Followers

Sunday, February 5, 2012

☆Coretan Mengenai Adab dan Hukum Bergurau☆

AIR MATA AKU DAH KERING UNTUK SEMUA INI....
HANYA ALLAH SAJA YANG TAHU HAKIKAT DAN KEBENARAN YANG SEBENAR....
(aku pon masih kebinggungan dan penuh dgn tanda tanya)


first entry aku mengenai JANGAN BAGI ORANG TERASA HATI boleh klik ---->>SINI

aku yang masih hingusan, yang x matang, dan tak tahu banyak perkara lagi hidup di dunia ini yang penuh suka dan duka, lara dan gembira.... macam2 pengalaman dan future yang menanti....

tingkah laku seseorang kita tak boleh ukur melalui luaran.... malah kena tahu dalaman juga(HATI),
luaran nampak baik tak seharusnya dia totally orang baik.... "kalau kawan dengan penjual minyak wangi, kita akan bau wanginya"

hidup ini masih mentah lagi dan macam2 yang menunggu di hadapan sana, yang hanya tertulis dan diketahui oleh ALLAH SWT. kita boleh merancang tapi ALLAH yang menentukan...

pabila ada kata2 "yang tua dihormati, yang muda disayangi", maknanya kita perlu ada hormat pada orang yang lebih tua pada kita kan... tapi bagaimana kalau yang tua pon tak menghormat kita serta telah menjatuhkan kita??  kalau kita nak orang respect kita "kita hormatlah pada orang lain, nescaya orang lain akan hormat kepada kita"perlu ka kita menghormatnya lagi kalau dia telah menjatuhkan kan kita dan memalukan kita?? dan bagaimana pula kalau yang tua suruh kita buat perkara yang tak masuk akal, contoh: dia suruh kita terjun bangunan tak kan kita nak terjun kan...(contohlah)  adakah kita perlu mengikut kata-kata dia... 
Fikir fikirlah sendiri!!!


>>bagi aku, yaa kita perlu menghormat orang tua, kita perlu menjaga adab di hadapan mereka, ada batas2 nya juga, dan bagi aku tahap nak menghormat orang tu ada had dia, macam aku kata tadi kalau orang tu suruh kita buat benda yang tak masuk akal adakah kita perlu ikut juga?? i dont think soo... 


kalau orang nak melawak dengan aku, aku tak kisah jaa... melawak boleh menghilangkan stress dan kita boleh gelak ketawa sekali, nama pon melawak sure kita akan GELAK kan...TAPI ada ka melawak yang berpanjangan sampai kita pon STRESS memikirkannya dan akhirnya lawak yang dibuat menjadi salah sangka dan membuat orang lain SAKIT HATI.. ADAKAH ITU MELAWAK??
 fikirkan untuk kali kedua!!

al kisah

Daripada Abu Hurairah diriwayatkan Nabi Muhammad SAW bersabda yang maksudnya:
“Siapa beriman kepada Allah dan hari akhirat, maka hendaklah ia berkata yang baik atau ia diam.” (Hadis riwayat Imam Bukhari dan Muslim)
Dalam hadis lain, Rasulullah SAW bersabda yang maksudnya:
“Sesungguhnya Allah benci kepada orang yang jelek budi pekertinya serta kotor lidahnya.” (Hadis riwayat Imam Tirmidzi)
 “Takwa kepada Allah dan akhlak yang baik.” Apabila ditanya pula sebab terbesar yang membawa manusia masuk neraka, maka Rasulullah menjawab, “Dua rongga badan iaitu mulut dan kemaluan.”


~"terlajak perahu boleh berundur, terlajak kata badan kita binasa"


cuba hayati makna2 di atas, sesungguhnya mulut kita nie banyak menyebabkan kita berdosa,
bila kita tersalah cakap, habis lah.... dan bila kita bergurau atau melawak ada batas batasnya, bukan boleh sebarangan melawak. sini ada cara dan


Adab2 bergurau mengikut sunnah RASULULLAH S.A.W:


i) Kelakar adalah perbuatan, kata-kata dan sebagainya yang dapat menggembirakan atau yang dapat menggelikan hati orang lain. Sinonimnya adalah jenaka, lawak dan gurau senda.
ii) Membuatkan orang lain senang hati adalah termasuk dalam amal kebajikan dan Rasulullah s.a.w juga selalu berjenaka dengan ahli keluarga dan para sahabat baginda.
iii) Namun begitu bergurau mempunyai adab-adab tertentu yang telah digariskan oleh Islam seperti:





a) Tidak menjadikan aspek agama sebagai bahan jenaka seperti mempersendakan sunnah Rasulullah s.a..w .
b) Gurauan tersebut bukan merupakan cacian atau cemuhan seperti memperlekehkan orang lain dengan menyebut kekurangannya.
c) Gurauan itu bukan ghibah (mengumpat) seperti memburukkan seseorang individu dengan niat hendak merendah-rendahkannya.
d) Tidak menjadikan jenaka dan gurauan itu sebagai kebiasaan.
e) Isi jenaka adalah benar dan tidak dibuat-buat.
f) Bersesuaian dengan masa, tempat dan orangnya kerana adalah tidak manis bergurau di waktu seseorang berada dalam kesedihan dan sebagainya.
g) Menjauhi jenaka yang membuatkan orang lain ketawa secara berlebihan (ketawa terbahak-bahak) kerana banyak ketawa akan memadamkan cahaya hati.
iv) Sesungguhnya Rasulullah s.a.w apabila ketawa baginda hanya menampakkan barisan gigi hadapannya sahaja, bukan ketawa yang berdekah-dekah, mengilai-ngilai atau terkekeh-kekeh dengan maksud bahawa selaku seorang muslim kita hendaklah sentiasa menjaga batas kesopanan dalam ertikata yang sepatutnya. 




Jangan berlebihan dalam bergurau senda sehingga menyebabkan ada orang terasa dirinya diaibkan atau dijadikan misalan sehingga memalukan dirinya. Sebaliknya, gurau senda dijadikan salah satu cara menghiburkan hati yang lara atau menyenangkan orang berduka.
Tetapi perlu diingat, gurau senda itu mestilah berkenaan perkara yang benar. Gurauan boleh menyebabkan seseorang mendapat pahala atau dosa.
Contohnya, jika gurauan boleh menyenangkan hati, mengeratkan silaturahim dan perpaduan serta kasih sayang, maka gurauan itu menjadi perbuatan baik yang diganjarkan dengan pahala dari Allah SWT.
Sebaliknya jika gurauan menjadi alasan untuk menyakitkan hati seseorang, ia sudah tentu menjadi perbuatan yang dikutuk Allah SWT. Jangan pula tabiat bergurau senda untuk menyakitkan hati orang lain menjadi kebiasaan menyebabkan seseorang itu tiada rasa bersalah mengutuk atau menghina.
Firman Allah yang bermaksud: “Wahai orang beriman! Janganlah sesuatu puak daripada lelaki mencemuh dan merendah-rendahkan puak lelaki lain kerana harus puak dicemuh itu lebih baik daripada mereka dan janganlah pula sesuatu puak daripada perempuan mencemuh dan merendah-rendahkan perempuan lain kerana harus puak yang dicemuh itu lebih baik daripada mereka, dan janganlah setengah kamu menyatakan keaiban setengah yang lain dan janganlah kamu panggil memanggil antara satu sama lain dengan gelaran yang buruk. Seburuk-buruk panggilan ialah panggilan buruk sesudah dia beriman dan ingatlah sesiapa yang tidak bertaubat daripada perbuatan fasiknya maka merekalah orang yang zalim.” (Surah Al-Hujuraat, ayat 11)

aku takut aku dalam golongan macam ni, kita memang tak boleh lari dari buat dosa,
aku harap yang aku bergurau selama ni hanya sekadar gurauan je la k my friend.. hehe... especially orang2 yang terdekat dengan aku,...
p/s: aku tau aku nie bukan baik sangat pon..





Hadith :

Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya:"Celakalah orang yang berbicara lalu mengarang cerita dusta agar orang lain tertawa. Celakalah !”

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...