Followers

Friday, December 31, 2010

Tanda-tanda Hari Kiamat

Bersyukurlah hari ini kita ditakdirkan lebih kaya dari semalam. Amin…Amin…Amin

Antara TANDA2 KIAMAT KECIL berdasarkan hadis sahih:

1. Penaklukan Baitulmuqaddis. Dari Auf b. Malik r.a. katanya,
Rasulullah s.a.w telah bersabda: "Aku menghitung enam perkara menjelang hari kiamat. "Baginda menyebutkan salah satu di antaranya, iaitu penaklukan Baitulmuqaddis." - Sahih Bukhari

2. Zina bermaharajalela."Dan tinggallah manusia2 yang buruk, yang seenaknya melakukan persetubuhan seperti himar (keldai). Maka pada zaman mereka inilah kiamat akan datang." - Sahih Muslim

3. Bermaharajalela alat muzik. "Pada akhir zaman akan terjadi tanah runtuh, rusuhan dan perubahan muka. "Ada yang bertanya kepada Rasulullah; "Wahai Rasulullah bila hal ini terjadi?" Baginda menjawab; "Apabila telah bermaharajalela bunyian (muzik) dan penyanyi2 wanita" - Ibnu Majah

4. Menghias masjid dan membanggakannya. "Di antara tanda2 telah dekatnya kiamat ialah manusia bermegahan dalam mendirikan masjid" - Riwayat Nasai.

5. Munculnya kekejian, memutuskan kerabat dan hubungan dengan tetangga tidak baik.
"Tidak akan datang kiamat sehingga banyak perbuatan dan perkataan keji, memutuskan hubungan silaturahim dan sikap yang buruk dalam tetangga." - Riwayat Ahmad dan Hakim.

6. Ramai orang soleh meninggal dunia. "Tidak akan datang hari kiamat sehingga Allah mengambil orang2 yang baik dan ahli agama di muka bumi, maka tiada yang tinggal padanya kecuali orang2 yang hina dan buruk yang tidak mengetahui yang makruf dan tidak mengingkari kemungkaran" - Riwayat Ahmad

7. Orang yang hina mendapat kedudukan terhormat. "Di antara tanda semakin dekatnya kiamat ialah dunia akan dikuasai oleh Luka' bin Luka' (orang yang bodoh dan hina). Maka orang yang paling baik ketika itu ialah orang yang beriman yang diapit oleh dua orang mulia" - Riwayat Thabrani

8. Mengucapkan salam kepada orang yang dikenalnya sahaja."Sesungguhnya diantara tanda2 telah dekatnya hari kiamat ialah manusia tidak mahu mengucapkan salam kepada orang lain kecuali yang dikenalnya saja." - Riwayat Ahmad

9. Banyak wanita yang berpakaian tetapi hakikatnya telanjang. Diriwayatkan dari Abu Hurairah r.a. "Di antara tanda2 telah dekatnya hari kiamat ialah akan muncul pakaian2 wanita dan apabila mereka memakainya keadaannya seperti telanjang".

10. Bulan sabit kelihatan besar. "Di antara tanda2 telah dekatnya hari kiamat ialah menggelembung (membesarnya) bulan sabit." - Riwayat Thabrani

11. Banyak dusta dan tidak tepat dalam menyampaikan berita. "Pada akhir zaman akan muncul pembohong2 besar yang datang kepadamu dengan membawa berita2 yang belum pernah kamu dengar dan belum pernah didengar oleh bapa2 kamu sebelumnya, kerana itu jauhkanlah dirimu dari mereka agar mereka tidak menyesatkanmu dan memfitnahmu" - Sahih Muslim

12. Banyak saksi palsu dan menyimpan kesaksian yang benar."Sesungguhnya sebelum datang nya hari kiamat akan banyak kesaksian palsu dan disembunyikan kesaksian yang benar." - Riwayat Ahmad

13. Negara Arab menjadi padang rumput dan sungai. "Tidak akan datang hari kiamat sehingga negeri Arab kembali menjadi padang rumput dan sungai2" - Sahih Muslim

Sudahkah anda menunaikan SOLAT ?
Dari Abdullah bin 'Amr r.a., Rasulullah s.a.w. bersabda, "Sampaikanlah pesanku biarpun satu ayat..."


p/s: semua tanda-tanda diatas sudah kita nampak pada zaman sekarang nie...so, sebagai umat Islam kita perlu melakukan berubahan dalam diri kita walaupun sedikit., ya, aku pon bkn la baek sngt, tp kita sebagai org islam kna saling memperingat antara satu sama lain...

Peringatan Tentang Solat fardhu

Assalamualaikum., solat fardhu ialah solat yang wajib bagi umat Islam., namun ada juga umat Islam yang masih leka dengan solat nie..kenapa ah?? sempena tahun baru nie, cuba kita semua umat Islam tanamkan azam baru untuk solat dan memenuhi solat mereka setiap hari... apa salahnya nk solat, cuma luangkan masa selama 15 minit saja untuk mendekatkan diri kepada Allah S.W.T... aku harap kita semua sama2 lah memperbaiki solat harian kita dan berubah menjadi lebih baik dari tahnun yang sebelumnya...

Baca dibawah ni., renung2 kan dan Selamat Beramal :


1. Solat tapi bila rasa nak solat sahaja, kalau tidak tinggal.

2. Solat cukup lima waktu,tetapi solat subuh selalunya subuh gajah (solat ketika matahari naik).

3. Solat lima waktu tetapi solat subuh selalunya diqadha masa solat zohor.

4. Solat cukup lima waktu tetapi selalu lewat, contohnya solat zohor bila dah hampir waktu asar, solat maghrib dah dekat waktu isyak.

5. Solat subuh dalam waktunya bila hari kerja sahaja, hari minggu atau cuti umum,solat subuh diqadha (tak bangun le tu)

6. Solat cukup lima waktu tetapi amat jarang ataupun tidak pernah solat sunat sebelum dan sesudah lima waktu.

7. Solat tak cukup lima waktu, tetapi solat sunat terawih di bulan puasa cukup pulak dikerjakan.

8. Solat cukup lima waktu tetapi selalunya di rumah, amat jarang ataupun tidak pernah solat di masjid atau surau (bagi lelaki).

9. Solat cukup lima waktu tetapi kurang berusaha menjaga kusyhuknya sedar-sedar dah bagi salam.

10.Sentiasa berusaha solat di masjid atau surau secara berjemaah termasuklah solat subuh.

11.Sentiasa berusaha menunaikan solat sunat sesudah dan sebelum solat.

12.Solat lima waktu tetapi bila deman atau sakit sikit sahaja,solat ditinggalkan,qadha bila dah sihat.

13.Solat lima waktu tetapi bila musafir sahaja (contoh bila balik - kampung), solat ditinggalkan,qadha kemudian bila sampai rumah.

14.Solat sekali seminggu,solat Jumaat sahaja.

15.Solat bila ada masalah.

16.Solat bila orang di sekeliling solat,kalau tidak buat tak tahu aje.

17.Solat sebulan sekali.

18.Solat setahun sekali,iaitu solat sunat hari raya aidil fitri.

19.Solat seumur hidup sekali, itu pun disolat oleh orang bila dah meninggal.

20. Tak pernah solat langsung. Sedar-sedar dah meninggal!!!

Solat fardu lima waktu sehari semalam adalah kewajipan yang paling asasi dalam Islam.Di akhirat kelak perkara yang pertama sekali disoal Allah SWT adalah solat.Jika sempurna solatnya maka sempurnalah amalan-amalan yang lain.Jika tidak,maka gagallah amalan-amalan yang lain.

Tidak gunanya amalan-amalan puasa,sedekah,zakat,haji dan lain-lain jika kita tidak menjaga solat kita.Apakah kita sanggup menerima....risiko kegagalan tersebut di akhirat dan seksaan kubur yang dikenakan terhadap orang yang meninggalkan solat.

Solat fardu wajib ditunaikan selagi seseorang masih Islam dan masih waras.Ianya tidak boleh ditinggalkan sama sekali dalam apa keadaan sekali pun kerana ianya termasuk dalam dosa-dosa besar. Hatta dalam keadaan kita sakit teruk sekali pun jika hanya mata yang boleh bergerak maka solat wajib dilaksanakan dalam waktunya iaitu dengan menggunakan isyarat mata.Oleh itu marilah kita menjaga solat kita dengan sungguh-sungguh.Solat yang terbaik ialah solat di masjid ataupun surau (bagi lelaki) sedara berjemaah dengan menjaga kekusyukkannya,bacaannya serta rukunnya serta mengambil wudhu' secara sempurna.

Semoga Allah memberi kita kekuatan untuk kita memperbaiki solat kita

Wassalam.

Countdown 2011

10,9,8,7,6,5,4,3,2,1..........HAPPY NEW YEAR!!!

Happy New Year 2011 Vector Illustration

yaaayy.... tahun baru sudah menjelang...sudah bunyi bunga api kat rumah aku nie... bahagianyaa...
aku harap thn baru nie akan lebih ceria dan bermakna bg aku... arap tahun 2011 nie aku akn lbih maju...ahakz...
kpada kwan2... selamat mnyambut tahun baru... jngn lupa aku lak ye... klaw ada msa kita akan berjumpa di thun 2011...:)

kpada kwan2 aku..aku nk minx maaf bnyak2 atas ksalahan yg aku wat scara sngaja or x sngaja spanjang thn 2010...aku arap mpa suma dh maaf kn aku...aku pon dh maafkn mpa suma... we`re friend rite??

MISS YOU,LOVE ALL!!!

Rinduw kengkawan ASTECH

Assalamualaikum,
ermm...knapa la  2 3 hari nie aku asyik mimpi budak2 skolah ja...hahaha.... lawak gak aku nieh., mayb aku rinduw nk g skolah kot..nk jumpa blek kwan2.. ya la..kwan2 kat skolah la yg paling best bg aku... aku xkan lupa semua kawan2 aku kat Sekolah Menengah Teknik Alor Setar tue.... skolah yg paling sporting lah...hehe...
paling aku rinduw ialah kwan2 dri kelas aku lah...kelas 5KA1...kelas paling besar dan len dri yg len..apa yg len nya??? haa..kelas tue ja la yg ada tingkap "tinted" haha...adeh., aku trasa lak...maklumla nama aku di skolah tue pon Tinted...haha...jngn tnya knapa nama aku dipnggil cmtuh!! hhe...
kenangan2 yg aku xkan lupa-

haa...nie la kwan2 klas aku... rapat gak la dgn depa suma nie...nie time raya, kmi g braya di rumah Cikgu Khatijah (physic teacher)
yg 3 org dri kiri -anip pen, ipan dan fiq, tue .,haa dgn depa nie aku dgn kwan aku(bju kuning) Farah slalu gaduh mulut ja...maw x nya...depa pnggil aku gan Farah macam2, kertas lah, A4 la...haha..kdng2 marah gak, tp last2 aku gelak ja la..hhu.aku nie nmpak ja pendiam tp bila org kata kat aku, dgn lantas nya aku balas blek..haha..alaa, balas mulut mlawak2 ja... bila lg nk mlawak klaw bkn dlm kelas an...haha... x lupa gak kpd Adderly ( duk sbelah aku tue)..kmi slalu sembang mohong..haha... dan yg len2 anip pon, kerol nabil dan mun...depa nie ok2 ja.. xbapa cri pasai gan aku...ahakz..:)

yaah.,nie semua kawan2 skelas aku...we`re the best!!!
nie masa sambut bufday budak2 kelas aku bersama Ustazah Safrida ( guru kelas kmi) ustazah yg paling sporting lah....miss u ustazah..hhu..
opps...tulisan kat dinding tue better jngn baca...haha

dri dpan kiri: aku (athira), liyana shukri (adik ipan), anis, liayana ahmad, liyana ishak
barisan pertama: farah, najat, myra, najwa,ima, ustazah, nadia dan amy
atas2 tue: pali, adderly, zikri,anip pon, hadi, nabil, bai,anip pan( otaakk) hhe..dan last khairul
errm., ada missing nie...anip pen, hifzan(prof), dgn mun




xlupa gak kat kwan2 seperjuang pengawas skolah..haha...
 syud, izzah, najla, dan aku iera

 aku di situ...haha

first time taw dlm idup aku jd pengawas skolah...ahakz.. bnyak pengalaman yg aku dpat spanjang jd pengawas nieh...hhu...

xlupa jgak kat budak2 dorm G1...hhu..aku masuk asrama taw selama sbulan.. mmg ramai yg xtaw.. tp ada gak yg x caya yg aku leyh masuk asrama...haha...terkejut an?? mmg best kat asrama sbb leyh study rmai2.. thanz to suma yg tlh ajaq aku..:)


errm..lg apa ah?? haa., study group dkat sudut ilmu ptg2...haha... mmg xleh lupa lah... kmi stu group wat ingaq ja kat skolah tp keja berjalan...apa2 pon thanz kpd kwan2 yg bnyak tolong aku dlm study :)


ckup la kot entry aku kali nie..bnyak dh cita, tp bkn semua aku cita...x larat dh..biaq aku simpan sorang dh la..ahakz... k la sekian...

MISS YOU ALL!!!

Back To School Adek-adek!!

back-to-school

Its new year eve...and everyone from the age 7 to 17 will be back to school!! yeaahh... and me?? i will not go to school anymore..haha...
aku dh lepas dh zaman persekolahan nieh sbb umo pon dh mningkat..huu, rsa tua la plak..aha...
kpd adek2 semua...Selamat Bersekolah dgn mempunyai semangat dan keazaman baru pada thn hadapan...
haa... klaw nk msuk thn baru ja msti budak2 skolah nie suh mak bapa beli barang baru,baju baru, kasut baru beg baru dan boleh dikatakan semuanya baru...ahaha... parah gak la mak gan ayah kna beli smuanya...
nie termasuklah gan adik aku sorang nie.. semuanya baru... then dia x sabaq2 nk pkai baju skolah dia tuh..tgk la gmbar2 dia di bwah nie...haha...:)






haa..nie la gelagat adik aku Adila., dgn pakaian skolahnya...
thn dpan dia darjah 4..hhu..


p/s: kpd budak2 yg masih bersekolah...selamat bersekolah ye, blajar rajin2 jngn jd mcm saya...haha..

Wednesday, December 29, 2010

Yess..Malaysia menang lawan Indon!!!

Goooaallll....best gila bila tgk pemain negara buh gol...hahaha... first game mng 3-0 dan scnd game 1-2...
TAHNIAH kpd pemain-pemain  Malaysia yg tlh mengharumkan nma negara dgn juara dlm Piala AFF Suzuki 2010...
waa.,terharu aku tgk pemain Malaysia menjulang piala...hahakz...
tahniah juga kpd Safee yg tlh bnyak mnjaringkan gol, 5 gol tue....cayaalah...mmg TERBAEK!!



aku pon nk ucap tahniah kpd gol keeper Malaysia yg mmg cekap  tngkap bola...haha...
Keep it up!!!

kpd penyokong2 indon tue jgn la sedey.,ada masa menang ada masa kalah...huhuk...

p/s: teruskan usaha anda semua, hope Malaysia boleh maju ke dpan lg dlm bola sepak...:)

Tuesday, December 28, 2010

Countdown for P L K N!!!

Assalamualaikum....
aku tgh mengira detik nk pegi PLKN ja nieh...aduhh...serius takot dan sedeyh nk pegi tue...hurm...
ya la..maw x sedeyh., nk kena p sane selama 3 bulan tue....bkn nya msa yg singkat... mayb org kata aku nie semangat nk p....org len punya la x maw pegi sana tp aku x..haha... ya mmg aku semangat nk p.. bknnya apa kita kena ada semangat baru keja menadi..betul x?? klaw kita down dan rsa malaih jaa...nnti suma perkara yg kita buat mesti susah ja an.... ermm...aku pon mula2 mmg rasa xmaw p tp dh msa kian menjelang .,tinggal brapa hari ja g utk aku berangkat ke kem..huhuk...:(

ya lupa nk bgtaw...aku dpat ke kem Rimba Taqwa, Sik Kedah.. dlm msa 3 bulan nnti cri la aku kat sna ya..hahaha...

"aku akan merindui kwan2 aku disini"

Annyeong :)

Monday, December 27, 2010

ASTECH or SMTAS

ASTECH-stands for Alor Setar Technic atau Sekolah Menengah Teknik Alor Setar...
ya tue la nama skolah aku yg aku rindui...sekarang nie aku dh x berskolah dh...uwaa..
serius rinduw sngt2 skolah teknik nie...mcm2 kenangan manis dan masam(haha) di skolah tue...
aku ingat g awal2 thn msuk time form 4.,aku rasa malaih gila nk g skolah sbb x biasa dgn surrounding skolah tue.. tp bila dh lama2 ada kat skolah rsa best plak.... skolah tue dahulunya  agak muram ja sbb bngunan nya suma lama2..mklum la skolah tue dibina pada thn 1972... pas2 skolah teknik sudah berseri dgn cat2 yg warna warni..haha...

sini ada gmbaq2 skolah:
Alt

lencana sekolah

pintu pagar sekolah.




Dataran Prime-tapak perhimpunan

kpd junior2 jngn la putus asa kat skolah tue...berjuang smpai abis...belajar elok2...dan jngn la dok BERCINTA jaa... suma tue xdak maknanya...haha...

aku harap sekolah nie x kan tutup!! 


Sunday, December 26, 2010

Saya Orang Baru

Assalamualaikum,
nama saya seperti yang tertera di sebelah page blog nie... iera tue just nama panggilan keluarga dan sahabatbaik..
huhuk... saya baru ja buat blog nie...ilham nak buat blog datang dari kakak saya la...tiap2 hari tgk dia update blog dan buat mcm2 tentang blog...so jd trigin plak...last kali saya pon dh ada dh blog sendiri..hehe...
trima kaseh kpd my sis amira syazrini http://syazrini89.blogspot.com/ sbb tolong saya mengenali blog nie...


sekian.,wasalam.

500 blog

nie first time aku nak join segmen abg BEN ASHAARI..
aku join ni pon sebab best tengok kakak aku join..
maklumlah aku ni baru ja buat blog..hehe

BEN ASHAARI


tentang diri..
athira syahira bt zuhairee.. lepasan SPM..haha.. penganggur sepenuh masa

tujuan jadi blogger
tujuan sebab nak mengisi masa lapang..dan ingin berkenlan dengan blogger-blogger lain..





Starlight!!!

napa blog nie nama starlight?? aku mmg minat dan suka dgn star(bintang)... apa2 ja barang ada bintang2 nie sure aku akn beli..tue pon klaw cukup duit la an..hehe...
satu g..aku dri kecik g minat sngat tgk bintang malam2 kat langit...ada gak cita2 nk jd ahli astronomi..haha...besar gak cita2 tue mana nk taw mungkin stu hari nnti aku bleyh jadi mcm angkasawan Malaysia kita ka...haha..

jom tgk collection star`s stuff aku:

nie rantai yg aku sayang, design dari drama korea You`re Beautiful

cincin nie aku beli dri internet ja

                                          kanan: rantai yg aku beli kat Quensbay Mall (thanz to my mum)
bawah: keychain star yg ayah aku beli..hhe..


p/s: ermm..ada lg yg len2 barang cuma malas nk upload ja..ahaha...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...