Followers

Thursday, June 30, 2011

akhirnya...~

assalamualaikum...
akhirnya aku berjaya menyiapkan projek pendidikan Islam..... 
aku kena wat movie berdasarkan Islam.... 
aku wat tajuk Perhiasan Dalam Islam.... 
nak tau apa dia...nnti aku akan uploadkan video aku kat sini.... tapiii...leh ka upload video sini??? hmmm...
macam x leh ja...kah3...
xpa laa... janji keja aku dah siap...
tunggu nak kena wat mind map lak...adoii....
x larat.....keja berlungguk...~

tutorial dan assignment aku x pulun nak wat macam aku wat movie nie... 
x tdo sampai kul 3 pagi nieh....ish3...~

★StAr PeAcEeee☆

Tuesday, June 28, 2011

★PERISTIWA ISRAK DAN MIKRAJ☆

ASSALAMUALAIKUM dAn SALAM ISRAK MIKRAJ...
sbagaimana kita tahu, hari nie ialah hari peristiwa israk mikraj iaitu pada 27 Rejab dan kita umat Islam semua maklum dengan peristiwa di mana Nabi Muhammad SAW telah naik menghadap ALLAH swt...dan pelbagai peristiwa yang berlaku sebelum baginda bertemu ALLAH SWT... 
jom2 luangkan masa baca peristiwa2 yang berlaku sebelum, semasa, dan selepas israk mikraj:




Semasa Israk ( Perjalanan dari Masjidil-Haram ke Masjidil-Aqsa ):


Sepanjang perjalanan (israk) itu Rasulullah S.A.W. diiringi (ditemani) oleh malaikat Jibrail dan Israfil. Tiba di tempat-tempat tertentu (tempat-tempat yang mulia dan bersejarah), Rasulullah telah diarah oleh Jibrail supaya berhenti dan bersembahyang sebanyak dua rakaat. Antara tempat-tempat berkenaan ialah:
i. Negeri Thaibah (Madinah), tempat di mana Rasulullah akan melakukan hijrah.
ii. Bukit Tursina, iaitu tempat Nabi Musa A.S. menerima wahyu daripada Allah;
iii. Baitul-Laham (tempat Nabi 'Isa A.S. dilahirkan);

Monday, June 27, 2011

★BERITA☆ 3 SAHABAT MAUT

SEDIH...Shafuan Haqim ditenteramkan rakannya.


KOTA BHARU: “Maafkan aku Aliff! Maafkan aku!” kata Shafuan Haqim Othman, 18, sambil memegang erat tangan Mohammad Aliff Mohd Suhaimi, 19, ketika jenazah rakannya itu dibawa masuk ke dalam van jenazah di bilik mayat Jabatan Perubatan Forensik Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II), di sini, semalam.


Kejadian kira-kira jam 11.30 pagi itu berlaku ketika pelajar Kolej Islam Sains & Teknologi (KIST), Kampus Utama Ibnu Sina, Kandis, Bachok, dekat sini, datang ke perkarangan bilik mayat HRP II untuk melihat jenazah tiga rakannya yang maut dalam kemalangan di Kilometer 15, Lebuhraya Kota Bharu-Pasir Mas, di sini, malam kelmarin.
Tanpa menghiraukan kehadiran orang ramai di situ, pelajar terbabit tidak mampu menahan sebak sebelum meraung berdekatan jenazah rakannya itu kerana menganggap dia sebagai punca kemalangan terbabit selepas menghantar arwah Mohammad Aliff pulang ke rumahnya di Kampung Galok, Pasir Mas, pada malam kejadian.


Dia sekali lagi meraung di luar kawasan bilik mayat itu menyebabkan beberapa rakannya menenangkannya sebelum dibawa ke bilik solat hospital itu bagi meredakan keadaan.




Shafuan yang juga pelajar diploma pembantu farmasi semester tiga meminta maaf kepada setiap ahli keluarga rakannya itu sambil meraung dengan menyalahkan dirinya sebagai punca kemalangan.




Bagaimanapun, ibu Allahyarham Shaiful Jawahir Razali, 20, Hasmah Bakar, 61, dengan tenang cuba mententeramkan Shafuan dengan memintanya tabah kerana nahas itu berlaku bukan atas kehendaknya, sebaliknya sudah ketentuan Tuhan.


Dalam pada itu, ibu Allahyarham Mohammad Aliff, Azmah Yusof, 43, turut sebak sebaik melihat jenazah anaknya diusung ke van jenazah sambil berkata: “Sayang ummi (ibu), bawa perlahan-lahan!” bagaikan mahu memberi nasihat kepada anaknya supaya lebih berhati-hati meskipun sedar zuriatnya itu sudah meninggal dunia.


Dalam kejadian malam kelmarin, niat murni empat sahabat menghantar rakan mereka pulang menziarahi ayahnya yang sakit bertukar tragedi memilukan apabila tiga daripada mereka maut, manakala tiga yang lain parah selepas kereta mereka terbabit kemalangan dengan sebuah lori air batu.


Kemalangan kira-kira jam 11 malam itu mengakibatkan tiga pelajar KIST, Kampus Utama Ibnu Sina, Kandis, Bachok, dekat sini, Shaiful Jawahir Razali yang juga pemandu kereta, Sheikh Muhammad Farhan Shikh Md Saud, 19, dan Mohammad Aliff meninggal dunia di tempat kejadian.

Friday, June 24, 2011

★Histeria☆

salam... tadi aku tgk berita di mymetro pasal histeria... 30 orang pelajar kena histeria time main sukan...
nak tau berita pnuh scroll dowan bwah nie...:

View Image gambar ni hanya hiasan ja..:)



NIBONG TEBAL: “Apabila seorang kawan diserang histeria di padang, saya membantu dengan memapahnya yang ketika itu menjerit-jerit menyebut pelbagai perkataan kasar.
“Tapi, tidak lama selepas itu, jeritannya terngiang-ngiang di fikiran saya sebelum saya pula turut meracau,” kata seorang mangsa serangan histeria di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Tasek, Simpang Ampat, semalam.
Pelajar perempuan berusia 14 tahun yang hanya mahu dikenali sebagai Lin berkata, serangan histeria berlaku jam 11 pagi membabitkan kira-kira 30 pelajar perempuan sekolah berkenaan.

Pada mulanya, serangan membabitkan sebahagian pelajar yang menjalankan aktiviti sukan di padang sekolah sebelum ia merebak kepada pelajar lain yang berada di kelas dan kantin.



Lin berkata, akibat serangan histeria itu, dia berada dalam keadaan separuh sedar dan dapat mengingati dirinya dipapah ke kantin sebelum dirawat seorang pengamal perubatan tradisional.



sumber: metro


~pastu aku tiba2 ja tingat kejadian histeria yang berlaku dpan mata aku...serius x leh lupa...histeria nie mmg dia merebak ke ramai orang...lepas sorang sorang dia akn pindah... time mula2 jadi aku x bopa nak caya sngat ingat kan men2 ja...then bila aku nampak dengan mata aku sndri,. mmg nak nanges ja... tapi kwan2 aku kata jangan nanges, kuatkan semangat dgn membaca ayatul Kursi dan Yassin... mulut aku mmg x henti2 baca ayat kursi dgn beringat ke Allah..mmg pada masa tue bru aku sedar akan kekuasaan Allah SWT.. dan kewujudan makhluk ghaib nie ada di mana2 saja di sekeliling kita... sejak hari tue aku mula beringat... memang benda nie kacau kalau orang tue cakap besar dan buat bising di tempat dia, tambah2 bila ada kat hutan...sebab tue orang tua kata bila dok hutan jangan cakap besaq...kena beringat sama akan makhluk lain, sbb tue tempat depa..kita hanya menumpang ja...




p/s: apa2 pon kita kena bnyak berdoa kepada ALLAH SWT moga memberi perlindungan kepada kita di mana saja kita berada... dan janganlah lemah semangat, kuatkan juga hati tue...



★Science Computer☆

salam....aku baru ja abih buat assignment scince comp...erghh...mmg pning kpala jugak...
kena lak wat yang logik Gate and Booleen`s expression.... lagi la pning....
pastu kena wat truth table lak... otak pon dah macam matrix dah...ahah....

 nie truth table (xtaw la aku wat betoi ka dak)

 nie paling susah...8 output..pning2..

nie aku main lukis ja... rsanya da silap..ahah..


p/s: walopon pning tp aku suka wat bnda2 nieh...hehe...
mncabar otak aku kira matrices ja...


StArLiGht

Tuesday, June 21, 2011

Gerhana bulan Esok pagi...

Go to fullsize image

KUALA LUMPUR: Orang ramai berpeluang menyaksikan fenomena gerhana bulan sepenuhnya antara pukul 1.25 pagi dan 7.01 pagi esok, menurut Agensi Angkasa Negara.
Fasa penumbra (P1) akan berlaku pada pukul 1.25 pagi namun kesan kenampakan gerhana masih tidak dapat diperhatikan memandangkan bulan merentasi bayang penumbra yang kurang gelap. "Gerhana yang jelas dapat dilihat semasa bulan memasuki bayang umbra bumi (U1) mulai pukul 2.23 pagi sehingga gerhana maksimum berlaku pada 4.13 pagi. Bulan akan mula keluar dari bayang umbra bumi (U3) pada 5.03 pagi dan keluar sepenuhnya dari bayang Bumi (U4) pada 6.02 pagi," menurut kenyataan agensi itu hari ini.

Angkasa itu menyatakan bahawa gerhana masih terus berlaku sehingga 7.01 pagi tetapi fenomena tersebut tidak dapat disaksikan pada waktu tersebut kerana bulan berada di kawasan bayang penumbra bumi yang kurang gelap.


~jom2 malam nie nak tdo lewat lah, trigin nak tengok gerhana bulan, x pernah nampak lagi...

Sunday, June 19, 2011

★Sinopsis Drama Stanza Cinta★

drama Stanza Cinta
MASA: 9pm
TARIKH: 19hb June
HARI: Setiap Ahad
PELAKON: Aaron Aziz, Nur Fathia, dan Fizz Fairuz.
EPISODE: 13 EPISODE


SINOPSIS DRAMA STANZA CINTA (TV3)
Drama bertema keagamaan adaptasi dari Novel Stanza Cinta Amni Sorfina(Ketenangan yang suci)… berkisar tentang cinta 3 segi antara Amni, Taufik dan Irfan. Amni akhirnya bertunang dengan Irfan pemuda kaya raya, sedangkan hati dan cinta pertamanya untuk Taufik, pemuda alim. Bagaimanakah Amni boleh bercinta dgn orang lain dan bertunang dgn orang lain?
seindah namanya seindah itulah peribadinya!! Dia hanyalah seorang wanita akhir zaman yang sedaya upaya untuk menjadi solehah. Namun..jalan yang terbentang dihadapannya selalu berombak dan tidak pernah tenang. Ujian itulah teman baik yang selalu mengikutnya kemanapun dia melangkah.
Ketika bahagia mula menyapa dirinya, ketika bunga-bunga sakura mengembang dengan indahnya, ketika dia mula tersenyum bahagia….tiba-tiba sahaja segalanya menjadi begitu menyiksakan jiwa dan menikam-nikam tangkai hatinya. Seolah-olah istilah bahagia itu bukan untuknya. Apa sahaja yang diimpikan dan diharapkan tidak pernah menjelma menjadi kenyataan. Sering sahaja Allah mengambil orang-orang yang disayangi dari sisinya.
Sehingga pernah dia merintih hiba, “Ya Allah…apakah tiada yang namanya bahagia itu untukku didunia ini?? Kenapa hidup ini sering tidak menyebelahi diriku? Andai dengan segala derita ini Engkau ingin menghapuskan segala dosa-dosaku, alangkah ringannya penderitaan ini. Andai dengan derita ini Engkau ingin selamatkan aku dari neraka-Mu dan memasukkan aku kedalam syurga-Mu yang kekal abadi..alangkah indahnya penderitaan ini”

Rakan Islamku Jom baca lawak KEISLAMAN..

Assalamualaikum...
Wahai sahabat² seagama denganku…
Tolonglah ambil masa 3 minit untuk membaca note ini....
3 Minit je, tak lama pun..


............ Mungkin ada yg pernah baca kisah ni tapi tak salah kalau kita ingatkan sekali lagi..
Dengan Nama ALLAH yg Maha Pemurah lagi Maha Pengasih...
Bayangkan benda ini berlaku pada anda.....


Suatu hari pada masa Sembahyang jumaat yang di hadiri oleh lebih kurang 1,000 jemaah...
tiba-tiba masuk dua orang lelaki yang menutupi seluruh tubuhnyer dgn pakaian hitam..
tak nampak apa cuma dua biji mata and membawa mesin gun...
lalu salah seorang lelaki tu bertempik "
"Sesiapa yang sanggup MATI kerana ALLAH sila berdiri di tempat kamu"
Selepas mendengar amaran lelaki itu maka segeralah bertempiaran lari para jemaah itu utk menyelamatkan diri....
daripada jumlah yang 1,000 tadi tu hanya tinggal lebih kurang 40 orang sahaja yang masih berdiri di tempat masing-masing termasuk Pak Imam tu...


Lelaki yang bertempik tadi segera membuka tutup mukanya lalu melihat ke arah Pak Imam sambil berkata:
"Ok Pak Imam, saya dah halau SEMUA yang hipokrit, sekarang bolehlah Pak Imam mulakan sembahyang Jumaat"....
Lalu kedua lelaki tersebut berpaling dan meninggalkan jemaah....
Macammana..
adakah anda rasa lawak dgn cerita di atas. selain terhibur anda Fikirkanlah...


"Lawak kan, dari 1,000 org yg mengaku dia Islam hanya 40 yg betul-betul BERIMAN... "


"Lawakkan berapa banyak manusia yang mudah lupakan ALLAH bila menghadapi bahaya...
kedua lelaki hanya membawa mesin-gun..
dia tak kata pun nak bunuh.. tapi generasi skrang..
amat lemah..
baru kena ugut terus lari lintang pukang..
lupa yg dia tak sembahyang jumaat lagi..."


"Lawak, ada juga yang agamanya cuma seminggu sahaja.. tu pun bila time sembahyang jumaat..
tunjuk muka kat org kampung.. ada tu lagi dashyat setahun 2 kali aje..
bile time sembahyang raya..."


"Lawakkan, ramai orang percaya kepada gosip dan apa yang di tulis oleh surat khabar daripada apa yang tercatit dalam al Quran"


"Lawak kan, berapa ramai yg percaya dunia hanya sementara, akhirat adalah tempat yang kekal, tapi berlumba-lumba mengejar dunia"


"Lawak, kita boleh bersembang dgn boyfriend atau girlfriend berjam-jam tapi nak berdoa kepada ALLAH alahai..
tak cukup masa..


Dan lebih lawak lagi, bila kita boleh post banyak thread atau note yang berunsur lawak jenaka dan lucah kesemua tempat tapi merasa berat nak berkongsi dan nak hantar artikel2 yang berunsur agama Lawak kan???
Kenapa?
gelak tu kan realiti..


tapi yg paling lawak sekali..
berapa orang yang lepas baca benda ni akan sampaikan kat orang lain...
berapa orang yang akan buka thread ni untuk luangkan masa membaca?
berapa banyak????


Wallahualam…
Sebarkan sbg peringatan sesama... ambil dari FB..:)

★Al Fatihah buat keluarga pelakon plawak PI MAI PI MAI TANG TU☆


Assalamualaikum... aku baru on9 blog tadi dan agak terkejut bila melihat berita kematian pelakon Zami Ismail atu dikenali sebagai Pak Uda dalam drama PI MAI PI MAI TANG TU... drama yang berkurun lama tapi still segar dalam ingatan semua orang kan... apa2 pon ALLAH  lebih sayangkan arwah Pak Uda atau Zami Ismail...
bawah nie ada keratan akhbar  on9 dari mStar Online:  
KUALA LUMPUR: Pelawak veteran, Zami Ismail, 67, meninggal dunia di Institut Jantung Negara (IJN) dekat sini, kira-kira pukul 10.30 pagi Ahad akibat kegagalan jantung.
Anak ketiga Allahyraham yang juga pelakon dan pengarah Mohd Soupi Zami (Opie Zami), 37, berkata, ayahnya sempat berpesan kepada semua anaknya agar berbuat baik sesama manusia.
"Keadaan dia (Allahyarham) berada dalam keadaan biasa saja dan pergi dengan tenang. Dia sempat berpesan kepada kami semua agar berbuat baik sesama manusia," katanya yang ditemui di perkarangan rumah mayat IJN, di sini, Ahad.
Menantu sulung Allahyarham, Azizah Amdih, 35, berkata, Allahyarham yang dimasukkan ke IJN sejak dua minggu lalu dilaporkan tenat pada malam Sabtu dan terpaksa bergantung hidup dengan bantuan mesin perubatan.
"Doktor memberitahu jantungnya sangat lemah dan terpaksa dirawat di Unit Rawatan Kritikal (CCU) sehinggalah pada malam tadi (Sabtu) keadaanya menjadi semakin tenat. Bagaimanapun Allah lebih sayangkan dia," katanya kepda mStar Online ketika dihubungi di sini, Ahad.


Azizah berkata, pihaknya reda dengan pemergian Allahyarham dan berharap semua peminat dapat mendoakan kesejahteraannya.
Allahyarham yang popular dengan sitkom Pi Mai Pi Pai Tang Tu pada tahun 1980-an hingga 1990-an turut berlakon hampir 20 buah filem termasuklah dua filem yang belum ditayangkan lagi iaitu Husin Mon Dan Jin Pakai Toncit (arahan Mamat Khalid) dan Shh...Dia Datang (Saiful Apek).
Allahyarham juga pernah memenangi anugerah Pelakon Komedi Terbaik, Festival Filem Malaysia ke-9 (FFM9) pada tahun 1991 menerusi filem Mak Som.
Jenazah Allahyarham dibawa pulang dan dikebumikan di kampung halamannya di Tapah, Perak dan dikebumikan selepas solat Asar.




~ sama2 lah kita sedekahkan AL FATIHAH dan semoga rohnya dicucuri rahmat...


p/s:  terbayang lak lawak arwah dalam gambaq hantu kak limah dengan cara dia cakap yang 
slumber tapi tetap lawak...hhu...=\


★StArLiGht☆

★ 20 PERKARA YANG MEMBUATKAN WANITA BENCI LELAKI ☆

20 perkara yang membuatkan wanita benci lelaki :


1. MENINGGIKAN SUARA Tahulah mereka dikurniakan suara yang 'macho' tapi kalau nak meninggikan suara sekadar menunjukkan ego, tak eloklah. Ini antara kelemahan lelaki kerana mereka mudah meninggikan suara walaupun pasangannya tidak bersalah.


2. MAIN KAYU TIGA Bab main kayu tiga ni masalah paling besar. Walaupun dah ada kekasih, mereka sukar untuk setia. Apatah lagi kalau digoda, terus disambar tanpa mempedulikan perasaan kekasihnya.
View Image
3. SUKA 'CUCI MATA' Kebanyakan lelaki sukar mengawal mata (mata keranjang). Pantang jumpa perempuan cantik dan seksi mulalah mata tu macam nak terkeluar. Walaupun sedang bersama kekasih, si dia tidak akan peduli. Bagi mereka tidak salah kalau sekadar mencuci mata tetapi hati kekasih kenalah jaga juga cik abang!


4. MENGONGKONG Itu tak boleh, ini tak boleh, sikit-sikit nak kontrol. Segala gerak-geri kekasih dikawal, sampaikan nak berpakaian pun harus ditentukan. Kalau nak keluar ke kedai pun kena repot dulu, kalau tidak mulalah tercetusnya pertengkaran kerana hal sekecil itu. Tetapi, mereka akan melenting pula sekiranya aktiviti-aktiviti mereka disoal siasat oleh kekasih mereka... Macammana tu?


5. EGO Ini merupakan masalah paling ketara dan merimaskan kaum wanita. Keegoan dan lelaki memang tak dapat dipisahkan. Tetapi ada kalanya lelaki menjadikan keegoan sebagai alasan untuk mereka bertindak tanpa mempedulikan perasaan si gadis. Keegoan membuatkan lelaki mempunyai kuasa veto dalam kehidupan mereka termasuklah memimpin kaum wanita. Tidak salah mempamerkan ego tetapi biarlah kena pada tempatnya.


6. MENIPU Masalah yang ketara apabila lelaki suka menipu ataupun memberikan alasan yang tak munasabah. Sanggup memungkiri janji dan memberikan alasan yang mereka mempunyai masalah yang tak dapat dielakkan padahal sebenarnya mereka enggan melaksanakan janji mereka sendiri. Ada juga yang sudah berpunya tetapi mengaku solo. Berterus-teranglah wahai kaum lelaki kerana kaum wanita lebih menghormati mereka yang memiliki sifat berterus-terang ini. Sifat menipu dan suka berdolak-dalih ini lama kelamaan akan membuatkan semua gadis akan menjauhi anda.


7. PERASAN Aduhaiii... lelaki ini cepat perasan terutamanya jika mereka ini berkerjaya baik, berpenampilan menarik dan mempunyai wajah yang hensem. Boleh tu mengaku merekalah yang menjadi lelaki idaman para wanita. Tapi, mungkin pada pandangan seorang wanita mereka ini sederhana sahaja tapi mereka ini yang suka perasan lebih. Bukan semua wanita memandang pada paras rupa, kalau dah terlebih-lebih perasan tuu... Ada wanita yang lebih suka mengutuk dari memuji...


8. MEMENTINGKAN DIRI SENDIRI Susah juga kalau dapat yang mementingkan diri sendiri ni. Lelaki selalunya tidak mahu mengalah dan ingin menegakkan pendapat sendiri tanpa mempedulikan luahan pasangannya. Mereka juga suka mendahulukan kemahuan mereka dan jarang hendak mementingkan perasaan kekasih... Egolah katakan! Tidak semestinya pendapat kaum wanita ni tak boleh diguna pakai.


9. KURANG MEMBERIKAN PERHATIAN Lelaki kadangkala suka bertindak sambil lewa dan kurang memberikan perhatian tidak kira dalam apa jua urusan. Tetapi kalau urusan yang berkaitan dengan dirinya sendiri, pantas pula melaksanakannya. Jika berkaitan teman wanita, alamatnya... mereka kurang mengambil perhatian. Mengapa ya? Kaum wanita sebenarnya bukan minta diberikan perhatian 24 jam tetapi cukuplah sekadar pasangannya mengambil tahu akan dirinya kerana sifat semulajadi seseorang wanita itu yang ingin bermanja dan dimanjakan.


10. CEMBURU BUTA Orang kata cemburu tandanya sayang, tapi kalau cemburu tak tentu pasal dan memanjang saja cemburu, tentu rasa tak selesa juga. Agaknya lelaki yang kuat cemburu ni takut kekasihnya terlepas ke tangan kumbang lain kot. Harus diingat, bukan semua perempuan suka kekasihnya kuat cemburu. Tapi, ada juga sesetengahnya suka apabila teman lelakinya cemburu kerana seolah-olah teman lelakinya amat menghargai dirinya. Jangan cemburu buta sudahlah, malas jugak nak layan kadang-kadang!

Thursday, June 16, 2011

★Hikmah Air Mata☆ JOM MENANGIS UTK SIHAT :)

Mengapa Perempuan lebih banyak menangis daripada lelaki? Kajian ilmiah menetapkan bahawa perempuan lebih banyak menangis empat kali ganda berbanding lelaki. Ini kerana mereka memiliki kelenjar-kelenjar air mata yang bentuknya lebih besar daripada kelenjar-kelenjar air mata lelaki.


Para ilmuwan Amerika sampai pada kesimpulan bahawa menangis sangat berguna untuk kesihatan. Air mata yang asli, baik itu air mata bahagia atau air mata kesedihan dapat membantu mengembalikan keseimbangan kimia tubuh.


Perempuan lebih banyak menangis kerana mereka sering hanyut dalam tangisan. Mereka mengeluarkan tangisan dengan diiringi suara yang dapat didengar sebanyak 64 kali dalam setahun. Sedangkan lelaki hanya mampu menangis 17 kali dalam setahun.


Para ilmuwan berpendapat “ Jenis air mata yang mengalir akibat tekanan perasaan (emosi) dari segi bentuk dan fungsinya adalah berbeza-beza. Air mata jenis ini merupakan reaksi kimia yang muncul sebagai tindak balas atas gejala-gejala emosi yang bercampur dengan perasaan. Dengan demikian, ia lebih penting daripada protein.”


Menangis dapat meringankan kadar tekanan kejiwaan. Ini sangat berguna untuk kesihatan lebih-lebih lagi kita kerap mendengar pelbagai jebnis penyakit yang disebut sebagai penyakit tekanan jiwa.


Menangis faktor penyebab panjangnya usia kaum hawa


Para ilmuwan menegaskan bahawa menangis dapat menyebabkan panjangnya usia kaum hawa. Menurut mereka, air mata mengandungi peratusan racun yang dikeluarkan dari tubuh melalui tangisan. Perkara ini mengakibatkan tubuh akan bebas dari racun. Para ilmuwan dalam bidang kedoktoran jiwa menegaskan bahawa menangis dapat menyelamatkan perempuan masa kini dari ketegangan urat saraf yang ia alami akibat banyaknya permasalahan yang harus dihadapi ketika menjalani rutin kehidupan.


Para doktor pakar mata juga berpendapat bahawa air mata berfungsi membasuh mata dan mengosongkannya daripada kandungan racun yang muncul akibat tegangnya urat saraf perasaan dan emosi yang selalu datang silih berganti


Hormon berbicara yang dimiliki oleh kaum hawa


Perempuan memiliki hormon yang dipanggil oksinosin. Para ilmuwan menamakannya sebagai hormon pengendalian watak. Hormon ini dianggap sebagai faktor terpenting di sebalik fenomena bersembangnya kaum perempuan dengan teman-teman ataupun keluarga mereka untuk menghilangkan stress dan bukan cara menyembunyikan diri atau melampiaskannya dengan tindakan yang zalim seperti yang dilakukan oleh lelaki.Ini akan berhujung pada satu kesimpulan bahawa kaum hawa lebih sedikit menjadi Koran akibat kekacauan saraf atau lebih sedikit terjerumus ke dalam jurang kewujudan ubat daripada lelaki


Air mata yang termahal siapa yang punya?
Ibu
Ayah
Remaja
Orang yang dizalim


Rujukan: Dipetik dari buku hikmah terapi air mata menangis kerana Allah Karya Hasan bin Muhammad Ba’Mu’aibid diterjemahkan oleh Mohd Basri bin Yusof


copy dari SINI




p/s: bagi yang rasa sedih kecewa or ada tekanan perasan rajin2 lah menangis..hehe.. tapi jangan la tetiba ja nangis tak tentu pasal, org ingat apa lak....
tapi kan, bagi situasi aku, mata aku selalu keluarkan air mata x tentu masa..haha... memang orang ingat aku suka nanges ja... aku pon pelekz... ada sapa2 tau tak kenapa?? hhu...:)




 ★PeAcE StAR☆

★Tips: Kuatkan DayA Ingatan☆

Amalkan Tidur Yang Cukup


- 1/3 hidup kita dihabiskan dengan tidur. Namun ada orang yg suka tidur lewat atau mengabaikan tidur yg cukup. Badan perlu rehat. Keletihan hanya akan mengganggu maklumat/data yang telah disimpan oleh otak dan juga menjejaskan kemampuan untuk mempelajari sesuatu yg baru. Oleh itu, amalkan tidur yg cukup di malam hari kerana ia dapat membantu daya ingatan kita berfungsi.


Mengawal Tekanan


- Tekanan hanya akan membuat jiwa anda tidak tenteram dan menyebabkan kesihatan anda terganggu. Anda juga lebih cenderung untuk menjadi seseorang yang tidak peka dengan keadaan persekitaran. Anda tidak dapat berfikir dengan jelas dan daya ingatan anda juga terjejas. Oleh itu, kawal tekanan anda dengan baik seperti bermeditasi, membaca Al-Quran, yoga, sauna, aromaterapi dan sebagainya.


Berhati-hati Dengan Pengambilan Vitamin atau Makanan Tambahan


- Sesetengah produk yg dijual di kaunter atau farmasi tidak sesuai dengan kita. Ada yg kononnya dapat meningkatkan daya ingatan. Tetapi sebaliknya ada yg memberi kesan sampingan. Oleh itu, lebih baik jika kita mendapatkan vitamin yg diperlukan oleh tubuh badan kita dengan pemakanan yg seimbang atau rujuk dahulu doktor yg bertauliah sebelum?membeli makanan tambahan.


Bersenam


- Bersenam dapat menggerakkan otot-otot dan melancarkan peredaran darah ke otak. Oleh itu, daya ingatan kita juga akan menjadi lebih baik. Amalkan senaman walaupun sekadar berjalan kaki.


Elakkan Kemurungan


- Kemurungan dalam hidup akan menyebabkan hidup anda tidak ceria. Anda sentiasa berada dalam keadaan tidak segar dan rasa kecewa. Lama-kelamaan ia turut menjejaskan daya ingatan anda dan membuat anda tidak hirau dengan persekitaran anda. Ubatilah kemurungan sebelum menjadi serius dengan berjumpa psikiatri atau beramal-ibadah mendekatkan diri kepada Tuhan.


Awasi Pengambilan Ubat


- Daya ingat mungkin menjadi lemah dengan pengambilan ubat-ubatan tertentu seperti pil hormon, ubat darah tinggi, anti-kemurungan dan sebagainya. Jika anda menghadapi masalah daya ingatan disebabkan pengambilan ubat, konsultasi dengan doktor. Jangan mengambil ubat tanpa arahan doktor.


Belajar Sesuatu yang Baru


- Cubalah aktifkan pemikiran anda dengan mempelajari sesuatu yang baru misalnya Bahasa Jepun, kursus kemahiran jangka pendek, menjahit, atau menghadiri ceramah dan motivasi.


Permainan


- Bermain sesuatu permainan seperti board games dapat merangsang minda. Contohnya, catur, scrabble (Sahibba) dan Monopoli. Selain itu, teknologi sekarang lebih baik seperti permainan komputer dan Playstation. Pilihlah jenis permainan yang mencabar minda.


Banyak Membaca


- Jadikan amalan membaca sebagai kegiatan harian. Membaca dapat meluaskan pengetahuan, mengembangkan minda dan menajam daya ingatan. Cuba ingat sedikit-sebanyak fakta yang terkandung di dalam bahan bacaan.


Katakan Berulang Kali


- Untuk meningkat ingatan anda tentang sesuatu maklumat atau tarikh, katakan dengan kuat dan berulang kali sehingga anda benar-benar ingat akan maklumat tersebut.


Fokus


- Daya ingatan dapat dilancarkan sekiranya anda sering fokus dalam sesuatu, contohnya matlamat hidup. Anda juga dapat belajar fokus dengan menumpukan fikiran anda pada sesuatu perkara dan mencatatkan apa yang anda fikirkan.


Bermain Dengan Angka


- Asahkan minda anda dengan cuba bermain dengan angka seperti mengingati nombor telefon rakan-rakan. Selain itu, anda boleh menghubungkaitkan angka-angka tersebut dengan sesuatu bagi meningkatkan daya ingatan.


Membaca Al-Quran


- Sekiranya anda seorang Muslim, amalkan membaca Al-Quran walau sehelai muka surat setiap hari. Membaca Al-Quran dapat menerang jiwa, menenangkan perasaan dan menajamkan daya ingatan dengan lebih baik.


DARI : LOVE LOVE ISLAM

Wednesday, June 15, 2011

Apa nak jadi gan aku???!!

salam.... aku kehairanan lah... bila pegang buku ja wat keja ja mesti rasa mengantuk awal...
bila dapat buka internet mata nie main segar ja lagi....aduh3....
 buka muka buku fresh ja mata nie haa...
aishh...pelik3.... 
semalam aku leh tidoq kul 1 pagi, smbil on9 dan wat keja.... 
keja tue x wat bnyak sngat pon...
haha...:P


apa la nak jadi ??!!

Tuesday, June 14, 2011

☆ 3 dari 19 Ciri-ciri Wanita Idaman Lelaki☆



View Image

Hari ni aku tertarik dengan satu tajuk nie...."CIRI2 WANITA IDAMAN LELAKI"..
sure ramai gadis2 diluar sana nak tau kan?? 
jom2 kita baca bawah nie...:


1) Kecantikan Dalaman
Wanita yang tulen senantiasa berlemah lembut dalam perawakannya tetapi bersikap tegas dan meninggi di dalam prinsip dan nilaian hidupnya, hal ini adalah " kecantikan Dalaman " yang tiada tolok bandingnya...
Wanita ini tidak akan menjual maruah diri semata-mata utk wang dan kepentingan nya..
juga tidak akan menyerahkan diri mereka kpda nafsu semata-mata serta tidak akan meminta perkara yang mmg bukan miliknya...
"Kecantikan dalaman terpancar dari Hati yangyang Murni dan Minda yang sentiasa bersangka baik"
Allah Berfirman di dalam kitab al-Quran. "Sesungguhnya Allah menciptakan manusia dengan sebaik-baik kejadian" (at-Tin : 4)


2) Keanak-Anakan
Fitrah seorang lelaki mmg menyukai sifat seorang wanita yang "keanak-anakan" dan manja agar lelaki tersebut mudah berpranan sebagai seorang pelindung, tetapi sifat "keanak-anakan" tersebut tidak seharusnya melampaui batas sehingga menampakkan wanita tersebut tidak matang...
Suara merdu wanita juga mampu menambat hati lelaki, tetapi tidak seharusnya dipergunakan kemeduan suara itu untuk menarik hati lelaki sehingga merosakkan hatinya dan mampu didatangi bisikan-bisikan syaitan...
"Simpanlah kemerduan suara itu untuk suami apabila sudah bergelar isteri kelak."


3) Kecantikan
Kecantikan dan wanita mmg tidak dapat dinafikan, namun kecantikan itu biarlah dilunaskan oleh syara'.
Kecantikan wanita itu akan bertambah seri jika disulami dengan keIMANan dan KeTAQWAan.
Di antara kategori-kategori kecantikan wanita ialah:
"NAFSU mengatakan wanita itu cantik dari paras rupa..."
"AKAL mengatakan wanita itu cantik pada ilmu & kepandaiannya..."
"HATI menyatakan wanita itu cantik pada akhlaknya...."
Aku suka menyatakan agar simpanlah kecantikan diri itu untuk bakal suami dan bukan lelaki ajnabi bagi anda... 
Di antara tips menjaga kecantikan untuk bakal suami ialah:
*Memecahkan lemah ketika masih gadis supaya kelihatan langsing...
*Menjaga kesihatan dan stamina dengan beriadah...
*Menjaga kehalusan kulit dengan rawatan-rawatan tertentu...




p/s: bagi aku perempuan yang cantik adalah perempuan yang sempurna ibadah dan akhlaknya.. InsyaALLAH...serta peramah orangnya...hhe...:)


sumber : http://ayat2cinta.blogspot.com/2007/03/wanita-idaman-lelaki-siri-1.html

Sunday, June 12, 2011

★goodbye & gudluck Keah☆

assalamualaikum.... hari nie aku sedeh sbb kawan aku dah x study lagi kat KMK....=(
dia nak g SPA... ambik jurusan nursing... aku baru tau tadi ja kata dia nak pindah keluar dari KMK...aku terkejut jugak..mula2 ingat an dia men2, pastu tgk brang2 dia smua xda baru la aku tau kata dia nak kluar betul... sedeh gak la bila dpat tau...
dan tadi masa nak berpisah aku sempat snap gambaq dia sikit...
babak2 sedeh time dia nak balik meninggalkan KMK...:(


nie gambaq time dia time nak berpisah tadi.... dia nangis dan kami semua kat situ pakat nak nangis...tapi aiq mata aku kering, jd x da la nangis..ahah...:P


nama dia Syakirah dan kawan2 len panggil Keah... aku mula kenal dia on first day aku tiba di KMK...
keah kwan kpd kawan aku...(ada paham tak??) hha... tapi aku baik dengan dia mcam kami dua dah kenal 
1 2 tahun uh... time seminggu di KMK kmi semua ada orientasi....so time tue la yang aku rapat dgn dia... p mana ja kmi jalan dua.... kami gila2 sikit.... dia merapu dan aku terhegeh hegeh...(sdaq xpa..):P 
p mana ja aku p gan dia dan sorang g kawan aku Miza... actually Keah nie budak skolah lain... dah aku baik dgn dia, aku pon join la dgn budak skolah dia... serius wat muka x tau malu...(almaklum la aku friendly) hahaha...:P  then minggu kedua aku dah jarang jumpa dia cos dia ambik jurusan len dan masing2 busy masuk kelas masing2...
kadang2 malam aku g la lepak bilik dia and Miza... g study dan merapu sama2.... serius dok dgn depa nie aku jd merapu dan x boring...dok menyanyi  la...study x tera mana pon...hingaq ja...ahaha...  lani tinggal Miza sorang ja dalam bilik xda peneman ...huhuuu..ksiaan Miza.:(


jom2 tgk gambaq laen g...:)


 syad,keah,arina

 keah with me....:)

sue dan keah...

ok...nie semua satu skolah dan aku ja sesat kat situ...
btw, aku la yg snap pic nie...hhe...:P




k lah aku nak sambung tutorial Kimia... tp mata lali mengantok dah nie...huu...:(


~to Keah gudluck dan take care di mana saja anda berada.... study ajin2... nnti jadi nurse leh la nak p mrawat gan ang noh...hehe..:P 
gonna miss you....walaupon aku kenal ang sat ja tapi aku rasa dah macam kita kwan lama pon dan ang pulak dah x da kat KMK lak.... x syiok la...:(    
tp pa2 pon all the best dear....=)


p/s: jangan lupa aku tau..ieratinted..:)


TAkE CArE and MiSs yOU

Friday, June 10, 2011

★Selagi Ada Rindu☆

salam....semalam aku baru habiskan sebuah novel tebal yg bertajuk "SELAGI ADA RINDU"
sebenarnya x hbis pon aku baca...aku baca dah tengah2 buku dah pastu jump to bab yang last sekali..ahaha...
bkn apa, aku baca novel lambat pastu hari nie nak kena pulang semula ke KMK tue yg malas nak baca semua last2 p baca ending truih.... as usual ending dia happy ending...mcm cerita fairytale tue...hehe...
novel nie best la jugak... cerita dia len dari yang lain....sapa2 yang minat g la beli kat kedai yang berdekatan...hehe...:P


>>yang aku suka dalam novel nie bila penulis dia kata<<


" SELAGI ADA RINDU,KAU TETAP DI HATIKU"

=P

☆Jom Kenali pedalaman KEDAH★☆

Assalamualaikum...hari nie aku nak kongsi pemandangan dari 
ulu Kodiang ---> Sanglang ----> Jerlun ---> Alor Setar....


Khamis lepas aku balik dari kolej matrikulasi iaitu di Changlun dan ayah aku bawa aku dan family aku jalan2 melalui kampung2 yang ada .... kami sebenarnya nak ke Alor Setar tapi ayah aku saja guna jalan lama yang jauh.... padahal ada highway sat ja sampai...huhu...
actually aku first time sampai ke Kodiang, Tunjang, Jerlun, Sanglang, Megat Dewa, Ayer Hitam dan len2 tempat lagi la... sekarang kira aku dah smpai dah la ke kwasan pedalaman Kedah...haha...bkn senang nak p kot sana.... nak tau x?? selalunya org x suka p kawasan pedalaman sebab kata ulu la apa laa...tapi aku excited p sana.... aku lagi suka pemandangan kampung dari bandar yang pesat tue...ahah... sepanjang perjalanan aku keja snap gambaq ja... serius aku kagum bila tgk bnyak gunung2 yang ada... aku baru tau yang kat Kedah nie ada bnyak gunung ganang selain Gunung Jerai...ahah... gunung kat Kodiang xda la besaq2 pon, tapi gunung2 dia semua setompok setompok dan cantik..perjalanan kami dekat2  20km gak nak sampai umah aku....baru aku tau betapa jauhnya tempat2 nie ke Alor Setar..ahah,...


 >>>jom2 tgk gambar,...


 langit yang tenang...:)
 yg nie paling aku suka...gua batu kapur kot..:P
cantik x??

 bila zoom akn nmpak pembentukkan gua tue...serius aku kagum...=)
(kat aloq staq xdak, tue aku peghaq sikit) haha.... 
 we go straight to Sanglang..
(xda apa sngat, umah org penuh la)

nie bukit kedua or ketiga yg aku nampak..
(cantikan dengan pemandangan sawah padi)


yang nie gunung len pulak...nama pa pon aku x tau...haha..

kat sini la padi dihasilkan kat Kedah nie...ada bnyak gak kilang...
nama pon negeri Jelapang Padi...:P



hamparan sawah padi....i likee..=)
tenang ja bila tgk hijau2 padi nie...luas jugak..
kat Aloq Staq bendang x bnyak dah, abih dibngunkan dgn perumahan...hhu..

and last destination is to Alor Star 
(my place sweet home)

View Image
menara Alor Setar... kat negeri len xdak...Kedah ja ada selain Kl
hehe...nie la keistimewaan Alor Star...

View Image
MASJID ZAHIR...unik seni bina masjid nie...


k, sampai sini ja aku cerita pasal Kedah... actually ada bnyak g tempat2 yang aku pon belum sampai..
nama ja anak Kedah, tapi x berjalan p mana pon...ahaha...



"SaWaH pAdI dAN KLCC x dAPat disAtUkAN"




p/s: bateri lappy dah kong, charger p mana xtau,.. aku kena off cpat2..ahaha...



★JOM PAKAT MAI KEDAH☆
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...