Followers

Tuesday, June 21, 2011

Gerhana bulan Esok pagi...

Go to fullsize image

KUALA LUMPUR: Orang ramai berpeluang menyaksikan fenomena gerhana bulan sepenuhnya antara pukul 1.25 pagi dan 7.01 pagi esok, menurut Agensi Angkasa Negara.
Fasa penumbra (P1) akan berlaku pada pukul 1.25 pagi namun kesan kenampakan gerhana masih tidak dapat diperhatikan memandangkan bulan merentasi bayang penumbra yang kurang gelap. "Gerhana yang jelas dapat dilihat semasa bulan memasuki bayang umbra bumi (U1) mulai pukul 2.23 pagi sehingga gerhana maksimum berlaku pada 4.13 pagi. Bulan akan mula keluar dari bayang umbra bumi (U3) pada 5.03 pagi dan keluar sepenuhnya dari bayang Bumi (U4) pada 6.02 pagi," menurut kenyataan agensi itu hari ini.

Angkasa itu menyatakan bahawa gerhana masih terus berlaku sehingga 7.01 pagi tetapi fenomena tersebut tidak dapat disaksikan pada waktu tersebut kerana bulan berada di kawasan bayang penumbra bumi yang kurang gelap.


~jom2 malam nie nak tdo lewat lah, trigin nak tengok gerhana bulan, x pernah nampak lagi...

4 comments:

iPai said...

awak pg tgk ke ? nampak tak ? kita tido terbungkang time tuh .. uhuh

athira tinted said...

ahakz...tgk2..
smpai tergeliat leher nie languk tgk ke langit, x nampak bulan apa pon..ahakz..pnat gak tunggu dri malam smpai pg xda apa pon..:\

iPai said...

uhuh .. kene pergi tempat die .. sebab, kat malaysia ni awan tebal .. uhuh

athira tinted said...

betul2...tp kat kl nmpak rsanya..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...