Followers

Tuesday, May 10, 2016

★Teluk Keke: Perhentian Island tempat percutian menarik★


haii,, hari ni saya nak share gambar2 keindahan TELUK KEKE, iaitu salah satu tempat percutian menarik di Pulau Perhentian.
Teluk Keke adalah teluk di Pulau Perhentian kecil..
tempat dia SubhanaAllah SANGAT2 INDAH.

Di persisiran pantai pon anda dapat tengok kehidupan laut, tak payah pegi snorkelling jauh2..haha..
selam ja dah nampak ikan, batu karang dan macam2 lagi.. memang seronok selam ja..:D

JOM TENGOK GAMBAR..:D



Friday, January 8, 2016

☆First Post of 2016☆

Assalamualaikum semua..
setelah sekian lama tak buka blog ini.. sekali buka ramai juga orang berblogwalking disini lagi..
hehe..

Saya ucapkan ribuan terima kasih kepada mereka yang sanggup singgah dam baca entry2 tak seberapa di blog ni.. maaf sebab entry kebanyakkan dah lama2,.

tak sempat nak main blog dah sekarang.. and btw, sis baru habis final exam untuk final year dalam bidang engineering ni. Alhamdulillah..

1 more sem to go. fighting!!

Thursday, September 10, 2015

★TIPS SIHAT MATA : NAK TURUNKAN POWER SPEC★

ASSALAMMUALAIKUM RAKAN BLOGGER.

Haa ni nak promote bagi mereka yang nak TURUNKAN POWER SPEC dan nak SIHATKAN MATA ANDA. .
Aku syorkan utk makan shaklee carotomax yg sememangnya berkesan. Alhamdulillah.
.

Sampai bila nak pakai spek?? Or sampai bila nak up kan power spek mata anda saban tahun?? Aku pon power spek tiap tahun naik sampai Dua tahun lepas aku dh stop buat spek sbb x sanggup nk check mata lagi. Setiap Kali check mesti teruk sangat2.. SEBAB?? Power aku 650+ utk sebelah mata dan silau 350+ . ya Allah mmg risau sangat.. Aku dah amalkan macam2 dari segi pemakanan, pinhole spek, innershine dan ubat mata permata hijrah. Tapi tak nampak perubahan.

Bila makan shaklee alhamdullillah kesan dia Dlm masa Dua minggu. .

.

Kita hanya berusaha dan selebihnya minta pertolongan dari pencipta Allah SWT.

Bagi yg berminat sila whatssap saya di 011-12710745. (Athira)

TESTIMONI DARI SAYA SENDIRI!!

 

 

P/S: bagi yang beragama Islam kita kena yakin dengan Allah dan sebelum makan aku amalkan selawat kepada Nabi SAW dan zikir kpd Allah SWT. insyaa Allah.

Wednesday, August 26, 2015

★Nasihat: Manusia yang berakal★



https://www.facebook.com/fadzilahkamsah?fref=photo



hidup ini kena pandai bergaul dan jangan pulak kita memilih kawan nak yang tinggi taraf hidup..
lepas tu kita yang biasa saja ni jangan nak jadi sombong belagak dan angkuh dengan kemewahan yang ada..
semua tu hak milik ALLAH taala.. bila2 masa saja dia boleh ambik.
jangan tunjuk kita pandai semuanya.. 

BERSYUKUR ATAS APA YANG ADA

#syukurselalu
#behumble





Saturday, November 8, 2014

★BOWLING UTHM STUDENTS GAME★


UP COMING EVENT FOR TENPIN BOWLING UTHM...
untuk mencari pelapis bagi atlet bowling UTHM.




aku ditugaskan untuk buat poster dan sebagai promosi.. 
cant wait for this event..

STRIVE FOR EXCELLENCE & HIGH SCORE!!

Monday, November 4, 2013

★Aeroplane in the house ★

haaiiiii.....

NEW PHOTO EDITED, TESTING NEW EDITOR PROCESS....hehe...
(new for me since long time not edit photo) 

touch up to look alike HDR photo...
#AirAsia mini airplane...:D

reflection of photo 
#Malaysia Airlines mini airplane...  :D

enhance colour and sharpen the photo

cross process edit...

this all my collection since i small..actually my dad bought it and now i`m the one to take a look and care all of this mini aircraft ...:)


 p/s: just edit in photoscape....:)

☆I DO LOVE AIRCRAFT SO MUCH... ★






Saturday, October 12, 2013

Selamat Beraya

assalamualaikum kawan2.....

hari nie bermula lah cuti sempena HARI AIDILADHA yang akan tiba Selasa nie, tapi buat pertama kalinya dalam hidup aku beraya di perantauan... aku tak boleh balik raya...how sad i am now... :( cuti hanya sekejap dan clash dengan jadual kelas yang bermula pagi Rabu tue... btw, aku di Johor saja, tak balik Kedah pon... rindu ketupat, rendang tok, lontong, nasi tomato semua.... huuaaa....~
 
KEPADA KAWAN2 YANG PULANG BERAYA, HATI-HATI LA BERAYA..... jangan lupa bawa balik ketupat dgn daging korban....hehe....:P 



Sunday, August 25, 2013

☆ Serius Cantik: Permandangan 'Green Lake' di Austria

Assalamualaikum.... dan selamat pagi, pagi-pagi ni aku berblogwalking dan terjumpa satu blog ni dengan entry yang menarik verkenaan GREEN LAKE,

tasik ni terletak di Austria, nama sebenar ialah GRUNER LAKE atau Green Lake, sebenarnya tempat tue ialah taman yang cantik dan indah, taman tempat orang bersiar siar..tapi masa musim panas ais pada gunung akan cair dan mengalir ke taman tue lalu bertukar jadi tasik dalam bulan Jun ia menjadi tasik yang indah dan berakhir di bulan Julai. air yang jernih dan boleh nampak pokok-pokok dalam air.. seriuss lawa... :)    



                           
 taman yang indah seblum jadi tasik pada musim panas...:) 


 
 Taman dalam air....:D


 aku sertakan video sekali yang diambil oleh penyelam di sana...



SERIUSS CANTIK  kan...kalau aku ada sana memang nak selam dan nikmati keindahan alam di sana....:D

P/S: boleh google untuk info selanjutnya dan gambar-gambar yang menarik....:D 
 
 

Saturday, August 24, 2013

★PHOTO: PERMANDANGAN DI UTHM☆

ASSALAMUALAIKUM...

aku baru buka account nie bila berbulan bulan ditinggalkan dan tengok tajuk entry lepas-lepas mengenai permandangan di matrik... jadi aku terfikir untuk nak buat entry permandangan di UTHM pulak... dimana aku sambung pengajian aku dalam bidang KEJURUTERAAN MEKANIKAL in degree di UTHM ni....
entry kali nie aku nak bagi sedikit gambaran kepada pelajar2 baru yang akan menjejaki di menara gading di bumi Johor ini, mesti junior2 tak sabar dan nak tahu keadaan sekeliling di universiti kan, jadi sini ada la sedikit foto bagi untuk adik2 atau bakal pelajar di universiti ini....:D hehe...

 Universiti ini banyak kemudahan yang ada  seperti kemudahan bus yang setiap jam lah ada, tak payah susah-susah nak tunggu bus lama-lama, tapi bergantung pada masa dan tahap maksimum kapasiti bus tue la..kalau ramai orang kena tunggu lambat lagi la..hehe...~ lain-lain kemudahan seperti perpustakaan, bangunan-bangunan baru, kedai, kereta sewa, tiket bus,Pusat PosMalaysia, bank Muamalat, ATM dan ada pusat kolam renang yang baru nak siap, dewan2 yang baru dan macam-macam lagi lah..semuanya ada dalam universiti tue, tak payah jalan jauh.


LET the PHOTOS TELL THE STORY MORY BEHIND UTHM..

Wednesday, July 17, 2013

☆ Photos & Quotez 3 : LOVE QUOTES


ASSALAMUALAIKUM...
lama saya tak share gambar-gambar yang ditangkap dan di edit...sibuk sepanjang sem 2 lepas dan sekarang musim cuti jadi nak mula upload gambar-gambar baru.... :)




  

click on "See more" to see others photo and quotes :)

Tuesday, March 5, 2013

☆AwesomeBirthday ☆



Assalamualaikum lovely starz blog...

hehe.... sorry lah lama tak singgah blog nie, even blog sendiri pon kena singgah2 jugak kan...haha..~
aku nak mula aktifkan balik and update about this beautiful day dan date for me which is on
4 MAC 2013...

HAPPY BIRTHDAY TO ME...!!!

Dah 20 sekarang...hahaha.... habis lah zaman remaja aku di belasan tahun,
zaman kegemilangan bila umur belas2 nie...
sekarang dah mencecah angka 2 di depan..ohh noo... terasa tuaa... 
tapi perangai budak2 lagi, gila2 lagi, enjoyy duluu...HAHA...~
but still bersyukur dapat hidup dan hirup udara di muka bumi ini..

terima kasih banyak2 kepada sesiapa yang wish kat aku..
yang bagi hadiah kat aku,
yang buat surprise party kat aku,

THANZZ SOO MUCHH...~ 



yaa, aku baru sedar yang ini lah kali pertama aku sambut birthday yang AWESOME...
sebelum nie tak pernah dapat kek... sadiss...~ but im happy with my family last time bila di rumah, 
tp kali nie sambut tanpa keluarga..
hanya dengan kawan2 kelas, macam2 depa buat.. 
TERHARU  dan rasa BERTUAH pon ada...

 my first birthday cake among friends...thanks a lot..:)

Monday, January 28, 2013

☆Cuti yang membosankan☆

Assalamualaikum...

sekarang musim cuti bagi plajar2 degree.. cuti sebulan bagaikan setahun dah... sangat2 bosan dan x tahu nak buat apa dah nie... :( keja aku di rumah jaa, nak berjalan mana pon x tau, nak hanging dengan kawan pon xdak orang nak ajak..ahh... sangat2 sadiss.... :(

routine aku, bangun, tgk laptop, makan, buat bising kat rumah, kalau da masa free aku tidoq balik..haha... sampai lah ke malam... this is SAD and BORED...!!!

baru cuti tak sampai sebulan lagi dah naik gila aku...haha...~

nanti time cuti raya cina kami satu family nak ke Langkawi.. tak sabaq la pulak nak ke sana... dah lama tak p... best moment nak naik cable car... weee.....~~~~
kalau rajin aku upload2 gambar2 kat sana nanti... tapi lagi 2 minggu nak p..sabaq sat nohh.... :P


ini saja untuk hari nie... babai...  time boring aku bukak blog nie balik...~ macam nak lepaskan perasaan kat sini ja, pkir blog nie public jaa... hmm...
adioss...~

Saturday, January 19, 2013

New me after 4 month

Asaalamualaikum,

BISMILAHIRAHMANIRAHIM

first of all aku nak ucapkan SELAMAT DATANG ke blogg aku, aku dah lama dan sangat3 lama tak update.... sedih la pulak bila berkunjung ke blog sendiri.. last update blog time aku ke UTHM pada bulan 9 tahun lepas...sekarang dah bulan 1, maknanya dah 4 bulan aku tak update... jangan kata sawang yang bnyak, maybe tikus boleh buat sarang...hahaha...~

AKU NAK UCAPKAN TERIMA KASIH kepada anda2 yang pernah melawat blog nie, yang letak shout out di boxx, dan yang telah meningkatkan trafic di sini... THANKS semua, walaupun aku x pernah update tapi still ada yang melawat... terima kasih kepada mr.google jugak..hehe...:)

sekarang aku nak mula aktifkan blog ni..IN SYAA ALLAH... :)
tapi aku tak tahu nak mula dari mana, banyak sangat story nak kongsi, dan tak tahu nak mula post pasal apa dah lepas nie...huhu...~

sekarang musim budak2 degree cuti final sem, so aku cuti sebulan skrang nie.. agak boring sebab tue tetiba teringat mrs STARLIGHT nie.... I DO MISS YOU STARLIGHT.... hehe... :D

4 bulan aku di UTHM..???!!! macam2 benda terjadi, macam2 pengajaran dapat, macam2 perangai yang jumpak dan belajar macam2 lah...haha..

nie geng2 yang aku jumpak bila masuk UTHM dan masuk kelas Mechanical... an AWESOME CRAZY FRENZZ... haha...



pergi mana saja mesti berempat dan bersama... kalau ada masalah semua settle dalam masa tue ja...
sangat happening dengan depa nie.. haha...  

merata dah kami berjalan sepanjang sem 1... ke Melaka, JB, KL, CameronHighlands, N9... dalam masa 4 bulan kami dah sampai 4 negeri...hehe... mmg gila kan??!! tapi selepas satu kejadian aku ingat kena stop sbentar trip2 ke mana2 ja... haha...
bak kata doktor "AWAK NIE STILL TRAUMA... "
                                      "YESS I DO...!!"


nie satu kelas aku, kumpulan mechi K2...  hanya 6 org perempuan dan 50+ lelaki...
mmg awesome budak2 nie... semua otak HUHAA.... tapi time study semua fokuss sbb nak exam..hehe...




oke aku officially pelajar SARJANA MUDA KEJURUTERAAN MEKANIKAL dgn kepujian...:D

INSYAA ALLAH AKU AKAN JADI SEORANG ENGINEER YANG BERJAYA NANTI... :)

Monday, September 10, 2012

New Life in Johor

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua warga Malaysia....

debu debu debuu laptop aku nie, dah seminggu tak buka laptop dan memang bersawang la laman sesawang STARLIGHT nie...haha.... takut bersin dan selsema pulak nanti..... ^_^

sekarang aku dah SAH menjadi warga universiti TUN HUSSEIN ONN (UTHM) dekat Batu Pahat Johor.... tau dak UNI nie??? kalau tak tau better p google dulu.... ramai yang still tak kenal nama universiti nie.... yang dok femes UTM saja... tapi aku tak brapa nak pandai tue yang tak dapat UTM... Dapat UTHM pon jadi laa... huhuk...

guna gambar ja lah nak cerita perjalanan ke Johor.... letih baq ang dok dalam keta..huhh...sabor je la..=,="


dalam perjalanan...

prepare borang2 nak daftar..

gambar blurr... =,=" aku dgn mak aku..hhuu

time orientasi  MINGGU HALUAN SISWA...:D



SUNSET BLAKANG MASJID...:D



dewan yang sangat lawa dengan lampu wrna wrni...:D

berebut nak balik kolej..haha..

so far so good la kat UTHM nie... kena dapat terima laa walau dimana anda berada...nie lah takdir aku dan telah ditetapkan untuk berada di UTHM ini...
aku officially budak Universiti ambik jurusan Sarjana Muda Kejuruteraan Mekanikal dengan kepujian... :D



p/s: aku akan belajar dengan elok dan dapat keputusan yang cemerlang di sini..insyaallah, i want to make my PARENTS PROUD of me... INSYAALLAH...

Wednesday, August 29, 2012

Story raya dan universiti..

Assalamualaikum semua... dah berkurun lama aku tak update blog disini...banyak story nak dikongsikan tapi masa tak mengizinkan.. kali nie aku curi masa untuk update blog nie...

macam aku kata banyak cerita nak kongsikan tapi x tau nak start dari mana... aku teringin nak cerita pasal raya aku tahun nie, tapi raya dah lepas lama dah kan, macam OLD STORY la pulak, but it still fresh in my mind...
kalau aku kata aku tak ingat arwah ayah aku memeang bohong sangat la kan... segala yg aku buat selalu aku akan ingat pesan dia, telatah dia, dan macam2 mengenai ayah aku... sungguh sedih sangat hati nie.. kalau dok sorang2 mula la nak bergenang air mata.. rasa macam baba ada lagi bersama dengan family nie., kadang2 aku happy gelak ketawa semua tapi dalam hati nie still tak happy, semua tue hanya fake sbb nak cover hati yang sedih nie...

Raya tahun nie mmg disambut dengan sederhana, memang terasa la kehilangan bila pagi raya bangun2 tak semacam dulu, rumah akan bising dengan persiapan raya, malam raya baba akan WAJIB masak rendang,beli lemang ketupat dan pasang lampu lip lap... nie bila aku buka lampu lip lap yang tahun lepas punya aku terkenangkan ayah aku, dia cukup seronok bab pasang lampu dan bila lampu menyala sebab aku dan adik aku turut seronok dan enjoy, kali nie bila buka lampu tue ja aku teringat telatah dan gelagat ayah aku...hmm...macam2 lagi laa... yang paling sebak bila pagi tue kami bersiap pakai baju raya dengan keadaan tenang dan sayu jaa, lepas tue pergi ke kubur ayah aku.. :( uwaaa, seriusly aku sukar nak percaya ayah aku dah tak ada, ayah aku dah ke alam lain... sebak gilaa kat kubur, aku tahan ja air mata nie tapi tewas jugak dan keluar jga air mata nie... aku still nampak muka dia seolah olah dia bercakap dengan aku lagi..dan ayh aku suka sangat buat tangan TAKMAU..dan aku nampak mcm dia buat kat aku supaya jangan bersedih...hurmm... :`(

last raya tahun 2011 bergambar satu family.. 
my loving family..:))

minggu depan pulak aku akan ke universiti jauh di Johor..lagi la sebak nak tinggalkan mak dan adik aku saja...jauh dari family..memang aku anak manja, sbb aku risaukan mak dan family aku...
selalu nak p mana2 pon sure p satu family, selalu ayah aku akan hantar p mana2 pon...nie nak p U nanti ayah aku dah x bleh hantar, ingat lgi kata2 dia.." kak ira apply kat johor ka?? xpa la nanti kita boleh la jalan2 kat sana pulak, x pernah p sana lagi..." tapi tak sempat baba nak hantar aku...:(
still ingat pesanan baba bila ba hantar aku kat matrik... "ira nie belajar elok2, jangan kalut2 time nak jawab exam, ingat tarik nafas dan hembus sambil pejamkan mata bg rilexx dlu then bru jawb exam, ba tau ira boleh aihh dan jaga diri elok2..." still ingat kata2 ba, dan aku manage buat yang terbaik utk parents aku... kali nie pon buat degree aku akan buat yang terbaik utk kedua ibu bapa ku.. keputusan result memang utk parents aku...aku harap aku akan kuat kat sana...hopefully..

sekian, doakan aku supaya berjaya dengan cemerlang di U nanti..INSYAALLAH.. :))

Wednesday, August 8, 2012

☆Jom tgk Meteor Shower ☆

Assalamualaikum....
spe pernah tgk meteor shower?? alaa, yang slalu kita tgk dalam tv kalau ada meteor orag buat wish tue....hehe.... kali nie pada tahun 2012 nie akan kelihatan meteor shower(juraian meteor) di langit pada tengah2 malam, sepanjang malam nie ada tapi the BESTT boleh nampak ialah pada malam 12-13 Ogos nie... 
JOM RAMAI2 TENGOK METEOR PERSEIDS....:D

gambar hiasan sahaja....:)

insyaAllah kalau bernasib baik kita akan nampak, perkara nie mmg RARE dan jarang nak dapat tengok, jangan lepaskan peluang anda....:D dia hanya akan kelihatan dalam BEBERAPA SAAT saja..

btw, kepada orang Islam jangan buat wish pula ye... berdoa dan bersyukur kepada ALLAH SWT...:))

nak tahu lebih lanjut sila masuk web ini >>FALAKONLINE (JURAAIN METEOR PERSEIDS)


Tuesday, July 31, 2012

Perkara Yang Membatalkan SOLAT

Dah lama tak post pasal bab2 agama...nak mengaktifkan balik blog nie..hehe...

kita selalu solatkan dan kadang2 kita tak tahu sama ada kita buat tu betul ke tak dan ALLAH terima ke tak, tadi ada terbaca artikel mengenai perkara yang membatalkan solat, jadi aku nak kongsikan kepada semua agar kita tak lalai dan ambik mudah dengan solat kita.


  1. Tidak berdiri lurus. Berdiri lurus bagi yang berkemampuan merupakan salah satu rukun solat. Apa yang diperhatikan, seseorang yang sakit tidak berdiri lurus semasa solat. Mereka terus duduk, tanpa berdiri lurus. Sewajibnya, mereka berdiri lurus dahulu, kemudian, barulah mereka boleh duduk. Ini adalah kerana mereka masih boleh berdiri dan berjalan! Macam mana mereka ke masjid sekiranya mereka tidak boleh berjalan? Perkara ini terkecuali sekerinya seseorang itu memang betul-betul tidak mampu untuk berdiri
  2. Takbiratul Ihram dilafazkan dengan salah. Contohnya, bertakbir dengan lafaz ﭐﷲ di mulut, dan ﺃﻛﺒﺮ di dalam hati. Walhal, lafaz takbiratul ihram adalah RUKUN QAULI, maka, ia WAJIB dilafazkan 100% di mulut tanpa meninggalkan satu hurufpun dalam kalimah ﭐﷲ ﺃﻛﺒﺮ . Selain itu, sekiranya makhraj lafaz takbiratul ihram ini salah, maka ia boleh juga membatalkan solat. Contohnya, melafazkan takbiratul ihram dengan suara angin (seperti suara orang berbisik).
  3. Terdapat kesalahan dalam al-Fatihah. Al-Fatihah merupakan RUKUN QAULI yang wajib dilafazkan 100% oleh mulut dengan makhraj dan tajwid yang betul. Sekiranya membaca al-Fatihah dalam hati atau menggunakan suara angin, maka, ia boleh membatalkan solat.
  4. Tidak thomakninah (berhenti seketika) dalam rukuk dan sujud. Kadar minimum untuk rukuk dan sujud adalah dengan kadar lafaz “subhanallah”. Maksud hadis:
“Seburuk-buruk pencuri adalah orang yang mencuri dalam solatnya.” Sahabat bertanya, “Bagaimana caranya mencuri solat itu wahai Rasulullah?”
“Yaitu, yang tidak menyempurnakan rukuk, sujud dan bacaan di dalam solatnya” (HR Ahmad)
  1. Sujud yang tidak sempurna, anggota sujud tidak dikenakan ke atas lantai. Tujuh anggota sujud tersebut adalah: muka (termasuk dahi dan hidung); kedua tapak tangan; kedua lutut dan penghujung 2 tapak kaki (ibu jari), sebagaimana sabdanya yang bermaksud:
“Aku telah memerintahkan agar sujud keatas tujuh tulang: keatas dahi, dan beliau mengisyaratkan ke hidungnya, 2 tangan, 2 lutut dan pada penghujung 2 tapak kaki (ibu jari).” (Muttafaqun ‘Alaih)
  1. Lafaz tahiyyaat akhir yang salah. Perkara ini merupakan antara kesalahan yang amat biasa dilakukan tetapi ramai yang tidak menyedarinya. Lafaz tahiyyaat wajib disebut dengan makhraj yang betul kerana ia adalah rukun qauli. Sekiranya lafaz tahiyyat itu dilafazkan dengan suara angin juga, ia akan membatalkan solat. Namun begitu, amat sukar untuk diterangkan berkaitan lafaz tahiyyat akhir yang betul di dalam ruang yang terbatas ini. Sebaik-baiknya, rujuklah guru agama yang hak.
  2. Lafaz salam dibaca dalam hati, dilafaz dengan suara angin, atau melafazkan salam dengan makhraj dan huruf yang salah juga boleh membatalkan solat. Lafaz yang tepat adalah ﭐﻟﺴﻼﻢﻋﻠﻴﻜﻢﻭﺭﺣﻤﺔﭐﷲ (assalaamu’alaikum warahmatullaah). Sekiranya menyebut “asalaamu’alaikum”, “salaamu’alaikum”, menukar huruf ﻉ kepada ﺃ, huruf ﺡ kepada ﻫ, atau apa sahaja sebutan yang selain daripada ﭐﻟﺴﻼﻢﻋﻠﻴﻜﻢﻭﺭﺣﻤﺔﭐﷲ , ia akan membatalkan solat. Menyebut salam dalam hati juga boleh membatalkan solat, kerana lafaz salam pertama adalah rukun qauli, ia WAJIB dilafazkan 100% oleh mulut dengan makhraj dan tajwid yang betul.
  3. Tangan berayun-ayun semasa i’tidal. Pergerakan anggota besar 3 kali berturut-turut boleh membatalkan solat. Tak tahulah kenapa orang suka sangat ayun tangan semasa i’tidal, yang macam buayan tu.
  4. Tidak berhenti seketika, yakni i’tidal selepas rukuk.
  5.  Dada berpaling dari kiblat

“Amal seorang hamba yang pertama kali dihisab kelak ialah solat, jika solatnya rosak, maka amal lainnya pun akan rosak.” (HR Thobrani)

sumber diambil dari fb..=,="

Ramadhan:☆Aku rindu hero aku..☆

Assalamualaikum dan salam Ramadhan,

 dah hari ke sebelas kita berpuasa dan aku baru nak update pasal Ramadhan.. harap tak terlambat untuk mengucapkan SELAMAT BERPUASA kepada semua umat Islam di seluruh dunia...


hari ni 31 Julai dengar kata adalah HARI PAHLAWAN bagi penduduk Malaysia, jadi aku teringat ayah aku yang merupakan HERO dalam hidup aku dan family aku... bila awal2 puasa dan berbuka puasa hari tue pada 1 Ramadhan memang terkilan sangat bila hanya 4 orang saja yang duduk dan makan bersama, sorang ada kat Lumut dan yang paling terasa bila ayah aku tiada di sisi kami waktu makan, kami hanya mampu berdiam dan makan dengan tenang, tapi aku tau masing2 rasa sedih terutamanya mak aku la...
sapa yang tak terasakan kalau orang yang selalu ada bersama kita tiba2 tiada dan keadaan dah berubah sikit, rumah jadi sunyi dan tak semeriah dulu waktu adanya arwah ayah aku... serius aku rindu sangat2 kat dia... sekarang baru aku tau bertapa penatnya menjadi seorang ayah macam ayh aku tue... dia seorang ayah yang sanggup berkorban demi keluarga, macam2 dia boleh buat, mmg aku kagum dengan dia... bab masak, elektrikal, paip, tanah tanih, bertukang kayu atau besi, buat decoration, editing gambar, buat perabot guna kayu dan macam2 lagi lah... semua nie ayah aku boleh buat tanpa bantuan orang lain, aku cukup kagum dengan Baba... dan paling2 kagum bila ayah aku sanggup menghantar dan mengambil kami adik bradik dari sekolah atau mana2 saja, semenjak berkahwin dengan mak aku, dia lah yang berkorban hantar kami dan juga mak aku... dia tak bagi mak aku ambil lesen kereta sebab takut jadi apa2 kat mak aku..aku tau dia risau sebab tue tak bagi mak aku ambik lesen even anak2 dia pon dia tak pernah bersuara untuk ambik lesen...
setelah kehilangan ayah aku, baru aku tau bertapa penatnya menjadi ayah aku,.. seriuss, baru aku sedar..dan sekrang nak p mana2 pon dah tersekat sebab semua tak ada lesen..huhu... nasib kak aku boleh bwa motor jugak, bleh la stakat nak keluar beli brang2 dkat kedai berdekatan..huu.....
Memang susah nak cari ayah macam arwah ayah aku...

kadang2 bila aku dok sorang2 kat rumah aku selalu sangat teringat dia dan menangis... macam tak percaya yang baba dah tak ada kat pangkuan kami semua....tapi aku tau tak boleh bersedih dan aku cuba tabahkan diri, kalau p keluar kat pekan Alor Setar kemana saja aku nampak ayah aku..dalam hati dok kata, "kalau baba ada mesti bestkan...." huhuu....

last bergambar waktu bercuti di Lumut, 
time nie ba dah demam dan kurus..

my hero and heroin...
ilove both of you...:D

benda yang baba tinggal untuk aku, 
camera dan majalah photography..
aku pernah kata kat dia yang aku tringin nak beli majalah photog, tiba2 satu hari tue dia tringat nak beli kat aku majalah tue bila nampak kat kedai mamak..haha...appreciate dan suka time tue... 
thanz baba...:))


p/s: aku terharu sebab ayah aku sempat cium kat pipi dengan erat dan lama, aku terpinga pinga time tue, ayah aku ingat aku nak balik dari hospital tapi sebenarnya aku nak kluar skejap, pastu dia kata jangan lah balik...tak sangka tue kali terakhir dia cium aku... :((


AL-FATIHAH

Thursday, July 19, 2012

Photo: Ohh Pokok...

Assalammulaikum,

great to post some entry today and i like to tell a story behind the trees... haha...

selalu tangkap gambar bunga-bunga saja kan... kalai ni aku suka tangkap gambar pokok pula, kalau bunga mesti mood gembira, excited dan teruja.. kalau pokok mood sedih, lonely, dan kadang2 bersemangat bila keseorangan...huhu... gambar pokok2 nie ada banyak cerita dan kisah aku disebalik gambar2 nie..dan mostly cerita sedih lah.... >,<










“Nobody likes being alone that much.

 I don't go out of my 

way to make friends, that's all.

It just leads to 

disappointment. ” 

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...