Followers

Tuesday, July 31, 2012

Perkara Yang Membatalkan SOLAT

Dah lama tak post pasal bab2 agama...nak mengaktifkan balik blog nie..hehe...

kita selalu solatkan dan kadang2 kita tak tahu sama ada kita buat tu betul ke tak dan ALLAH terima ke tak, tadi ada terbaca artikel mengenai perkara yang membatalkan solat, jadi aku nak kongsikan kepada semua agar kita tak lalai dan ambik mudah dengan solat kita.


  1. Tidak berdiri lurus. Berdiri lurus bagi yang berkemampuan merupakan salah satu rukun solat. Apa yang diperhatikan, seseorang yang sakit tidak berdiri lurus semasa solat. Mereka terus duduk, tanpa berdiri lurus. Sewajibnya, mereka berdiri lurus dahulu, kemudian, barulah mereka boleh duduk. Ini adalah kerana mereka masih boleh berdiri dan berjalan! Macam mana mereka ke masjid sekiranya mereka tidak boleh berjalan? Perkara ini terkecuali sekerinya seseorang itu memang betul-betul tidak mampu untuk berdiri
  2. Takbiratul Ihram dilafazkan dengan salah. Contohnya, bertakbir dengan lafaz ﭐﷲ di mulut, dan ﺃﻛﺒﺮ di dalam hati. Walhal, lafaz takbiratul ihram adalah RUKUN QAULI, maka, ia WAJIB dilafazkan 100% di mulut tanpa meninggalkan satu hurufpun dalam kalimah ﭐﷲ ﺃﻛﺒﺮ . Selain itu, sekiranya makhraj lafaz takbiratul ihram ini salah, maka ia boleh juga membatalkan solat. Contohnya, melafazkan takbiratul ihram dengan suara angin (seperti suara orang berbisik).
  3. Terdapat kesalahan dalam al-Fatihah. Al-Fatihah merupakan RUKUN QAULI yang wajib dilafazkan 100% oleh mulut dengan makhraj dan tajwid yang betul. Sekiranya membaca al-Fatihah dalam hati atau menggunakan suara angin, maka, ia boleh membatalkan solat.
  4. Tidak thomakninah (berhenti seketika) dalam rukuk dan sujud. Kadar minimum untuk rukuk dan sujud adalah dengan kadar lafaz “subhanallah”. Maksud hadis:
“Seburuk-buruk pencuri adalah orang yang mencuri dalam solatnya.” Sahabat bertanya, “Bagaimana caranya mencuri solat itu wahai Rasulullah?”
“Yaitu, yang tidak menyempurnakan rukuk, sujud dan bacaan di dalam solatnya” (HR Ahmad)
  1. Sujud yang tidak sempurna, anggota sujud tidak dikenakan ke atas lantai. Tujuh anggota sujud tersebut adalah: muka (termasuk dahi dan hidung); kedua tapak tangan; kedua lutut dan penghujung 2 tapak kaki (ibu jari), sebagaimana sabdanya yang bermaksud:
“Aku telah memerintahkan agar sujud keatas tujuh tulang: keatas dahi, dan beliau mengisyaratkan ke hidungnya, 2 tangan, 2 lutut dan pada penghujung 2 tapak kaki (ibu jari).” (Muttafaqun ‘Alaih)
  1. Lafaz tahiyyaat akhir yang salah. Perkara ini merupakan antara kesalahan yang amat biasa dilakukan tetapi ramai yang tidak menyedarinya. Lafaz tahiyyaat wajib disebut dengan makhraj yang betul kerana ia adalah rukun qauli. Sekiranya lafaz tahiyyat itu dilafazkan dengan suara angin juga, ia akan membatalkan solat. Namun begitu, amat sukar untuk diterangkan berkaitan lafaz tahiyyat akhir yang betul di dalam ruang yang terbatas ini. Sebaik-baiknya, rujuklah guru agama yang hak.
  2. Lafaz salam dibaca dalam hati, dilafaz dengan suara angin, atau melafazkan salam dengan makhraj dan huruf yang salah juga boleh membatalkan solat. Lafaz yang tepat adalah ﭐﻟﺴﻼﻢﻋﻠﻴﻜﻢﻭﺭﺣﻤﺔﭐﷲ (assalaamu’alaikum warahmatullaah). Sekiranya menyebut “asalaamu’alaikum”, “salaamu’alaikum”, menukar huruf ﻉ kepada ﺃ, huruf ﺡ kepada ﻫ, atau apa sahaja sebutan yang selain daripada ﭐﻟﺴﻼﻢﻋﻠﻴﻜﻢﻭﺭﺣﻤﺔﭐﷲ , ia akan membatalkan solat. Menyebut salam dalam hati juga boleh membatalkan solat, kerana lafaz salam pertama adalah rukun qauli, ia WAJIB dilafazkan 100% oleh mulut dengan makhraj dan tajwid yang betul.
  3. Tangan berayun-ayun semasa i’tidal. Pergerakan anggota besar 3 kali berturut-turut boleh membatalkan solat. Tak tahulah kenapa orang suka sangat ayun tangan semasa i’tidal, yang macam buayan tu.
  4. Tidak berhenti seketika, yakni i’tidal selepas rukuk.
  5.  Dada berpaling dari kiblat

“Amal seorang hamba yang pertama kali dihisab kelak ialah solat, jika solatnya rosak, maka amal lainnya pun akan rosak.” (HR Thobrani)

sumber diambil dari fb..=,="

Ramadhan:☆Aku rindu hero aku..☆

Assalamualaikum dan salam Ramadhan,

 dah hari ke sebelas kita berpuasa dan aku baru nak update pasal Ramadhan.. harap tak terlambat untuk mengucapkan SELAMAT BERPUASA kepada semua umat Islam di seluruh dunia...


hari ni 31 Julai dengar kata adalah HARI PAHLAWAN bagi penduduk Malaysia, jadi aku teringat ayah aku yang merupakan HERO dalam hidup aku dan family aku... bila awal2 puasa dan berbuka puasa hari tue pada 1 Ramadhan memang terkilan sangat bila hanya 4 orang saja yang duduk dan makan bersama, sorang ada kat Lumut dan yang paling terasa bila ayah aku tiada di sisi kami waktu makan, kami hanya mampu berdiam dan makan dengan tenang, tapi aku tau masing2 rasa sedih terutamanya mak aku la...
sapa yang tak terasakan kalau orang yang selalu ada bersama kita tiba2 tiada dan keadaan dah berubah sikit, rumah jadi sunyi dan tak semeriah dulu waktu adanya arwah ayah aku... serius aku rindu sangat2 kat dia... sekarang baru aku tau bertapa penatnya menjadi seorang ayah macam ayh aku tue... dia seorang ayah yang sanggup berkorban demi keluarga, macam2 dia boleh buat, mmg aku kagum dengan dia... bab masak, elektrikal, paip, tanah tanih, bertukang kayu atau besi, buat decoration, editing gambar, buat perabot guna kayu dan macam2 lagi lah... semua nie ayah aku boleh buat tanpa bantuan orang lain, aku cukup kagum dengan Baba... dan paling2 kagum bila ayah aku sanggup menghantar dan mengambil kami adik bradik dari sekolah atau mana2 saja, semenjak berkahwin dengan mak aku, dia lah yang berkorban hantar kami dan juga mak aku... dia tak bagi mak aku ambil lesen kereta sebab takut jadi apa2 kat mak aku..aku tau dia risau sebab tue tak bagi mak aku ambik lesen even anak2 dia pon dia tak pernah bersuara untuk ambik lesen...
setelah kehilangan ayah aku, baru aku tau bertapa penatnya menjadi ayah aku,.. seriuss, baru aku sedar..dan sekrang nak p mana2 pon dah tersekat sebab semua tak ada lesen..huhu... nasib kak aku boleh bwa motor jugak, bleh la stakat nak keluar beli brang2 dkat kedai berdekatan..huu.....
Memang susah nak cari ayah macam arwah ayah aku...

kadang2 bila aku dok sorang2 kat rumah aku selalu sangat teringat dia dan menangis... macam tak percaya yang baba dah tak ada kat pangkuan kami semua....tapi aku tau tak boleh bersedih dan aku cuba tabahkan diri, kalau p keluar kat pekan Alor Setar kemana saja aku nampak ayah aku..dalam hati dok kata, "kalau baba ada mesti bestkan...." huhuu....

last bergambar waktu bercuti di Lumut, 
time nie ba dah demam dan kurus..

my hero and heroin...
ilove both of you...:D

benda yang baba tinggal untuk aku, 
camera dan majalah photography..
aku pernah kata kat dia yang aku tringin nak beli majalah photog, tiba2 satu hari tue dia tringat nak beli kat aku majalah tue bila nampak kat kedai mamak..haha...appreciate dan suka time tue... 
thanz baba...:))


p/s: aku terharu sebab ayah aku sempat cium kat pipi dengan erat dan lama, aku terpinga pinga time tue, ayah aku ingat aku nak balik dari hospital tapi sebenarnya aku nak kluar skejap, pastu dia kata jangan lah balik...tak sangka tue kali terakhir dia cium aku... :((


AL-FATIHAH

Thursday, July 19, 2012

Photo: Ohh Pokok...

Assalammulaikum,

great to post some entry today and i like to tell a story behind the trees... haha...

selalu tangkap gambar bunga-bunga saja kan... kalai ni aku suka tangkap gambar pokok pula, kalau bunga mesti mood gembira, excited dan teruja.. kalau pokok mood sedih, lonely, dan kadang2 bersemangat bila keseorangan...huhu... gambar pokok2 nie ada banyak cerita dan kisah aku disebalik gambar2 nie..dan mostly cerita sedih lah.... >,<










“Nobody likes being alone that much.

 I don't go out of my 

way to make friends, that's all.

It just leads to 

disappointment. ” 

Tuesday, July 17, 2012

☆AL FATIHAH buat ayah aku..☆

asslamulaikum...

aku nak bgtau yang ayah aku telah meninggal dunia pada Khamis hari tue pada jam 2 pagi.... :(


sesungguhnya takdir dan riwayat hidup ayah aku telah sampai, sungguh aku sedih sangat2 bila tengok ayah aku masuk HDW (HIGH DEPENDENCY WARD)  dimana ward nie lebih truk lagi dari pesakit yang msuk ke ICU.... sebelum2 nie ayah aku disuspek ada batuk kering seperti mana aku cerita di post2 yang lepas... dan pada hari rabu pagi tue pakar2 doktor semua berkumpul dan kata ayah aku bukan ada batuk kering tapi virus or bakteria di paru-paru...

semalam sebelum kejadian koma:
YA ALLAH semalam sebelum kejadian ayah aku tak sedar diri, iaitu malam rabu... aku tak tidur semalaman dan termenung saja malam tue sampai pukul 1 macam tue... then pada time macam tue ayah aku mula bernafas macam orang penat.. nafas dia pendek dan mmg nampak penat, aku takut sangat2... pada malam tue jugak la dia bersikap pelik dan lagi la aku takut... ayah aku tak boleh tidur dan dia bisik kat aku " Eya, bawa ba ronda ronda.." luluh jantung aku bila dengaq ayat ronda2... aku rsa mcam nak ronda ke Langkawi or mana2 saja jaa.... tetiba ja perasaan tue mai.. aku pon dengan berat hati p bawa ayah aku jalan2 guna wheelchair kat dlm hospital tue.... mmg malam tue ayh aku dah nampak pelik....

then keesokan pagi nya... doktor mai check up dan doktor kata bebas dari batuk kering , aku dan mak pon happy sebab bukan sakit batuk kering..kata doktor ada virus dalam paru2... ingatkan virus biasa2 ja dan boleh dirawat... dalam tgh hari tue ayah aku dipindahkan wad ke wad lain... dan ayah aku tanya, "TV x da ka kat sini??" walaupun dia  tak boleh cakapo dah time tue, dia guna bahasa isyarat saja... hanya aku ja boleh paham bahasa isyarat ayah aku..mmg dari dulu ayah aku suka cakap bahasa isyarat dan bahasa pelik2 yang org tak tau..huuu.... then aku gtau kat sini tak ada TV ..muka dia terus berubah macam sedih ja..maybe boring la kot... ptg tue jugak dia boleh kunyah dan telan makanan stelah sebulan tak makan kot... seriusly mak aku happy sebab ayah aku dah berubah dan boleh makan.. before tue dia ajak aku jalan2, dan nie pon mmg perubahan yang aku nampak, pagi tue dia siap exercise sikit kat atas katil sbb aku suruh.. pastu p jalan2 dengan aku, tiba2 dia kata dia penat... dan tak boleh nak nafas sangat... aku terus panggil nurse dan nurse letak oxygen kat hidung ayah aku... hurrmm.... ptg tue ramai sangat kawan2 dia mai melawat, dan semua bawa anggur warna hijau sebab dia kata dia teringin nak makan anggur hijau... dia ada la makan anggur tue sebijik...huurmm....
dalam pukul 6 lebih macam tue dia dah lain macam, duduk tak senang dan sesak nafas... aku p kat sebelah dia pon dia macam tak mau tgk muka aku.. dia melarikan anak mata dia dari tgk muka aku... dan tue lah kali terakhir dia tgk aku dan kali terakhir aku peagang dia sebelum dia koma... ya ALLAH kenapa sekejap sangat ayah aku tak sedarkan diri... malam tue ambulans datang hantar p hospital lain dan masuk HDW... Kat situ mmg 100 percent tak sedar dan 100 percent depends on mesin ja semua.... seriusly...aku tak percaya, aku sedih sangat2.... adik dan kakak aku lagi la tak sempat sembang dgn ayah aku... :((

dua hari dalam HDW, ayah aku meninggal tepat jam 2 pagi setelah hembusan nafasnya ditarik perlahan lahan... alhamdulillah ayah aku pergi dengan tenang dan kami semua berada di tepi dia... aku dah redha dgn pemergiannya... walaupun aku SANGAT3 rindu suara dan telatah dia....

BABA la ayah yang terbaik, HERO kami semuaa..... aku rindu dengan panggilan
EYAA CEPAA... PAPILIIUUU.....  ayah aku sorang ja panggil aku "eya cepaa...dan bila dia nak kopi or nak panggil aku suruh urut dia mesti panggil papiliuu...:" entah bahasa apa pon aku tak tau, semuanya dia reka dan aku ja yang memahami maksudnya bila dia cakap macam tue.... :(((
I MISS THAT WORDS and I MISS telatah ba yang kadang2 merapu tiga suku bila aku join sekaki.....

set tv nie pon dah sunyi..kami bukan suka tengok tv pon.. dan sekarang dah rosak..
ada sesiapa tau tak sebab apa TV macam nie skrin dia jadi putih ja semua bila on???

sekarang semuanya dah tak ada, rumah nie sunyi ja... dan TV yang ayah aku beli tetiba ja rosak, dia keluar putih ja skrin tv tue tapi ada dengar bunyi tv cuma x boleh tgk... sedih bila tv kesayangan dia jadi macam tue...pokok2 kat garden pon dah tak ada org sentuh, sbb kami fobia nak keluar buat gardening bila bakteria yang masuk dalam paru2 tue berpunca dari tanah tanih garden.. hurrm...


   
orkid kesayangan arwah..dia tak sempat nak tgk bunga nie berkembang...
 
dulu ba selalu teman ira tgk bintang dan bulan malam2..
pastu siap spent masa tangkap gambar dan take video..
. sekarang ni x da sapa nak teman dah, yang lain tak suka keluar malam2 tgk bintang... :( 

I LOVE YOU... MAAFKAN IRA KALAU CAKAP KASAR DAN BUAT SILAP SELAMA NI.. :(

ALLAH LEBIH SAYANGKAN BA... ALHAMDULILLAH SEGALANYA DAH SELESAI..
BILA TENGOK MUKA ARWAH SENYUM AKU RASA SEBAK DAN AKU TAU DIA TAK MAU ANAK2 DIA SEDIH BILA DIA TAK ADA...

AL FATIHAH !!!


Sunday, July 8, 2012

Tension: ☆Bila jalan tak ada hala tujuan☆

Assalamualaikum semua.... dah 2 3 hari aku tak updatekan, dan sekrang memang aku sangat2 tertekan dan aku tak tau nak cari siapa lagi.... blog nie salah satu tempat nak luahkan perasaan yang terbeku nie...huhuu....
firstly, aku selama seminggu nie berada di hospital saja... balik rumah pon kejap tgk keadaan jugak... tue pon rumah makcik aku... sesungguhnya aku rindu sangat rumah aku.. serius.. rindu gelak ketawa kat rumah dengan semua ahli family... dan memag semua yang terjadi ada hikmahnya...
aku dah lama aku tak menangis.. dan kenapa hari nie aku kuat sangat menangis...macam2 yang bermain difikiran aku yang membuatkan aku sedih... dan paling2 sedih bila mak aku dah tahan dan dia pon mengeluarkan air mata jugak...lepas pada tue aku lagi sedih,. dengan ayah aku terlantar di hospital dah seminggu ,sampai sekarang tak tau sakit apa,.. jenis penyakit apa... serius ka tak...berapa lama lagi nak stay hospital nie???? aku dah tak sanggup tgk ayah aku lembik dan kurus cengkung... :\
dia seorang yang suka merapu tambah2 dengan aku... dan bila dia sakit mmg sunyi la....:(

aku lagi tension bila guard tak bagi aku masuk dalam bilik wad nie.... aku dah duduk sini dari pagi sampai malam... kalau aku tak boleh masuk aku nak p mana??? melewaq/merempat merata tempat kaa???? aku dah tak sboleh tengok ramai orang sangat, cepat migrain atau pening kepala, so nak masuk bilik ayah aku dirawat pon tak boleh sebab mak aku dah ada kat dalam... hurm... bilik nie bukan main besar kot, takkan sorang ja boleh jaga.... aku nak masuk jugak sbb mak aku pon tak berapa stabil dan mmg slalu sakit2 jugak...  tak kan nak biarkan macam tue ja... tolong laa... aku pon tak teringin sangat nak mai hospital nie, dah terdesak tue yang mai...kalau boleh aku nak sangat dok kat rumah seminggu dah tak tido kat rumah... :( 

kawan2 semua suruh aku bersabar ja... yaa..mmg aku tgh bersabar pon...aku cuma geram sbb kenapa tak boleh masuk sekali??? dia siap perli2 lagi, aku dah besar dah laa bukan nak buat bising apa pon, lagi pon bilik nie ayah aku sorang jaa....

satu lagi, depa semua buat endah tak endah ja kat ayah aku... kesian aku tgk..ayah aku batuk punya la truk, sampai tak boleh nak cakap sbb sakit sangat kerongkong tue... dia bnyak guna isyarat ja.hanya paracetamol ja yang dok telan, makan dah 3 minggu tak makan...huhhu....takot sakit lain pulak.. 

SEGALANYA ADA HIKMAH... DAN SETIAP KESAKITAN ADALAH PENGHAPUS DOSA YANG LAMPAU...

ya Allah bagi ba cepat sembuh dan keluar dari hospital nie...

Tuesday, July 3, 2012

☆Aku di hospital☆

assalamualaikum dan selamat pagi warga hospital sultanah bahiyah...huhu...

pagi nie aku bangun di hospital dan semesti malam pon tidoq kat hospital... dah dua malam aku di sini... tidoq mmg x berapa nak lena sangat, sakit badan wok,.. dok atas kerusi saja..huuu.... nie ada kesempatan masa aku update sat blog...

btw, bukan aku yang sakit.. aku just temankan ayah aku... ayah aku kena tahan dekat wad nie., nie hari kedua.... sakit apa pon aku tak pasti sangat, sebab doktor pon pening dan tak tau nak habaq sakit apa...huhu.... dah 3 minggu demam... mai hospital check2 dan kena tahan... di suspect ada TB(tuberculosis) atau pon batuk kering.... =,=' ... tak sure lagi laa... tp mmg kerap kali batuk berpanjangan...huhuuu....

aku risau kalau berjangkit.... :(  so kena la pakai mask muka nie.. ada tanjak jadi doktor dak??? hihi...:P
  nie first time aku tidoq kat hospital... serius aku paling2 tak suka hospital sbb bau ubat dan mcam2 lagi..huhu... ni dah kes kecemasan nak buat cmna kena korbankan masa dok hospital lah...huhu... nak suruh mak aku tidoq sini pon rasa kesian.. dah la tidoq atas kerusi yg keras dan sejuk... sat g tak pasal mak aku naik darah tinggi lak,.. better aku stay dan aku mmg jarang tidoq malam...boleh la nak berjaga malam2 sampai pkul 3 camtue...layan korea kat sini lak..hahaha....:P


ya ALLAH jauhkan lah aku dari penyakit bahaya dan lindungilah aku dan keluargaku. ya ALLAH... AMIIN...

p/s: ba semoga cepat sembuh dan jom balik rumah.... rindu katil kat rumah aihh...huhu.... ^_^



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...