nak tau berita pnuh scroll dowan bwah nie...:
gambar ni hanya hiasan ja..:)
NIBONG TEBAL: “Apabila seorang kawan diserang histeria di padang, saya membantu dengan memapahnya yang ketika itu menjerit-jerit menyebut pelbagai perkataan kasar.
“Tapi, tidak lama selepas itu, jeritannya terngiang-ngiang di fikiran saya sebelum saya pula turut meracau,” kata seorang mangsa serangan histeria di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Tasek, Simpang Ampat, semalam.
Pelajar perempuan berusia 14 tahun yang hanya mahu dikenali sebagai Lin berkata, serangan histeria berlaku jam 11 pagi membabitkan kira-kira 30 pelajar perempuan sekolah berkenaan.
Pada mulanya, serangan membabitkan sebahagian pelajar yang menjalankan aktiviti sukan di padang sekolah sebelum ia merebak kepada pelajar lain yang berada di kelas dan kantin.
Lin berkata, akibat serangan histeria itu, dia berada dalam keadaan separuh sedar dan dapat mengingati dirinya dipapah ke kantin sebelum dirawat seorang pengamal perubatan tradisional.
sumber: metro
p/s: apa2 pon kita kena bnyak berdoa kepada ALLAH SWT moga memberi perlindungan kepada kita di mana saja kita berada... dan janganlah lemah semangat, kuatkan juga hati tue...
8 comments:
30 .. ramai ye .. nibong tebal tuh .. dulu belajar sana ..
n tak pernah nampak kejadian histeria di depan mata lagi .. mmg selalu kene beringat kan ? n jangan takbur ..
huhu,,,.saya kalau boleh xmau la tgk lagi org kena histeria...mmg takot tgk... pernah skali tue sorang tue kena dan dia hambat semua org yang ada kat ctue...ahaha...semua pakat lari bertempiaran...sebek sy xda dkat kawasan kjadian..huhu..
owh .. hmm takde tips ke macam mane nak menghadapi kejadian tuh .. macam, apa perlu buat (selain daripada lari =P) .. try cakap elok2 k .. baca2 ke ?
tips dia?? ermm, first jgn tgk mata org tue..mmg mata dia terbeliak dan mcm dlm gmbaq seram lah..hhu...
pastu bca la ayat kursi bnyak2, klau x da ilmu nk mlawan org kna histeria nie better jgn p tlg..nnti kita lak yg kena msuk...tp laki x sure la..
slalunya pompuan yg mudah kena..hmm..
wallahualam..
owh ye ek .. ok .. thanx for the info !!!
okey...no problem...
sharing is caring...:P ~
yup.. sharing is caring
Post a Comment