Followers

Sunday, November 13, 2011

★Peringatan☆ Untuk Pengguna FB!!

"Seorang WANITA/LELAKI yg berani meletakkan IN A RELATIONSHIP WITH kekasih bukan mahramnya itu...ia sedikit sebanyak telah hilang sifat malu dan segan dalam dirinya sebagai seorang MUSLIMAH/WANITA...kerana ia seolah-olah seperti memberitahu kepada umum bahawa dia sekarang sedang bergelumang, bergomol dan bercouple dgn kekasihnya...seperti istiharkan KEMAKSIATAN...tahukah KITA bahawa meletakkan IN A RELATIONSHIP .........WITH kekasih bkn mahram boleh menimbulkan FITNAH??? dan apabila timbulnya fitnah boleh mendatangkan DOSA??? akhir zaman ini ramai manusia yang berbangga dgn maksiat yang dilakukan oleh diri mereka sendiri... Tahukah kita bahawa,sedangkan dalam pertunangan Nabi SAW sendiri ada mengingatkan kepada kita supaya sebaik-baiknya merahsiakan pertunangan...inikan pula perhubungan COUPLE YANG JELAS HARAM...tetapi nak tunjuk juga kepada umum yang diri itu sudah BERSTATUS COUPLE!!!...kalau status pertunangan tak mengapa la juga, tetapi itu pun Nabi s.a.w menyuruh sebaik-baiknya merahsiakan pertunangan sebagaimana

Sabda Nabi s.a.w: Rahsiakan pertunangan dan iklankan (maklumkan) tentang perkahwinan. (Hadith riwayat Ahmad dari Abdullah bin Zubair r.a, dan disahihkan oleh al-Albani di dalam Irwa’ al-Ghalil)  

oleh itu JANGANLAH BERBANGGA dgn STATUS IN A RELATIONSHIP WITH kekasih bukan mahram kita itu kerana yang kita akan dapat adalah DOSA DAN SIA-SIA SAHAJA...nak selamat dan elak diri difitnah...halalkan segera perhubungan kita itu supaya tidak berlaku lagi fitnah, dosa dan .."


p/s: petikan dari FB..sumber asal x diketahui...sekian, 
★☆renung-renungkan ★☆

Thursday, November 10, 2011

★Kenapa perlu "couple"☆







Saya suka tengok jari runcing awak. Cantik betul. Sampai takut saya nak pegang. Bukan takut patah. Tapi takut nanti jari kita tak boleh tolong antara satu sama lain. Di satu hari yang dahsyat depan yang Maha Esa.

Saya suka tengok rambut awak. Lurus macam teknik rebonding. Sebab tu saya belikan tudung. Bukan sebab jeles orang lain tengok jugak. Tapi takut nanti kena bakar api neraka.

Saya suka tengok body awak. Mantap giler. Sebab tu saya belikan awak jubah dan telekung. Supaya masa awak berjumpa dengan Kekasih awak Yang Utama nanti, awak lagi cantik dan berseri menghadap-Nya. Saya pun tumpang dapat pahala.

Saya risau tengok awak tak tidur, tak makan sebab rindu kat saya. Saya pun macam tu jugak. Awak tanya apa ubatnya? Saya pun bagi awak Al-Quran sebagai penenang jiwa. Semoga lebih cintakan-Nya dari saya.

Saya sedih tengok awak. Selalu pesan macam-macam kat saya. "Makan, minum, drive elok-elok tau. Nanti awak sakit saya susah ati bla bla bla bla". Tapi bila keluar dating sama-sama, terlalu asyik hingga tertinggal Zohor. Awak langsung tak kata apa satu pun. Berdosanya saya.

Kesimpulannya, saya memang sayangkan awak. Nak setia pada awak. Tapi, saya dah tak sanggup nak tanggung dosa kalau kita terus ber'couple'. Saya nak kahwin dengan awak cepat-cepat. Nak hidup bahagia bersama di dunia dan akhirat terutamanya. 


Semoga kita saling mengingati dan menginsafi diri kita. Dosa saya sendiri pun bertimbun. Nak tanggung dosa awak lagi lepas ni. Ya Allah, ampunkanlah dosa kami. Jauhilah kami daripada perkara-perkara mungkar dan keji. Engkau pertemukanlah jodoh kami agar hubungan ini halal dan mendapat keredhaan dari-Mu Ya Allah..





zaman sekarang nak jumpa org yang x pernah "couple" memang sikit... kebanyakan sudah ada pasangan..tapi pandai2 lah kita saling nasihat menasihati sesama kita.. InsyaAllah akan mendapat petunjuk dariNya...
dan ramai pasangan yang kata...kami couple  TAK PEGANG TANGAN,..TAK DATING...
just cakap dalam phone ja...(tue pon dok GAYUT dalam phone lama2) tak pa ka cmtue???

perintah Allah S.W.T. dalam surah Al-Isra' ayat 32 iaitu 
"Dan janganlah kamu menghampiri zina, sesungguhnya zina itu adalah satu perbuatan yang keji dan satu jalan yang jahat (yang membawa kerosakan)."


couple = menghampiri zina
menghampiri zina = haram 
maka, couple = haram (very simple equationsmiley-wink )


tak tahu la nak menilai..pandai2 lah pikir sendiri...
JANGAN MENGHAMPIRI  OK...bukan JANGAN BUAT ZINA..!!

p/s: peringatan untuk aku dan yang lain-lain juga...:D





Wednesday, November 9, 2011

★TAUBAT☆ Istighfar atau meminta ampun


MAKSUDNYA :
Aku minta ampun daripada Allah yang tidak ada Tuhan yang berhak disembah selain daripadaNya, yang hidup dan yang menguruskan makhlukNya dan aku bertaubat kepadaNya.



Sabda Nabi s.a.w. yang bermaksud:


Waktu yang paling hampir antara Tuhan dengan hambanya ialah pada akhir malam. Kalau kamu mampu untuk berzikir kepada Allah pada waktu itu hendaklah kamu lakukan.


Sabdanya yang bermaksud:

Keadaan yang paling hampir antara seorang hamba dengan Tuhannya ialah sewaktu dia sujud. Maka perbanyakkan doa pada waktu itu.


Sabdanya yang bermaksud:

Sesungguhnya hatiku lupa (tidak ingat kepada Allah) dan sesungguhnya aku meminta ampun daripada Allah setiap hari 100 kali.



WAKTU2 MUSTAJAB UNTUK BERDOA :

1) Ketika hujan 
2) Antara azan dan Iqamah
3) ketika memulakan solat dan setelah selesai solat
4) Ketika sujud dalam solat..(setiap sujud boleh berdoa)
5) Sepanjang malam
6) Tangah2 malam iaitu spertiga malam awal atau akhir malam (waktu subuh)
7)  Malam Lailatul Qadar
8) Sepanjang hari Jumaat 
9) Antara Zohor dengan Asar




sumber: SINI dan DOA HARIAN


>> kalau duduk saja2 tue boleh la kita beristighfar banyak2 dengan merendah diri atau TAWADUK kepada Allah SWT.. ada cara dan tertib untuk meminta ampun, yang penting hati kena ikhlas dengan niat kepada ALLAH SWT.. 
apa2 pun setelah berdoa kita kena tawakal dan berserah kepada ALLAH..mudah mudahan setiap doa yang diminta akan termakbul...amin...



Tuesday, November 8, 2011

★Lukisan☆ Menarik dan real

assalam... boring2 x tahu nak buat apa ka??
jom tengok lukisan lukisan yang memang nampak real sngat2...
salute la aku kepada Artist2 yang melukis gambar2 nie...
nie antara gambar yang aku minat...
NAK TENGOK???

sila tekan read more...:D

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...