Followers

Saturday, August 24, 2013

★PHOTO: PERMANDANGAN DI UTHM☆

ASSALAMUALAIKUM...

aku baru buka account nie bila berbulan bulan ditinggalkan dan tengok tajuk entry lepas-lepas mengenai permandangan di matrik... jadi aku terfikir untuk nak buat entry permandangan di UTHM pulak... dimana aku sambung pengajian aku dalam bidang KEJURUTERAAN MEKANIKAL in degree di UTHM ni....
entry kali nie aku nak bagi sedikit gambaran kepada pelajar2 baru yang akan menjejaki di menara gading di bumi Johor ini, mesti junior2 tak sabar dan nak tahu keadaan sekeliling di universiti kan, jadi sini ada la sedikit foto bagi untuk adik2 atau bakal pelajar di universiti ini....:D hehe...

 Universiti ini banyak kemudahan yang ada  seperti kemudahan bus yang setiap jam lah ada, tak payah susah-susah nak tunggu bus lama-lama, tapi bergantung pada masa dan tahap maksimum kapasiti bus tue la..kalau ramai orang kena tunggu lambat lagi la..hehe...~ lain-lain kemudahan seperti perpustakaan, bangunan-bangunan baru, kedai, kereta sewa, tiket bus,Pusat PosMalaysia, bank Muamalat, ATM dan ada pusat kolam renang yang baru nak siap, dewan2 yang baru dan macam-macam lagi lah..semuanya ada dalam universiti tue, tak payah jalan jauh.


LET the PHOTOS TELL THE STORY MORY BEHIND UTHM..





 suasana di bawah perpustakaan
ada mini taman botani yang sangat aman, bleh lepak2 study malam2 sini

 pandangan dari LIBRARY,




 masjid yang indah besar dan banyak kemudahan yang ada




 dalam dewan Konvokesyen time orientasi pelajar baru...:)


 pusat Akuatik UTHM, sekarang dah siap dibina...:)

 bangunan fakulti pengurusan



fakulti Kejuruteraan Awam

 pagar UTHM bahagian depan..

 kapal terbang UTHM, mercu tanda universiti ni, real ok bukan replika..



GAMBAR SARINGAN:
Moment pelajar mekanikal .... 
gambar kelas kami, bertapa ramainya kami and we had fun, happy, sad, together...:D




 WELCOME TO University Tun Hussein Onn Malaysia

and welcome to JOHOR, aku dari Kedah ke Johor walaupun jauh tapi memang best, anda dapat berjalan ke tempat2 menarik dan time belajar nie la kita ada masa untuk nak travel sambil belajar di negeri orang dan mengenali budaya dan loghat masing2, hehe... 



oke kalau nak tahu lebih lanjut mengenai UTHM nie masuk lah ke official web dia ini >> http://www.uthm.edu.my/v2/


p/s: sorry kalau gambar tak lawa dan tak mencapai hasrat anda untuk mengenali lebih lagi universiti nie, tapi datanglah sendiri dan alamilah sendiri keadaan di sini k... 

★ SELAMAT MAJU JAYA SEMUA

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...