Followers

Saturday, March 31, 2012

☆Stars in Sky☆

Assalamualaikum dan salam satu Malaysia semua...
hari nie aku HAPPY SANGAT sangat sangat sangat....
teruja terkelu semua ada...


yang sebenarnya aku nak kongsikan jenis2 bintang yang ada pada langit dan carta bintang... sesiapa yang berkenan tue boleh la tengok2 kan..

nak tau aku excited terlebih kenapa??? nie haa.... baru2 nie aku ada tangkap gambar planet di langit,
planet VENUS dan JUPITER....
cuba keluar dan tengok langit ada tak cahaya yang terang dua cahaya di langit yang mengadap ke arah timur.. yang tue sebenarnya cahaya planet, dan bukan bintang....

klik gambar untuk pembesaran....:D

venus yg terang tue....:)

jupiter yg kecik di bawah tue sikit..

setelah aku edit bagi gambar nie jelas dan baru aku boleh nampak bintang 7 sisters of PLAIEADES
iaitu bintang dari TAURUS...
gambar yang mula2 tue mmg boleh nampak bnyak gugusan bintang di langit, kita just nampak sikit ja hakikatnya bercambah bintang2 di atas sana...mmg cantikkan ciptaan ALLAH pada malam hari..
menghiasi gelap gelita dengan cahaya bintang di malam hari...SUBHANAALLAH..


NAK STAR CHART?? klik bawah nie dan download,....:)



☆Dinner Astronomi...:) ☆

Assalamualaikum....
 hari Khamis lepas aku dan ahli2 kelab astronomi telah pergi makan malam di Hotel EDC UUM...
dekat dengan matrik jugak.... ingatkan nak g Alor Star ka apa...tengok2 UUM jugak...haahha....
kami follow ja laa....

akhirnya dah sampai EDC HOTEL UUM... sampai2 saja kami terus bergmabar sakan, sebab nie lah kenangan terakhir kami bersama dengan ahli kelab...








Monday, March 26, 2012

Jom main CS :P

I HATE YOU!!!
yaa.... bila ampa buat cmnie kat aku, memang la aku dah macam tak suka gila3 kat ampa....
seriusly.... aku teraniaya, dan orang nampak macam aku la yang bersalah kan...aku la yang mcam jahat kan...
errr..... tanya tak mau, pastu sure think negative!! meluat kot... aku sabar jaaa selama nie, tapi malam nie rasa mcam nak burst out jaa,... keluar jugak aiq mata bila teringat time kita ramai2 dulu... aku rindu nak hangout dengan ampa, tapi dah buat aku macam nie, aku rasa ergh.... meluat gilaa, macam aku tak wujud ja kan...
semuanya berpunca dari salah faham, dan perangai sekumpulan orang yang anggap it IS A JOKE!!!
HAHAHAHA.... laawak sangat la kaann... sampai 2 kali exam ampa kacau hidup aku,..


better main COUNTER STRIKE lagi elok.... aku mmg teringin nak tembak menembak nie...
last pegang senapang betul time PLKN jaa... then x leh nak pegang, so kita main CS sudah la.. 
bila dapat bunuh ramai terrorist mmg puas hati aku...HAHAHA....!!!
(sapa kata aku x reti main game orang laki???) haaa....

cekap gak aku main tadi, tak pernah pernah up level dan menang bayak kali tadi..
hahaha... pelik gak aku, malam nie tembakan aku mengena...
hilang TENSION aku dan rasa MELUAT aku kat orang...


p/s: ok....aku meluat sat jaa...pastu ok balik, pastu bila something make me unstable, 
i will think and act like a crazy person again... aku x suka bergaduh dan benci membenci nie...
ayat kat atas tue hanya PROPAGANDA dan SIMILI....

bila dah mati dalam game, so goodnitez, assalamualaikum....

Friday, March 23, 2012

☆Bowling and hangout☆

assalamualaikum....

hari nie seharian aku berada di luar rumah, dari pagi sampai ke malam keluar melepak kat CP..
kalau g city plaza tue memang tak sah la kalau tak main bowling.... so tadi aku g dengan mak and adik aku ,
kami main 2 game ja bowling.... mmg syok la jugak...lama tak lepas gian main bowling nieh...


aku dgn mak aku...:)

my litle sis....dia dah cekap main bolwing...




picture from the mirror...new teknik..haha


yeah..my score the highest...hahaha..

selepas main bowling aku hangout dengan kawan2 lama aku dulu...
nadia and danial.... serta dua orang lagi kwan2 depa nie...
semuanya budak2 ex SJKP...aku sorang ja sesat budak convent kat situ...haha...:P

nadia kawan dari convent.. psst, budak modelling nie,..
hihi...:P 
suka gambaq nie dgn latar belakang yg cantik..ahha...
opps...nie kawan aku kat sekolah teknik dulu... danial si kalut...:P

jeng2...white in black...:P
dua2 orang putih pkai bju hitam... both kwan skolah rendah, bukan couple!!


pidot kot...kwan2 depa jugak...^^)
aku x knal pon....:P

danial and akim...

hangout sampai petang... first time aku buat kerja cmnie..haha...:P
mata kuyu megantok daa....><
memang sronok la hangout dengan depa, walaupun aku x kenal si akim dgn pidot tue,
tapi depa dua nie banyak cakap and friendly, boleh la masuk sekali gelak...
maklumla aku nie kaki gelak dan buat lawak....
mula2 tue segan la jugak kan... (lama x kawan dgn laki) hahaha...
dok matrik aku pulau laki, kes pa xtaw...budak matrik bajet hot kot...muahaha...>,<

~psssttt.... masuk city plaza alor star nie mcm p tempat mat saleh la pulak...
tgk budak2 zaman sekarang rambut blond2.... dah serupa macam bulu kucing aku dah...hahahha


tgk,...kucing aku pon dah berpaling muka kes orang tiru bulu dia jadikan rambut pulak..
HAHAHA....

seriuss...macam apa lagi, muka melayu rambut kaler2 segala....ingat lawa la kot...!!
tengok kanan ada mat2 dan minah2 mat saleh celup nie, tengok kiri geng2 tomboy sampai 12 orang kot... astargfirullah al azim...!! aku ingatkan laki la, pastu nampak muka pompuan..
SPOILLL..!!! 
apa nak jadi tak tau dengan depa nie.... pstt2...yang pasti depa tue bukan orang bandar Alor Setar,.
orang alor star, sopan sikit kot....:P (sorry to say)

AKU PON TAK PERFECT SANGAT!! 
so x mau la cakap banyak...huhuk..

k la, nak sambung main game or nak study??? jam dah pukul 3.15 pagi dah niee....hihih....:P

☆Manfaat Surah ALKAUTSAR☆


Surah ini paling pendek, hanya mengandungi 3 ayat & diturunkan di Makkah dan bermaksud sungai di syurga. Kolam sungai ini diperbuat daripada batu permata nan indah dan cantik.

Rasanya lebih manis daripada madu, warnanya pula lebih putih daripada susu dan lebih wangi daripada kasturi.

Surah ini disifatkan sebagai surah penghibur hati Nabi Muhammad s.a.w. kerana diturunkan ketika baginda bersedih atas kematian 2 orang yang dikasihi iaitu anak lelakinya Ibrahim dan bapa saudaranya Abu Talib.


Pelbagai khasiat terkandung di dalam surah ini dan boleh kita amalkan:-



1) Baca surah ini ketika hujan dan berdoa, mudah-mudahan Allah s.w.t. makbulkan doa kita.


2) Jika kita kehausan dan tiada air, bacalah surah ini dan gosok di leher, Insya’allah hilang dahaga.


3) Jika sering sakit mata, seperti berair, gatal, bengkak, sapukan air mawar yang sudah dibacakan surah ini sebanyak 10x pada mata.


4) Jika rumah dipercayai terkena sihir, baca surah ini 10x, mudah-mudahan Allah s.w.t. bagi ilham pada kita dimana letaknya sihir itu.


5) Jika membacanya 1,000x rezeki kita akan bertambah.


6) Jika rajin membacanya, hati kita akan menjadi lembut dan khusyuk ketika menunaikan solat.


7) Jika orang teraniaya dan terpenjara membacanya sebanyak 71x, Allah s.w.t. akan memberikan bantuan kepadanya kerana dia tidak bersalah tetapi dizalimi.

p/s: aku sering sangat sakit mata, sekarang baru aku tahu, surah nie  mempunyai banyak manfaatnya.. walaupun pendek tetapi banyak manfaat...
surah2 lain juga mempunyai manfaatnya tersendiri.... 

sesungguhnya ALLAH tidak menurunkan AL QURAN kepada hambanya untuk memberi kesusahan kepada kita, melainkan memberi manfaat dan kebaikan jika kita berpegang teguh kepada alQuran dan Hadis...





  1. Taa. Haa.
  2. Kami tidak menurunkan A-Quran kepadamu (wahai Muhammad) supaya engkau menanggung kesusahan.
  3. Hanya untuk menjadi peringatan bagi orang-orang yang takut yang melanggar perintah Allah.
  4. Al-Quran diturunkan dari tuhan yang menciptakan bumi dan langit yang tinggi.
  5. Ia-itu Allah Ar-Rahmaan,yang bersemayam diatas 'Arasy.

Thursday, March 22, 2012

SPM result....:D

TAHNIAH TAHNIAH TAHNIAH 

kepada yang dapat result SPM yang GEMPAK GEMPAK BELAKA..!!!
hebat la kalau boleh dapat 8a 9a dan straight A`s....
sue your parents will PROUD of you..... yalaa,... mak ayah mana yang tak bangga kalau anak2 diorang yang didik dan dibela sampai besar nie bawa pulang banyak A`s untuk depa...

BANGGA KOT MAK AYAH AMPA...!!!
mesti ada yang siap fotostat buat frame kat rumah lagi...hahaha....nak kenangan la katakan...:D

tapi yang tak dapat ok tue, JANGANLAH KECEWA dan SEDIH...
mungkin rezeki kita takat tu saja,.. dan jangan la putus asa....
masa depan ada banyak lagi, dan macam2 cabaran lain yang kita boleh tempuhi,
mungkin pada masa hadapan kita boleh berjaya ka...WHO`S KNOW RITE...???

aku punya result tak ada la gempak sangat, biasa2 jaa.... boleh takat 6A4B...
tapi aku bersyukur sebab mungkin aku boleh sampai situ saja....
huhu.... kalau boleh memang la semua orang nak A panjang kan.....
teringin sangat nak bagi mak dengan ayah aku bangga dan HAPPY  bila tengok result aku...

huu... tapi tue kisah 2 tahun lepas deh.... sekarang aku ada kat MATRIKULASI...
sapa2 junior yang nak masuk MATRIK  silakan...., tapi make sure otak maw study sepanjang di matrik,
dan otak kena kuat menghafal la kan..hahaha..... bukan apa, topik2 kat matrik banyak dan jenuh la jugak nak menghafal, bagi budak2 yang otak SMART memang senang la depa...
bagi orang yang macam aku nie,...HAMPEH....!!! aku tak pandai calculation sangat, serius speaking....
tapi setakat nie result aku cukup2 makan jaa...

EXAM FINAL TAK SAMPAI SEBULAN JA LAGI...:(

AKU TERINGIN SANGAT NAK DAPAT 4 FLAT,. I WANT MY PARENTS HAPPY WITH ME...:\

Tuesday, March 20, 2012

☆WANITA:Cara Menarik Perhatian Lelaki☆


Asslamulaikum semua blogger, tadi terserempak dengan artikel nie mengenai wanita untuk menarik perhatian lelaki... k jangan berfikir negatif,  ramai orang ingat kalau kita seksi sure lelaki akan tertarik dan akan dapat ramai kawan kan, , dan tingkah laku seseorang wanita itu yang lebih penting.. sebagai seorang muslim kita kena la menjaga adab dan aurat kita kan...itu yang lebih cantik...
k malas nak sembang bnyak... baca ja artikel di bawah ni k...:D

Kebanyakan wanita merasakan bahawa dengan berpakaian seksi adalah merupakan  cara paling mudah untuk menarik perhatian seseorang lelaki. Ianya mungkin benar, tetapi sebahagian lelaki menyatakan bahawa wanita yang dengan sengaja berpakaian seksi semata-mata untuk mendapatkan perhatian bukanlah merupakan wanita pilihan mereka.  



Jadi, bagaimanakah cara untuk menarik perhatian lelaki tanpa memerlukan pemakaian yang menjolok mata? Caranya adalah dengan :-

Memakai pakaian yang berwarna cerah
Menurut daripada kajian psikologi, manusia akan lebih untuk memberikan perhatian terhadap warna yang cerah. Begitu juga dengan lelaki. Pemakaian yang berwarna cerah adalah merupakan cara paling mudah untuk menarik perhatian mereka.
Selain daripada itu, pakar psikologi juga menyatakan bahawa dengan pemakaian yang berwarna cerah akan meningkatkan lagi rasa keyakinan dan juga prestasi seseorang.

Pandangan mata
Sememangnya pandangan mata wanita mampu untuk menarik perhatian lelaki. Tetapi, majoriti lelaki menyatakan bahawa mereka lebih gemar terhadap wanita yang menjaga pandangan mereka. Ia merupakan tarikan utama kepada lelaki tanpa wanita sendiri sedari.
Bukan setakat itu sahaja, wanita yang menjaga pandangan mereka juga membuatkan lelaki lebih berfikiran positif terhadap diri mereka. Wanita yang gemar bermain mata dengan lelaki pula lebih membawa imej yang negatif.

Tingkahlaku
Wanita sememangnya lebih sinonim dengan sifat yang lemah lembut, sopan santun dan sebagainya. Wanita yang berperwatakan seperti ini lebih mudah untuk mendapatkan perhatian daripada lelaki.
Tetapi, ada juga lelaki yang lebih gemar terhadap perwatakan wanita yang semulajadi tanpa perlu menyorokkan identiti mereka sebenar. Adalah lebih baik anda menjadi diri sendiri asalkan tidak melampaui sifat kewanitaan. Pasti cara dan keunikan anda yang tersendiri mampu untuk menarik perhatian lelaki yang boleh menerima diri anda seadanya.

Pandai berjenaka
Pasti anda agak terkejut bukan? kebiasaannya lelaki yang harus pandai membuat lawak untuk menarik perhatian seseorang wanita. Tetapi berdasarkan kajian yang telah dilakukan, wanita yang suka berjenaka lebih mendapat perhatian daripada lelaki.
Ini berkemungkinan disebabkan seseorang yang lebih lucu lebih mudah untuk didekati berbanding seorang yang serius. Apabila telah wujud keselesaan terhadap diri anda, ia lebih mudah untuk menarik minat mereka.

Bahasa tubuh
Seperti yang anda semua ketahui, bahasa tubuh adalah merupakan isyarat awal untuk menyampaikan pesanan terhadap seseorang. Elakkan daripada menggunakan bahasa tubuh yang akan membuatkan lelaki berasa anda seorang yang sombong, berlagak atau sebagainya. Ini kerana kebiasaannya wanita yang seperti ini kurang menarik perhatian lelaki.


copy dari :http://bulanpurnama89.blogspot.com/2012/03/5-cara-menarik-perhatian-lelaki.html

p/s: kalau dari segi Islam jangan lah nak berpakaian tue dengan niat supaya hendak dapat perhatian orang sekeliling... niat kerana ALLAH, dan ikut syarak yang ditetapkan...:D


\
☆PE[A]CE_]S]TARZ☆

Sunday, March 18, 2012

S2K2P5-Bergosip :P

HAHAHAHAHAHAHHA......

tue GELAK JAHAT NAMANYAA...!!!

sekarang nie aku dan rakan sekelas ada lab computer dan kena buat amali komputer,
tapi kami.... MAIN GAME, BLOGGING, STALKER orang....
ISHH3.... 

EXAM DAH DEKAT dah kott..... 
suppose kena buat C++....  memang C++ senang ja pun kan... haha...


Oiii study laa wahai budak S2K2P5!!!

Wednesday, March 14, 2012

Macam2 Rasa ada

sekian lama aku x update utk story2 di blog aku nie.... actually ada banyak sangat nak tulis dan nak luahkan di blog, tapi aku limitkan je laa...takut nanti blog nie jadi tempat luahkan perasaan pulak kan... aku xmaw tulis over2...mcm org lain slalu cerita merapu dan asyik2 pasal gurlpren or boypren depa jaa....hahaha....

disebabkan aku xda BF tue la aku x cita kat blog kot noh..haha.... tp kalau ada pon xdak pasal nak crita kat blog aihh...haha.... k2, actually aku dah keboringan, keseorangan dah niee....
semua kawan2 aku balik rumah, but im in kolej... malas nak balik dan kalau balik bukannya buat apa pon,,,..balik kejap ja, pastu kena balik mai kolej semula...rasa penat ja....
lately nie aku selalu tension dan sedih.... aku tension sebab FINAL EXAM IS AROUND THE CORNER....
lagi 3 minggu lagi nak exam...huaa.....aku ketaq weh...tapi x pulun nak study lagik... tue yang tension nieh, awat la dengan aku still xda semangat nak study.,.. serius, aku kena orang push aku untuk study, kalau nak harap sorang2 memang tak terstudy.... satu lagi aku tension la pikir nak pilih course apa untuk sambung study nanti... aku still x sure dengan minat aku.... kalau ikut betul2 minat aku dengan result yang aku dapat pulak , aku x layak nak apply pulak..hurm... kalau hobi, aku suka editing dan produce video, gambar2...haa, tue la kerja aku... takkan nak minta multimedia?? hmm..aku confuse sebenarnya...
just redha pada takdir ja....aduh2.... xtau dah nak buat apa...><

dan dua tiga hari nie aku cepat rasa sedih, dan selalu bersendirian.... yaa, aku malas nak bergaul sangat dengan orang, salah satu sebabnya maybe kes yang dulu2 yang telah menghantui pemikiran aku sekarang niee.... "i still keep on thinking WHY WHY WHY that happen,???"  aku nak sangat hanging dgn geng2 tue, tapi setelah apa depa buat kat aku... aku jadi malas nak jumpa, nak bertegur sapa pon aku dah malas,,.. sampai hati depa merahsiakan sesuatu dari aku... dan aku xtahu apa kebendanya... 
and i want someone to know bout this, tp aku xda sapa yang nak diceritakan... pendam2 dan aku jadi tension...huhu....

~hope depa semua happy minggu nie la kan.... nak p jalan jauh, sure la happykan....!!!

Friday, March 9, 2012

☆INFO:Perkara yang Boleh Merosakkan Otak ☆

ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA,
kali ni aku nak kongsikan sebab-sebab yang boleh merosakkan otak kita....






atas nie aku sudah copy dari FB mengenai sebab2 yang membolehkan otak kita lemah dan lambat untuk berfikir.... dan aku ada terdengar juga sebab2 lain iaitu:


~Jangan baca tulisan pada Batu Nisan
~Jangan tengok perkara-perkara yang lucah dan maksiat ( otak akan lemah dan hati akan jadi hitam)
~Dekatkan diri dengan ALLAH (utk orang Islam)
~Kurangkan atau kalau boleh jangan la tengok gambar2 yang violence seperti kepala kena pancung, kemalangan yang mengerikan dll.
~Jangan memandang najis
~kurangkan  penggunaan telefon bimbit (radiasi dari telefon bimbit amat bahaya )

nie antara perkara-perkara lain yang aku tahu, yang boleh MEROSAKKAN OTAK DAN MINDA KITA... jadi janganla kita kerap membuat perkara yang boleh melemahkan otak dan mensia-siakan otak kita....

**kalau ada yang salah or nak tambah atau nak perbetulkan apa-apa sila komen ya....sekian sahaja untuk hari ini. 

TERIMA KASIH, ASSLAMUALAIKUM!!

☆STARLIGHT


Friday, March 2, 2012

☆Pertandingan Roket Air☆

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua.... dah berhabuk berdebu aku rasa blog aku nie....
lama x pegang dan menulis entry... hari nie ada free sikit so aku trigin nak kongsi aktiviti aku di Matrik dalam blog ni...

semalam ada pertandingan roket air or water rocket la bak kata omputih, yang dianjurkan di kolej aku ni. (KMK)... aku sebagai ahli kelab astronomy nie yang menganjurkan aktiviti nie.... aku just jadi fasilitator ja.. tak masuk pon pertandingan nie...huhuk....^^) **tolong mengajar cara buat roket...HAHAHHA....
actually aku pon xtaw nak buat cmna, lingkup ja klau aku ajar.... then baik aku jd photographer yg tak terlantik time pertandingan tue...hihik...

nie gambar2 nya....






di atas nie gambar2 peserta...:)

me and other members...:)

aku di tengah tue...so org lain yg ambil gambar nie
(gmbar agak blurr, gna manual focus mmg susah la bg org lain)
aku pon x bpa nak mahir jugak..haha...


our president club
geng main bedak..hahaha..

miss Farhana and Syafiqa

sikit HDR....:P

MAAF KALAU GAMBAR TAK LAWA!!

~Nie last aktiviti untuk ahli kelab astronomi...SADISSS....:(  lpas nie dah nak final exam untuk sem 2 dan semua pakat balik, aku tidak lagi akan bersama pelajar2 KMK...huhuhu..... 
esok ada cerapan bintang dan planet serta pelancaran teleskop baru kelab kami...
insyaAllah harap semua berjalan lancar dan boleh tengok ciptaan ALLAH di ruang angkasa dengan mata kasar, sebelum nie tgk melalui internet ja...huhuk...

p/s: taubat aku sakit kaki kes ambik foto2 nie...hahah....
kena duduk tahan sebelah kaki...mau x sakit....baru aku tau bertapa susahnya jd photographer...
tapi MEMANG BEST...dapat snap gambar2 orang lain..gambar aku memang xkan ada la kan...hehe..LIKE3...:D


☆Pesanan Imam Syafie ☆


Empat perkara menguatkan badan
1. makan daging
2. memakai haruman
3. kerap mandi
4. berpakaian dari kapas


Empat perkara melemahkan badan 
1. banyak berkelamin (bersetubuh) 
2. selalu cemas 
3. banyak minum air ketika makan 
4. banyak makan bahan yang masam


Empat perkara menajamkan mata 
1. duduk mengadap kiblat 
2. bercelak sebelum tidur 
3. memandang yang hijau 
4. berpakaian bersih


Empat perkara merosakan mata 
1. memandang najis 
2. melihat orang dibunuh 
3. melihat kemaluan 
4. membelakangi kiblat


Empat perkara menajamkan fikiran 
1. tidak banyak berbual kosong 
2. rajin bersugi (gosok gigi) 
3. bercakap dengan orang soleh 
4. bergaul dengan para ulama


4 CARA TIDUR 
1. TIDUR PARA NABI Tidur terlentang sambil berfikir tentang kejadian langit dan bumi.
2. TIDUR PARA ULAMA' & AHLI IBADAH Miring ke sebelah kanan untuk memudahkan terjaga untuk solat malam.
3. TIDUR PARA RAJA YANG HALOBA Miring ke sebelah kiri untuk mencernakan makanan yang banyak dimakan.
4. TIDUR SYAITAN Menelungkup/tiarap seperti tidurnya ahli neraka.




doa. zikir. itulah kekuatan seorang muslim :)


~ harap semua para muslim tahu mengenai ini dan ikut dengan pesanan ini... SETIAPNYA ADA HIKMAH TERSENDIRI..:)


p/s: sila share untuk semua muslim di luar sana...:D
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...