assalamualaikum.. pernah tak perasan yang ikan sebenarnya tak ada lidah.. aku pon baru tahu setelah baca satu entry nie..dan kepada yang tak tahu kenapa ikan tak ada lidah, jom baca kisah ni dulu.. kisah yang mempunyai banyak pengajaran dan iktibar kepada semua manusia yang mempunyai lidah tapi tak pandai menjaganya... walallahualam..
Kenapa ikan x da lidah?
Rasulullah
SAW bersabda : “Sejahat-jahat manusia pada Hari Kiamat nanti ialah
orang yang bermuka dua. Barangsiapa bermuka dua di dunia maka di hari
kiamat kelak akan mempunyai dua lidah dari lidah api neraka jahanam.”
Sabda Rasulullah SAW lagi :
“ Tidak masuk syurga orang yang suka membesar -besarkan cerita.”
Apabila di tanya apa hikmahnya. Baginda SAW menjawab ;
“ Sesungguhnya
Allah SWT telah mencipkan semua makhluk itu mempunyai lidah,sama ada
yang boleh berkata-kata ataupun tidak boleh berkata-kata.”
Salah seorang sahabat pun bertanya:
“ kenapa ikan tidak mempunyai lidah?”
Sabda Rasulullah SAW :
“ Setelah
Allah selesai menciptakan Adam a.s maka diperintahkan sekalian Malaikat
agar tunduk sujud kepadanya. Semua Malaikat patuh kecuali Iblis laknat.
Oleh kerana iblis enggan sujud, maka Allah melaknatnya serta
mengusirnya dari syurga dan di hapuskan rupanya yang elok itu lalu di
hantar ke bumi. Apabila diturunkan ke bumi, iblis terus menuju ke laut
dan pertama yang di jumpainya ialah ikan. Iblis pun menceritakan
keburukkan dan kekurangan Adam a.s kepada ikan katanya ( sesungguhnya
Adam itu amat suka memburu dan membunuh binatang-binatang yang ada
dilautan dan didaratan).
Apabila
ikan mendengar kata-kata iblis itu ia pun segera menghebahkannya kepada
binatang laut yang lain berita tentang Adam a.s. Oleh kerana Allah
tidak menyenangi perbuatan ikan inilah lalu dihilangkan lidah ikan agar
tidak lagi dapat menyampaikan berita yang tidak sebenarnya.”
"kerana
pulut santan binasa,kerana mulut (lidah) badan kita binasa...jika
membawa fitnah ketika berbicara...kelak diri mu di sumbat ke lubang
neraka.".
nice entry diambil dari >> Kenapa ikan tak ada lidah
2 comments:
oh begitu ceritanya~
oh baru saya tahu :)
Post a Comment