



Subuh ialah permulaan setiap hari. Hari-hari yang dilalui pasti mendapat keberkatan andai ia bermula dengan solat Subuh. Masalah mahu bangun bukan masalah yang tiada penyelesaian.


Ramai sahaja yang mampu gagah membuka mata, melangkah kaki mengambil wudhuk' dan mengerjakan solat Subuh, dalam waktunya. Namun dosa lain pula yang menjadi habuan. Kawan di katil sebelah masih berdengkur, sedikit pun tidak dia kejutkan. Kawan di bilik atas masih dibuai mimpi, sedikit pun tidak dia hiraukan.



Saturday, October 15, 2011

★MISS YOU☆

I REALLY MISS YOU.....

WHO IS THAT PERSON???!!!

DONT EVER ASK... !!!

Friday, October 14, 2011

★Sabun badan = Syampoo☆

SALAM.... hari nie mood aku gila dan benggong sikit....
rasa serba x kena dan x menentu jaa..... 
yang penting otak dok nampak rumah, dan tringat family2 aku....
tadi lepas cakap fon dengan mama, aku g la man**.....

secara x sengaja dan semangatnya aku p syampoo rambut....
otak dok pkiaq kot lain lagi.... pastu baru teringat....
"eh...masa bila aku bawa mai syampoo nie"..... then.....arghhhh.....
snappp..... aku p guna SABUN BOTOL tue as SYAMPOO.....
GILA JUGAK LA AKU!!!!!

erghh... menyampah betul.... pastu buh bnyak2 lak tue atas tangan dan gosok elok ja kat rambut...
lama jugak pastu baru teringat....BENGGONG LAA....~

sekarang rambut aku jadi keras sikit dah x lembut...+__+


nasib x jadi mcm nie lg...:P

★BEST FIEND ka MAMA??!!!☆

assalamualaikum...lama x cita hal sndri kat blog nie...kali nie nak buka kisah pasal BESTFRRIEND....
OK....kalau tanya org lain mesti smua akan ada bestfriend or special friend yg diorang bleh kongsi masalah...
tapi kalau tanya aku... aku akan terpinga pinga...dan terpikir...SIAPAKAH BESTFIREND AKU???

BESTFRIEND!!!
ada orang kata aku nie peramah..."agak la peramah kot" ntah la...
disebabkan aku peramah aku ada banyak kawan....
yaa...aku ada banyak kawan... tapi ntah la...
aku rasa macam xda bestfriend atau kawan yang sejati untuk dikongsikan masalah..suka dan duka..
yang aku kesal sangat.... aku ada sorang kawan nie... yaa, aku harap dia sebagai kawan baik aku...
aku kenal dia lama la jugak... tapi baru2 nie kenapa dia macam tarik muka ja dengan aku??
agak terasa la dengan dia...dan last sekali aku jugak yang kena mengalah... aku mmg suka mengalah pon!!!
huh...kalau aku x buat macam tue aku rasa sampai bila pon aku dengan dia x kan bercakap...
tapi bila dia perlukan aku baru dia cari aku.... bila dia dengan kawan2 yang lain mesti aku rasa ditinggalkan...
dia akan lebih utamakan kawan yang lain dari aku...OK ...aku x kisah sangat....
tapi jangan la buat macam aku nie macam x dihargai ja....
serius...bila aku ada masalah or nak kongsi cerita apa2 ka...aku xtaw nak cari sapa....
sedihla jugak.....

MAMA
kan best kalau mama ada kat sini...setiap apa yang jadi kat aku mesti aku akan cerita kat mama ....
NO RAHSIA RAHSIA antara aku dengan mak aku.... semuanya aku cerita...
dan bila aku x cerita pon mak aku akan tau dengan sendiri....
HEBAT KAN SEORANG EMAK..??
dan antara kawan dan emak...aku rasa mak aku paling2 mengenali aku...paling taw cara aku..
paling kenal siapa kawan2 aku... semua aku akan kongsi dengan mama...
HOPE MAMA ADA KAT BILIK NIE.... kakak nak cerita kat mama....
nak bergelak dengan mama.... nak lepaskan semua...
rasa tension la bila simpan lama2.... MAMA MISS YOU LAA....:(

Thursday, October 13, 2011

★S I N G L E☆


sapa kata bila SINGLE nie kita is "nothing"...
sebenarnya ALLAH lebih mengenali kita...
ALLAH MAHA MENGETAHUI...

dan ALLAH telah menyusun aturan hidup kita dengan elok...
setiap apayang terjadi kat kita semuanya ada HIKMAH dan atas kehendak ALLAH...
kita sebagai hamba janganlah cepat merungut..
malah selalulah beristifar kepada ALLAH...

dan kepada sapa2 yang still SINGLE....
jangan la feel LONELY... 
if you think you dont have a person to share your problems...
why not we turns to ALLAH and raise our hand and pray to ALLAH...
ALLAH know more than you know...:)

★SUBHANAALLAH,ALHAMDULILLAH,ALLAHUAKBAR, 
LA ILAHAILALLAH☆ 

★Jom Kenai Loghat Kedah☆

Segmen : Mai kenali loghat Kedah.


1. Qhe-ngau = cakar
2. Se-qheyat = reda/ surut
3. Hambat = kejar
4. Pe-qhembang = tengok dgn sesungguh hati
5. Contiang = lukis / tulis tah apa-apa
6. Ligan = kejar
7. Cemuih = bosan/jemu
8. Tokak = gigit besar
9. Gey-qhek = basikal
10. Gon/gaun = cerun (bukit kecil)
11. Belemoih = comot/ kotor
12. Tetomoih = tersungkor
13. Ku-tey = cubit
14. Tak dan = tak sempat
15. Hebiaq = celupar
16. Maneh melecaih = tersangat manis
17. Lencun = basah
18. Lokoih = basah kuyup
19. Kawaq = pencuri
20. Kanyaq = mentah (berhingus)

Wednesday, October 12, 2011

★HAPPY☆ Selesai sudah M U E T

Selesai sudah M U E T

HAPPY gila.!!!
rasa ringan satu bebanan di kepala nie...
x yah la dok pk lagi pasal nak speaking2 pe kebenda nieh...
tapi tadi time test speaking aku da buat silap, 
nasib baik sempat cover dalam task B...
harap2 dapat la markah banyak kat situ....

dan lepas habis speaking tue memang rasaa...
fuuuhhhh....LEGAA.....~

 NIE AHLI GROUP AKU....

Tuesday, October 11, 2011

★M U E T☆

since i had to siT for MUET tomorrow...
allow me to write in english..:P
first of all...i would like to thank to my Speaking group becos had give a commitment and cooperate each other while practising the speaking....

KLIK READ MORE BUTTON :

Monday, October 10, 2011

★N g e r i... w e h☆

assalamualaikum... lama dah x tulis entry sendri...dan mmg x sempat nak tulis...
semenjak dua menjak nie busy "study"....:P
haha....x laa...xda la study sangat pon...cuma kalut nak exam dah...
maklumla exam final lagi bapa minggu tah..
2minggu lagi kot....haha...aku xtaw sangat...^__^


Wednesday, October 5, 2011

EYE INFO☆Best Nutrients for Your Eyes☆

siapa yang ada eyesight problems>??? jom masuk blog di bawah nie...

dan tinjau cara nak mengatasi masalah mata yang teruk especially yang ada silau mata tu...

macam2 info yang ada...hope boleh membantu kita....:)


selamat mencuba...^___^



An A-Z Guide to the Best Nutrients for Your Eyes

★Im going Baby☆

today my mom and my daddy is coming to fetch me home....
yaa...really2 great and happy to go home..
about 3 weeks i had stayed in this college in weekends...really bored..
and im really miss my family so much....
especially my sibling...baby dilla, kak syaz and also adib...

tapi bila balik rumah kerja gaduh ja..ahahah....(standard adik bradik la)
bila lama x jumpa pakat rindu....huuu....:(

see u all around 6pm nanti.....huuh...lambat lagi kot aku nak balik...hmm...*_*


★HOME SWEET HOME☆
~eager to go home babE...~

★Goodmorning...:D☆

pagi yg gelap kini masih x terang lagi...
dan ramai x bangun lagi..huhu...
aku bangun agak awal hari nie...
dalam waktu subuh..
ingat nak buat kerja BI ...
but blank bila nak tulis essay....
excess la kat internet nie pastu kena block pulak kan....
mmg terbaek la....then aku x taw nak buat apa dah....
TERbuka BLOG....TERrasa nak update blog....haha...


jap g da kelas dan aku x buat kerja g....nayaa....~


>k...bangun2 semua... the sun is about to rise in 15 minutes....:P

p/s: lapaarr laa.....:\

Saturday, October 1, 2011

★Larian KAKOM KMK☆

Assalamualaikum semua.... aku baru ada kesempatan nak on9 dan nak update blog nie ha...
lama benor x update... rindu nak update tapi x da masa.... kali nie nak cecita pasal larian KAKOM...
iaitu larian antara KOLEJ MATRIKULASI....

aku dan ahli kelas aku ditugaskan sebagai paramedik.... kerja rawat orang sakit laa...
so kami satu praktikum x lari...walopun x lari agak penat la jugak tgk org2 sakit.... hehe...
yang kesiannya larian KAKOM tgh2 hujan...ahahah...memang malang la tahun nie....  nasib baik kami berteduh di pondok guard ja...tue pon kena gak tempias hujan nya...



ok..nie aku...sempat posing lagi...ahaha...:P

bertapa lebatnya hujan... nie antara pelajar yg dah sampai



setelah penat bekerja...mmg best...:)

actually nie la kerja aku...

nie la saya...ATHIRA SYAHIRA...
videografi arkib KMK...

ok over sangat kot....
kerja aku ambik video sesama jadi paramedik...
memang terbaek laah....
pakai baju medik pastu ambik video....:P

orang sakit aku p ambik video depa...ahaha....
sorry la noh.... ^__^


★StArLiGht☆

★Penat Ambik video☆

assalamualaikum.... hari nie tetiba kawan aku mintak tolong aku ambik video kat depa...
jadi sat video gurl... ambik video berkenaan biology...
agak penat la kann.... tapi xpa...dah habis dah....
yang geramnya...awat tripod aku x smooth??? 
tripod ketat nak mampuih...nak panding pon susah..
benggong... x larat nak putar skru dia dah.....

pastu dengaq bunyi stuck2 bila panding camera tue....ngeng la....~

pagi ambik video orang lari KAKOM dalam hujan...memang best la kot main hujan....
esok pakat bagi alasan DEMAM LA KOT...... x leh kata apa la kaann....:P


p/s: soorry la noh kalau video ampa x elok...>,<
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...