Followers

Wednesday, June 27, 2012

☆PHOTO: Jalan2 di Lumut☆

nie hari sebelum bertolak... buat syok sat dengan adik aku...haha

bila dah sampai perak... urghh, semua merungut mana la Lumut nie, x sampai2 lagi...
dekat 100km dah tak sampai2 lagi... aku dah tak larat tengok pokok kelapa dan hutan..!!


sampai perlabuhan Pangkor kot... langsung tak teruja sebab cuaca panas dan jerebu...
panas teruk..Alor Setar sejuk lagi... sabar je laa...huhu...

tau dak pokok hantu??? yang aku bulat tue la pokok hantu...
adik aku panggil  pokok hantu sebab malam2 bila tengok macam hantu terbang..ahah

 
KLIK READ MORE..untuk tengok lagi.. ^_^

Saturday, June 23, 2012

☆Esok nak pergi bercuti...:P

Assalamualaikum dan selamat pagi cinta... hahaha....
mengarut ja tetiba cinta2 nie...x da dalam kamus hidup la pulak, hehe.... ada pun tapi kamus tue dah koyak rabak into a pieces.... huhuhu... babai cinta,...

hahaha... apa aku merapu meraban tah, bila jari menaip mmg habis segala isi dalam otak nie nak keluar...memandangkan ini blog public better jangan keluar isi semua sangat, kena sekat2 jugak... haha...:P
sebenarnya aku tak ada point nak update entry hari nie, haha.... haa, btw, esok aku dan famili nak bertolak ke negeri Perak... kan tahun nie tahun melawat Perak sebab tue nak p sana..hahaha....
ermm., jangan mimpi aku dgn famili nak p bercuti melainkan ada function dan hal2 tertentu saja.. dan hal tertentu untuk kami nak pegi sana sebab adik aku laki sorang nie dapat sambung mengaji kat sana... IKM LUMUT PERAK nama diberi....haha.. LUMUT tau kan kat mana??? tau kan sekitar Lumut ada eko pelancongan yang fames... iaitu dekat dengan Pulau Pangkor...hehe... actually aku baru tau saja bila di google map kan... haha... teruk aku..huhu... dan ramai orang kata Pulau nie best, aku tak tau la lagi macam mana keadaan dia, tengok kat tv ja macam best... nak tau best sbb apa?? sbb nya dia pulau dan dikelilingi oleh air biru laut yang tenang... dan best partnya boleh snorkling... waaa, aku teringin sesangat nak snorkling dan scuba diving... mmg dari kecik aku suka bab2 swimming air nie, setakat diving dalam kolam renang ja boleh la tapi nampak jubin2 tile2 kolam tue ja la kan..haha.. kalau kat laut siap dengan ikan, coral, segala fauna2 yang ada.... cantik beb, LIKE3...
btw, aku tak sure lagi yang kami akan singgah ke pulau pangkor ka tak nanti..haha... berangan ja lebih....huahuaa..... kalau tak boleh esok lusa nie, maybe bulan2 lain boleh kot... nama pon adik belajar sana,... mesti selalu singgah sana punya...haha...
errm.... point yang aku nak sampaikan pon aku tak tau sangat nie... nak habaq kata nak p bercuti la kot esok.... 3 hari 2 malam saja... haha... maklumla dah lama aku tak p bercuti dengan famili... excited sat.. harap2 best la kan...huhu... aku dengan adik aku  yang sorang lgi pulak pack baju terlebih, yang nak p belajar sana tue boleh relax ja lagi.... tadi aku dengar dia keluar bilik dan tak tido lagi, katanya tak boleh tidoq... hahaha.... tue mesti resah gelisah sebab nak beljar jauh dari rumah.. sebelum nie dia x pernah duduk asrama or belajar jauh... aku nie yang nampak manja pon, masuk gak asrama sekolah, p jugak plkn, masuk matrik pula kan... haha... relax saja, tidoq lena srupa tue...haha...
lani aku pulak yang tak tidoq.... bukan apa, ayah aku kata nak bertolak lepas subuh, so aku yang selalu tidoq lewat nie mmg plan untuk tak mau tidoq malam nie... tadi ada lena sat sejam macam tue... huhu... nie dah rasa mengantuk balik, plan tak mau tidoq tue macam nak KIV ja dulu...hahaha...

~tak boleh belah tajuk entry aku... aku baru create tajuk lepas tulis panjang2 nie... mmg selalu aku suka tulis dulu then baru pkior nak letak tajuk apa...hahaha... macam aku nak makan nasi, aku letak kuah2 berbagai kuah aku letak sampai lencun nasi tue and at last baru decide nak makan lauk apa...ahahha....

k la adios, entry nie aku taip dan lagu BILA CINTA ost Lagenda Budak Setan dimainkan dalam enset aku...huhu...
nak tau kenapa lagu nie sila lihat entry nie>>BILA CINTA...haha....


☆Bila Cinta....☆

Assalamualaikum dan selamat pagi cinta,

haa... entry pon tajuk BILA CINTA... bunyi macam persoalan bila cinta?? tapi entry kali nie BILA CINTA merujuk kepada lagu ost Lagenda Budak Setan tajuk lagu Bila Cinta...huhuhu....
macam mana aku boleh dengar dan end up nak buat post pasal lagu tentu ada sebabkan... sebabnya aku mimpi, dalam mimpi tue aku asyik nyanyi lagu nie saja, dan tiba2 ada sorang laki tue... aku tak sure sangat sapa dalam mimpi tue dia menyanyi balik lagu nie.dan macam tujukan untuk aku saja.... wuaaa, bila baca balek lirik tue macam .... teettt.... tak tau nak kata apa sebab aku pon baru nak belek lirik tue sampai habis...hahaha... lagu nie agak lapok dah, 2 3 tahun lepas rasanya lagu nie, entah la sebab aku tak tengok cerita Lagenda Budak Setan tue sbb buzy nak study, dok kata nak tengok tp tak tertengok pon sampai la sekarang... lagu nie pon aku tak pernah suka dan jarang sama sekali nak dengar... tak tau macam mana dalam mimpi tue aku boleh dok pkiaq dan menyanyi lagu tue... dan lagu tue asyik berkumandang dalam telinga aku...hahaha...

jom tengok sat lirik dia, aku pon tak tengok habis g...haha...

Bila cinta kini
Tak lagi bermakna
Yang ku rasa kini
Hanyalah nestapa
Ditinggalkan cinta masa lalu

Dulu kau tawarkan
Manisnya janjimu
Yang ku sambut itu
Dengan segenap hatiku
Hingga engkau pergi
Tinggalkanku
Chorus
Hilangnya cintamu
Menusuk hatiku
Hingga ku memilih
Cinta yang fana

Perginya dirimu
Merobek jantungku
Hingga ku terjatuh
Dalam harapan

Ku sebut namamu
Di setiap doaku
Bangkitkan setia
Kenangan tentangmu
Yang ku dapat
Hanyalah bayangmu
Ulang Chorus 2x

  
perghh... gelak sat bila baca lirik nie..hahaha.... kenapa kenapa lagu niee??? 
huhu... serius hampeh.... yang part nie macam diboldkan dalam mimpi aku...

Perginya dirimu
Merobek jantungku
Hingga ku terjatuh
Dalam harapan

nie kes tidoq tak cukup tido, matahari dah nmpak baru nak tidoq..huhu...~Babai Cinta..nak tidur...hahaha..


 

Wednesday, June 20, 2012

☆Photo: Koleksi Bunga☆

Assalamualaikum...
kali nie aku nak post pasal bunga bunga dekat Malaysia nie... basicly dekat rumah aku saja..hehe...
rumah aku ada beberapa jenis bunga, yang paling aku suka bunga orkid yang ayah aku tanam sendiri...:D

 ANTARANYA:

Bunga Orkid




nie akar2 dia yang menjalar di sekeliling tiang rumah, setiap tiang ada bunga orkid...^_^

Bunga Raya

kitar hidup bunga raya...:)



 Bunga Tahi Ayam
 
walaupun nama dia tak sedap tapi bunga dia cantik dan warna warni...
kenapa la orang letak nama bunga tahi ayam eh?? 0,o 

Bunga Ros

bunga ros my favourite... syok tengok bunga nie..hehe..bunga ros ada pelbagai warna..
teruja gila tengok...semua cantik...:D
tapi kat rumah aku tak ada la, nie gambar aku ambil kat cameron...^_^


p/s: semua gambar diambil dan diedit oleh saya sendiri,...Sekian Terima Kasih kerana mengunjung....:D


Friday, June 15, 2012

Wanita Wajib Baca☆13 Perkara yang perlu dijaga☆



1. Bulu keningMenurut Bukhari, Rasullulah melaknat perempuan yang mencukur atau menipiskan bulu kening atau meminta supaya dicukurkan bulu kening.
(Petikan dari Hadis Riwayat Abu Daud Fi Fathil Bari.)


2. Kaki dan semacam hantu locengDan janganlah mereka (perempuan) membentakkan kaki (atau mengangkatnya) agar diketahui perhiasan yang mereka sembunyikan – (Petikan dari Surah An-Nur Ayat 31.) Keterangan : Menampakkan kaki dan menghayunkan/ melenggokkan badan mengikut hentakan kaki terutamanya pada mereka yang mengikatnya dengan loceng…sama juga seperti pelacur dizaman jahiliyah ….

3. Wangian Siapa sahaja wanita yang memakai wangi-wangian kemudian melewati suatu kaum supaya mereka itu mencium baunya, maka wanita itu telah dianggap melakukan zina dan tiap-tiap mata ada zinanya terutamanya hidung yang berserombong.
(Petikan dari Hadis Riwayat Nasaii, Ibn Khuzaimah dan Hibban.)

4. DadaHendaklah mereka (perempuan) melabuhkan kain tudung hingga menutupi bahagian hadapan dada-dada mereka.
(Petikan dari Surah An-Nur Ayat 31.)

5. Gigi Rasullulah melaknat perempuan yang mengikir gigi atau meminta supaya dikikirkan giginya – (Petikan dari Hadis Riwayat At-Thabrani) Dilaknat perempuan yang menjarangkan giginya supaya menjadi cantik, yang merubah ciptaan Allah.
(Petikan dari Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim.)

6. Muka dan leher Dan tinggallah kamu (perempuan) di rumah kamu dan janganlah kamu menampakkan perhiasan mu seperti orang jahilliah yang dahulu. Keterangan : Bersolek (make-up) dan menurut Maqatil sengaja membiarkan ikatan tudung yang menampakkan leher seperti orang Jahilliyah.

7. Pakaian yang nipis (jarang)Asma Binte Abu Bakar telah menemui Rasullulah dengan memakai pakaian yang tipis. Sabda Rasullulah: Wahai Asma! Sesungguhnya seorang gadis yang telah berhaid tidak boleh baginya menzahirkan anggota badan kecuali pergelangan tangan dan wajah saja (Petikan dari Hadis Riwayat Muslim dan Bukhari.)

8. TanganSesungguhnya kepala yang ditusuk dengan besi itu lebih baik daripada menyentuh kaum yang bukan sejenis yang tidak halal baginya.
(Petikan dari Hadis Riwayat At Tabrani dan Baihaqi.)

9. Mata Dan katakanlah kepada perempuan mukmin hendaklah mereka menundukkan sebahagian dari pemandangannya. (Petikan dari Surah An Nur Ayat 31)
Sabda Nabi Muhamad SAW, Jangan sampai pandangan yang satu mengikuti pandangan lainnya. Kamu hanya boleh pandangan yang pertama sahaja manakala pandangan seterusnya tidak dibenarkan hukumnya haram.
(Petikan dari Hadis Riwayat Ahmad, Abu Daud dan Tirmidzi.)

10. Mulut (suara)Janganlah perempuan-perempuan itu terlalu lunak dalam berbicara sehingga berkeinginan orang yang ada perasaan serong dalam hatinya, tetapi ucapkanlah perkataan-perkataan yang baik (Petikan dari Surah Al Ahzab Ayat 32.)
Sabda SAW, Sesungguhnya akan ada umat ku yang minum arak yang mereka namakan dengan yang lain, iaitu kepala mereka dilalaikan oleh bunyi-bunyian (muzik) dan penyanyi perempuan, maka Allah akan tenggelamkan mereka itu dalam bumi.
(Petikan dari Hadis Riwayat Ibn Majah.)

11. KemaluanDan katakanlah kepada perempuan-perempuan mukmin, hendaklah mereka menundukkan pandangan mereka dan menjaga kehormatan mereka.
(Petikan dari Surah An Nur Ayat 31.)
Apabila seorang perempuan itu solat lima waktu, puasa di bulan Ramadan, menjaga kehormatannya dan mentaati suaminya, maka masuklah ia ke dalam Syurga daripada pintu-pintu yang ia kehendakinya. (Hadis Riwayat Riwayat Al Bazzar.)
Tiada seorang perempuanpun yang membuka pakaiannya bukan di rumah suaminya, melainkan dia telah membinasakan tabir antaranya dengan Allah.
(Petikan dari Hadis Riwayat Tirmidzi, Abu Daud dan Ibn Majah.)

12. PakaianBarangsiapa memakai pakaian yang berlebih-lebihan terutama yang menjolok mata , maka Allah akan memberikan pakaian kehinaan di hari akhirat nanti.
(Petikan dari Hadis Riwayat Ahmad, Abu D , An Nasaii dan Ibn Majah.)
Petikan dari Surah Al Ahzab Ayat 59. Bermaksud : Hai nabi-nabi katakanlah kepada isteri-isterimu, anak perempuanmu dan isteri-isteri orang mukmin, hendaklah mereka memakai baju jilbab (baju labuh dan longgar) yang demikian itu supaya mereka mudah diken ali . Lantaran itu mereka tidak diganggu. Allah maha pengampun lagi maha penyayang.
Sesungguhnya sebilangan ahli Neraka ialah perempuan-perempuan yang berpakaian tetapi telanjang yang condong pada maksiat dan menarik orang lain untuk melakukan maksiat. Mereka tidak akan masuk Syurga dan tidak akan mencium baunya. (Petikan dari Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim) Keterangan : Wanita yang berpakaian tipis/jarang, ketat/ membentuk dan berbelah/membuka bahagian-bahagian tertentu.

13. Rambut Wahai anakku Fatimah! Adapun perempuan-perempuan yang akan digantung rambutnya hingga mendidih otaknya dalam Neraka adalah mereka itu di dunia tidak mahu menutup rambutnya daripada dilihat oleh lelaki yang bukan mahramnya.
(Petikan dari Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim.)

Riwayat Imran bin Hushain ra.:
Bahwa Rasulullah saw. bersabda: Sesungguhnya penghuni syurga yang paling sedikit adalah kaum wanita. (Shahih Muslim No.4921)

 
 
 


 
p/s: sumber diambil dari FB... sila share ya kepada mulsimin di luar sana...:D

Thursday, June 14, 2012

☆Bintang yang tenang☆

ASSALAMUALAIKUM...

klik pada gambar untuk pembesaran kalau nak baca apa yang tulis dekat gambar..^_^....
(btw, gambar tak lawa pon...)

  
this is what we call STARS glow in the dark...:D 

just to add...:D ada binatang apa tak tau terbang atas camera aku 
jadi kesan putih kat atas tue...^^



bila tension ja aku tgk langit.... tadi buka fb tiba2 jadi hangat dan sakit hati semacam(Ada la sebabnya)... urghh, terus aku lari keluar tgk langit, luckily dan alhamdulillah ada bintang.... dah lama aku tak tgk bintang sebab musim hujan dan awan tebal....:(
tadi dapat juga aku tengok, mood dari marah dan sakit hati terus tukar jadi happy bila tgk keindahan ciptaan ALLAH pada waktu malam nie..keluar juga air mata aku...huhu... lepas tue p keluar sorang2 tangkap gambar langit... tak kisah lah gelap ka x, malam jumaat ka x, janji aku dapat tengok dan happy....

 ~tengah ada problem niee... aku perlukan kawan ... :(

layan lagu LOVE RAIN ~ 

Because it is you :::



☆pe[A]ce[S]tar[Z]☆

☆Gambar Kucing Comel☆




 










 


  kucing nie la jadi teman aku kat rumah waktu pagi... aku cakap dengan dia macam cakap dengan orang jaa... kalau orang tgk sure nampak pelik...huhu... aku tak tau la macam mana orang boleh tak suka kucing yang comel dan lembut nie...huh....

Sunday, June 10, 2012

☆Bicara Hati☆

Assalamualaikum wahai blog tercinta...huhu...

walaupun aku suka blog nie tapi dah lama aku tak menjenguk dan update disini... agak rindu dengan blog, traffic semakin jatuh.... huhuu....
hari ni aku nak update pasal hati dan perasaan yang membelenggu sepanjang dua tiga minggu nie... huhu... x tau nak luah kat mana...haha... (aku suka buat teruk) :P

mula2 risau dan susah hati pasal result matrikulasi... dan dah dapat result, alhamdulillah... lepas result pula kena isi UPU fasa 2... hanya ALLAH ja yang tahu perasaan dah hati ini... isi upu pon aku mengharap sangat aku dapat UTM... aku tau result aku tak sehebat mana sangat, but still i want to be with you... aku rindu kawan2 aku... semua dapat result hebat2, sure yang apply UTM ka USM ka sure depa boleh masuk sana...hmm... sedih...aku x mau berpisah dengan kawan2 aku...walaupun aku senang buat kawan, tapi aku rasa aku ni macam tak diperlukan bila dah berjauhan.. tak prnah pon depa nak contact aku... i know i am not a perfect person like them all, i easy to cry when think of them... dunt know why, their seem to be further from me.. the only one that can understand me..
aku harap kita dapat berjumpa dan berkumpul balik...huhu...

style aku, aku suka mengundurkan diri dari situasi tak kira la apa pon, tapi kalau masalah yang aku create aku akan selesaikan melainkan orang yang suka cari masalah dengan aku... sebab aku tak suka memanjangkan cerita dngan menyoal KENAPA JADI MACAM NI??  buang masa ja bila nak terhegeh hegeh tanya dia, ada perkara yang patut kita tanya dan tidak... akhirnya jangan menyesal bila perkara lama difikirkan balik... huhuu....
sebab tue aku rasa orang suka mempermainkan aku....
~ apa aku fikir mungkin semuanya ada hikmah dan Allah dah atur yang terbaik untuk aku...
~walaupun aku suka gelak, tak bermakna aku happy...

☆Lyrics: Starlight Tears [eng version] ☆


 VERSE 1:
From the first time we met, I knew we would be friends
You had a different air than others that I knew
I am also alone in this world I’ve come to know
Finally, I’ve met someone like you
I know that I might’ve been a bit cold at times
But that was just the way I dealt with all my fears
You took the first step to show I don’t have to be alone
And now I, I know I love you
CHORUS:
I will be waiting for you
Don’t care how long it may take
I will always be right here
When you need to laugh or cry
You let me know
When you are ready to love
And I will rush to your side
To sweep you into my arms
VERSE 2:
Maybe one day you’ll know the love that I’ve kept inside
I know love comes with pain; it’s so hard to erase
All that I’m asking is for you to let me stay here
Don’t be scared; you can lean on me
Repeat Chorus
BRIDGE:I know I’ve found the one when I look into your eyes
I will wait by your side till you can give me your heart
Repeat Chorus


p/s: lagu tema blog ini.. ^_^ 

Thursday, June 7, 2012

☆Subjek Sains Komputer kat matrik☆

salam.... dan selamat pagi, jam sekarang menujukkan pukul 3.40 pagi... erghh still fresh walaupun mengantuk dah...haha...
time cuti mmg aku tdoq siang malam berjaga...:P

k, nak update secara ringkas dan padat pasal sains komputer... ada orang tanya macam mana nak study sains komputer?? 

jawapan dia... serius aku cakap, aku tak study sangat sains komputer... dalam kuliah tidur atau dengar lecturer cakap masuk telinga kanan keluar telinga kiri..haha..DAN JANGAN TERKEJUT BILA KULIAH SAINS KOMP. hanya SUKU PELAJAR saja yang masuk dalam kuliah...haha... mmg teruk...  terus terang, aku sendiri tak tau macam mana nak study sains komp. so jangan tiru aksi ini k... hehe
apa2 pon subjek sains komp tak la begitu senang macam orang lain sangkakan... subjek nie banyak membaca, mengingat dan semestinya kena hafal banyak... kalau sem 1, banyak kena lukis diagram an kira formula yg ada berkenaan komputer... seriusly tak susah tapi susah nak score bila exam...huhu...
dan satu cara nak dapat A subjek nie, bila ada kuiz dan test perform la elok2... nanti markah2 kuiz dan test akan dibawa ke final... insyaallah akan dapat A final result...huhu...
kalau sem 2 nie... memang subjek nie banyak orang garu kepala dan ergh....macam nak give up bila berhadapan dengan topik PROGRAMMING C++ .... tajuk nie pasal apa??? kenapa orang pening???
jangan tanya soalan nie, sbb anda akan tahu bila jumpa tajuk nie.... first mmg nampak mudah, but yet it is more complicated and difficult if you learn more about this topic...huu... frankly speaking....
kepada budak2 yang minat dengan  komputer mungkin tak jadi masalah dengan topic nie... dan mostly lelaki banyak faham dan cepat menguasai tajuk nie.... kepada gurlz yang ambik sains komputer jangan rasa kecundang pulak... just beat with them like me...haha....

to sum up, subjek nie tak susah sangat, kena ada minat dan rajin membaca serta mengetahui selok belok komputer.... tue saja... DAN JANGAN LA SKIP KULIAH, TIDUR DALAM KULIAH DAN MELAWAN LECTURER... tak dapat berkat memang susah nak belajar.. walaupon kita pandai sekali pon...huhu...


p/s: ingat lagi..aku study sains komp. bila rasa nak tidur, baru ambil nota2 yang ada baca dan terus tertidur..haha.... lepas tue esok lusa nak exam sains komp baru kalut cari lecturer dan baru bunyi "oOOoOOOO....Mcam nie kaa...selama nie xtau pon..."  haa....  mmg gila gak, last2 minit lagi 2 hari nak exam aku dan kawan2 bru tau cara nak jawab soalan sains komp....hahhaha...lawak...!!!
dan cubical sains komp. akan penuh students bila nak exam...hahaha....(kenangan di matrik)
nasib aku dapat sains komp A- sem nie...huhu.... alhamdulillah....:D

~sekian sahaja.... terima kasih...:D

Sunday, June 3, 2012

night shooting

location: my lovely house...
just try to shoot at night..bu it seem trouble..haha..











bila boring dan nak tenangkan diri sure akan duduk kat sini, sebelah kolam ikan..
feel cool and calm here with a nice garden made by my daddy...:D

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...