Followers

Thursday, May 24, 2012

Kelebihan Membaca Al-Mathurat


Apa kelebihan AL MATHURAT?

1. Tidak dihampiri syaitan
2. Rumah dan keluarganya terselemat dari perkara yang tidak diingini.
3. Allah mencukupkannya apa yang sangat diperlukan dari urusan dunia dan akhirat.
4. Orang yang membacanya kemudian dia mati pada hari atau malam tersebut maka Allah akan menjamin untuknya syurga.
5. Selamat dari segala sesuatu.
6. Allah menyempurnakan nikmatnya ke atas orang yang membacanya.
7. Allah berhak untuk meredhainya
8. Tidak ada sesuatu yang mendatangkan mudarat ke atasnya.
9. Terhindar daripada syirik.
10. Selamat dari bisa atau sengatan semua makhluk yang beracun.
11. Dimudahkan menyelesaikan hutang-hutang.
12. Berhak untuk mendapat syafaat pada hari kiamat.
13. Sesiapa yang membaca di waktu pagi,akan dipelihara oleh allah hingga ke waktu petang.Dan sesiapa yang membacanya di waktu petang akan dipelihara hingga ke waktu pagi.
14.Mengamalkannya umpama mengamalkan Sunnah Rasulullah dari sudut zikir dan berdoa, dan berbagai lagi kelebihan.
Perlu diketahui bahawa ketahanan al-mathurat hanya selama 12 jam dan itulah sebabnya jika kita membaca selepas subuh, maka perlu diperbaharui selepas waktu asar. Dan menjawab kepada golongan yang berkata al-mathurat ini bida'ah atau tidak harus dibaca, mereka yang berkata sedemikian perlu mendalami apa konsep sebenar bida'ah dan kenapa mereka hendak menghalang orang lain untuk beramal dan men'taqarrub'kan (mendekatkan diri) kepada ALlah swt sedangkan wirid ini tidak bercanggah dengan Quran dan Sunnah RasuluLlah. Bahkan Islam sendiri mengajar umatnya dalam arena dakwah untuk "bercakap lebih mengenai syurga daripada neraka" dan "memperluas konsep sunnah daripada bida'ah". Seperti mana firman ALlah di dalam Al-Quranul Karim:


يَاتِنَا الَّذِينَ إِذَا ذُكِّرُوا بِهَا خَرُّوا سُجَّداً وَسَبَّحُوا بِحَمْدِ رَبِّهِمْ وَهُمْ لَا يَسْتَكْبِرُونَ

Maksudnya: Sesungguhnya orang yang benar-benar percaya pada ayat-ayat kami adalah apabila mereka diingatkan dengan ayat-ayat itu, mereka segera bersujud seraya bertasbih dan memuji Rabbnya, dan lagi pula mereka tidaklah berlaku sombong (Surah As-Sajdah ayat 15).
 ~sama2 lah kita membaca AL MATHURAT selepas subuh dan selepas asar, dan bagi yang datang haid,anda boleh membaca AlMathurat tapi tidak digalakkan membaca surah2 yang ada dalam AlMathurat, zikir dan selawat boleh dibaca....:D

boleh lihat SINI

wallahualam...
sini ada link video bacaan AL- MATHURAT sepenuhnya di youtube.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...