Followers

Wednesday, August 29, 2012

Story raya dan universiti..

Assalamualaikum semua... dah berkurun lama aku tak update blog disini...banyak story nak dikongsikan tapi masa tak mengizinkan.. kali nie aku curi masa untuk update blog nie...

macam aku kata banyak cerita nak kongsikan tapi x tau nak start dari mana... aku teringin nak cerita pasal raya aku tahun nie, tapi raya dah lepas lama dah kan, macam OLD STORY la pulak, but it still fresh in my mind...
kalau aku kata aku tak ingat arwah ayah aku memeang bohong sangat la kan... segala yg aku buat selalu aku akan ingat pesan dia, telatah dia, dan macam2 mengenai ayah aku... sungguh sedih sangat hati nie.. kalau dok sorang2 mula la nak bergenang air mata.. rasa macam baba ada lagi bersama dengan family nie., kadang2 aku happy gelak ketawa semua tapi dalam hati nie still tak happy, semua tue hanya fake sbb nak cover hati yang sedih nie...

Raya tahun nie mmg disambut dengan sederhana, memang terasa la kehilangan bila pagi raya bangun2 tak semacam dulu, rumah akan bising dengan persiapan raya, malam raya baba akan WAJIB masak rendang,beli lemang ketupat dan pasang lampu lip lap... nie bila aku buka lampu lip lap yang tahun lepas punya aku terkenangkan ayah aku, dia cukup seronok bab pasang lampu dan bila lampu menyala sebab aku dan adik aku turut seronok dan enjoy, kali nie bila buka lampu tue ja aku teringat telatah dan gelagat ayah aku...hmm...macam2 lagi laa... yang paling sebak bila pagi tue kami bersiap pakai baju raya dengan keadaan tenang dan sayu jaa, lepas tue pergi ke kubur ayah aku.. :( uwaaa, seriusly aku sukar nak percaya ayah aku dah tak ada, ayah aku dah ke alam lain... sebak gilaa kat kubur, aku tahan ja air mata nie tapi tewas jugak dan keluar jga air mata nie... aku still nampak muka dia seolah olah dia bercakap dengan aku lagi..dan ayh aku suka sangat buat tangan TAKMAU..dan aku nampak mcm dia buat kat aku supaya jangan bersedih...hurmm... :`(

last raya tahun 2011 bergambar satu family.. 
my loving family..:))

minggu depan pulak aku akan ke universiti jauh di Johor..lagi la sebak nak tinggalkan mak dan adik aku saja...jauh dari family..memang aku anak manja, sbb aku risaukan mak dan family aku...
selalu nak p mana2 pon sure p satu family, selalu ayah aku akan hantar p mana2 pon...nie nak p U nanti ayah aku dah x bleh hantar, ingat lgi kata2 dia.." kak ira apply kat johor ka?? xpa la nanti kita boleh la jalan2 kat sana pulak, x pernah p sana lagi..." tapi tak sempat baba nak hantar aku...:(
still ingat pesanan baba bila ba hantar aku kat matrik... "ira nie belajar elok2, jangan kalut2 time nak jawab exam, ingat tarik nafas dan hembus sambil pejamkan mata bg rilexx dlu then bru jawb exam, ba tau ira boleh aihh dan jaga diri elok2..." still ingat kata2 ba, dan aku manage buat yang terbaik utk parents aku... kali nie pon buat degree aku akan buat yang terbaik utk kedua ibu bapa ku.. keputusan result memang utk parents aku...aku harap aku akan kuat kat sana...hopefully..

sekian, doakan aku supaya berjaya dengan cemerlang di U nanti..INSYAALLAH.. :))

Wednesday, August 8, 2012

☆Jom tgk Meteor Shower ☆

Assalamualaikum....
spe pernah tgk meteor shower?? alaa, yang slalu kita tgk dalam tv kalau ada meteor orag buat wish tue....hehe.... kali nie pada tahun 2012 nie akan kelihatan meteor shower(juraian meteor) di langit pada tengah2 malam, sepanjang malam nie ada tapi the BESTT boleh nampak ialah pada malam 12-13 Ogos nie... 
JOM RAMAI2 TENGOK METEOR PERSEIDS....:D

gambar hiasan sahaja....:)

insyaAllah kalau bernasib baik kita akan nampak, perkara nie mmg RARE dan jarang nak dapat tengok, jangan lepaskan peluang anda....:D dia hanya akan kelihatan dalam BEBERAPA SAAT saja..

btw, kepada orang Islam jangan buat wish pula ye... berdoa dan bersyukur kepada ALLAH SWT...:))

nak tahu lebih lanjut sila masuk web ini >>FALAKONLINE (JURAAIN METEOR PERSEIDS)


Tuesday, July 31, 2012

Perkara Yang Membatalkan SOLAT

Dah lama tak post pasal bab2 agama...nak mengaktifkan balik blog nie..hehe...

kita selalu solatkan dan kadang2 kita tak tahu sama ada kita buat tu betul ke tak dan ALLAH terima ke tak, tadi ada terbaca artikel mengenai perkara yang membatalkan solat, jadi aku nak kongsikan kepada semua agar kita tak lalai dan ambik mudah dengan solat kita.


  1. Tidak berdiri lurus. Berdiri lurus bagi yang berkemampuan merupakan salah satu rukun solat. Apa yang diperhatikan, seseorang yang sakit tidak berdiri lurus semasa solat. Mereka terus duduk, tanpa berdiri lurus. Sewajibnya, mereka berdiri lurus dahulu, kemudian, barulah mereka boleh duduk. Ini adalah kerana mereka masih boleh berdiri dan berjalan! Macam mana mereka ke masjid sekiranya mereka tidak boleh berjalan? Perkara ini terkecuali sekerinya seseorang itu memang betul-betul tidak mampu untuk berdiri
  2. Takbiratul Ihram dilafazkan dengan salah. Contohnya, bertakbir dengan lafaz ﭐﷲ di mulut, dan ﺃﻛﺒﺮ di dalam hati. Walhal, lafaz takbiratul ihram adalah RUKUN QAULI, maka, ia WAJIB dilafazkan 100% di mulut tanpa meninggalkan satu hurufpun dalam kalimah ﭐﷲ ﺃﻛﺒﺮ . Selain itu, sekiranya makhraj lafaz takbiratul ihram ini salah, maka ia boleh juga membatalkan solat. Contohnya, melafazkan takbiratul ihram dengan suara angin (seperti suara orang berbisik).
  3. Terdapat kesalahan dalam al-Fatihah. Al-Fatihah merupakan RUKUN QAULI yang wajib dilafazkan 100% oleh mulut dengan makhraj dan tajwid yang betul. Sekiranya membaca al-Fatihah dalam hati atau menggunakan suara angin, maka, ia boleh membatalkan solat.
  4. Tidak thomakninah (berhenti seketika) dalam rukuk dan sujud. Kadar minimum untuk rukuk dan sujud adalah dengan kadar lafaz “subhanallah”. Maksud hadis:
“Seburuk-buruk pencuri adalah orang yang mencuri dalam solatnya.” Sahabat bertanya, “Bagaimana caranya mencuri solat itu wahai Rasulullah?”
“Yaitu, yang tidak menyempurnakan rukuk, sujud dan bacaan di dalam solatnya” (HR Ahmad)
  1. Sujud yang tidak sempurna, anggota sujud tidak dikenakan ke atas lantai. Tujuh anggota sujud tersebut adalah: muka (termasuk dahi dan hidung); kedua tapak tangan; kedua lutut dan penghujung 2 tapak kaki (ibu jari), sebagaimana sabdanya yang bermaksud:
“Aku telah memerintahkan agar sujud keatas tujuh tulang: keatas dahi, dan beliau mengisyaratkan ke hidungnya, 2 tangan, 2 lutut dan pada penghujung 2 tapak kaki (ibu jari).” (Muttafaqun ‘Alaih)
  1. Lafaz tahiyyaat akhir yang salah. Perkara ini merupakan antara kesalahan yang amat biasa dilakukan tetapi ramai yang tidak menyedarinya. Lafaz tahiyyaat wajib disebut dengan makhraj yang betul kerana ia adalah rukun qauli. Sekiranya lafaz tahiyyat itu dilafazkan dengan suara angin juga, ia akan membatalkan solat. Namun begitu, amat sukar untuk diterangkan berkaitan lafaz tahiyyat akhir yang betul di dalam ruang yang terbatas ini. Sebaik-baiknya, rujuklah guru agama yang hak.
  2. Lafaz salam dibaca dalam hati, dilafaz dengan suara angin, atau melafazkan salam dengan makhraj dan huruf yang salah juga boleh membatalkan solat. Lafaz yang tepat adalah ﭐﻟﺴﻼﻢﻋﻠﻴﻜﻢﻭﺭﺣﻤﺔﭐﷲ (assalaamu’alaikum warahmatullaah). Sekiranya menyebut “asalaamu’alaikum”, “salaamu’alaikum”, menukar huruf ﻉ kepada ﺃ, huruf ﺡ kepada ﻫ, atau apa sahaja sebutan yang selain daripada ﭐﻟﺴﻼﻢﻋﻠﻴﻜﻢﻭﺭﺣﻤﺔﭐﷲ , ia akan membatalkan solat. Menyebut salam dalam hati juga boleh membatalkan solat, kerana lafaz salam pertama adalah rukun qauli, ia WAJIB dilafazkan 100% oleh mulut dengan makhraj dan tajwid yang betul.
  3. Tangan berayun-ayun semasa i’tidal. Pergerakan anggota besar 3 kali berturut-turut boleh membatalkan solat. Tak tahulah kenapa orang suka sangat ayun tangan semasa i’tidal, yang macam buayan tu.
  4. Tidak berhenti seketika, yakni i’tidal selepas rukuk.
  5.  Dada berpaling dari kiblat

“Amal seorang hamba yang pertama kali dihisab kelak ialah solat, jika solatnya rosak, maka amal lainnya pun akan rosak.” (HR Thobrani)

sumber diambil dari fb..=,="

Ramadhan:☆Aku rindu hero aku..☆

Assalamualaikum dan salam Ramadhan,

 dah hari ke sebelas kita berpuasa dan aku baru nak update pasal Ramadhan.. harap tak terlambat untuk mengucapkan SELAMAT BERPUASA kepada semua umat Islam di seluruh dunia...


hari ni 31 Julai dengar kata adalah HARI PAHLAWAN bagi penduduk Malaysia, jadi aku teringat ayah aku yang merupakan HERO dalam hidup aku dan family aku... bila awal2 puasa dan berbuka puasa hari tue pada 1 Ramadhan memang terkilan sangat bila hanya 4 orang saja yang duduk dan makan bersama, sorang ada kat Lumut dan yang paling terasa bila ayah aku tiada di sisi kami waktu makan, kami hanya mampu berdiam dan makan dengan tenang, tapi aku tau masing2 rasa sedih terutamanya mak aku la...
sapa yang tak terasakan kalau orang yang selalu ada bersama kita tiba2 tiada dan keadaan dah berubah sikit, rumah jadi sunyi dan tak semeriah dulu waktu adanya arwah ayah aku... serius aku rindu sangat2 kat dia... sekarang baru aku tau bertapa penatnya menjadi seorang ayah macam ayh aku tue... dia seorang ayah yang sanggup berkorban demi keluarga, macam2 dia boleh buat, mmg aku kagum dengan dia... bab masak, elektrikal, paip, tanah tanih, bertukang kayu atau besi, buat decoration, editing gambar, buat perabot guna kayu dan macam2 lagi lah... semua nie ayah aku boleh buat tanpa bantuan orang lain, aku cukup kagum dengan Baba... dan paling2 kagum bila ayah aku sanggup menghantar dan mengambil kami adik bradik dari sekolah atau mana2 saja, semenjak berkahwin dengan mak aku, dia lah yang berkorban hantar kami dan juga mak aku... dia tak bagi mak aku ambil lesen kereta sebab takut jadi apa2 kat mak aku..aku tau dia risau sebab tue tak bagi mak aku ambik lesen even anak2 dia pon dia tak pernah bersuara untuk ambik lesen...
setelah kehilangan ayah aku, baru aku tau bertapa penatnya menjadi ayah aku,.. seriuss, baru aku sedar..dan sekrang nak p mana2 pon dah tersekat sebab semua tak ada lesen..huhu... nasib kak aku boleh bwa motor jugak, bleh la stakat nak keluar beli brang2 dkat kedai berdekatan..huu.....
Memang susah nak cari ayah macam arwah ayah aku...

kadang2 bila aku dok sorang2 kat rumah aku selalu sangat teringat dia dan menangis... macam tak percaya yang baba dah tak ada kat pangkuan kami semua....tapi aku tau tak boleh bersedih dan aku cuba tabahkan diri, kalau p keluar kat pekan Alor Setar kemana saja aku nampak ayah aku..dalam hati dok kata, "kalau baba ada mesti bestkan...." huhuu....

last bergambar waktu bercuti di Lumut, 
time nie ba dah demam dan kurus..

my hero and heroin...
ilove both of you...:D

benda yang baba tinggal untuk aku, 
camera dan majalah photography..
aku pernah kata kat dia yang aku tringin nak beli majalah photog, tiba2 satu hari tue dia tringat nak beli kat aku majalah tue bila nampak kat kedai mamak..haha...appreciate dan suka time tue... 
thanz baba...:))


p/s: aku terharu sebab ayah aku sempat cium kat pipi dengan erat dan lama, aku terpinga pinga time tue, ayah aku ingat aku nak balik dari hospital tapi sebenarnya aku nak kluar skejap, pastu dia kata jangan lah balik...tak sangka tue kali terakhir dia cium aku... :((


AL-FATIHAH
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...